Saturday, October 31, 2009

Khamis lepas, kitorang buat surprise party untuk our trainer. Nama kena rahsia kot ;PNi lah dia trainer yang memang best + sporting. Ajar kitorang sebut perkataan dengan betul, pronounciation + stress yang betul. Rasanya memang ada improvement sepanjang 2 minggu masuk kelas beliau ni :)Thank you Sir :). Cappucino Almond cake. Sedap weh.. tapi dapat makan sikit je. Sob3 ;P. Takpe takpe, sebab aku sekarang tengah diet ;P30 orang dalam group 7.

Semalam pulak, ada Talent Day event. So, hari ni memang aku nak duduk bilik rehat je. Penat sangat dah kot minggu ni. Semalam gila punya penat, pukul 9.30 dah masuk tidur :).Spot my Opai in this picture ;P. Hihi. Gatai Opai tu kan, nak jadi pelakon pulak dia sekarang. Habis la ternoda dia, ramai dah peluk peluk dia semalam.. ;P

Yanggggg, I miss u :(

Friday, October 30, 2009


Yeay~ hari ni bawak muka happy datang sini..

Tak sedar dah sebulan ek rupanya kat sini????? Kejap la pulak rasa.. Sebelum ni rasa cam lambat gila hari hari ni nak berlalu..

Pastu.. bila dah cukup bulan.. Mesti semua orang senyummmmmm je kannn ;P

Pasal apa?? ;P

Dapat gaji!!!!! Yeayyyyyyy!!

Tapi aku idakla dapat gaji, dapat elaun aje.. Ye, elaun dah masuk.. jom keluar esok? ;D

Thursday, October 29, 2009

Campur tolak


Uii!! Lama tak update ;D.

Hihi. I busy lah.

Sepanjang tak update ni, apa ek yang aku dah buat.. Hmmm.. Minggu ni again kelas English for Business. Bernasib baik kerana trainer adalah best. Takdelah bosan gila. Tapi time buat test je, aku sumpah mengantuk gila rasa nak tersengguk atas meja tu je. Syaitonnn ni la suka sangat bergayut kat mata aku time aku tengah nak menuntut ilmu ni. Cis!

Kat sini gak, aku nak wish congrats untuk Puan Ceera sebab dah pregnant.. Yeay yang!! Tak sabar aku nak menengok perut ko membesar.. Hihi.. Mesti sepsi ;p

Pastu, aku nak wish goodluck untuk dua orang adinda yang nak exam ni. Yang sorang tu hari hari aku nampak dia study kat Facebook. Haha. Takpe takpe, aku taw awak rehat je time tu kan Nyna kan kan kan? ;D

Balik pada cerita aku, minggu ni adalah sangat busy. Banyak gila kerja nak buat sampai rasa tak terbuat. Haha. Sudahnya apa pun tak jalan ;p. Lusa ada event. Talent Day. Dah namanya Talent Day kan, kena la take part.. Itu pun jenuh kena paksa kot ;p

I miss the FUN times!!!!Banyak lagi gambar aku nak tempek, tapi sebab aku dah mengantuk gila sekarang.. Esok esok ajelah kita sambung cerita ye. Harap terhibur.

Goodnite sweethearts!

Monday, October 26, 2009


To..

My parents,

My sisters,

My sweetheart,

My girlfriends,

My friends,

My readers,

Do you love me too?

Saturday, October 24, 2009

Rindu

Rindu sangat sangat kat mak ayah.

Meleleh air mata :(.

Padahal semalam dah balik rumah, tidur rumah lagi.. Hmm :(

Pagi tadi ayah tolong servis kereta aku.. Pergi cuci radiator. Sebab temperature asyik naik je kalau drive jauh jauh.

Lepas tu, dapat je balik kereta kat aku. Minyak full, siap ada bekal air mineral lagi dalam kereta tu. Ayah dah beli siap siap untuk aku :(. Duit tol semua dah letak siap dalam kereta. Aku dapat kereta tinggal nak jalan je..

