Showing posts with label B2B. Show all posts
Showing posts with label B2B. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #3


<--- Nang if you LIKE

Saturday, August 27, 2011

Home Sweet Home

Hi !

Malam Ramadhan yang ke 27. Di Kuala Kangsar :)

Tinggal lagi 2 hari je nak beraya kan, weeee tak sabar. Dalam tak sabar tu, baju raya sehelai pun tak ada. Hehehe. Kenyataan sebenar, apa pun tak ada. Tapi saya tak kisah pun.

Baru je tiba di rumah pukul 2 petang tadi. Alhamdulillah jalan tak jammed, kenderaan banyak tapi masih boleh pecut 140 km/j :P

Tak tahu nak cakap apa perasaan bila sampai rumah, tengok khemah dah pasang. Dekat hall pulak penuh kotak bunga telur, barang-barang goodie bag segala. Phew~ Dan esok lusa dah nak raya weh ! Time is running fast.. Bilik pengantin belum sempat saya usik apa-apa pun lagi.

OK lah, saya saje nak update sikit je. Hehehee. Blog pun macam sunyi sikit hari ni, ramai dah balik kampung ye. Hati-hati ok !

Bai !


<--- Nang if you LIKE

Sunday, August 21, 2011

Last Date


Semalam saya dan boyfriend pergi ke Serdang. Untuk fitting baju sanding belah KL. Dup dap dup dap. Masing-masing tak percaya. Tihihihi lagi dua minggu nak kawen wuwuwuwu.

Dalam butik. Majlis dekat KL adalah simple aje. Kitorang buat makan-makan saje :) Sapa yang tak boleh datang majlis kt Kuala Kangsar tapi masih berniat nak datang, jemputlah datang yang belah lelaki ni ye. Dekat Seri Kembangan. Siapa yang dah dapat kad, sila refer kat situ aje yep :p

Masa hantar saya balik semalam, cik abang cakap..

OK sayang, jumpa lagi dua minggu ye ?


Saya terpinga-pinga sekejap. Eh, kena kuarantin ye ?


Kena ye korang ? Hehe, OK !

Tahun ni takde mood nak beraya pun. Baju raya sehelai pun tak ada. Kita lebih kepada mood kawen la kot ? :P


<--- Nang if you LIKE

Friday, August 19, 2011

Kad-kad

Saya dah dapat kad raya yang pertama untuk tahun ini. Hehe, rasanya satu-satunya kad raya yang dapat la kot. Siapa la lagi yang nak bagi kad raya kat saya ni kalau bukan boyfriend sendiri kan :)

Thanks syg !

Teringat masa kecik-kecik dulu kalau bagi kad raya, mesti siap nak pantun sekali kan ?

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.


Pecah kaca,
Pecah tong,
Sudah baca,
Harap gantung.


Heheheheheee. Comel kan ?

Kad jemputan kahwin pun saya dah pos. Siapa yang ada bagi alamat, Insya Allah 2-3 hari lagi sampai lah. Kira sekali harung dengan kad raya, aci tak? :p

Ada sapa-sapa yang nak kad lagi tak? Ada balance dalam 10 keping lagi ni. Yang lain-lain tu, kalau rasa nak datang, jemputlah ye. Tak ada kad pun tak apa, boleh datang.

Nanti saya buat entry khas untuk invitation ye.

<--- Nang if you LIKE

Monday, August 15, 2011

Back in KL

Yuhuuuuuu ! I'm back in KL again ! 3 hari tak online, tsk..

Weekend yang sungguh busy bagi saya. Penat amat sangat. Jumaat lepas saya pulang ke rumah. Rasanya ni last balik kampung sebelum raya dan majlis la kot. Mana taknya, lagi 2 minggu aje pun kan kita nak raya *gulp*

So balik kali ni Alhamdulillah segala hal tertunggak dah setel. Dah jumpa mak andam saya, dah tengok design pelamin.. Baju pun dah siap. Eee sukaaaaa sangat ! Harap-harap kite pakai nanti cantik :p

Tukang inai pun dah booking. Hmm, yang tak setel lagi hiasan bilik tidur lah kot.

