Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Resepi Kek Batik Coklat

Ni kek yang terpaling senang sekali buat. Hehe. Mana taknya, susun-susun biskut meri je pastu sejukkan. Tak payah bakar ke kukus ke apa :p

Pada pendapat saya, resepi ni best.. Sedap ! Kaya dengan coklat. Lepas tu biskut meri dia pun masih rangup lagi sebab tak gaul sekali. Biasa buat patahkan lepas tu gaul sekali kan. Ni cara lain sikit. Anw, ini projek #GengBaking minggu lepas sebenarnya :)



Kek Batik Coklat
Resepi : @Sue-hasue

Bahan-bahan 

200 gm milo
250 gm butter
3 sb serbuk koko
1 tin kecil krimer pekat manis / 3/4 tin sederhana krimer pekat manis
Biskut meri secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)

2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...

3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur

4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....

5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar   dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan 

6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.

7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis

8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Kalau nak senang, kacau guna whisk masa atas api tu ;)

Untuk tengok versi #GengBaking yang lain, boleh klik link di bawah :

1) Nano

Geng lain minggu ni kot ? Nanti saya update link !



Friday, March 2, 2012

Puding Roti Istimewa

Ini projek minggu lepas ni. Dah nak masuk minggu baru, baru dapat update. Ni gara-gara Mek Kontan lah ni, selow ah mu. Ahahaha.

Macam ni cerita dia, last week.. Saya, Na dengan Mar pakat nak buat puding roti bersama-sama di dapur masing-masinglah ye.

So, sekarang masa untuk update hasil dia. Hehe.


Tadaaaaaa !!

Puding roti istimewa, macam-macam ada dalam tu. Gajus, chocolate rice, nutella, peanut butter, kismis, pisang huihhh memang macam-macam.

Resepi saya ambil dari sini ---> RESEPI BUTTER BREAD PUDDING


Untuk versi #GengBaking saya yang lain klik link kat bawah ye :

MEK KONTAN

MARZIEY

Saturday, February 25, 2012

Kek Pelangi & Kek Aiskrim

Nak tau tak, adik-adik saya sekarang dah rajin ke dapur untuk buat kek ni. Nak-nak lagi Nina tu. Sebelum ni dia selalu bergabung dengan Mirah untuk buat kek. 

Saya nak share gambar kek yang diorang buat.





Cantik kan ? Tapi untuk buat kek pelangi ni memang memerlukan tahap kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Lama gila kot tunggu, sebab nak kena bakar selapis-selapis yang lain-lain warna pulak tu. Pitams. 

Pastu kan hari tu saya tengok page FB Nina, rasa nak pitam bangun empat puluh kali oiii nampak dia buat kek ni.


Kek aiskrim Oreo !! Buat sorang-sorang tu lagi saya tak percaya. Haha. Saya ada niat nak buat kek ni, tak sangka pulak dia dah buat dulu. 

Hujung minggu ni saya dah ada projek baking dah. Apa dia tu, tunggu Isnin nanti baru update *nervous !



Thursday, January 19, 2012

Resepi Kek Coklat Dengan Lapisan Keju (Moist Chocolate Cake Layered w Cheese)

Hai semua !!

Ada yang rindu tak ? Hehe untuk yang taktau, saya pergi bercuti sebab tu lama tinggalkan blog :)

Sorry pembukaan update blog ni saya update resepi dulu ye sebab dah lama sangat berjanji dengan orang nak update resepi ni tapi masih tak update sampai baru ni tadi kawan ingatkan, barulah rasa alamak dah janji tapi tak tunaikan T_T

So, ini dia resepinya ye.


Bahan-bahan

Bahan A
1 tin susu cair
4 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1 tsp esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Cara-cara
1. Campur semua bahan A, pukul sehingga kembang.
2. Masukkan bahan B, pukul sehingga sebati. Jangan sampai terlebih pukul.
3. Bahagikan adunan kepada dua.

Untuk lapisan cheese dia pulak, resepi dia macam ni :

Bahan-bahan

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
2 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
15 g tepung gandum

Cara-cara
1. Pukul cream cheese bersama telur sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

----------------------------

Ok cara- cara nak buat dia. Panaskan kukusan. Ni kukus ye, bukan bakar. Lepas tu lapiskan loyang kek dengan kertas surih. Tuangkan 1 bahagian adunan kek coklat tadi. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak (cucuk tengah kek dengan lidi, kalau masih basah sila kukus lagi).

Selepas lapisan kek dah masak, masukkan lapisan cheese pulak dan kukus sehingga masak. Last step, tuangkan 1 bahagian adunan kek coklat tadi dan kukus sehingga masak juga. Kalau rajin bolehla buat berlapis-lapis ye.

