Friday, July 29, 2011

Yeah yeahhhhhh ~

Hi !! Oh, saya adalah bersiaran dari rumah baru di Subang ♥ Rumah dah ada, perabut dah ada, dapur dah ada.. Hmm, housemate merangkap bedmate je tak ada lagi. Eh.

OK. First sekali, tajuk takde kena mengena :p

Nak share cerita hari tu Hari tu kan kan kan, kita kan balik kampung kita dengan En Tunang. Misi asal kita nak hantar kad kahwin pada ibu bapa untuk diorang edarkan kat kawan-kawan diorang. Sampai Kuala Kangsar dalam pukul 3, kita target lepas Maghrib nak gerak balik KL semula. Memang tak la kan :p esok pagi baru kita balik KL.

Saya tau mula-mula kan En Tunang berat hati je nak tidur rumah saya. Tapi saya tanya beliau dekat sepuluh kali, "Kita ni nak balik malam ni ke esok sayang?" sambil membagi muka kesian. Kah kahhh, lama-lama beliau fed up malas nak layan dah, lalu cakap "Ye syg, esok pagi ye."

Jom sayang jom, saya dah siap nak balik KL ni ;)

Sampai KL, singgah kedai perabut dulu nak arrange delivery.Camwhoring while En Tunang deal with them about the furniture. Settle di situ, straight away ke Cheras, packing barang ala kadar. Takat yang mana boleh angkut dengan Baby V tu. Kemudian terus ke Subang sana. Imagine eh, baru sampai dari Perak terus bergigih ni.. En Tunang saya memang lelaki gagah :D #tetibe

Amboi amboi anak dara sapa laaaaaa neh yang rajin sangat neh :p

Memang stok calon bini terbaik :p Nak tau kebenarannya, tanyalah dengan tunang saya. Hihik

Emak suruh ambil langsir kat rumah je, jadi tak payahlah kitorang nak beli langsir lagi kan. Malangnya cuma tingkap kat hall aje yang ngam dengan langsir ni. Jadilah ye, dari takde langsung kan.

Bekerjasama memasang langsir. Dan saya adalah banyak membebel je. Ahaks.

Dah hujung-hujung nyawa dah ni. Srious gila letih penat semua ada. Padahalnya, saya takde lah buat kerja banyak mana pun :p Dasar perempuan lembik kah. Ke dasar manja ? :p

Thanks En Tunang dan Kakngah sebab membantu saya hari tu !!!

<--- Nang if you LIKE

Thursday, July 28, 2011

Adorable Creature

Hari tu kan, saya tidur rumah girlfriend. Sambil girlfriend dan adik beliau bekerjasama melipat kad kahwin saya, saya menghabiskan masa bermain dengan family's pet ni. Sumpah comel gila. Saya snap banyak sangat gambar, rasa sayang pulak kalau tak share barang sekeping dua kan ;p

Si mata bulat. En Tunang dah geram sesangat dengan si kitten ni ha.

Pandai main jelir lidah. Bluwek !! :p

Aktif sangat. Main sana sini. Orang tengah sibuk buat demo hantaran, situ jugak dia nak bertempek main. Orang lipat kad, situ jugak dia nak lalu. Ish, comel gila lah kelakuan.

Dalam duk kacau saya lipat kad, tiba-tiba senyap. Tengok-tengok dah elok terkangkang macam ni. Haha, comel sangat bukan terlena macam ni.. Best jugak kalau bela kucing ni kan ;)

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, July 26, 2011

Aummmmmmmm, CAKKK !!

Hi, rindu saya tak ??? *kelip-kelip matheee

Ahad lepas pergi sign tenancy agreement dengan ambil kunci rumah. Lepas tu, terus gerak ke Kuala Kangsar balik kampung kejap. Ingat nak balik hari tapi terlajak, pagi Isnin baru balik KL.

Sibuk sikitlah sekarang. Ni pun tengah duk packing barang ni, esok final dah nak angkat semua barang masuk rumah baru ni. Tetiba rasa nak update blog, maklumlah dah seminggu lebih tak jenguk dia :)

Terima kasih syg sebab sediakan tempat tinggal untuk saya.

Ok, bai.

<--- Nang if you LIKE

Sunday, July 17, 2011

Can You Believe It ?

Nama sendiri di dalam kad pelis. Hehe.

Ni tarikh kendurinya ;

Belah perempuan di Kuala Kangsar, Perak pada 3hb September.
Belah lelaki di Seri Kembangan, Selngaor pada 17hb September.