Apsal tah touching gila aku malam ni. :(

Bila lah time aku pulak nak bagi duit kat mak ayah aku yer :'(Mak, kak sayang mak sangat. Rindu mak sangat :(. Nak duduk dengan mak je. Taknak duk tempat lain. Dulu selalu gaduh ngan mak, tapi sekarang kamcing.. Tadi before gerak balik SP, dah cakap kat mak minggu depan maybe tak balik kot sebab cuti kejap je. Tapi cane ni, baru sampai malam ni je, dah rasa nak balik sekarang gak..Ayah, i love u so much.. Eh, entah entah pakcik asri ni baca blog aku eh. Ayah taw aku ada blog. Kalau la ayah baca, tumpang lalu ayah.. Kak sayang kat ayah banyak banyak taw. Banyak sangat sangat :')

Dah, nak layan perasaan sentimental sorang sorang bawah selimut sambil peluk Opai.

Goodnite sweethearts!

p/s : Untuk lebih feeling, entry ini boleh dibaca selepas anda menonton PapaDom :)

Baked potato

Ini dinamakan baked potato with beef <3>

Cable Olympus tertinggal kat Harvard, jadinya berusaha keras amik gambar guna webcam. Terima kasih laptop kerana mempunyai built in camera.

Nak resepi, pergi tengok kat Princesss N's castle :)

p/s Mood tak okay kerana perut sakit kerana masalah wanita. :(

Friday, October 23, 2009

Audit

Nak share sikit gambar masa audit semalam. Site manager GEMS datang audit company kitorang. Tapi kan, punya lama kitorang tunggu dia datang.. Alih alih bila dia dah sampai, time tu la jugak black out! Gegegege.. takde time lain ke ko nak blackout pun weh T_T
Our CEO, with his cute secretary ;P Te he heeSite manager for Harvard site, Tuan Haji with COO.Keadaan luar office.Office kitorang ada kerusi ni. Lalala.. kerusi curik kat kafe! Hahaha.. nak cantikkan office punya pasal sebab site manager nak datang audit, macam macam idea timbul ;P. Tengok, punya semua berebut nak duduk kerusi tu, berhimpit himpit macam nasi impit pun takpe. Hahaha

Nanti aku tunjuk kat korang eh full layout office kitorang :)Apsal mata aku macam kecik sebelah? Adakah eyeliner aku sebelah tebal? Hahahhaha.. kantoi!

Eh, tadi kan.. kan.. kan.. Aku pergi pejabat pos, nak pos borang PT.. Sebelum tu kan.. pergi sekolah mintak sign pengetua, untuk pengesahan sijil.. Lepas tu kan, terstuck lama la pulak kat office sekolah tu.. Lama tak jumpa dorang, macam macam la pulak nak borak.. Pastu kan.. Ada akak tu cakap kan.. Slimnya ko sekarang! hahaha <-- ini motip sebenar perenggan ini ;P. Walaupun kalaupun akak tu cuma menipu ataupun mengambil hati aku, aku tatappp gumbira.. Hahahaha ;P

Thursday, October 22, 2009

We are Fast Lane Sdn Bhd:)

Penat. Ngantuk. (datang sini lagi bawak muka tak siap nak mengadu ngan korang :|)

Company kitorang baru lepas diaudit oleh sekretariat GEMS. Aku tengah berkonflik dalam diri ni. Nak update blog, nak share cerita dengan korang tapi malas nak transfer gambar, malas nak taip, malas nak pikir.

Aku rasa aku g rehat jap la.. haha.. jap g aku sambung :)

(2 jam kemudian...)

;P. Baru balik makan. Tengah tengah malam cari makan.. tak cukup cukup ke apa yang hotel ni dah bagi? Hehee.. Mulut aku saket :( Ada banyak ulser :( Kesian tak kat aku? Kesian la weh! Saket taw.. Sapa taw cane nak ubat ulser ni? Nak makan sakit, gosok gigi lagi la saket :(. Nasib baik tak kawen lagi, kalau tak.. Nak kiss pun saket!! Haha ;PInilah girls dalam company 6, Fast Lane Sdn Bhd. Ramai kan? Memang ramai pun, boys cuma 5 orang aje.. :)

Aktiviti malam semalam plak, kitorang deco our office. Kami buat organization chart.Mereka buat logo :). Semua orang membusy je semalam.. Seronok wat keja ramai ramai. Walaupun biasanya pukul 12 je, aku dah lalok.. Tapi yang ni sebab bukan buat assignment, mata tu bagi kerjasama sikit la ;P

Kesimpulannya, group kitorang memang best :).

Minggu ni terasa kejap la plak, tiba tiba aje dah hari Jumaat. Esok pagi nak balik rumah :).