OK itu saje saya dapat recall buat masa ni. Nak tidur, tata.

<--- Nang if you LIKE

Sunday, August 7, 2011

My Nikah Attire

I loveeeeeeeeeeeee my nikah attire so much that I couldn't wait to share it here !!

Nak tengok saya pakai, tunggu 2 September nanti ye ;) Siapa yang nak kad tapi belum PM address kat Facebook, sila buat cepat- cepat ye. Thanks guys !

<--- Nang if you LIKE

Ramadhan 2011 - Day 6

Lagi 3 minggu 6 hari !!!!!!!!!

Banyak benda lagi saya nak setelkan ni. Semalam lepas kerja pergi jalan-jalan kat jalan TAR. Niat asal saya nak cari tudung untuk nikah nanti, chiffon double layer off white puhlisss~ Tapi mission not accomplished. Ada jumpa tudung bawal heavy beaded, cantik sangat tapi dah tak confirm pulak warna match ke tidak. Karang sia-sia je beli mahal-mahal tapi silap kan.

Oh btw saya tetap berjaya beli tudung jugak. Beli tudung sanding :) Pakai tudung bawal je. Masalahnya sekarang hati rasa tergoda tak tahan rasa nak keluar jap lagi pakai lah :p Buruk perangai tak kalau nak rasmikan dulu ? Heheheheeeee

Satu masalah tak setel lagi adalah veil sanding saya. Pagi ni I went crazy about veil. Google sana sini untuk DIY veil :) Dan dah tahu dah nak macam mana. Saya bayangkan veil hitam dengan pearl edge dan scattered rhinestones. Very simple. Sebab baju dah heavy. OK, jap lagi nak keluar sambung shopping dekat area Shah Alam pulak. Misi mencari tudung nikah dan veil hari ni. Yeah, goodluck !

Ok, cukup pasal wedding prep. Jom cerita pasal buka puasa pulak.

Inilah dia kalau mintak tolong orang tak ikhlas snapkan gambar :p

Kitorang berbuka dengan The Mines semalam. Boleh tak dah nak sampai sana, En Tunang kata

"Kenapa kita sampai ke Mines ni, dah bukan area kita dating patutnya ni. Kita patut pergi The Curve je."

Hahaha yelah jauh kotttt dengan Subang, Motif duduk Subang tapi dating dekat The Mines ??

Oh, btw ini motif dia :p

Bihun sup Vietnam yang stone. Nyums sedap.

Dripping coffee and avocado juice.

Yours truly.

Lepas berbuka, did some groceries shopping.

Yelah, sekarang duduk dengan adik. Paling-paling kenalah masak serba sikit kan. Nanti cian adik saya duduk sini tak bersahur pulak dia :p

Oklah korang ! Saya nak siap-siap keluar shopping ni. Tatah.

<--- Nang if you LIKE

Sunday, July 17, 2011

Can You Believe It ?

Nama sendiri di dalam kad pelis. Hehe.

Ni tarikh kendurinya ;

Belah perempuan di Kuala Kangsar, Perak pada 3hb September.
Belah lelaki di Seri Kembangan, Selngaor pada 17hb September.

Siapa bercadang nak datang kenduri saya, dan mahu kad. Boleh tinggalkan alamat. TQ

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, July 5, 2011

1 Bulan 4 Minggu 1 Hari

Phew~ dah masuk bulan July. Belum ada mood lagi nak semak checklist bulan June. Dan belum ada mood lagi nak buat checklist bulan July. Masih ada beberapa barang hantaran untuk En Tunang yang saya belum beli lagi. Kad pun masih belum siap, stress saya ni. Grrrr, lambat sangat la pulak rasa. Macam dah dekat sebulan pulak. Ke sebab saya asyik membilang masa tu yang rasa lambat sangat tu..