Siapa bercadang nak datang kenduri saya, dan mahu kad. Boleh tinggalkan alamat. TQ

<--- Nang if you LIKE

Friday, July 15, 2011

Who do you think you are ?



Saya sekarang sangat ketagih dengan lagu ni. Kenapa entah, padahal tiada kaitan dengan kisah hidup saya pun :p

Enjoy !


<--- Nang if you LIKE

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #1


<--- Nang if you LIKE

Tuesday, July 12, 2011

Buy 1, Free 1


Ha, saya dah tau dah nak lunch apa karang ;)

Jom-jom print voucher ni.. Lepas tu boleh la beli seketul doublecheese burger lalu mendapat seketul lagi percuma. Yums.


<--- Nang if you LIKE

Sunday, July 10, 2011

Iklan Bilik Kosong

Eh, nak tumpang iklan sikit lah kat sini.

Aku ni kan lagi 3 minggu nak pindah keluar dari flat sekarang. Nak duduk area lain pulak, aterrr orang dah nak kawen kan :p haruslah pindah keluar, takkan nak duduk sini jugak lepas kawen.

Jadinya sekarang, aku nak cari penyewa baru. Untuk bilik yang aku duduk sekarang ni. Available bulan 8 nanti.

Flat ni dekat area Bandar Tasik Selatan. Bilik yang nak disewakan adalah bilik tengah. Kriteria penyewa ;

• Perempuan Melayu Islam
• Pembersih
• Tak liat nak bayar sewa
• Boleh bertolak ansur
• Boleh bergaul dengan orang
• Mesti duduk sekurang-kurangnya 3 bulan (pasalnya leceh la kalau duduk kejap-kejap kan, letih nak cari penyewa baru)

Erm, itu je kot kriteria dia :p

Deposit pulak sebulan sewa. Sewa rm200 + deposit rm200 = rm400 kau kena bayar masa nak masuk nanti.

Ni aku tempek link iklan kat mudah tu -> Penyewa bilik dicari

Kot ada yang berminat boleh la msg ye, tq !!


<--- Nang if you LIKE

Saturday, July 9, 2011

Bubur Nasi Pekasam

Hi, hari yang sedikit tegang kan hari ni. Saya kerja pula tu, sangat gigih ok ke ofis ikut jalan jauh sebab jalan dekat dah dilencongkan. Takpelah, bukan itu yang nak saya kongsi di sini. Isu sensitif ni saya malas nak sebut :p

Nak tunjuk dinner malam ni ;

Bubur kosong. Rebus je beras dengan air yang banyak, letak halia, bawang putih, bawah merah, fishball, kiub ayam dan garam secukup rasa. Dah siap taburkan serbuk lada hitam.

Lauknya ; Ini yang best ni. Siapa tak reti makan ikan pekasam dia memang rugi lah :p Goreng ikan pekasam ni lah terpaling senang sekali dalam dunia. Goreng je pekasam tu, angkat letak dalam pinggan. Lepas tu gorenglah bawang besar dan cili. Siap.

Bila disatukan, jadilah macam ni. Jemput makan ye :)

<--- Nang if you LIKE

Friday, July 8, 2011

Second Service

Sekejap aje dah tiba masa untuk second service my Baby V :D

Cayangggggg dia, dua bulan yang best bersama. Hehehe.

<--- Nang if you LIKE

Thursday, July 7, 2011

Light Cheese Cake

Err, share resepi lagi boleh ? ;)

Ini buat hari tu untuk adik bagi officemate dia. Katanya,

"Yong, awak kena tolong aku buat kek tau !"

Sudahnya, saya sorang je mengulit kek di dapur. Hehe, takpe.. Saya bukan kisah pun, I really have passion in baking ❤Hari ni kita belajar buat light cheese cake ye. Saya punya kek ni belum dimasak lagi, lepas keluar dari oven lupa pulak nak ambil gambarnya.

Light Cheese Cake
Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.

2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)

3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan

4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)

8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Untuk yang tak berapa pasti lagi cara nak buat dia, boleh rujuk sini -> Tutorial bergambar light cheese cake

Try la ye ! Saya rasa kek saya tak berapa nak gebu, ada la tu salah kat mana-mana tu. Tapi officemates adik semua puji sedap, hik hik :p Nanti nak try lagi sekali lah resepi ni untuk hasil yang lebih memuaskan ;)

<--- Nang if you LIKE

Keywords


Hee, first time tempek keyword kat sini. Saya rasa kelakar gila ada orang google sup hotdog izzatul.azma .. Apakah yang kau cari sebenarnyaaaaaaa ???

