Friday, April 23, 2010

hari neh hari khamis. hari neh Cik Sweethoney puasa. puasa ganti tak habis-habis lagi weh.. tup tup esok tiba-tiba aje dah datang bulan puasa balik kan, menjawab la kelam kelibut nak ganti time tu. korang dah habis ganti?

bila gtaw kat mak yang hari neh puasa, ada ke mak ingatkan aku puasa nazar, kot la dapat apa-apa. hehe. apa-apa tu apa mak? ;p

minggu neh terasa lambatnya masa berjalan. adui~ semangat menghilang minggu neh :( tataw hilang p mana. ke aku yang dah bosan dengan keja neh :D tehehe. tapi nasib baik esok dah jumaat kan? sapa tak suka jumaat kan.. eh, bukan encik jumaat taw.. neh hari jumaat. ahahaha, tiba-tiba teringat lecturer kat UKM nama encik jumaat, dulu rajin pergi bilik dia duk nyembang..

hari neh duk sorang-sorang kat ofis. yang lain keluar buat site audit. boss pulak biasalah, kejap masuk kejap kang kuar balik. bosan, rasa sunyi je. hahaa.

ok, habis dah membebel hari neh. selamat bekerja di hari jumaat. tak sabar tunggu minggu depan, hujung bulannnnn.. weeee ;)

Wednesday, April 21, 2010

masjid besi

dah alang-alang pergi putrajaya hari tu, amik kesempatan nak jenguk masjid besi putrajaya sekali. katanya cantik sangat kan :) aku pun nak merasa jugak pegi. hihi

so, kitorang singgah sembahyang maghrib kat masjid besi neh.
cantik kan waktu malam.. tapi aku tak merasa pun nak nengok masjid neh lawa berlampu-lampu bagai gini.. pas maghrib terus gerak balik je.

tapi, pada pendapat aku la. pendapat aku taw, bukannya fakta dari mana-mana pun.. aku rasa masjid neh nampak cantik dari luar, tapi macam tak berapa convenience je.. tempat sembahyang laki dengan perempuan tak asing, ada satu dewan solat utama, laki kat depan.. ujung nun kat belakang pompuan. aku rasa lah, macam x berapa selesa aje. open sesangat gitu.. tp.. pssstt.. leh intai kekasih hati semayang dari jauh. muahahahahhaa ;p nyempat lagik aku neh ;p agagaga

pastu toilet dengan tempat amik air semayang dia, lantai dia basah licin gila koo.. sampai ada sorang budak neh terjatuh tergelincir. takde tempat alas kaki. kena hati-hati sikitlah.

wah, sedapnya mengomen kan. hihi. bukan main komen je laaa.. kan dah cakap pendapat aku.. ;p masjid mestilah kena selesa untuk kita semayang kan.. tapi tak dinafikan la, tempat dia cantikkkk.. macam terapung gitu.. pastu tepi tu ada tasik. dalam masjid pun naik turun pakai eskelator.

eh, aku masuk masjid idak la pakai ranggi benor macam gambar atas tu. ada rasa malu jugak la nak pakai macam tu masuk masjid. walaupun tak patut rasa malu masa nak masuk masjid je kan.. pangggg diri aku sekali plis. sekali je okay.nasib baik ada jacket iim kat dalam keta. dah macam men in black jek aku. bezanya lady in black, boley gitu? hahaha.

Tuesday, April 20, 2010

when in rome

abg, nak tengok cerita apa neh?

kita tengok 'kick ass' ek..

when in rome tu macam best jek.

diam kejap.

okay2, ikut abg lah. :)

see, I'm a good girlfriend now. tadek dah aku nak marah-marah. keadaan telah berlanjutan selama 3 hari. hahahha. pencapaian hebat lah tuh. cis ;p

btw, nak tengok 'kick ass' pukul 3.30.. tajuk kemain best ek, 18PL, bebudak kecik takleh tengok. kih3.. time nak beli ticket tu memang dah 3.30 pun. so, sementara kekasih beli ticket, saya berbaik hati pergi beli mineral. lepas tu get ready nak masuk hall lah kan. sekali kekasih kata, jom jalan-jalan dulu. movie pukul 4.15.

saya tak puas hati. kenapa 4.15? kenapa tak amik je sekarang? kekasih kata yang pukul 3.30 tu duk seat depan, kang sakit leher plak. okay, point accepted :D

so, masa kat dalam hall tu.. layan la semua iklan-iklan dia dulu kan. sekali saya nampak iklan when in rome. saya pun bagitaw lah dia, abg.. tengok tu! iklan when in rome!!