Banyak sangat benda nak disetelkan sebenarnya bulan July ni. Dengan permohonan kahwinnya belum settle lagi. Nak pergi fitting baju nikah, hujung bulan nak fitting baju sanding pulak. Nak balik kampung hantar kad lagi. Nak pergi siapkan gambar nak letak kat banner lagi. Nak print guestbook lagi. Nak itu lagi, ini lagi. Haaa, tu dia.. Kata taknak buat checklist lagi kan, tapi otak ligat berpusing. Saya takut tak cukup masa la untuk setelkan semuanya sebelum raya.

Oh, itu belum tambah nak pindah rumah lagi. Hadui, pening okkkkkkk.. Stress. Saya harap sangat kad sempat siap sebelum 16hb. Bolehla saya curik balik sekejap nanti. Ataupun 24hb nnt curik balik rumah sekejap. Kalau hujung bulan tu dah suntuk sangat untuk emak ayah edarkan kad kan. Hishhhh, semua salah saya la ni. Lambat sangat pergi buatnya. Patut bulan 5 dah buat, ini tak. Bulan 6 baru buat kan, rasakan sekarang menjawab :( Ok, ok jangan tambahkan stress, biar saya sorang je yang marah diri sendiri.. Korang jangan masuk campur nak marah sama :p

Fuh, harapnya bulan puasa nanti bolehla fokus. Dah pindah rumah, duduk rumah sendiri :) walaupun sewa, tetap puas hati jugak :) Alhamdulillah, dimurahkan rezeki.. Saya excited terlebih nak deco rumah sebenarnya. Jangan masa belum dapat je excited kan you all, dah dapat nanti semua kelaut. Haha.

Adik kata saya macam Ustazah Bahiyah. Hahahahahamboi, mementang ai pakai maxi orang mengandung kan.. Pastu kan, adik kata kan..

"Yong, muka awak ni memang macam muka orang nak kahwin. Haha"

Motif ? Nak kata saya tua la tu yeeee ! Ha, ni yang nak bertukar jadi bridezilla ni !

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, June 28, 2011

Legaaaaa..

Hai, ingat lagi tak kisah saya dan tailor tu ? Hehe, dah boleh tarik nafas lega sekarang ni. Mungkin saya yang paranoid kot.

Tailor saya ni tailor baju nikah Ayein jugak sebenarnya. Saya tengok baju nikah beliau sangat cantik, lalu hantar ke tailor yang sama jugak ;)

Dan bertambah lega bila semalam Kak Sal message,

"Salam, baju siap 9 July ni. Bolehla datang fitting"

Lega teramat saya !!!

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, June 22, 2011

Sit Back.. And Relax..

Dua tiga hari ni macam tak berapa senang duduk lah. Otak ligat je berfikirnya. Lepas tu duk ligat pulak baca blog B2B yang lain. Haih, jelesnya tengok mereka yang tangan berseni tu. Almost everything DIY. Jeles saya tau !

Lepas tu, otak pun ligat fikir jugak macam mana dengan deco hantaran nanti. Nak buat macam mana. Surf sana sini cari idea. Sebenarnya kan, saya ada niat juga nak DIY :) Nak cuba je dulu. Jadinya hujung minggu ni nak pergi beli kain sikit lah, nak try. Jadi tak jadi janji kita cuba kan. Takpelah, memang boleh je beli siap tapi ada rasa nak cuba.. Personal touch la kononnya tu :)

Excited. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah ye.

Oh, sebut pasal hangat.. Hati pun tengah hangat ni. Bukan hangat lagi ni, panasss terbakar wa cakap lu. Saya rasa tak berapa puas hati dengan tailor baju nikah. Susah benar nak angkat phone. Lepas tu angkat macam cakap kasar-kasar macamkan saya ni nak mintak duit dia pulak padahal saya yang bayar dia untuk jahit baju kan kan ? Lagipun itu baju nikah kot. Saya syak dia tak start jahit lagi lah baju saya. Entah-entah kain pun still dalam plastik beg lagi ? Saya hantar kain tu bulan 2 lagi ok. Hmm, harapnya sempatlah siap sebab tadi saya dah bagitau dengan tegas dan jelas minggu kedua bulan 7 saya nak amik.