Goodnite sweethearts! And happy weekend! :)



After midnight

2 hari berturut turut, balik bilik after midnight.

Penat. Mengantuk. Tapi enjoy je ;P. Melainkan semalam aku dah longlai gila rasa nak tidur je atas meja kat office tu. Ye, kelas tu adalah office ye. Office company kitorang ;P

Semalam balik lambat sebab siapkan project planning untuk Family Day. Dalam masa lebih kurang 24 jam, berjaya siapkan proposal. Hebat tak? Hahaha. Oi, kitorang dah penat buat sampai malam taw, korbankan waktu tidur.. sila cakap hebat okay ;P.

Best jugak blajar project planning ni kan? Salah satu interesting activity yang trainer tu buat semalam suruh kitorang lukis smiley represent our company members.Makhluk kuning. Macam budak budak. Hahahaha~Ngantuk gila sumpah tak tahan rasa macam nak baring kat situ jugak.

Tapi berbaloi jugak la stay up, sebab dapat group kitorang dapat best presenter ;P. Minggu ni terasa kejap pulak nak sampai Khamis. Yeay :)

Monday, October 19, 2009

Pencarian berjaya, pembelian gagal

Haha. Apa jadah tajuk macam tu ekk?

Sapa paham? Sapaa??? Angkat tangan cepat sapa yang paham?? Ha.. tu penghuni bilik 112 tu sengih sengih tu rasanya macam paham dah kot maksud tajuk ni ek?? Hahahahaha ;P

Malam ni telah membuat aktiviti "Mari ke Tesco untuk membeli air mineral". Hahaha.. Engkau keluar pakai cantik cantik (cantik kah?), make up light light, menempuh perjalanan selama lebih kurang 25 minit, mempertaruhkan nyawa kerana driver bawak laju.. (haha, gurau je.. gurau okay ;P) semata mata untuk 5.5 liter air mineral?? Bunyinya macam kesian je cerita engkau ni t_t.

Err~ Malas lah nak putar belit lama lama ;P. Citer terus sampai ke tempat yang dituju aje lah. Actually malam ni keluar, tujuan utama ; membeli barang barang untuk decorate our office. Tujuan tak berapa nak utama ; beli old town white coffee.. hahaha.. ;P

Tapi pembelian barang nak hias office tak kesampaian. Apsal kedai alat tulis tu tutup cepat sangat ha? Baru pukul 9.15 kotttttt.. Grrr~ akhirnya tujuan tak berapa nak utama tu pulak yang tercapai ;P. (macam dari tadi ulang ayat yang sama je.. haha.)

Sebagai penutup tulisan cincai takde kualiti ni, mari saksikan tayangan bergambar.Muka penulis 1.Muka penulis 2. Pipi dah macam muffin, sumpah geram tiap kali tengok cermin. :(

Dah.. dah. Dah lewat malam dah ni. Time to sleep ;D

Goodnite darlin'!!!!



Saturday, October 17, 2009

Dua Dalam Satu

Indahnya kerana hari ini hari Sabtu.
Seronoknya kerana hari ini hari cuti.
Nikmatnya hari ni aku dapat bangun pukul 10.15 pagi ;D

Bangun bangun je tengok bilik kosong. Ila dah balik bilik dia. Ayu balik rumah. Ros pulak keluar dating. Korang ni macam kenal la pulak bila aku main sebut nama je kan. Hehe. Meh sini aku kenalkan dengan kawan baru aku kat sini :) berdiri dari kiri ; Ros, Lia, Ayu, Izza
duduk dari kiri ; Sha, Ila

Aku sebilik dengan Ros dan Ayu. Diorang ni semua kawan dari USM lagi. Nasib baik dorang mau kawan dengan aku kan.. kalau tak cian aku takde kawan. hahaha ;p

Ha, sambung balik cerita pasal pagi tadi. aku kan sebenarnya nak bangun lambat lagi.. haha.. tapi Sha ni ha.. takleh tengok aku senang ;P kekeke.. dia call ajak pergi kenduri kat Alor Star. Aku ikut je daripada duk bilik sorang sorang takde nak buat apa kan ;D

Satu lagi benda yang buat hati berbunga pagi tadi sebab bangun bangun pagi, tengok ada roti dua keping atas meja. Breakfast untuk saya! Baiknya hati mereka, kawan yang baru saya kenali selama 2 minggu buatkan breakfast untuk saya.. Terharu t_t.
Otw ke Alor Star. Mulanya nak naik satu kereta dengan bf Ros je. tapi lambat sangat diorang, kitorang gerak dulu.. :)Buai laju laju,
Sampai balik sana,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina :) (yeke ada ni dalam baju? Miahahahhahaha!!)

