Tuesday, March 20, 2012

Resepi Kek Batik Coklat

Ni kek yang terpaling senang sekali buat. Hehe. Mana taknya, susun-susun biskut meri je pastu sejukkan. Tak payah bakar ke kukus ke apa :p

Pada pendapat saya, resepi ni best.. Sedap ! Kaya dengan coklat. Lepas tu biskut meri dia pun masih rangup lagi sebab tak gaul sekali. Biasa buat patahkan lepas tu gaul sekali kan. Ni cara lain sikit. Anw, ini projek #GengBaking minggu lepas sebenarnya :)



Kek Batik Coklat
Resepi : @Sue-hasue

Bahan-bahan 

200 gm milo
250 gm butter
3 sb serbuk koko
1 tin kecil krimer pekat manis / 3/4 tin sederhana krimer pekat manis
Biskut meri secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)

2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...

3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur

4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....

5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar   dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan 

6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.

7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis

8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Kalau nak senang, kacau guna whisk masa atas api tu ;)

Untuk tengok versi #GengBaking yang lain, boleh klik link di bawah :

1) Nano

Geng lain minggu ni kot ? Nanti saya update link !



6 comments:

nanonano said...

mcm kek doh.
ok. laju2 updet!

sharEna said...

aku pernah buat yg style biasa. maybe blh try buat style ni plk hehe

Ann Ilias said...

Izza,
walaupun ni resepi biasa2 je
tp kau olah bg dia nampak luar biasa
n the result is awesome
nampak cantik!!!

mamaelly said...

thanx for the sharing..boleh try cara gini plak..isya mesti suka

Zumie said...

sedakkkkk..nak cuba nanti

lilRed Farah said...

nampak tempting gila lalu gigih mengomen. eeee sedabnyesssss, u pindah jadi jiran i je lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...