Sunday, June 11, 2017

Izza Nak Kurus -- Misi 55 Kg

Assalamualaikum,

Nak cerita perjalanan aku menurunkan berat badan secara slow dan steady but surely ;)

Ok, sebelum aku pregnant Luth Daniyal, badan dah memang gemuk melampau. Nak kurus, nak kurus tapi makan tetap banyak dan tak dapat nak control ("-__-) dasar kuat berangan. Masa ni memang takdelah aku pakai jeans dah. Manjang jubah aje. Keyakinan diri pun makin lama makin kurang. Dressing out. Muka malas nak belek. Memang I feel like makcik makcik sangat T_____T

Lepas tu, nak jadi rezeki.. pregnantkan Luth Daniyal. Berat masani 65kg. Sepanjang pregnancy berat naik sampai 80kg 💪💪selepas bersalin berat jadi 74kg. Walaupun dalam pantang tapi berat aku tak turun banyak. Rasanya salah satu sebab, aku culas berbengkung ! Sebab panas sangatlah rasa masa tu pakai bengkung perut naik ruam gatal bintat bintat merah, gatal amat ok. Skeri. So aku memang culas sangat berbengkung. Masani agak tak hairan pun berat badan berapa. #gemukdontcare konsep dia

Sampailah hujung bulan Jan, badan masih gemuk. Walaupun breastfeed, lambat sangat turun. Dah makan pun selera sangat ok haha tak sedor diri. Tapi tiba tiba dapat hidayah k, tergerak hati nak cuba pakai korset House of Corset by Chooyaya #houseofcorsetbychooyaya . Aku biasa je pakai korset tapi tu sejarah la. Sejarah sebelum kahwin kahhh. So trylah nak pakai korset ni memandangkan Kaksu promote sungguh menggoda dan harganya pun sangat mampu milik

Hujung January masa beli korset tu, berat -- 68kg

Bersambung..

Monday, June 5, 2017

Kurus Dengan Korset #houseofcorsetbychooyaya

Assalamualaikum,

Ada tak sesiapa mencari korset yang murah DAN berkualiti ?

Dijamin selesa, takde tulang tulang korset yang menyucuk, takde bergulung dekat peha (siapa biasa pakai korset tahulah apa maksud ni) dan juga tahan lasak.

Korang boleh dapatkan korset yang murah dengan kualiti premium ni dengan saya, dijamin tak menyesal.

Untuk testimoni dan feedback Korset, korang boleh tengok dekat FB : Korset Instant Slim atau IG : @izzatulazma






Saturday, June 3, 2017

Resepi Noxxa : Sagu Gula Melaka


Resepi Sagu Gula Melaka Noxxa

Air gula
1 blok gula melaka
1 cawan air

Masukkan semua ke dalam Noxxa. HP 3 minit. Tapis dan sejukkan.

Sagu
1 cawan sagu
3 cawan air

Masukkan 1 cawan sagu + 2 cawan air. Steam 3 minit. Keluarkan dan tapis kanji. Masukkan semula ke dalam pot + 1 cawan air. Steam 2 minit dan biarkan seketika sehingga kembang.

Hidangkan dengan susu cair dan creamy corn 👍

Friday, June 2, 2017

Resepi Noxxa : Nasi Goreng Cendawan

Soalan biasa setiap hari untuk Kasih,
.
Nak makan apa ? Nasi ? Mi ? Makaroni ?
.
Kasih nak makan nasi goreng dengan cendawan.
-----------------------------
Amboi request dia haha. Yang sebenarnya dia mintak nasi goreng dengan enoki goreng tepung. Tapi Mama malas pulak nak berkecah kat dapur. So combine jela jadi nasi goreng cendawan. Sebab takdak nasi semalam, so masak nasi goreng guna #Noxxa.
.
Resepinya terpulanglah yang nak share kat sini cara cara nak masak guna Noxxa tu 😆
.
Set SF. Tumis cili padi + bawang putih + bawang besar. Masukkan isi ayam. Masukkan cendawan carik halus. Kacau. .
Masukkan beras 2 pot. Nisbah air biasanya 1: 1.5. Off SF. On HP 5 minit. Actually 7 minit lah sebab saya tambah lagi HP 2 minit lepas tu.
.
Dah bunyi, release steam. Nampak tak nasi goreng macam tak kering sangat kan. Takpee dont worry. Set SF bagi dia kering ke tahap yang korang nak. Siap dah.
.
Semoga bermanfaat 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...