Pas dah pegi makan kenduri, dah alang alang dekat Alor Star ni.. saje lah ajak dorang pergi Menara Alor Star. rupanya kat Kedah pun ada restoran berputar kan.. ;PAku yang excited sorang sorang sebab dorang ni semua orang Alor Star. dah tak kisah pun ;P. Seronok dapat kena cahaya matahari hari ni.. hehe.. cuma tak tahan bahangnya tu..

Otw balik ke Sungai Petani.. singgah kat Alor Star Mall..Movie time!!!!!!

Hentam je lah dengan pakai baju kurung pergi tengok wayang. Pe salahnya kan kan kannnnnn? ;P

Alahai~ kejapnya masa cuti berlalu kan.. esok dah start kelas balik :(

Friday, October 16, 2009

Thanx God it's Friday!

Today is Friday :)
Friday means holiday!
Hip hip hooraayyy!

Yeay!!

Pagi tadi ada kuliah subuh pukul 5.45.. Tapi tak pegi pun.. Ngantukkkkkkk ar~ Tapi next week mesti nak pergi jugak :) dah niat ni.. kalau tak balik rumah la.. Hehe

Lepas tu, hari ni kan ke cuti. Tapi ingat suka suka je GEMS ni nak kasik kitorang berehat rehat? Nan adoooooo~ ada value talk tadi, nasib baik cuma 2 jam je.. dari pukul 9 sampai 11 pagi.. Itupun tataw lah tah berapa kali menguap.. Gila kentang punya ngantuk. Sebab speaker tu kurang menarik perhatian lah.. semua orang pun macam bosan je. Ke orang buat muka protes sebab dahla weekend aktiviti penuh dari pagi sampai malam.. Then weekend pun amik masa gak? Tskk~

Tapi takpe, esok memang betul betul off day :)

Hari ni kitorang semua buat aktiviti yang menyihatkan badan :) Kitorang tu sapa sapa yang tak balik rumah lah. Ramai gak yang balik lepas habis value talk tadi. Minggu ni aku malas nak balik sebab nak dapatkan rehat yang cukup.. kalau balik, badan penat.. minggu depan pulak baru balik :)

Ha! petang tadi kitorang buat tarian poco poco. Sapa sini suka poco poco???????

Saya sukaa!!!! ;D

walaupun nampak poco poco tu macam simple je kan.. tapi try buat sampai lagu tu habis, berpeluh dengan hebatnya.. hahaha.. seronok sebab berpeluh~ lama kot tak buat outdoor activity.. asyik lah duk terperap dalam aircond 24 jam...

Selamat hari minggu semua! :)




Thursday, October 15, 2009

2 in the morning

It's 2 am for the God's sake, and yet I am staying up because my works are not done yet t_t

Being bored of numbers and graph, I played with my webcam. Haha. Memandangkan phone aku rosak buat kali yang kedua (syabas, dalam masa 3 bulan lepas aku hantar repair aje dah rosak balik), pastu asyik terlupa nak bawak camera kan.. Guna webcam je dah cukup.. Ini macam dah kali kedua je aku cerita yang phone aku rosak lagi sekali. Haha. Sayang, can I get a new phone for my birthday present this year? Thank you. HahaMy huggable Mr Opai make a peace sign to you all, my readers ^^

Aku kat sini makin busy dan busy dan busy.. Endless busyness.. Kerja nanti macam ni ke keadaan dia? Hmmmm.. I hope you guys have a good day too :)

Otak aku dah jammed sebenarnya ni. Dah blur, cannot thinking straight anymore.. Maybe I should get my sleep now or my mom won't recognize me when I go back home because of the obvious dark circle under my eyes.

Goodnite darlin'!


Tuesday, October 13, 2009

HSH 03

Uish.. sian blog terabai selama dua hari. Hehe.. 2 hari pun kecoh ;p

Reason 1 kenapa tak update ; phone aku rosak.. bengong suka suka je nak off lepas tu aku try on dia asik la restart aje.. dah la baru je repair hari tu. cis! So, bila dah phone takde.. susah nak amik gambar.. digicam pulak asik lupa nak bawak.. tsk..