okay fine. neh dah bukan macam iklan. saya duk tertanya-tanya bila dia nak tukar pakai uniform tu. kan dalam kick ass tu ada baju yang pelik-pelik tu kan. haha. tiba-tiba kekasih bagi saya ticket wayang, dia suruh simpan.

saya masih pelik dengan cerita tu. asyik-asyik pasal rome. kejap-kejap rome. dah setengah jam neh, tiba-tiba saya macam baru tersedar!

kelam-kelibut geledah handbag cari ticket wayang. tersuluh-suluh aku dalam gelap tu. tengok-tengok tajuk movie tu.. WHEN IN ROME ye rakan-rakan. apakah blur sangat aku neh dah tengok setengah jam tapi masih tataw tengok citer apa. pandai bf saya neh buat surprise. kikikiki. tergelak bila teringat naivenya saya lurusss jek..nakal neh. main-mainkan orang ye!when in rome best. cerita yang ringan, takde nak serabut kepala nak fikir-fikir kan. ada satu part dalam lif yang lawak gila, aku gelak sampai keluar air mata. hahahaha. you guys should watch this movie, okay :)

Monday, April 19, 2010

yati percik


Lovely sunday :) isn't it?

mood pun sangat baik. kekasih janji nak datang pukul 11 pagi. saya pun dengan gagah dan gigih memaksa diri bangun pukul 10. sekali kekasih lajak tidur sampai pukul 12. pitammmmm. sebab beliau kata selalunya time tu baru saya bangun. hahaha. takpelah, kesalahan dimaafkan tanpa ragu lagi :) eh, terkantoikan kekasih sendiri bangun lambat pulak ;p

untuk hari ahad yang indah neh (hahaha), kekasih tanya nak lunch kat mana.. saya tanya, kat bangi boleh tak? kekasih kata okay. sebenarnya saya teringin nak makan nasi ulam dekat yati percik tu :) ayein, ko punya angkara lah neh ;p
nyum nyum. sedap.

tapi servis lembap. betul kata ko ayein, nasib baik aku dah ready mental neh walaupunnnnn sebenarnya lupa. dah tunggu lama kat sana order tak sampai-sampai lagi baru teringat kata-kata amaran ko itu. ahahaha. tapi nasib la sedap, cuma nasihat aku.. kalau korang tengah lapar menggigil nak makan, tidak digalakkan ke sini. aku takot karang tak dapat makan nasi ulam, pekerja kat situ korang kerjakan ;p

info : yati percik dekat area depan san fransisco, ada new shoplot di situ. bukan ada nasi ulam je, macam-macam ado. boleh pergi cuba tapi ingat pesanan aku itu. hahaha
sedap kan sayang? kusyuk makan tak sedar I amik gambar taw ;p pipi kembung, rasa nak cubit aje. kikikiki ;p

okaylah, sekarang tuan punya blog pulak jadi lapar menggigil. tak jadi nak teruskan menaip. nak cari makan sikit, lepas tu nak tidur. esok-esok baru kita insaf sebab makan tengah malam, lepas tu terus tidur T_T

Sunday, April 18, 2010

random

Helo, helo heloooooooo :)

Buat apa hari neh korang? Aku tengah kepenatan neh, dari pagi ke malam kat luar aje. tapi itu nak cerita nanti, sekarang nak update benda lain dulu sebelum aku lupa. ihihi

okay, hari rabu hari tu.. balik kerja pegi dating. Ha, jangan nak tanya pulak dating ngan sapa.. mestilah dengan en boyfriend ;p hihi (padahal takde sapa pun tanya.kui3). sebabnya beliau yang berbaik hati tu nak ajar saya jalan jalan kat KL neh, nak pergi buat keja kat KL tapi buta jalan kekdahnya. untuk itu, thanx syg ♥

tapi itu bukan cerita utamanya lagi. tehehe. panjang beno bebelit-belit eh entry neh. masa nak balik tu, lalu satu jalan.. encik bf suruh tengok bangunan tepi jalan tinggi kaler coklat. aku pun tengok lah, dia suruh baca bangunan apa. aku pun baca lah. rupa-rupanya Times Square lah korang! apa lah bangunan Times Square yang sikit punya besar tu pun aku tak boleh nak cam. terus encik bf ajak ukur Times Square tu besar mana. (dalam bahasa lainnya, jalan-jalan la korang. jangan blur sgt ;p)

jalan punya jalan dalam tu, tiba-tiba..

nampak sesuatu.

kat depan 7E, ground floor.



adoi, neh yang den lomah lutut neh.

lomah lutut tapi suka. kikikiki. ADA SALE LA KORANG!

