Friday, May 29, 2009

):

rindu kakak aku..
yang berbaju hijau adalah itu adalah kakak aku
(info tambahan : beliau juga merupakan girlfren aku)

baru berangan-angan nak jumpa hari ni
malam ni boleh tidur sama
boleh huha-huha )';
sebab esok nak pergi kenduri kat sungkai sama-sama )';

tapi..

tak semua kita rancang akan menjadi kan.. )';
she has a problem..
that she can't make it today to come to my house )';

so, akak zuris..
esok sama ada saya pergi dengan adik saya..
ataupun saya tak dapat pergi..

mintak ampun sangat kak kalau tak dapat datang )';
tak berani nak janji lagi neh..

apa-apa pun,
aku nak ucapkan

SELAMAT PENGANTIN BARU

kepada..

akak zuris dengan akak as

dan juga...

SELAMAT BERTUNANG

kepada cik ayein

dah nak jadi tunang orang pun kan ko babe..
macam tak cayo den.. hiks


marking paper

setelah menyandang jawatan guru sementara waktu neh
kenalah aku menerima tugasan menyemak kertas pelajar

baru berkeupayaan menyemak kertas objektif jer
itu pun ada satu kelas, aku upah adik aku tolong semakkan
haha
syttt.. ini rahsia taw ;p

untuk kelas 3D neh,
paling tinggi pun dapat 53%
paling rendah 12%

nak expect apa lah sangat kan?
redha aje lah T______T











Thursday, May 28, 2009

baru 2 hari keja..

yes.. baru 2 hari kerja..
dah lembik semacam aku neh
dulu kerja kat audit firm pun tak lembik macam neh

semalam balik je sekolah
lepas makan, trus pengsan..
berat sangat kepala.. tdur sampai malam..
pukul 9 lebih, mak kejut suruh mandi
lepas mandi, dengan rambut basah..
terus landing balik..

saket kepala sangat-sangat ):
pastu mak pulak datang tengok aku
picit-picit kepala..
terus meleleh air mata mengadu saket..
haha.. ciwek!!

maybe stress sangat kot semalam..
tak tahan aku tengok budak-budak tuh
sampai ke pagi aku saket kepala
pagi tadi lepas mandi,
terus landing..
jawabnya memang aku tak pergi sekolah hari ni ):
MC, walaupun guru ganti mana boleh MC
tapi dah aku tak larat sangat
macam mana aku nak drive?
kelas pulak adalah penuh hari ni ):

mental tak cukup kuat kot ni kan..
baru kena pressure sikit dah lembik macam neh ):

boleh ke aku jadi cikgu neh?
manja semacam aje kan
nak-nak lagi tengah saket neh
aku kalau saket kepala, memang out lah
takkan mampu buat apa-apa
pagi tadi lepas mandi,
ayah tanya, saket lagi ke..
terus pergi landing kat ayah plak..
mengadu, meleleh lagi air mata neh..
adoi!!! cembeng betul!!

korang doa lah aku kuat eh..
dah ada macam nak give up pun ye ni
walaupun sekarang minggu exam,
belum start mengajar lagi
tapi aku dah masuk kelas yang bakal aku ajar nanti
so, aku dah taw macam mana peel diorang tu..

izza, dont give up k ):










my 2nd day..

semalam aku adalah pancet yer korang )':
entry yang korang bace semalam tu semua auto publish
semalam pergi sekolah.. pukul 10 macam tu dah rasa nak pancet dah
entahlah nape, sebab perut kosong kot
pagi cuma minum vico..
lepas tu, kelas full pulak dari pukul 9 straight sampai pukul 1.20

semalam sangat menguji mental lah
tak taw lah kenapa
maybe aku ni yang take it too serious kot
stress betul rasanya semalam..

ini belum lagi mengajar kan
baru jaga exam..
dah start mengajar nanti,
tak taw lah macam mana rupa aku neh..

so, 1st class yang aku masuk semalam kelas 1PD
jaga exam science 1..
korang taw, jaga exam ni lah yang penat..
sebab tak boleh duduk
ko kena round sana sini..
pastu duk menung kosong jek sementara tunggu habis masa
lenguh gila kaki..
budak kelas ni aku tengok peelnya macam okey sikit
kalau nak dibandingkan dengan kelas yang pernah aku masuk sebelum neh
kira time exam tu, ko memang senyap lah
kalau kelas 1C, pengsan..
tak nak dengar cakap sekor-sekor
memang nak suruh aku jadi singa agaknya tuhagak-agak ada potensi jadi singa tak gadis ini?