Reason 2 ; aku adalah sedikit busy. eceh.. macam busy sangat.. Tapi betul busy lah, semalam tidur pukul 2 pagi tahu tak.. Tsk.. Siapkan financial plan.. Thanx God aku mempunyai kesedaran untuk tidur jugak pada pukul 2 tu walaupun kerja tak siap lagi sebab otak dah blank. Hoho

Beriyer iyer ko aku kasik reason nape tak update. Padahal ada sapa tanya ke? Hahaha. Okay, nevermind.. Blogging adalah untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk kepuasan orang lain :)

Hari ni, buat kali pertamanya aku turun pergi main waktu petang. Itu pun main badminton secara manja di pinggir padang okay. No proper court for badminton game. Nak main lain lain, macam malas je. Jadilah main badminton pun walaupun macam main kat rumah tu, gunakan pagar rumah sebagai net. Haha. Aku tak buat gitu ek sebab rumah aku takde pagar. (Motip tiba tiba nak masuk cerita pagar rumah???)

Sekian, saya Izzatul Walia melaporkan berita terkini dari Harvard Suasana Hotel, Sungai Petani.


Sunday, October 11, 2009

Start the engine..

Today is Sunday. Back to normal life after 2 days resting at home sweet home :)

Hari ni dimulakan dengan public speaking di dalam company masing masing. Lepas tu assign masuk dalam English Business class. Again, kena divided lagi dalam sub company. Takat ni, dah 2 company kitorang kena handle, dah tu boleh pulak dua dua company aku jadi finance manager. Pinar pinar bijik mata nak kena mengadap angka lepas tu nak kena recall balik segala macam benda tu. Alaaaahaiiiiiiiiiii~

Takpe, take the tasks as a challenges!! Wah, tiba tiba tukar jadi bersemangat plak ;P ngeh ngeh ngehhh..

So, for today.. Kitorang kena develop business plan.. Kena elect CEO dan juga bahagikan tugas among the members. Apahal la bercampur campur bahasa aku ni. Haha. Dengar dek cikgu English aku tadi, nangis kejap dia ;P Eh korang~ english cambridge test tu aku dapat masuk kelas top 30 lah ;D Hihi.. unexpected, sebab jawab soalan dia tah pape je.. tapi kan kira kelas aku tadi cikgunya okay la jugak. ada another class, sapa yang cakap malay, pastu dia dengar.. kena caj 50 seng.. hahaha.. nasib lah korang ;P

Esok kena buat presentation, tapi bukan full presentation lah.. Esok cuma kena present roughly about our company, what we are doing and blah3.. haha, aku taw tulis pepanjang pun macam mata korang rajin sangat nak baca.. la la laaa..Sopan tak aku nak pergi kelas? Cakap sopan cepat!!

Okay, muka dah makin bulat. Dah lah, taknak kawan semua orang lah.. muka saya bulat :( tunggu muka saya jadi kurang bulat, baru nak kawan balik dengan semua orang.. huwaaa!!




Saturday, October 10, 2009

mari cuba cuba

Cuba anda klik gambar di atas.
Apa jadi? Hihi

Friday, October 9, 2009

Home sweet home

Saya dah sampai rumah.

Berasa tidak sihat sekali. Batuk, saket tekak, saket kepala semua nak datang. Inilah nama dia badan ni terkejut, tiba tiba aje kena duduk dalam aircond 24 jam. Berhari hari tak berpeluh. At the end of the day, badan tak boleh terima kejutan begitu. Jadilah begini :( Hopefully minggu minggu seterusnya, badan dah jadi sihat dan kuat. Oh, kena beli milo la jawabnya ni ;p

Semalam tiba di rumah pada pukul 10 malam. Punyalah panjang perjalanan nak balik rumah dari Sungai Petani tu. Dari hotel tu kena pergi stesen bas Sg Petani dulu. Stesen bas yang macam bukan stesen bas. Sampai sampai je saya dan kawan buat muka pelik, ni stesen bas ke? Betul ke? Mana kaunter tiket?? Rupanya kaunter tiketnya satu aje. Untuk bas pergi ke Butterworth, RM4.