Mungkinkah kerana entry ini -> Benda bulat-bulat yang misteri

Tapi kenapakah ada orang google.. Err err

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, July 6, 2011

Cara-cara Membuat Kek Karamel


Okay, masa untuk berkongsi resepi ;)

Resepi : Kek Karamel
Sumber : Pn Nano

Bahan (A) - step 1
2 sudu besar gula (untuk buat gula hangus)
- masukkan gula dalam loyang, kacau sampai hancur dan jadi perang. Kalau rasa likat, boleh tambah air (kena sentiasa kacau, dah hancur jadi gula hangus.. Boleh la tutup api ye)

Bahan (B) - step 2
1/2 tin susu cair F&N (saya ganti dengan brand lain)
70 gm gula kastor *saya buat 40gm
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
-kacau adunan B dengan perlahan jangan sampai berbuih kemudian tapiskan masuk adunan ke dalam loyang yang dah ada gula hangus tadi

Bahan (c) - step 3 : Lapisan Kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor *saya buat 40gm
3 biji kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
-pukul semua bahan (C) dan ketepikan

Bahan (D) - step 4 : meringue
6 biji putih telur
70 gm gula kastor *saya buat 50gm 
-pukul putih telur dulu sampai berbuih, lepas tu masukkan gula kastor dan putar dengan kelajuan paling tinggi sampai mencapai "soft peak". "Soft peak" ni di mana bila kita terbalikkan bekas berisi meringue tadi, ianya tak tumpah sebab dah kental

Cara-cara :

1. Campurkan adunan C & D, kaup balik sampai sebati
2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna
3. Tuang secara berselang-seli ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
4. Bakar dalam masa sejam dengan suhu 160c dengan menggunakan kaedah double boiling
5. Bila dah masak, biarkan kek sejuk dan turun dengan sendirinya baru terbalikkan dia. Lepas tu simpan dalam peti ais. Paling best makan kek ni masa dia sejuk :D

Nota 1 : untuk buat meringue, pastikan bekas tu takde setitik pun air dan kuning telur yang sesat. Kalau tak, meringue boleh rosak. Untuk first timer, mungkin mencabar sikit nak buat. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan :)

Nota 2 : Untuk buat corak tu, tuangkan adunan kat tengah-tengah loyang (guna senduk tuang sikit-sikit ye, jangan pergi tuang semua sekali harung pulak. Tuang sikit-sikit tu kalau rajin dan nak kek cantik lah). Contoh ye, ada 3 warna. Merah, kuning dan hijau. Mula-mula adunan merah tu kat tengah-tengah loyang. Lepas tu amik adunan kuning pulak, tuang kat tengah-tengah jugak. Lepas tu amik hijau, lepas tu selang-selikan balik. Paham kan ?

Nota 3 : Kaedah double boiling di mana loyang tadi dilapis dalam loyang lain yang lebih besar yang berisi air. Err, faham kan ?

Nota 4 : Semua penerangan details adalah untuk membantu orang yang baru berjinak-jinak nak buat kek :) Yang dah otai, dah pakar duduk tepi diam-diam pun boleh :p

Happy baking ye !

P/s yang merah bold tu saya dah try kurangkan sukatan gula dia, ternyata lagi sedap untuk siapa yang tak suka manis. Kalau nak try, mbe boleh guna resepi asal dulu lepas tu pandai-pandai la sesuaikan sukatan gula dia ikut tekak korang bila nak buat second time pulak.


<--- Nang if you LIKE

Tuesday, July 5, 2011

1 Bulan 4 Minggu 1 Hari

Phew~ dah masuk bulan July. Belum ada mood lagi nak semak checklist bulan June. Dan belum ada mood lagi nak buat checklist bulan July. Masih ada beberapa barang hantaran untuk En Tunang yang saya belum beli lagi. Kad pun masih belum siap, stress saya ni. Grrrr, lambat sangat la pulak rasa. Macam dah dekat sebulan pulak. Ke sebab saya asyik membilang masa tu yang rasa lambat sangat tu..

Banyak sangat benda nak disetelkan sebenarnya bulan July ni. Dengan permohonan kahwinnya belum settle lagi. Nak pergi fitting baju nikah, hujung bulan nak fitting baju sanding pulak. Nak balik kampung hantar kad lagi. Nak pergi siapkan gambar nak letak kat banner lagi. Nak print guestbook lagi. Nak itu lagi, ini lagi. Haaa, tu dia.. Kata taknak buat checklist lagi kan, tapi otak ligat berpusing. Saya takut tak cukup masa la untuk setelkan semuanya sebelum raya.