HAHA
(fuhh, lega akhirnya masih boleh berHAHA)










Wednesday, May 27, 2009

cumi..

hye!!
nama saya CUMI!!grrr... geram nah aku tengok rabbit neh
dahla aku mmg adore rabbit so much
macam pelik jugak,
kucing aku tak suka, tapi rabbit boleh ditimang-timang lagi
hehe

nak ajak korang layan gambar ni
boleh tak? ;padorable sangat kan
rasa nak penyet-penyetkan aje ;p
haip!
sapa-sapa yang makan rabbit tu,
jangan cerita kat aku..
T__________________T











BBQ time!


excited sangat update pasal my 1st job
cerita BBQ neh tercicir plak ;p
hee..

hari ahad hari tu
ayah aku ajak buat BBQ..
family aku saja lah..
bukan lah ada tetamu datang ke apa
kitorang buat sotong, udang, ayam dengan ikan (:
berasap-asap
actually ni 1st time baut BBQ neh ;p

and the result is..
.
.
.
.
.
.
.
V


yang hangus-hangus tu abaikan je lah
kadang-kadang tukang jaga api pun terleka jugak
ahaha
janji boleh makan kan ;p

jemput makan yer korang..
hiks










Tuesday, May 26, 2009

sumpah penat!

muka before pergi sekolah
cuak je kannn ;D
dag dig dug je atiku masa ni taw

sampai sekolah jer
terus jumpa pengetua
blah blah blah
pack betul jadual aku

nasib baik minggu ni minggu exam
so, aku cuma perlu jaga kelas saja la..
tapi ko ingat senang??
budak-budak neh teruja gila dapat cikgu baru
haha

"cikgu, cikgu baru ke? cikgu nama apa?"

"izza.."

"oo.. sedapnya nama cikgu.. cikgu lawa laa"

HAHA
sila gelak ok..

sambil aku jalan nak ke kelas pun
sempat lagi budak-budak ni menegur
agaknya semua memang jenis peramah la kot

"i love u cikguuuuuu!!"

amboi ko,
kekecik lagi dah pandai nak lebiu kat cikgu eh
piat tinger kang baru taw!

dorang ni srious excited boleh buli cikgu muda kot
bukan main susah nak tenangkan dorang
suh duduk diam-diam jawab exam
nak-nak plak aku dapat kelas ujung-ujung
pepaham aje lah macam mana peelnya kan..

yang kelakar,
aku masuk je satu kelas tu
de sorang budak perempuan neh

"cikgu baru ke? cikgu kena sabar sikit dengan kami taw..
diorang neh nakal-nakal.."

lepastu dia salam cium tangan aku
amik berkat kata dia
haha
nasib baik aku tak makan lagi oi
kalau tak, malunya kalau tangan cikgu bau gulai!!
AHAHA

aa.. ada lagi satu dialog aku ingat

"cikgu ajar kami ke?"

"aah.."

"yeayyy.. bestnya!"

err?
motif?
hahaha

eh, sekarang macam aku pulak yang excited ;p
kerja adalah banyak
dan aku dah dapat paper untuk marking..
penat okey

oh, sebelum korang bertanya
baik aku bagitaw dulu
aku mengajar BI dengan ICT..
lepas tu mengajar kelas menengah rendah
nasib baik la tak payah nak involved menengah atas

hari-hari kena balik 2.40 walaupun kelas dah abis awal
tapi tadi pukul 4 baru sampai rumah..
sebab setiap selasa ada meeting

nak tengok muka aku bila balik?dengan berkilatnya
berminyaknyaa..
ya rabbi.. nak touch up pun tak larat dah
lantak situ..
dahla kaki aku saket..
berhigh heels 3inch okey..
sumpah esok aku sarung pumps!
aku ingatkan cikgu-cikgu neh pergi kelas pakai heels
rupanya memasing rileks je sarung kasut biasa

rasa macam nak g beli crocs la pulak ;D
(tetibe ;p)










okey!
sumpah penatttttttt
sapa kata jadi cikgu tak penat!!
bagi tarik napas sat naaa

sat g aku update (:










Monday, May 25, 2009

err..
tak berdaya nak update lah
dugg dagg dugggg daggggg jantungku ini

wish me luck~
pewot aku dah rasa macam banyak rerama neh
T________________T









Yes! You can call me..

