Sunday, February 28, 2010

bf saya baik hati ;p

hai! lama tak jumpa :)

weekend neh keseorangan kat rumah. housemate semua pakat balik. minggu neh ada perubahan sikit dalam hidup. Ain dah pindah tempat kerja, Meen pulak dah pindah rumah. jadi minggu depan adalah kena berkenalan dengan housemate dan juga officemate baru. alahai, baru nak mesra dengan orang.. dah kena sesuaikan diri balik dengan orang baru :')

disebabkan duduk sorang-sorang, pukul 4 petang baru reti nak keluar cari makan. bosan okey duduk rumah sorang, tiba-tiba aku jadi perajin. cuci toilet, bathroom, sental sana sini, siap cuci peti ais lagi. kagum tak? ;;p calon menantu terbaik neh, hiks.

baru je start enjin kereta nak cari makan, dapat text dari kekasih ;(sila abaikan phone aku yang bergaris tak serupa phone orang tu ;p)

wah, macam orang mengantuk disorongkan bantal la kan. hihi. tapi, sebab dah lapar sangat, aku keluar jugak cari makan. itu makanan yang kekasih bagi buat dinner. suka sangat first time bf hantar makanan. hahahaha. tapi yang memalukan aku, ma beliau pulak yang tolong pack bekal tu untuk aku. haiyoh, malu la sayang.. biasanya gf yang hantar makanan untuk bf. ini terbalik pulak.. happy sampai ke bulan duk senyum je. hihiTQ sayang, love you :)

Thursday, February 25, 2010

bercinta sungguh nak dapatkan connection celcom broadband malam neh. tension okek. kalau free takpelah. haiyoh, saya masih sangat suka streamyx jugak.

itu je, tata.

Saturday, February 20, 2010

macamkan esok nak beraya aje

semalam adik beradik ada projek baik punya. bertungkus lumus kat dapur macamkan hari neh nak raya pulak. hari raya pun tak serajin ini. knowing me, memang rajin pergi dapur. hahaha. masuk lif tekan sendiri nampak ;p aku rajin je kalau resepi tu senang nak buat.. aku neh jenis rajin nak masak je, tapi tak rajin nak makan apa yang aku masak. oh, apa yang aku membebel jauh sangat neh. hiksaku buat puding roti laici. nampak sedap? memang sedap ;p

lepas tu, adik aku yang sorang neh sejak dah ada boifren neh sikit sikit berubah jadi perajin nak masak pulak. first time nak buat kapkek. of course la first trial dia tak jadi. hahahaha. aku tak sampai hati nak gelak depan dia, jadi aku gelak dalam neh je la ;p tengok kapkek dah macam kena gempa bumi ;D hehe, nynaa.. peace :)

tapi tak sangka penangan L.O.V.E neh kuat jugak ek. beliau bangkit (cewah!) membuat second attempt. hahaha. tak sangka aku semangat sampai begitu sekali.harap harap boifren dia tidak sesat ke blog aku. kalau tak, kantoi lah surprise neh. kalau la si man man tu ada tersesat ke sini, tolong diamkan aje ye cik luqman. bagilah can cik nyna berasa gembira memberikan anda kejutan ;p

kemudian, tak cukup lagi dua benda neh. aku dengan kakngah nak buat puding karamel pulak. aku ajar dia lah. seee.. I kan sifoo! ahaks ;p gambar puding karamel malas nak snap pulak. tapi kakngah yang rajin, dah pandai buat kan sekarang? lepas neh kita boleh buat lagi ;D

apa yang penting?????


YA, BETUL. MEMANG KERJASAMA JAWAPAN DIA.

Thursday, February 18, 2010

hari yang tak berapa nak sibuk

hari neh adalah hari yang sibuk bagi saya. sumpah penat terkejar kejar. itulah, buat kerja last minute lagi :D teheheee

bangun dah la tak berapa nak pagi. lepas tu terus menyibukkan diri di dapur. menyediakan lunch untuk keluarga tercinta. ececeeeyy. terus terbayang masak untuk suami seronok neh. hahahaha. zatil, shut up! sila lupakan semua imaginasi liar kita sebentar tadi :D

siap melayan dapur, tengok jam dah pukul 2 lebih. kelam kabut mandi.. (eh! baru nak mandi!) lepas tu terhegeh hegeh isi borang mintak kerja. ye, job application form dalam kata nama lainnya. dah kepilkan semua yang diperlukan sekali, terus terjah pejabat pos pulak. nak kejarkan pos laju tu. sebab deadline nya esok. tehehee. dah cakap kerja last minute. nak buat macam mana, baru taw pasal neh jumaat yang lepas. manalah sempat. ngam ngam sampai pejabat pos, abg tu kata pukul 4 nak kutip. masa tu jam menunjukkan pukul 3.50 petang. PHEWWWWWWW~

selesai je urusan dekat pejabat pos, automatik hari menjadi tidak busy, tidak terkejar kejar lagi. lalu tersenyum aje lah. haha. tipu je, ada lak tiba tiba asik nak senyum je. gila ka?