Tadi, saya call dia. Tak angkat. Msg. Tak reply. Saya tak puas hati, tak lama lepas tu call lagi.

Tailor : Ye, apsal ?

Saya : (dah panas hati kerana intronya, tapi takpe. Sabar) Saya nak tanya baju nikah saya bila boleh siap ?

Tailor : Nanti sebelum majlis siap lah (BOLEH?)

Saya : Saya dah cakap hari tu saya nak bulan 7 kan.

Tailor : Yelah, bulan 7 nanti siapla.

Saya : Akak, bukan hujung bulan 7 ye. Tengah bulan.

Tailor : Ye, nanti akak msg awk.


Hmm, panas hati sungguh rasanya. Dah lah macam takde manners, kasar je. Last time saya msg dia pun macam ni jugak reaksi dia.

Tapi dalam masa macam ni, lagi 2 bulan majlis apa lah dapat saya buat sangat kan. Buat masa ni, saya bertenang dulu. Dia cakap bulan 7 kan, so kita tunggu bulan 7. Kalau masa tu tak siap lagi, memang saya mengamuk. Tapi dalam pada tu, saya risau jugak kalau dia buat rushing kan. Nanti tak cantik macam saya nak, macam mana ?

Tapi, tak berani nak fikirkan kemungkinan baju nikah tak siap atau dibuat secara cincai pun. Tak berani langsung nak fikir macam tu :(

Hmm, buat masa ni saya cuma boleh sit back and relax .. Tenang.

<--- Nang if you LIKE

Monday, June 20, 2011

Kerja Keras

Hai, hari semalam adalah hari penuh emosi untuk kitorang adik beradik T_T

Tapi semuanya dah okay sekarang :)

Jadi, saya nak update cerita hujung minggu hari tu. Hari Sabtu macam biasa kerja, sepatutnya balik pukul 2.30 petang tapi sebab bos masuk lambat jadi kena tahan, pukul 3 macam tu baru balik. Sianlah En Tunang dah setia tunggu saya, sebab nak pergi uruskan hal kad kami :D

Btw, kad kahwin kami buat di kedai di Shah Alam. Booking masa Pameran Pengantin bulan 3 hari tu, hehe. Lama gila kan. Konon takut terlepas promosi. Padahal lepas tu berlambak-lambak pameran pengantin ni, pastu tiap kali pameran pun balik-balik vendor yang sama jugak masuk kan kan ?

Kedai kad kahwin yang mana, tunggu lepas saya dapat kad.. Saya akan bagitau. Boleh la buat review sekali kan. Hehehe. Sebenarnya kan hari tu masa Pameran Pengantin bulan 1 kot, kami dah tempah harga promosi jugak dekat satu kedai ni. Booking fee je, RM 50. Tapi kedainya dekat Seremban. Masa booking tu tak fikir panjang sangat sebab kad diorang sangat amat comel dan unik macam kad birthday dah, semuanya diuruskan online je. Tapi lepas tu rasa susah sikit lah, maka cancel yang itu dah beralih pada kedai sekarang ni.

So, Sabtu hari tu pergi bayar confirmation fee. Dan sign artwork diorang. Lepas tu pilih gift box yang berkenan di hati sebab tempah 1000 keping kad, percuma 1000 gift box dan juga 2 bunting. Hmm, pasal bunting tengah fikir lagi. Nak letak nama je ke atau gambar sekali ? Kalau nak letak gambar, kena ajak Cik Photographer pergi buat photoshoot ni :D

Hmmmmm, banyak yang tengah fikir dalam kepala ni. Nak DIY itu, ini hihihihi sempat ke tidak entah. Nak deco hantaran lagi. Lepas tu nak DIY bunga manggar. Nak DIY souvenir lagi. Hmm, banyak sangat fikir ni. Hmm, lagi saya pening lah fikirkan veil ni. Veil mak andam untuk sanding saya kurang berkenan, macam old fashion sikit. Rasa nak buat sendiri. Tapi reti ke? Ha, itu masalah jugak tu. Hahaha. Veil untuk nikah pun tak cari lagi. Kena tunggu baju nikah siap dulu baru boleh bawak pergi jumpa mak andam mintak tolong dia carikan veil yang sesuai.