TEACHER IZZA!!!

;p

ahaha..
uit uit uit!!
jangan gelak duluuuuuuu

dapat keja sementara neh ;D
jadi cikgu ganti..
ajar sekolah menengah
dari dok mengangkang kat umah, baik aku accept keja neh ;p
takot.. seram..
buatnya aku dapat anak murid cam zaty neh
matikkk gwe!

haha

meh meh la cikgu-cikgu..
bagi tunjuk ajar pada saya neh..
takot neh nak masuk 1st class esok :-s
seram sejukkkkkkk je rasa..
haha

hye!
saya adalah cikgu bermula daripada hari esok
haha

p/s agak-agak anak murid takot tak if aku
buat muka seperti gambarajah di atas?








Sunday, May 24, 2009

kuala kangsar~

memandangkan semalam dah alang-alang keluar
aku ngan nyna saja nak pusing area sini
nak bergambar la kononnya ;p
hee..ini kat area istana kenangan
err.. korang taw tak apa tu istana kenangan kuala kangsar?
istana tu dibina tanpa menggunakan paku.. walaupun sebatang
kagum tak? ;p
setengah orang panggil istana kenangan
setengah orang panggil istana kuning
dah jadi muzium dah rasanya sekarang nehaa.. yang kaler kuning kat belakang tu lah istana kenangan tu

lepas tu, tengok jam dah pukul 7.15
cepat-cepat ajak nyna balik
takot la plak
istana ni dah la istana lama
ditambah plak ada pokok besar tepi tu
hee, buat aku seram je ;p
kawasan tu pulak memang sunyi je..ini satu lagi landmark kuala kangsar
jam besar ;p

okey, tu aje
tata


keluar rumah akhirnya..


woh, tak tahan..
asyik mendap kat rumah je
akhirnya, petang tadi keluar jugak
haha

yerlah, duduk rumah bosan
nak keluar huha huha, takde duit T____T
haha, macam sadis sangat
dahla start je enjin, tengok tank minyak tu berkelip-kelip
sabar aje lah )':

aku kalau balik rumah, memang macam ni
mendap aje kat rumah
tak ramai kawan kat sini

petang tadi, adik aku ajak keluar makan laksa dengan cendol
macam best walaupun aku tak minat sangat kedua menda alah ituyeay! akhirnya keluar jugak setelah mendap 2 minggu di dalam rumah!!

pergi makan laksa + cendol kat pekan..
orang sini panggil tempat tu lembah.. (pelik ek?)jemput makan korang..
aip~ tengah-tengah malam jemput makan plak kan ;D
keluar berdua dengan adikku ini..
ni kat area kaki lima
ade kedai-kedai bukak
aku rasa macam orang asing kat tempat sendiri
nampak sangat jarang keluar rumah kan











Friday, May 22, 2009

confused ^____^

duk rumah ni..
sedia maklum lah
tugas masak-memasak yang light-light serah ke aku lah
contoh light-light?
masak nasik, jerang air, goreng telur ;p
hehehe
takdelah! acah je lah ;p
mana yang tak leceh sangat tu aku reti lah
kalau dah tak reti tu,
servis bertukar tangan kembali la kepada yang lebih pakar (mak aku ;p)
maaf lah, aku memang kurang reti memasak neh T____T

hari tu,
nak masak udang goreng cincai
alah, yang campak-campak tomato, halia, kentang segala tu ;p
lepas tu boleh pulak aku tersilap kan..
nak guna halia, terguna lengkuas..
cerita pada bestfren aku,
sekali dia mengingatkan pada cerita lama kan..

hah..
pandai-pandai lah korang teka sapa orangnya kan ;p
heee.. ni kisah lama taw
lama gila dulu.. kira kisah zaman purba lah neh
jangan disamakan pulak dengan aku sekarang
jap g ada plak yang cop aku ni langsung tak penah masuk dapur
haip!