Oh, itu belum tambah nak pindah rumah lagi. Hadui, pening okkkkkkk.. Stress. Saya harap sangat kad sempat siap sebelum 16hb. Bolehla saya curik balik sekejap nanti. Ataupun 24hb nnt curik balik rumah sekejap. Kalau hujung bulan tu dah suntuk sangat untuk emak ayah edarkan kad kan. Hishhhh, semua salah saya la ni. Lambat sangat pergi buatnya. Patut bulan 5 dah buat, ini tak. Bulan 6 baru buat kan, rasakan sekarang menjawab :( Ok, ok jangan tambahkan stress, biar saya sorang je yang marah diri sendiri.. Korang jangan masuk campur nak marah sama :p

Fuh, harapnya bulan puasa nanti bolehla fokus. Dah pindah rumah, duduk rumah sendiri :) walaupun sewa, tetap puas hati jugak :) Alhamdulillah, dimurahkan rezeki.. Saya excited terlebih nak deco rumah sebenarnya. Jangan masa belum dapat je excited kan you all, dah dapat nanti semua kelaut. Haha.

Adik kata saya macam Ustazah Bahiyah. Hahahahahamboi, mementang ai pakai maxi orang mengandung kan.. Pastu kan, adik kata kan..

"Yong, muka awak ni memang macam muka orang nak kahwin. Haha"

Motif ? Nak kata saya tua la tu yeeee ! Ha, ni yang nak bertukar jadi bridezilla ni !

<--- Nang if you LIKE

Monday, July 4, 2011

Melawat Adik di Hostel :p

Sabtu lepas, emak suruh pergi tengok adik saya kat hostel. Hostel dia kat Gerik. Konon nak pergi awal pagi, tup-tup dekat pukul 4 baru gerak. Hihihi. Dah la jauh Gerik tu, 2 jam jugak lah. Tambah dengan hujan lagi, jalan bengkang bengkok lagi. Cobaan betul. Ini first time saya pergi hostel adik pun.

Banyak gambar nak dilambakkan ni tau :p

Inilah budak yang dilawat, satu-satunya adik lelaki saya. Makin hitam dah dia, haha.

Kitorang pergi 5 beranak hari tu. Emak, saya, Nyna, Mirah dengan Adik Lya. Phew~ saya rasa jauh betul la Gerik tu, lenguh driving. Dah nak masuk ke jalan ke Kelantan dah nun pun.

Adik Lya yang pantang tengok orang bergambar, dia pun nak jugekkk ~ :p

Trio. Adik beradik ramai perempuan ni meriah tau :) Sembang macamkan ramai sangat padahal kitorang-kitorang je yang ada.

Kesian Arip, kitorang takdelah bawakkan dia bekal apa sangat. Yang ada, sushi, kek karamel dengan kek pisang je pun. Jadilah ye dik, itupun kakak-kakaknya menyental sama. Macamkan kat rumah tadi tak makan kan, hihihi. Sebabnya jauh sangat, dari kenyang dah jadi lapar balik :p

Btw, dekat pekan Gerik kan ada satu gerai ni.. Dia punya roti john sedap. Selama ni Emak dengan Ayah kalau pergi Gerik, mesti singgah beli, asyik duk dengar cerita je kan. Kali ni barulah saya dapat merasa, memang best. So kalau ada orang Gerik tu, bolehla pergi cuba :p

Ok, bai.

<--- Nang if you LIKE

Food Preparing

Adik teringin nak makan sushi, kakak yang baik hati pun layankan aje ;)

Bahan-bahan wajib ada untuk buat sushi ; sticky rice, nori (seaweed), filling (carrot, telur dadar, timun jepun, sausage, tuna, pickles etc)

Cara nak buat dia, boleh belajar di sini -> How to make sushi

Saya pun main hentam je, hihihi. Inipun sebab ex-housemate pernah ajar dulu. Itu yang reti beli barang-barang dia tu.

Ini yang terpaling senang. Pasalnya ini instant punya. Hehe. Beli siap semua dah, cuma tinggal nak gaulkan cuka dengan nasi sushi. Lepas tu sumbat je dalam tauhu poket tu. Ini memang paling senang dan sedap. Kalau tak tahu jugak nak buat, tak tahulah nak kata apa :p

Classic roll. Saya cuba nak buat California roll, hampeh tak kemas langsung. Mungkin roll macam ni je yang berjodoh dengan saya T______T

Siap buat bekalan untuk adik kat hostel :p

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...