Ok, goodluck untuk diri saya :)

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, June 14, 2011

Update - 2 Bulan 2 Minggu 5 Hari

Lepas pergi kenduri di Maluri (eh, macam pantun pulak), En Tunang ajak pergi beli barang untuk gubahan hantaran di Lovely Place Wedding dekat Ampang. Hari Ahad lepas last day sale dia.

Asalnya, En Tunang je nak cari barang-barang gubahan dia. Saya cuma meneman je sebab saya ada plan lain untuk gubahan hantaran saya. Ye, gubahan hantaran nak cuba DIY dengan girlfriend. Cuba-cuba je pun :D Plan asal nak guna bantal hantaran dan juga fresh flowers. Tapi fikir-fikir, ada sedikit masalah untuk mendapatkan stok bunga di kawasan saya, nak pulak time tu time raya. Dan kalau guna fresh flowers, pagi Jumaat tu baru dapat gubah. Setelah fikir masak-masak, tak berani untuk ambil risiko. Lagipun saya memang nak yang terpaling simple, terpaling senang dan tak susah. Sebab saya takde masa nak mengadap benda ni aje :)

Jadinya semalam kat kedai tu jugak saya buat kiraan budget kasar. Dan akhirnya ambil keputusan tukar plan. Tak jadi guna fresh flowers.

Saya akan buat gubahan menggunakan raga dan bunga satin :) Ya Allah, mohon dipermudahkan untuk kami.. Amin..

Rasanya agak berbaloi juga shopping di hari tu. Sebab ada member's card, dapat banyak diskaun. Contohnya raga tu harga asal lebih kurang RM 18, ada 50% diskaun. Agak puas hati juga membeli semalam. Emak pun lega sebenarnya bila saya dah tukar plan ni. Hahaha, selama ni emak risau dengan plan fresh flowers saya sebenarnya tapi taknk masuk campur sangat, tapi bila saya inform dah tukar plan barulah emak nak cakap yang beliau risau sebenarnya tak cukup masa kalau guna fresh flowers tu :p

Lepas tu, En Tunang ajak ke Nilai 3. Apa sayang saya tu ingat Nilai 3 tu sekangkang kera je ke nak main terjah-terjah. Saya dah cakap saya penat, tak larat tapi dipujuk-pujuk juga untuk pergi. Makanya hati terpujuk. Ke Nilai 3 lah kami.

Dan dengan ini, dengan rasa gembira saya nak bagitau salah satu lagi June To-Do-List dah boleh dipangkah :) Bekas telur dah setel, bunga telur pun dah setel. Goodie bag pun sudah. Alhamdulillah.

Cerita kad kahwin pulak, siang tadi dah dapat draf. Tapi saya tak sempat nak semak betul-betul lagi, nanti nak forward emel tu kat ayah dulu mintak ayah semak. Okay ke tidak semua. Insya Allah dalam lagi 3 minggu kad kami akan keluar. Weeeee, excited kot. Rasa tak percaya tengok kad tadi, ada nama sendiri dalam kad :)

Ok, itu sahaja update untuk kali ni. Saya nak pergi kemas kini budget kahwin pulak :D

<--- Nang if you LIKE

Sunday, June 12, 2011

2 Bulan 3 Minggu

Yeay, kad kahwin sudah ditempah :) Boleh tick dah dekat salah satu June To-Do-List ni..

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, June 1, 2011

Jun - To Do List

Hi.

1hb June sudah hari ni. 3 bulan 2 hari dan tahap stress sudah meningkat. Kalau saya stress, agaknya banker (en tunang) lagi stress kot :p

Okay, mari check May - To Do List

1. Beli cincin kahwin - checked
2. Tempah kad - not yet
3. Beli jam - not yet

Hoi, benda ada 3 jenis pun susah nak setelkan semua. Yelah, benda yang takde dalam list pergi beli dulu kan.. (read : baby V) Tsskkkk.