Thursday, May 21, 2009

wonder girls

hye korang~
duk umah neh
duk mendap je kat umah
memang takde bahan lah nak update kan ;p
layan vid jum
beshhhhhh ;D
cekci, comel.. hiks



ni lak versi budak,
comel nak mampos
rasa nak penyet penyetkan aje budak tu ;D



layan eh (:










Wednesday, May 20, 2009

nak mintak pendapat korang..

korang.. korang
leh tak nak tanya pendapat?
sapa-sapa yang ada ilmu and skil photography tu
boleh tolong bagi komen untuk gambar ni tak?

gambar ni bukan aku snap
bukan aku yang edit
aku tolong upload je untuk taw pendapat orang lain (:

tukang edit gambar ni

.
.
.
V

http://hafizselambakreatif.blogspot.com











Monday, May 18, 2009

paper planes - M.I.A



takde mood nak update lagi lah
walaupun ada cerita tertangguh neh :D
layan lagu je la eh hari ni
aku suka sangat lagu ni ^______^










Sunday, May 17, 2009

K.A.M.I

bunga ni melambangkan geng kitorang
semuanya ada 7 orang :D
ain yang bagi bunga kat semua orang before balik hari tu
segan pun ye aku ni
sebab tak prepare apa-apa pun..
):

aku punya of course lah warna merah tu..
comel tak? (cakap comel.. cubit kang!)
niza ; sha ; izza ; ain ; zura

citah tukang amik gambar, bibi plak tak join picnic neh..

rindu kat korang semua taw..










Saturday, May 16, 2009

happy teacher's day

lupa plak hari ni hari guru
hehe
al maklumlah, berapa lama dah kan tinggalkan sekolah
nak nak lagi sekarang dah bukan pelajar
saya sekarang memegang title "pengapit sepenuh masa"
haha

so, selamat hari guru..
kepada cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku..
sampai jadi orang hari ni (eceh..)
kepada kawan-kawan yang bakal jadi cikgu pun
selamat hari guru untuk korang..

mesti seronok kan jadi cikgu
kalau jadi cikgu baik, kesayangan budak-budak
mesti dapat banyak hadiah masa hari guru :D
ada gak terpikir nak jadi cikgu..
tapi aku ni, tahap kesabaran sangat nipis
takut nanti dapat title "cikgu paling tak disukai je" hehe

"SELAMAT HARI GURU"

jangan melawan cakap cikgu
hargai cikgu anda (cewah..)
aku tataw sapa lagi budak sekolah kat sni
melainkan budak sentap neh
haha
jangan asik nak buli cikgu ko je ek dik.. ;p










Friday, May 15, 2009

my sweetest choc (:

hari ni best sangat (:
jalan-jalan.. jumpa kawan..
cuaca panas sangat kan..
sebab tu kitorang pergi lepak berbual dekat air terjun tadi

syokkk (:
before balik dapat kinder buenosapa suka makan kinder bueno??
suka kan? aku taw korang suka..
sebab aku pun suka :D
hee

pendek kata,
hari ni happy lah..
berhari-hari duduk rumah
hari ni baru keluar tengok dunia.. hihi

aku memang macam ni lah
kalau dah balik rumah, jadi loser
ahaha

bosan owh..
nak kena cari kerja cepat-cepat ni
kerjaaaa.. oh kerja..
datang lah kat aku..

haha










Thursday, May 14, 2009

sempat aje singgah..

before pergi umah makcik aku kat kajang
menyempat lagi kitorang singgah makan kat old town
hihieh, korang dah lunch kan?
so takde hal la aku letak gambar mi udang ni pun kannnnn :D

aku ngan nyna memang hantu camera
tapi aku rasa nyna lagi dasat kot
penat aku nak melayan dia
haha
nasib ko tu adik aku taw ;pni lah dia adik saya..ini gambar tak jadi
haha
sebab elok je tengah posing
tiba-tiba aku nampak ada dua lelaki angkat phone dia nak snap gambar aku
lepas tu diorang gelak-gelak
haih! bengang gila aku..
pensibuk hal orang betul..terpaksa amik gambar duduk je lepas tu taw
haha

baru je nak gerak pergi umah makcik
kawan call, bagitaw dia dah nak gerak balik
aku pun suruh dia tunggu kejap..
nak jumpa, tataw bila lagi dapat jumpa lepas ni
)';lepas tu zast kitorang terus gerak ke umah makcikku di kajang
dalam pukul 6 lebih sampai..