Laaaaa, dari tadi citer panjang-panjang nak citer kat korang yang kat Times Square tu ada sales je rupanya? Hahaha, iyolah. katanya sharing is caring kan ;)

SUB buat anniversary sale kat area situ. not sure whether dekat Times Square aje ke ataupun memang semua SUB buat. juling bijik mata weh, semua 50-70% punya discount. rasa nak beli berhelai-helai sebab dah lama tak shopping, tapi yang betul-betul berkenannya cuma 2 helai je :) dua helai baju SUB only cost me about RM 52..lately neh, suka pulak white blouse ♥

oh ye! sapa yang rasa nak jenguk-jenguk ke sana, for your information.. sales adalah sehingga 20 april. happy shopping you all!ini first attempt memakai pashmina yang jenis lubang-lubang tu @ RM 15. entah elok entahkan tidak. hentam je pakai. dah namanya pun try kan. biasa jugak nampak kat online shop pashmina jenis neh tapi tak sure lah harga dia berapa. nice jugak lah, tapi lubang-lubang dia tu buat aku tension. suka tersangkut sana sini. hahaha.

p/s minggu neh adalah minggu gembira untuk ramai orang I guess. ada yang pergi jumpa bakal mak mertua (eh!), ada yang pergi tusyen (aha, gembira kah ini), ada yang sibuk telefon kakak pukul 12.08 malam nak bagitaw esok nak balik kampung, lepas tu cakap aku tipu nak tidur, padahal FB on. hahaha. nak tidur dah la neh cik nyna dengan kak ngah.. mamai-mamai sudah..

tata, goodnite. sweet dreams :)

Saturday, April 17, 2010

my perfect dinner

Hi!

Malam neh saya home alone :(

Ajak incik boyfriend temankan dinnner, tapi beliau ada family BBQ la pulak.. so, okay.. I don't mind, lagi pun esok nak jumpa :)

but then maghrib tadi, beliau msg ajak dinner sama. tak sampai hati dengar suara saya yang sedih aje kena dinner sorang la tu. that's why I love you syg.. but I played a good girlfriend then, bagitaw tak payah datang, I'm fine :) hehe, tapi ada tersalah cakap sikit lepas tu.. mulut aku neh pun boleh tahan jahatnya jugak, biasa dia tu! cili mulut kang baru taw.. sorry ye syg, I really don't mean it..

so, malam neh dinner saya..snack plate!

lama gila tak makan ayam kfc, asik ke mcd saje kan.. tiba-tiba dari semalam duk merindu nak rasa ayam kfc pulak ;p sedapppppppp :D

okay, pewot kenyang, suka hati. hihi

happy weekend

Hi! Happy weekends you all :)

Walaupun hari neh hari minggu, macam tak percaya memecahkan rekod sendiri.. bangun sangat awal, pukul 8.20 pagi. Okay, fine! gelak la.. 8.20 pagi tu dikira awal taw bagi aku ;p

Minggu neh penat betul, banyaknya kerja kat office tu. khamis dengan jumaat hari tu, ada kerja kat area KLCC. balik kerja pukul 5, sampai rumah dekat pukul 6.30. merasa kejap pengalaman orang balik kerja jalan jammed ;pNa, first time pakai kain yang mu bagi hari tu.. lama gila mu dah bagi, baru hari tu sempat hantar pegi tailor. thanx yang! I likeee it ^_^

eh, lupa plak.. tak wish lagi untuk dua orang akak yang disayangi neh untuk their newborn baby.. congrats Na dengan Akak Zuris!! nanti I free, I datang melawat baby ek :)baby Kysh yang asik tidur aje ;p
baby zarif.. dah pandai buat muka anak mu neh na oi! geram aku

Thursday, April 15, 2010

oh, HAPPY!

hihi, lamanya tinggalkan blog neh kesepian. nak update entah bila punya cerita entah neh. 2 minggu sudah kot ;p oh, nampak sangat aku bukan pemegang title blogger tegar. aku ala ala je, rasa nak update, ada lah korang tengok new entry. rasa macam malas, lantak situ berminggu minggu macam tu aje la ;p

nak story pasal mandi air terjun itu hari. syok gila I tell you! sampai rasa taknak balik dibuatnya tapi kena balik jugak sebab adik aku, si mirah tu nak balik hostel dia petang tu.