Lepas tu, menempuh perjalanan lebih kurang 40 minit dari SP ke Butterworth. Sampai Butterworth pukul 6.30 petang. Beli tiket ke Kuala Kangsar pada pukul 8.30 malam ; RM9.80. Nasib baik Ros ada, duduk la berbual dengan Ros.. Tapi bas dia pukul 7.30. Sejam yang berikutnya sementara menantikan pukul 8.30, saya duduk sorang sorang. Haha, macam sedih je. Cis.

Esok dah nak balik SP balik. Tak decide lagi nak balik pukul berapa. Ikutkan hati, nak balik malam je. Tapi of course lah mak ayah tak kasi, risau biarkan anak dara ni drive malam malam. Maybe petang petang sikit dalam kul 3-4 tu nak gerak dah la..

Jom berehat. Aku dah tak tahan asyik bersin ni :(


Thursday, October 8, 2009

He is getting married!!


He is my best boyfriend. Betul betul kawan lelaki ye. Bukan special boyfriend. Meroyan kang sayangku tu.

And he is getting married tomorrow. Dah lama dia bagitaw, tapi aku sumpah terlupa :( I felt very bad lah.. Felt very very very bad bestfriend. Hari tu masa aku kat KL, dia call tapi masa aku tengah driving. Zatil answered his call and told him i was driving. Again, I forgot to call him back after that.. Dia selalu cari aku. Kenapa aku selalu lupa? Ee.. aku sedih lahhh!!! Sedih because not appreciate the moments before he is getting married. Dah lepas ni, takde lagi la nak makan mcd sampai senak pewot, pergi karoke sampai saket tekak, pergi main bowling pastu kena gelak sebab asik longkang.. Kenapa lah aku tak hargai semua tu.. Izam, aku mintak maaf. Aku taw ko banyak terasa dengan aku, merajuk dengan aku.. Cuma ko tak cakap je.. :( Ko layan aku baik sangat, dari matrix lagi.. Ko memang kawan aku yang baik.. Thanx untuk tu :)

Congrats sebab dah nak kawin. Esok akad nikah tu jangan ketar ketar ek ;p Aku doakan ko bahagia sampai akhir hayat. Jaga Atie elok elok okay.. :)

Aku mintak maaf kalau aku tak dapat datang kenduri kat KL 18hb ni, aku tak janji.. Tapi aku cuba ye :)

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Wednesday, October 7, 2009

Last day APE module

Setelah 3 hari attended module Achieving Personal Excellence, today is the last day. Woohoo! Last day untuk module ni ye kawan kawan. Bukan last day training. Itu lambat lagi..
Our group with the motivator, Tuan Haji Nicholas Sylvester. Best beliau ni. :)

Yang paling bagus sekali module ni aku rasa ialah beliau menggalakan kitorang to face our fear to talk in front of others. Petang tadi, siapa lagi yang tak pernah ke depan untuk bercakap including me (Hehe) are forced to give a short speech, introduce a bit about ourselves then tell the audience what are the lessons that we have learnt from this module.
Woo.. At last, I'm able to talk in front of 211 participants there. All new faces ;D Tapi kan, aku tak rasa aku nervous sangat pun untuk bercakap kat depan.. Yang jadi kalut tu bila tataw apa nak cakap.. Tapi kuatkan jugak semangat fikirkan dulu aku mengajar budak budak, sama je.. Kena berdiri depan diorang gak kan. Hihi.

Malam punya aktiviti pulak rehearsal untuk opening ceremony petang esok. The best thing is the ceremony will start at 2 pm.. That' mean I can wake up a bit late tomorrow!!!!!! ;DThis is me and one of my roomate. There are 3 of us in the room here :)Nampak tu, ada 3 nama ;p Hehe.


We explore and we race!

Today's activity is soooooooooo exciting!!!! We had so much fun. Betul, betul.. We had an Explorace! Woot~ Woot!

Ada 7 check points kesemuanya ;

1. Kena buat hiasan makanan kat kafe. Ala, yang macam hias makanan orang kahwin tu ;D
2. Isi air dalam botol yang bocor (bocornya kecik je la..) dengan menggunakan span sampai bola pingpong dalam botol keluar.
3. Pindahkan 10 biji guli ke dalam mangkuk yang lain menggunakan chopstick.
4. Sepak bola bagi kena kon.
5. Masukkan bola pingpong dalam cawan.
6. Serve volleyball supaya lepas net.
7. Masukkan bola golf ke dalam lubang.