kena get a good rest sebab esoknya nak drive balik (:








my empty room..

ahad petang ke shah alam
amik cik nyna, nanti kan nak balik dengan dia..
eh, untuk pengetahuan pembaca-pembaca,
cik nyna ialah adik kepada cik sweethoney
hehe

aku buat kerahan tenaga kepada adik sendiri
mintak tolong kemaskan dan susun barang-barang aku
aku ni kalau mengemas, ada sikit failed lah

so, isnin pagi tu setelkan barang..
angkat masuk kereta
susun bagi muat semua..
tengah hari pergi lunch dengan kawan..
sebab petang kawan dah nak balik penang..
tataw bila lagi boleh jumpa ):

pas lunch tu,
aku pun balik bilik..
lepas tu baru la nak baring-baring
ingatkan nak lelap sekejap
nyna pun sama, aku tengok dia dah lalok
macam nak tidur sangat dah rupanya
alih-alih boleh tak letrik takde?
ni taktik UKM nak halau student dia ke apa?
hari dah la panas terik
dengan letrik takdenya
memang tak tahan lah..
dari terbaring-baring tadi,
trus bangun pakai tudung..
trus blah nak pergi rumah makcik pulak.. ahaha
bagus bagus..
taktik anda menghalau students adalah keji wahai UKM ;p
selamat tinggal kepada bilik e2-305..
bilik yang aku duduk selama lebih kurang 5 bulan
bilik yang aku duduk dengan sha
bilik aku ngan sha adalah bilik paling sepah sekali
haha
dan sha adalah roomie aku yang paling sempoi and best sekali
kalau gelak, suka gelak kuat-kuat sangat
pukul 2-3 pagi kita nak mengilai je keja kan sha
haha
kita ni duduk sebilik,
tapi hari-hari banyak betul benda nak sembang..
hari-hari ada je topik..
semua benda nak update
benda kecik-kecik tah pape pun semua nak cerita
hehe

gonna miss everything that i leave behind..


Wednesday, May 13, 2009

rindu

banyak sangat cerita nak update
tak taw nak mula dari mana..
hati plak macam kacau jek sekarang ):
dahla ko pun sama buat aku susah hati.. ):
takmo gni eh syg?

sentimental la plak rasa nak taip entry neh
ahaha
yer, rindu kakakku yang seorang ini..
sabtu hari tu, dia temankan aku tidur..
untuk kali terakhir kat UKM lah );
tidur lambat malam tu..
lambat sangat.. kita ni banyak masalah jiwa kan syg..

thanx for everything eh..
ades, tak boleh ah..
aku syahdu habis la ):
ee.. bengong! bengong! haha
memalukan aku betul mcm ni.. haha

pagi ahad lepas, pukul 10 lagi zue dah kejutkan aku
dia ada kenduri tgh hari tu
memang tak paham..
asal tdur UKM je, mesti ada kenduri
ahahaa
tapi sebelum anta balik umah, sempat singgah warta jap..
thanx ye syg temanku aku..

final sem aku kat UKM
banyak masa dihabiskan dengan ko..
time peluk ko tu,
kalau peluk lama sikit lagi, confirm meleleh..
sedih siot )':
tapi nasib baik kita taw segan kan
ahaha
peluk pun laju-laju jekk

nnt kita jumpa lagi kan (:
lagi 2 minggu kan (:
yeay (:









Tuesday, May 12, 2009

tersangat penat..
finally, im home (:
pukul 9.30 malam tadi baru sampai..
badan letih, mata ngantuk
jum tdur dulu nak?
esok baru update (:

gdnite..