Ok, tak mau tak mau ada kerut-kerut dahi. Lets move on.

1. Tempah kad

Ni nak taknak nak jugak setelkan minggu ni atau minggu depan selewat-lewatnya. Aku perlukan kad ni bulan 7 nanti. Aku ni lah satu masalah, dok melakar peta tak siap-siap. Orang tak reti baca peta nak melakar peta kan, memang bimbo lah jawabnya.. Takpe, google map kan ada :D

2. Beli bekas bunga telur

Ayein, aku curik gambar ko :D

Aku memang nak cari bekas macam ni sebijik. Aku bawak balik 3-4 jenis bekas contoh tunjuk kat emak, dan emak paling berkenan yang ini. So ayuh ke Nilai 3 nanti nak cari ini. Lagipun nanti nak lekatkan riben segala tu lagi, makan masa jugak tu. Fuhhhhhhhhhhh.

3. Cari baju menjalang

Err, menjalang tu berjalan selepas kahwin ek. Bukan menjalang yang itu ituuu. Karang salah paham pulak :p

Emak dah tanya, yong takde beli baju baru keeee nak buat jalan pegi rumah sedara lepas kawen nanti. Yeay, emak kasi green light suruh shopping :D Sekali harung baju raya la ni. Tsk, baju raya pun tak beli lagi oi.

4. Guest book

Erm, boleh print dah kot bulan ni? Ke bulan depan? Ke bila-bila pun takde hal. Apa-apa pun kita tunggu apa kata designer :)

Aku tak buat yang gantung-gantung kat pokok tu tau. Susah nak sesuaikan dengan keadaan rumah aku. Jadi jangan kecewa ye :P

5. Bunga pahar

Hari tu dah tempah bunga tisu tu. Tapi tu bunga pelamin. So, kena beli lagi lebih kurang 200 cucuk untuk bagi orang marhaban, kompang semua tu. Nak cari kat Nilai 3 jugak ni. Mak ai, kopakk.

Okay, dah la tu. Listkan banyak-banyak pun kena tanya poket dulu, boleh ke tidak. Tehehe.

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, May 31, 2011

B2B : Kain Untuk Family

Hari Ahad lepas, adik-adik ajak pergi beli kain. Nak buat baju untuk wedding kakaknya ni. 3 bulan 3 hari lagi yawwww !

Sebenarnya boleh je budak-budak tu pergi sendiri tapi saje suka lettewww nak kakaknya ni jugak nak membawak kan kann :P

Ke Jakel kita. Cik bakal pengantin perlu nak kuruskan badan lagi, tapi rasanya lelemak ni semua dah tepu dan degil lah, takbley jalan dah !

So, kain untuk family dah setel. Tinggal nak hantar tailor. Adik-adik aku ni excited banget nak tempah baju, nak yang glamor vogue da vasss je. Haha. Semangat ye korang, jangan mengalahkan kakak pengantin dah la :P Hihi, aku sukaaaaaa tengok diorang semangat. Dahla baju family sama kan, mesti comel je gambar family nanti :)

Habis shopping, ni budak ni nak makan Subway pulokk. Ey, budak ni kan.. Garang owh. Garang tapi kuat nangis. Hahaha, motip aku cerita kat sini? Macam cari gaduh je. Hahaha :P

Try amik wrap punya. Ternyata tidak memuaskan. Lain kali nak amik yang macam biasa aje lah.

Untuk majlis nanti, warna temanya ;

Nikah : Putih
Sanding : Pengantin merah hitam, family hijau, girlfriends cream
Bertandang : Pengantin purple, family grey
OK. Kasut malam nikah tak cari lagi. Banyak benda lagi nak buat ni.