Woh~ penat berlari woh ke sana sini. Dalam hujan okay, tapi hujan rintik je la.

Jom tengok gambar sikit sikit, nak tak? Tersesat masa cari check point, tapi takpe.. Kita pose dulu ;D Te he hePadang golf. Dalam pada kejar masa tu, sempat lagiiiiiii

Dah settle 7 check points, kena pergi solve cross word and quiz. Lepas tu dah submit, akan dapat envelope yang mengandungi huruf. Kena solve the puzzle.Huruf huruf ni membentuk perkataan apa la ye? Pening woh fikir.But we managed to solve the puzzle guys!! ;D

And then, we have to find where is it. Betul, we have to find the black bracelet. Jenuh okay~ Sudahnya budak lain yang jumpa, dapat kat dia hadiah black bracelet tu.. Mesti puas gila dapat bracelet tu kan? I'm not talking about the RM values.. I'm talking about the efforts to get it.. Susah payah tu dari mula, berlari sana sini.. Last last she's able to find the bracelet.. ;D

Oh~ ada soalan kuiz tu kan.. Aku tak taw. Kita guna talian hayat ;DTeka aku text siapa ni?
Hihi, my adik tiri! Dia tu memang selalu jadi mangsa aku kalau tengah terdesak nak find the info. Hihi, nanti kita pergi makan coneto ek? Ke ko demand BR ha???
After the Explorace! Penat gila semua.. Dan tak berapa nak paham la aku sanggup korbankan sikit masa tidur aku untuk blog ini. Cis.
And, tonite.. Our activity is to list down all the lessons learnt from our Explorace. Exciting :)


Tuesday, October 6, 2009

Legend

Sekarang ni, memandangkan aku tengah attend GEMS programme, so basically update pun mestilah pasal GEMS kan.. Jangan ada yang bosan ye? Kot la bosan gak, you have the option not to read it babe :)

So, semalam aktiviti duk dalam kumpulan, kena buat logo, pikir nama kumpulan semua tu.. Nama kumpulan kena ikut huruf yang dah dibagi pada setiap kumpulan. Kumpulan aku dapat L. Jadi, kitorang decide untuk bagi nama kumpulan Legend ;D
Haip!!! Jangan la gelakkan logo kitorang. Done in 15 minutes.. Tulisan Legend tu tulisan aku. Dah lama tak menulis, dah macam apa je jadi.My group members. :)






Monday, October 5, 2009

First day..


Hari pertama join GEMS.. Waktu tidur dan bangun pagi perlu diselaraskan kembali. Tidur before 12 am, wake up 6.15 am.. Hihi. Tapi tu semalam la.. hari ni amik ko tidur pukul 7.15 baru aku bangun.. Sangat best tarik comforterrr, sambung tidur ;DDah bosan bagi gambar berwarna, mehla korang tengok pulak gambar tadek kaler ni. Haha.

Kat hotel ni kan, lepas makan.. Makan.. Lepas tu makan lagi. Dan makan lagi. Sebab takot gemuk, aku tak guna lif kat sini, panjat tangga tiap hari. Tapi 2 tingkat je ;D Hehe. Tapi ada 4 tangga okay. Pastu, aku cuba elakkan minum ais dengan air manis. Haha, perlu ke aku bagitaw korang semua ni?

Aktiviti hari pertama, induksi. Praktis lagu tema GEMS, rancak lagu dia. Macam nak goyang goyang tangan je nyanyi ;D. Lepas tu explain pasal GEMS, pasal keselamatan kat hotel ni. Bla bla bla dan bla bla blaaa.. Lepas tu semua 211 orang peserta dibagikan kepada 7 kumpulan. Kumpulan ni macam syarikat sendiri la. Macam macam aktiviti lah kena buat bersama sepanjang 2.5 months ni. Takat ni blum ada projek apa apa lagi. Hihi

Lepas tu, petangnya kena amik English Cambridge Test. 100 soalan, jawab dalam masa satu jam. Tak sempat jawab 20 soalan terakhir t_t. Redha. Huhu.

Malam pulak duduk dalam kumpulan syarikat sendiri. Ice breaking. Kenal kenal ahli kumpulan.So far, semuanya okay aje :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...