Sunday, May 10, 2009

Saturday, May 9, 2009

alamanda

lama tak pergi alamanda
plannya nak pergi kul 9 malam..
tapi biasalah, kecoh sana sini.. dekat kul 10 baru sampai :D
hehe
macam la jauh nah alamanda ngan UKM tu..
sampai-sampai terus pergi burger king
lapar tak ingat punya
ahahaha
sebelum pergi melalak, sila isi tangki dulu kan :D
jelingan maut tu
warning tak kasik orang lain curik fries aku
haha
ish, perangai (geleng-geleng palee..)

lepas tu..
terus zast pergi karoke
amik 26 lagu..
sha, i love u..masa salam-salam peluk-peluk cium-cium before sha balik hari tu
air mata dah macam nak jatuh je
tahan.. tahan
nanti maskara comot.. haha
tapi sekarang tengok balik gambar-gambar ni
rindunya )':
kalau karoke, tak panjat sofa tak sah kan ;ppilih lagu..
ha.. lepas habis nyanyi tu kan..
rasa macam tak cukup je 26 lagu
nak tambah lagi
tapi sebab dia dah nak tutup
dia kasik tambah 4 lagu je menjadikan semuanya 30 lagu.. haha
jadik laaaaaa ;pdorang semua ni sooooo energetic
aku dah terbaring atas sofa je time ni
dorang lak rileks je lagi melompat-lompat, gelek goyang inul semua keluar
ahahahaha ;p
korang,
sayang gila kat korang
rinduuuuuu )':










pose tepi kolam

kan dah cakap panas-panas camni berendam dalam kolam best jugak kan?
memang betul-betul berendam taw
hahaha
sebab tak reti berenang (malu. malu. pinjam almari nak menyuruk)

kolam ni kat danau golf club, UKM taw
murah je nak masuk
rm2 seorang..

dah alang-alang kat kolam ni
nah amik pose majalah mangga













bawah lagi..













lagi...













sikittttt je lagi....











ha.. ni lah dia :D
ain! zura! ampunnnnn
jangan sembelih aku :D
korang dua nampak comel je taw
cuma beza kalau pose dalam majalah mangga
kena la nampak lurah sikit kan
hahaha

oi oi izza
apa ko mengarut neh?
mementang la dah habis exam
astaghfirullah..aku publish jugak gambar tak semenggah ni
dah macam nenek kat kampung je pakai cap ni
haha
gaya je lebih
berenang bukan reti pun

takpe takpe
pergi pun buat syarat je
at least selama 4 tahun aku kat UKM neh
ade la sekali aku pernah pergi swimming kat sni :D












Friday, May 8, 2009

last paper.. last day )':

semalam last paper eh rupanya
kenapa aku rasa macam dah 2-3 hari lepas
hihi

paper semalam habis pukul 10.30 pagi
lepas tu terus pergi canselori
nak setelkan baki hutang
tapi boleh tak sistem down lah pulak
grrr
dalam perjalanan ke canselori
hihi

pastu..
dah alang-alang kat area situ..
amik gambar kat tempat wajib student UKM wajib bergambar kat sini kot aku rasa
akhirnya ade gak peluang nak amik gambar kat sni
hehe
hari sangat panas terikkkkkkkk
tengok bayang-bayang aku tu pun dah taw kan.. ;p

hari panas-panas ni..
kalau dapat berendam dalam kolam best gak kan?









kita enjoy!

letih gila
penat gila
malam ni sessi pillow talk
i heart all of u babes.. (:
esok akan buat proper entry kalau aku sempat
banyak benda la pulak nak setel dah ujung-ujung neh..
masa dah suntuk
yet aku masih ada ramai kesayanganku perlu aku spend masa

okey lah..
sok sambung membebel
gdnite all (:










Thursday, May 7, 2009

saya bukan student

bismillahirrahmanirrahim..

dengan ini..

saya mengumumkan..

saya, Cik Izzatul Azma Mohd Asri

tidak lagi bergelar pelajar UKM

YEAY!!!!

dah habis study

YEAY! YEAY!!