owh, kisah pergi berendam neh motifnya menunjukkan aku neh seorang akak yang terbukti penyayang. bawak adik adik pergi jalan jalan. hahaha. baik tak aku? neh klo budak budak tu kata tak baik lagi, memang kacang lupakan kulit sungguh la jawabnya ;psungai tekala yang sungguh nyaman! dapat port baaaaaeekkkkkkkk punya pulak tu :D

eh, aku semangat taw nak pergi picnic kali neh. janji dengan cik abg pukul 9 pg nak gerak, sekali koooo pukul 9 pg baru aku bangun tidur -_-"

berpeluh peluh kejap di situ sebab aku dah janji nak prepare makanan. nasib baik semuanya dah ready malam tu, pagi tinggal nak goreng aje. dah macam rajin sangat pulak aku nak menjayakan perkelahan pada hari tu. hahahha. anw, thank you so much en abg sebab awak baik sangat, love you!

eh.. eh! entry belum habis lagi la.. apa ingat cakap i love you tu tandanya entry dah habis ke? belum, belum.. ;pkuatnya air dia, macam nak tertanggal seluar aku bila duduk kat bawah dia. hahahahhah. eh, musim panas seronok wehhh berendam kat tempat tempat macam neh ^_^rugi kak ngah tak dapat join hari tu sebab beliau busy. takpe ngah, next time kita pergi lagi.. okay? pastu kita berendam sampai tangan kecut! yeay :D

oh, HAPPY! :)

Sunday, April 4, 2010

craaaazeeyy!

wah! ada update lagi lah. ada kemajuan sikit nampaknya. lepas lebih kurang dua minggu dia tak update, satu hari neh dapat dua entry pulak ;p

ada satu hari itu, saya telah mencabar keberanian diri sendiri. fear factor ; Izza's version. hahahahahahaha. janganlah gelak korang!!!

aku tahulah, aku penakut. aku tak gayat, tapi aku tak suka. tetap tidak suka. tidak pernah rasa terhibur malah rasa terseksa dengan permainan ini. tapi tak tahu lah kenapa hari itu macam hilang akal kejap cuba juga. first and might be another time. ada jodoh kita jumpa lagi wahai flying coaster. ahahaha.

semua sebab en boyfriend. tapi tak tipu, macam nak terkencing aje aku. pejam mata senyap senyap je, pastu buat buat tidur. alih alih, eh, dah habis! yeay! hahahahaha. haha. tipu terang terangan pulak. kau gila boleh tertidur atas permainan menakotkan itu?tapi aku rasa siapa pergi Genting tapi tak cuba game neh, rugi taw :)

nak naga jugak, boleh?

Fuh.. fuh.. (tiup habuk. hik)

makin malas pulak aku nak menulis, bukan takde cerita. bukan takde idea. bukan takde masa. tapi, err. malas bukak citer panjang panjang la. senang cerita. malas kot? hahaha.

hari tu kan, aku tengok cerita neh

oh yummy!!!

tapi, aku asyik terbayangkan cerita avatar lah. terbayang si toruk macto itu. ahahaha. masih terbayang lagi cerita avatar. cerita ini bestlah, boleh layan :D

cerita dia pasal.. eh! sapa yang nak pergi tengok, tapi tak dapat tengok lagi.. jangan baca. aku nak bagi sinopsis dia neh. dah warning siap siap taw. jangan cakap aku spoilt kan korang pulak ;p

cerita neh kan, pasal manusia yang gaduh dengan naga. sebab naga naga neh suka curik makanan kat perkampungan diorang. so, kiranya diorang semua neh memang anti la dengan naga neh, siap memang ada training centre untuk train budak budak kat situ untuk bunuh naga tu semua. tapi, ada sorang budak yang tak sependapat dengan orang orang Viking tuh. dan budak tu anak chief pulak.. itu yang buat konflik. so, apa jadi lepas tu.. korang kena tengok lah! malas lah nak taip sampai habis, tak suspen dah kan nanti.. sila sila tengok ye. sapa yang minat kartun tu mesti lagi suka layan :)iklan #1

aku dah tukar pencuci muka dengan toner brand lain. ada perubahan tak? hahaha. baru pakai 2-3 minggu dah sibuk nak tanya tanya kan. gambar tak edit, letak frame aje..

eh, sapa ada petua ataupun taw produk yang bagus untuk hilangkan scar dengan dengan eye bag? oh, dan juga nak kecilkan pores! dan juga nak reduce blackheads! siapa tahuuuuu?? (ha, amik kau, banyak betul masalah kulit muka aku T_T)

okay! aku taw salah satu cara nak reduce eye bag. dengan cara tidur awal kan?

goodnite :*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...