P.s Ehhhhhhhhhh, saya sudah confused. Akak Zuris, pernah cakap kaler pink ke untuk girlfriends? Alamak, hilang ingatan la :| Cani, cani.. Kawan baik, kawan rapat, kakak-kakak kesayangan semuanya lahhhhhh.. semuanya girlfriends saya.. Susah tak nak cari baju kaler cream? Kalau sudi, carilah baju raya kaler cream ye ye ye? :*
<--- Nang if you LIKE

Monday, May 16, 2011

Prosedur HIV Test

Hi, morning ;)

Saya nak share prosedur macam mana nak buat HIV test untuk bakal pengantin. Mungkin ada yang tak jelas lagi, jadi kat sini bolehlah saya tolong jelaskan, kan?

Mula-mula korang kena check dulu senarai klinik kesihatan yang boleh buat test ni. Sebab rasanya bukan semua klinik ada buat. Lepas tu call untuk setkan appointment. Sebab dia bukan boleh main walk in saje. Waktu dia pulak berbeza, so kena tanya betul-betul waktu set appointment tu.

Macam saya, saya buat kat Klinik Kesihatan Jinjang, Kepong. Waktu dia pukul 2-4.30 petang sahaja.

So, bila dah set appointment.. Lepas tu korang tunggu je hari tu tiba. Pergi klinik tu, amik borang dia. Isi.. dan bayar RM 1 sahaja ;) Nanti dia bagi panduan lah nak pegi bilik mana semua tu. Kemudian, pegawai kesihatan akan amik darah kita.. Ala, sikit je amiknya, macam kita nak check darah tu. Kat hujung jari je :)

Lepas tu, tunggu sekejap dan terus dapat resultnya selepas itu.

Of courselah negative kan :P

Sebenarnya ada niat nak buat talesemia test juga. Tapi hari tu orang ramai pulak, dan saya jadi penakut bila dengar kena amik darah :|

Siapa ada pengalaman buat talesemia test boleh tolong share tak? ;)

<--- Nang if you LIKE

Saturday, May 14, 2011

Idea : Guest Book



Hi, lama tak membebel pasal hal kahwin kan? Hee, 3 bulan 2 minggu adalah satu jangka masa yang takdelah lama sangat. Pejam celik pejam celik, tup tup dah sampai pun our big day :)

Tadi adik saya tweet offer nak design guest book saya. Terus saya rasa hari ni nak menceceh pasal guest book lah. Sejujurnya saya belum betul-betul ready lagi untuk majlis ni. Banyak lagi benda nak disiapkan ni. Tsk, harap sempat. Tak sempat pun kena bagi sempat jugak !

Soooo.. Kat mana kita tadi?

Ohh, guest book.

Hari tu kan masa bincang dengan mak andam saya, beliau ada bagi idea untuk buat guest book tree. Cara beliau cakap, saya dah dapat bayangkan macam mana rupanya. Macam pokok yang kita guna gantung kad raya tu, tapi kali ni kita gantung kad ucapan kecik-kecik comel-comel dari kawan kita :) Idea ni sangat menarik ok. Saya suka sangat. Jadi, saya google tadi..

Jumpa ini.

Credit kepada website ini.

Menarik kan, kita sediakan pasu.. Letak ranting pokok. Dan sediakan kad kecik comel sekali, so tetamu datang.. Tulis dan gantung. Akhirnya di penghujung majlis, pokok kad kita dah berbuah lebat.

Walaupun saya teramat sangat suka gila idea guest book tree ni, tapi rasanya tak praktikal kot dengan majlis saya. Kenduri di kampung, siapa nak sign guest book saya? Kawan-kawan tak tau lah ramai ke tidak datang, musim raya kan.. Dan adakah kena letak seorang penunggu untuk jaga pokok tersebut supaya tidak dikacau oleh budak-budak kecik? Hmm.

Credit kepada sini.

Rasanya mungkin akan stick kepada guest book yang biasa kot. Boleh guna untuk kedua-dua side :)

Tak sabar nak bincang design guest book dengan Nyna. Yeay :D

<--- Nang if you LIKE

Friday, April 29, 2011

Pre Wedding

Hi, salam semua ;)

Dua tiga hari ni saya asyik berfikir perihal pre wedding shoot. Nak buat ke taknak buat ke.. Ada kawan En Tunang nak sponsor tapi.. Dia nak buat video. Dan saya tak reti nak berlakon ! So, saya prefer kalau kita shoot photos sahaja. Hmm.