hmm, sebut pasal mintak kerja tu kan, aku sebenarnya selesa dengan tempat kerja sekarang. the pay is not too high but sufficient for me at this moment. i'm contented. fullstop. bukan berpuas hati dengan apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang ada. tempat kerja dekat, housemates okay, officemates okay, boss okay, takdelah garang sangat. hehe. jadi, aku adalah akan berfikir banyak kali untuk apply kerja lain yang kalau lebih kurang je dengan kerja aku sekarang, gaji pun lebih kurang je, why should I go? aku ada pendapat aku sendiri, lain orang lain pendapat. jadi, sila hormati pendapat aku sebagaimana aku menghormati pendapat kamu semua.

ahh, kan dah terbebel panjang tak tentu pasal. hiks. sebut pasal kerja, lusa nak balik KL dah weh. perlukan satu semangat yang tinggi neh.

goodnite peeps!

Wednesday, February 17, 2010

jom pegi ipoh


sekolah start hari neh ke esok ye? aku pun tak sure, adik aku sorang sekolah hari neh. sorang lagi tak sekolah. katanya esok baru mula. hmm.

dah berapa hari duk rumah neh, bosan pulak tak pegi mana mana kan. so petang tadi pegi ipoh. entah apalah yang ada. pusing pusing je, sumpah takde apa yang berkenan. selamat duit aku. hahaha.

on the way tadi, jalan area jelapang dengan terowong menora jammed. haila! hari neh pun jammed lagi ke? aku dah terbayang bayang dah macam mana keadaan jalan ahad neh nanti. jadi, telah membuat keputusan akan pulang ke KL pada hari sabtu. harap harap jalan okay. kalau tak berapa nak okay pun, at least ahad tu boleh dah rest kat rumah kan.. ingat senang ke nak start balik enjin kerja lepas seminggu bercuti?????

tadi dah alang alang pegi ipoh, terus jumpa cikgu najiha neh. holoh holoh dear, comel gila panggil cikgu najiha. hiks. no pic sebab aku olympus merah aku tertinggal dalam kereta. lama jugak tak jumpa gg neh. since dia sekarang dah bertugas menjadi pendidik. jauh pulak tu, kat selatan nun, JB. dear, hope to see you again this march okay? banyak gossip hangat keluar tadik, termasuklah the new one yang you baru gossipkan dengan I tadi zatil! ;Ppic seorang diri saja yang boleh dikongsi.

eh, lega gila kan malam neh hujan. alhamdulillah.. at least maghrib tadi hujan, takdelah panas sangat. sekarang neh cuaca panas sangat kan? dari malas mandi, asyik mandi je kejanya.

okaylah, pada yang dah start kerja tu. selamat bekerja! :D

Sunday, February 14, 2010

traffic jam paling best pernah saya hadapi

fuh, finally at home ;D after for about 7 hours trapped in the traffic jam last night. redhalah saya T____T

otw dari rumah pegi shah alam, jalan lengang. berlagak la dengan mr bf neh, yang jalan lengang. aah, memanglah lengang! sebab semua bersepah-sepah dekat highway. hahahahaha.
keluar je dari guthrie, amik ko kereta bergerak sejemput sejemput. dari rawang sampailah hentian ladang bikam, macam tu la dia. i was expecting jalan raya mesti sesak.. tapi tidaklah menyangka sampai dekat 4 jam dekat situ saja! sumpah kaki kiri dah lenguh gilaaaaa. terus toink toink timbul niat lepas neh kalau beli kereta, nak beli auto lah. sebelum neh, berlagak sangat bawak manual. konon driver sejati la. hahahaha.

nasib baiklah minyak dah full tank. kalau tak, satu hal lagi nak sesak sesak kat petrol pump. semalam berhenti rehat kejap dekat hentian ladang bikam. kaki dah macam nak cramp aje. lagipun adik aku nak pegi toilet. hentian pun tak boleh masukkk.. apakah berhenti di luar hentian. bersepah sepah lagi manusia.