(lompat bintang sebanyak 88 kali :D)











Wednesday, May 6, 2009

esok adalah paper last
yes.. last for REAL :D
before ni, aku asik cakap last.. last
tapi penipu je semua tu
hihi
esok hari last bergelar student..
adoiyai~ tataw pe perasaan
tapi dah sedih-sedih sekarang ni
sebab kawan aku dah ada yang balik hari ni )':
aku lak terjangkit dengan diorang yang dah habis exam
feeling dah merdeka
haha
otak serabut
time ni jugak la nak kena banyak pk pun
hahaha
takpe-takpe, segala masalah sila duduk tepi dulu boleh?
aku nak kena study ni
nak kena prepare for exam esok
kul 10.30 pagi esok, ko datang balik kat aku ye cik masalah?
korang semua,
wish aku luck eh
dah paper last ni (:
takecare semua









Tuesday, May 5, 2009

my road tax!

tengok aku punya cermin depan..
nampak ada yang kurang tak?
yer.. my road tax!!
boleh tak road tax aku cam reput
koyak rabak.. haihmula-mula dia tak mo melekat
pastu tempek la dengan sticker mcd
tak mo jalan gak
kekdahnya lantak ko situ tak tampal road tax
karang polis tahan, amik road tax dalam dashboard tunjuk
haha
aku rasa macam pesalah jalan rayaa..
takot seh kalau nampak polis..
padahal aku mana ada buat salah pun kan ;p

camno nak kasik road tax melekat balik ni oi..








protected entry : i feel stupid

Monday, May 4, 2009

penghujung semester

yeay!
exam dah habis!!! (untuk hari ini sahaja)

";)

haha
perasan dah merdeka konon
ye ye, aku taw ko dah merdeka ayein
duk jaoh-jaoh
dah tak leh geng dah
ko sekarang bukan pelajar ukm lagi
hahaha
gila dengki punya ayat ;psemalam tak boleh tidur
kes minum nescafe pahit kaw-kaw punya
nescafe 3 in 1 aku dah habis
aku pun try lah bancuh manual
takde bakat sungguh tangan ni
pait yang amat! hahahaha
tapi ada orang ckp sudi je minum wpun pahit sbb aku yg bancuh
auww :")
malu.. malu..
hahaha

mengada okeypas habis exam tadi
terus pergi makan ramai-ramai
err.. ramai ke
1..2..3..4..5
oh, 5 orang.. kira ramai la kannn
hehe

hari ni birthday ain (cik berbaju hijau)
happy birthday ain!!
meh aku wish benda yang sama
semoga ko jumpa bakal suami yang kacak dan cerah
ngahahaha
;p



Sunday, May 3, 2009

ikea

hari jumaat keluar pergi dating jalan-jalan
aku request mau pergi KL
tapi pendirian memang la tak reti tetap sungguh
mula-mula nak ke mid val
lepas tu teringin nak makan meatballs ikea pulak
lepas tu nak tengok movie dekat cineleisure
eee, banyak songeh betul cik izzatul ni kan?

lastly, buat keputusan pergi ikea
lepas tu pergi the curve
lepas tu pergi cineleisure
senang, semua satu tempat saje :Dlooks so yummy kan?
memang yummy pun!
walaupun ada orang cakap aku suka sangat ikut orang ):
yerlah, takde pendirian
ikut je orang lain kan
sedih )':
sedap.. :D
nak share?and yahooo.. (apakah yahoo.. tapi dot dot dot..)
patutnya YAHOOO!! kan? :D
dapat makan kek daim :D
sedap, tapi a bit manis lah
macam biasa
1 masuk mulut aku, 2 masuk mulut orang sebelah ;p
hehe

lepas makan,
pergi jalan-jalan kat the curve kejap
lepas tu terus pergi cineleisure
tak taw nak tengok citer apa
pilihan pun macam tak banyak kot
lastly kitorang tengok mall cop

mula-mula cerita agak bosan dan ngantuk yer
dah lama-lama baru rasa okey sikit
bolehhhhhhh lah..lepas tengok wayang
terus berangkat pulang
dan kaki aku adalah sangat saket disebabkan high heels ini
tak makan kaki sungguh dia ni
degil taw..
tapi maybe sebab baru kali ke 2 or 3 pakai kot
so dia degil lagi
still nak lukakan kaki aku ):
tapi takpe, pompuan memang suka seksa diri
sanggup saket kaki asal nampak cantik
hehe
sapa setuju dengan saya, sila berdiri!
kalau tak setuju, duk diam-diam kat sana.. hihi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...