Bakal-bakal pengantin, ataupun mantan pengantin.. Kalau ada terbaca blog saya ni, sudilah bagi pandangan. Perlu ke tidak sebenarnya pre wedding photoshoot ? Ke bergantung pada diri kita sendiri nak ke tidak. Ikut selera masing-masing lah kan.. :|

Ikutkan hati perempuan saya ni, semua benda pun nak. Macamkan sekali tu je kahwin kan. Eh, memang kahwin sekali tuuuuuuuuu je punnnnn :P Tapi yang bagusnya, En Tunang pandai merasionalkan saya ni. Kehendak biarlah berpada dengan poket, ahaks. Kalau mampu, kita buat. Kalau tak, kita buat takat yang termampu aje kan :)

Ni baru mintak quotation baru dari official photographer (OP) saya. Kalau nak include pre wedding shoot, berapa extra chargenya.. Oh ye, haah. Saya dah jumpa saya punya OP :) Alhamdulillah dah setel hal ni.

Eeeee.. Suka melalut kan. Tadi nak tanya pasal pre wedding pastu dah menceceh entah ke mana. Hihik.

Sebenarnya kan, aku dah siap beriyer memikirkan tema dan konsep pre wedding sebab salah paham hari tu, ingatkan kawan En Tunang nak shoot gambar. Sekali dia suggest buat video, sebab kawan dia ni memang kerja dia shoot video ni. Alahai, pening dah kepala.

Patut ke buat je video tu, ataupun hire photographer untuk buat pre wedding shoot? Jujurnya aku tak berapa yakin sebab tak pernah tengok orang buat pre wedding video, kalau gambar compiled menjadi video tau lah.

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 28, 2011

Spa & Facial

Hi, salam ;)

Mari kongsi cerita bakal pengantin lagi. Hihi.

Nak tanya, perlu ke tidak ye sebenarnya bakal pengantin tu untuk pergi spa dan facial tu? Kalau ikutkan orang yang rajin jaga-jaga badan dan muka ni, mesti spa dan facial ni rutin bulanan kan. Aku pulak spa dan facial tu tak rajin nak buat, tapi body massage memang kalau boleh setiap bulan nak buat. Cuma sejak akhir-akhir ni, sejak tabung kahwin dibuka.. Kena kurangkan sikit. Tskk.

Bila dah nak kahwin ni, hati tu terasa lah jugak teringin nak pergi buat spa dengan facial. Tapi being a cheapskate, kalau boleh nak yang murah dan best. Haha. Masalahnya, ada ke??

Teringin nak muka dibelai macam ni,Teringin nak badan dimanjakan begini,

Lepas tu kan korang kannn, si cheapskate ni terjumpa deal yang berbaloi di MilkADeal. Best gila rasa teruja dan gembira

RM 48 untuk 60 minit body and herbal ball massage
+ 90 minit facial, Aromatherapy foot soak + Ear candling + RM 30 treatment voucher + 1 Year membership at Amarylizz Beauty
This is definitely a steal right?!!
Menarik tertarik kannn?

Lantas, aku pun terus purchase 3 vouchers ni. Maka, tak payah pening lagi fikir peruntukan untuk sesi memanjakan diri ni untuk 3 bulan ni, setiap bulan pun aku boleh pergi! Weehuuuuuuu~

Sedang memaksa orang kanan aku untuk ikut serta ke sesi spa ini. Hihi, come on love. Lets go together ;)

Kalau korang pun nak beli voucher ni, pergi je lah check dekat website MilkADeal ni. Hari ni last day untuk beli voucher tu. Selamat memanjakan diri!

P.s Eh Ena cayunk, bila kita nak pergi buat sesi bzzztt bzzzttt kiteww tu? Ahaks. Nanti free kasi tau okeh ♥

-Gambar kredit kepada Amarlylizz Beauty-

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...