masa neh la ternampak kejadian tidak diingini. si jantan dengan senang hati mengencing di depan kitorang. dia parking depan kereta aku, keluar kereta, langkah divider tepi jalan tu, bukak zip.. dan shhhhhhhhhhhhhhh!!!! huwaaaa! apakah jenis lelaki macam neh. taw la kot dah tak tahan sangat, sila la turun ke bawah bukit sikit. tolongla jangan mengencing di hadapan kitorang gadis gadis ayu neh. tepi jalan pulak tu.beepp beepp~ suspek dikenalpasti. hahahaha. sumpah hancing gila tepi jalan tu. entah berapa orang dah mengencing di situ.time neh tengah tunggu ngah dengan kawan nyna pegi toilet. nasib lah balik dengan adik adik. kalau drive seorang diri dari KL, sumpah sadis.

Saturday, February 13, 2010

Hi!

dah ramai yang balik kampung ke? eceyyy, tanya macam la esok hari raya kita ek ;p raya kita, kita sibuk cuti. raya orang pun kita sama sibuk cuti. masyarakat majmuk betul. hihi. kata pada diri sendiri, bluwek!

aku pun cuti jugak. amek ko seminggu stretttt sampai ahad depan. lai lai lai~ seronoknya. since keja KL neh, tak penah lagi balik umah. sekali balik dapat seminggu, mau tak syok kan. anw, bukan suka suka cuti seminggu ek. kitorang kena ganti hari rabu dengan khamis, masa hari wilayah dengan awal muharam neh nanti. and then untuk jumaat tu aku apply leave la. koser ah aku nak balik kl semata mata semangat dedikasi nak kerja jumaat tu nanti.

malam neh tidur keseorangan T_______T ada sapa sapa sudi teman ke? ajak si adik adik tu, suma berlagak jual mahal takmo teman aku tidur malam neh. bluwek!

semalam bos belanja makan. ajar kitorang makan yisang. betul ke gitu ejanya ek? hentam je la janji korang paham apa yang aku nak cite neh. hihi. ala, korang taw kan.. makan yang jenis rebut rebut gaul ramai ramai tu. first time merasa join. tapi tak habis pun makannya, banyak sesangat.. tp anyway, tq bos. murah rezeki, angpow mari.. hik hik hik

okaylah, nak kena tidur dah. esok mau drive pulang. la la la~ selamat bercuti semua! dan juga untuk warga cina, happy chinese new year! ;D drive balik elok elok, have a safe journey..tata...

Thursday, February 11, 2010

tadi jalan jalan pusing kat korean town kat ampang sana nun. cari barang barang nak masak ;P hik hik, jauh nah mencari sampai ke sana kan. nak buat apa la tu. la la la~

housemate aku yang sorang tu pandai cakap korea, so kalau ada nak beli barang kat sana.. memang angkut beliaula. kitorang yang tak faham neh tercengang cengang saja lah ;D

tengok macam macam jenis ramen kat kedai tu, teringin pulak nak makan. so meen lah jadi tukang inspect sama ada boleh makan ke tidak. 3 bijik kedai kitorang pegi, takde satu ramen pun yang boleh makan. hmmppp.. hampa! sebab tengok packaging dia melelehkan saliva betul. dahla cantik cantik aje kan. tapi, akhirnya rezeki nak bersupperkan ramen ada jugak..TADAAAA! ini aje yang halal dimakan ye anak anak semua.

beramai ramai la kitorang tadi menyangap ramen di waktu tengah malam. bertiga je la pun. hihi, sapa pulak nak beramai ramai lagi kan. makan ramen panas panas lawankan dengan tea strawberi panas panas jugak. sudahnya badan aku sampai sekarang kepanasan. entahkan sebab tea ke sebab ramen.

okay. dah habis citer pasal makan, jom tidur! gdnite! ;D

p/s okay, dah jumpa punca saya menjadi gemuk sekarang :(

Sunday, February 7, 2010

great escape

okay, mari update cepat-cepat. tak payah biarkan gambar budak HOT neh lama-lama kat muka depan blog ini. hihihi.

