Saturday, March 3, 2012

Island BBQ Steamboat, Kg Melayu Subang

Minggu lepas, suami saya terasa nak makan steamboat buffet. Mula-mula ingat nak makan dekat satu restoran steamboat buffet dekat Dataran Sunway tu tapi kemudian saya was-was pula status halal dia. Kalau dah was-was, baik elakkan.. Kan ?

Selepas puas search, terjumpa satu restoran steamboat buffet dekat Seksyen U5. Ha, dah molek !! Dekat sangat-sangat dengan area rumah :)

Kitorang pergi ke Island BBQ Steamboat.




Terkejut jugak waktu sampai dekat sini, sebab tak sangka dalam kawasan kampung ada restoran steamboat yang besar macam ni. Sebelum ni selalu je lalu situ, tapi tak pernah terfikir nak masuk ke dalam lorong tu. Yelah, gelap.. Siapa yang nak masuk kan :P



Open area, diorang buat macam khemah tu. Orang ramai.. Hairan, manalah diorang tau dalam ceruk ni ada restoran :P

Eh, tapi tempat ni best tau. Siapa yang dekat, bolehlah singgah makan.



Antara seleksi makanan dia. Banyak juga pilihan. Siap ada grill tu yang seronok :D 

Harga dia,

RM 21.90 untuk dewasa
RM 9.90 untuk kanak-kanak
Bawah 5 tahun adalah percuma

Memang value of money !!

Kalau nak pergi sana, boleh tengok map dalam website diorang --> ISLAND BBQ STEAMBOAT

Semua gambar juga adalah kredit kepada website di atas.



P/s Next time, kitorang nak try Flaming Steamboat yang baru bukak dekat Seksyen 33 tu lah :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...