hari neh menghabiskan lebih kurang separuh hari dengan cik ain. haha, ceh.. nak accurate jugak tu kan? nak jugak sebut separuh hari ;Pcik ain dan cik izza. dua-dua masih bergelar cik okay. muka saya memang dah bertambah lebar, tolong jangan menambahkan tekanan nak komen macam-macam ye. hahahaha. statement berciri tidak dapat menerima kenyataan. sedey.memang happy hari neh ;D

kitorang pegi buat facial treatment kat herbaline, the mall. apakah jauh sangat pergi kan? macamkan cheras neh takde herbaline aje ;P ish3, mestilah ada sebab pegi yang jauh. sebab dapat voucher kat sana. bukan aku, tapi ain. aku peneman je. hihi.ini bukan kat penjara walaupun anda nampak kayu palang-palang macam tu ek. tengah basuh kaki before masuk facial room neh. cozy gila tempat dia, memang stock letak kepala nak tidur je la. tapi aku tak berapa dapat nak tidur lah, sakit woh dia picit-picit muka aku. yelah, last aku buat facial treatment 2 tahun lepas kot? haha. gila. blackhead dan whitehead bermaharaja lela.

ini first time aku buat facial kat herbaline neh. herbaLINE ok. kang ada lak salah baca herbalife. itu lain. hihi. ada banyak pakej, tapi tadi aku amik pakej rm88. berbaloi kot rm88, ada 2 machines, 2 masks, head & shoulder (hihi, macam nama syampu) massage, paling best siap ada..FISH SPA!

haha. dah, tak payah nak telek sangat kaki tu. first time buat fish spa neh. sumpah kegelian kaki aku weh, ter auw auww mula-mula je ;P lepas tu suka.. best. kalau tak silap fish spa neh kat times square murah dalam rm5 kot. bape minit tataw, tak penah pegi.

buat treatment tu dalam sejam setengah kot. masa dia picit-picit whitehead + blackhead tu je aku tak leh nak fokus untuk tidur. hahaha. ada plak fokus nak tidur kan ;P tapi lepas tu memang tertidur kejap. best, dah siap set appointment untuk next month. haa~ masa dia duk picit tu kan, sampai ngalir air mata sakit taw.. duk set dalam hati, takpe.. takpe, beauty is pain. hahaha. gilo kan.

dalam pukul 6 balik ke rumah semula. mestilah dengan tangan yang tak kosong.mask. nak cantik punya pasal.

syg, I dah susah payah maintain cantik neh, you cari lain jugak siap you! ;P

Saturday, February 6, 2010

ini Nyna. adik saya nombor 3. adik yang paling gedik. ops, mungkin nombor dua gedik kot, paling gedik confirm adalah adik lya. hahaha.

dari minggu lepas, duk merengek-rengek suh aku datang tengok dia. yelah, orang tengah sakit kan. dia jatuh motor, lutut adalah luka. takleh pakai jeans, nanti melekat-lekat luka tu. haha, terbayang lak luka awk tu nyna..

so, tadi menjalankan tanggungjawab seorang kakak mithali.. pergilah shah alam neh melawat dia. pastu nak sentap-sentap pulak sebab aku cakap nak masak, tapi aku adalah tiba-tiba menjadi pemalas. hahaha. sorryla nyna membuatkan awk kempunan bubur, minggu depan ek aku masak.. :D

to nyna, sila cepat sembuh supaya tak payah nak perasan dirimu begitu berharga sangat. haha. habisla kena lempang pasneh T___T

lately neh, jarang nak update blog kan. nak letak muka sendiri pun malas. bukan takde cerita, banyak cerita. tapi entahlah, minggu lepas kan adalah minggu yang paling penat + stress at work. semalam rekod tidur paling awal, pukul 8 malam dah masuk tidur sampai pukul 9 pagi. itupun sekarang dah mengantuk. apakah weekend nak tidur-tidur awal neh kan?

semalam kena pergi ssm kat the mall. gila penat menunggu dari pukul 10 pagi sampai 2 petang untuk submit annual return. mentang-mentang last day, orang ramai macam semut. sampai kul 10 pagi, ada lagi 200 nombor untuk sampai kat nombor kitorang. nasib baik berdua dengan Ain, takdelah bosan sangat. lepas tu dah pukul 2 lebih tu, ada pakcik baik hati kot tengok kitorang dah mati kutu. keluar masuk ssm tapi tak gerak-gerak jugak kan. lepas tu beliau offer nak tolong hantarkan sekali dengan dokumen dia. alhamdulillahhhhhhhh.. murah rezeki pakcik tolong orang. hihi.

lepas neh Ain pindah tempat kerja, I guess that will be my work lepas neh untuk pergi ssm dengan IRB. harapnya tak menambah stress lagi :) Ain, sumpah tak best bila fikirkan Ain takde nanti.. hihi. dah pat blas kali mengomel kat Ain pasal neh.. mesti dah malas nak dengar dah :P

hope everything will be just fine after this, aminnnnnn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...