Kek ni memang sedap dan lembap. Memang bestlah makan, tryla buat ye :)

<--- Nang if you LIKE

Thursday, December 15, 2011

Resepi Marble Cheesecake


Marble Cheesecake

Bahan-bahan

Bahan A
1 ketul Philadelphia cream cheese (250gm)
70 gm gula kastor
1 st esen vanilla
Sedikit pes lemon
2 biji kuning telur
1/2 gelas whipping cream
30 gm tepung gandum
15 gm tepung jagung

Bahan B
2 biji putih telur
30 gm gula kastor

Bahan C (untuk base kek)
1 cm kek span ataupun guna serbuk biskut marie yang diblend campur dengan mentega yang dicairkan, lepas tu tekan masuk loyang. Bakar selama 10 minit dengan suhu 130C

Cara-cara
1. Putar cream cheese, gula, esen vanilla dan pes lemon sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan whipping cream. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kaup balik sehingga adunan sekata.
4. Dalam satu mangkuk yang lain, pukul bahan B sehingga meringue mencapai soft peak (bila diterbalikkan bekas, ianya tak tumpah. Ataupun adunan tu dah bertanduk)
5. Campurkan meringue ke dalam adunan tadi. Kaup balik sehingga sebati.
6. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Cairkan coklat dan masukkan ke dalam salah satu bekas tadi.
7. Alas loyang dengan kertas surih (lebihkan bahagian tepi dia untuk yang takde spring form). Letakkan base cheesecake (bagi yang guna kek span. Bagi yang guna serbuk biskut, gunakan loyang asal untuk bakar biskut tadi jelah). Tuang adunan tadi secara berselang-seli sehingga habis.
8. Bakar dengan kaedah double boiler pada suhu 160C selama 50 minit.


<--- Nang if you LIKE

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #8




<--- Nang if you LIKE

Tuesday, December 6, 2011

Resepi Tiramisu


Tiramisu

Bahan-bahan
Kastard (resepi boleh rujuk sini ---> RESEPI INTI KASTARD)
250 gm mascarpone cheese
2 bungkus lady finger biscuits (tapi tak jumpa, maka saya ganti dengan biskut lain)
Nescafe gold
Serbuk koko

Cara-cara 
1. Putar mascarpone cheese sehingga kembang. Lepas tu masukkan kastard.
2. Dalam satu bekas lain, bancuh nescafe. Tak perlu manis sangat, ataupun tak letak gula pun boleh sebab inti kastard tu dah manis.
3. Celup lady finger biscuit ke dalam nescafe dan susun di dalam bekas. Selepas itu sapukan adunan cheese dan kastard tadi.
4. Ulang langkah 3 sehingga habis adunan. 
5. Apabila habis, ayak serbuk koko menutupi permukaan tiramisu.

Resepi ini saya dapat dari my girlfriend. Serius memang sedap sampai emak pun nak belajar cara-cara nak buat dia. Hehe.

<--- Nang if you LIKE

Saturday, December 3, 2011

Hasil Bersengkang Mata


Ini hasil bersengkang mata malam tadi dan bangun lewat pagi ini yerp :p

Memang dah boleh sep sep dah kita ni Na, suka benar baking kek karamel ni. Hehe.


Takdelah boleh dibanggakan sangat pun, karamel masih tak cantik. Nyampah haku. Tapi dah advanced sikit kek dah ada warna. Ahahaha.


Warna asal + hijau epal + merah. Itulah hasil dia.


Berlemuihlahhhh kan. Dahlah belang-belang tak sama besar. Haha ini kes buat kek tetengah malam, tak kuasa saya nak senduk satu-satu elok-elok. Jadilah, dah memuaskan hasrat suami nak makan kek karamel ni :)

Untuk resepi, klik sini ---> RESEPI KEK KARAMEL



<--- Nang if you LIKE

Tuesday, November 29, 2011

Resepi Simple Pavlova

Second time sebenarnya buat pavlova. Tapi yang pertama kali buat hari tu rupa agak menyedihkan jadi saya pun macam tak gamak nak letak :p

Jom semak resepi ;)

Pavlova

Bahan-bahan
3 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor (blend halus)
1 sudu kecil cuka buatan
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
1. Putar putih telur bersama dengan gula kastor sehingga mencapai soft peak / bertanduk.


Ini contoh soft peak :p Bila kita terbalikkan bekas tu, adunan tak tumpah. Tips, pastikan takde bendasing (eg kuning telur, air, dll) dalam bekas tu.

2. Campurkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka buatan. Kaup balik sehingga sebati.
3. Panaskan oven 150C. Alas loyang dengan kertas surih dan tuangkan meringue tadi ke dalam loyang.
4. Bakar selama sejam menggunakan api atas bawah dengan suhu 100-120C - atau sehingga garing.
5. Selepas dah masak, biarkan selama setengah jam di dalam oven. 

Untuk topping atas dia, putar 1 cawan whipping cream sehingga kembang. Sapukan ke atas adunan tadi. Hiaskan dengan buah-buahan segar. Hasilnya begini ;


Sedap pavlova ni. Bolehla cuba kannnn, simple aje. Kalau beli ni, mahal ni :p

Resepi kredit kepada Mek Nano :D


<--- Nang if you LIKE

Saturday, November 26, 2011

Kenapa Kejadiannya Begini -___-"

Hari ni saya bawak kek karamel pergi ofis. Semalam saya tidur pukul 2 lebih tahu sebab nak siapkan kek ni. First time guna mixer dan oven hadiah kahwin tu untuk buat kek. Hehe.

Tapi saya adalah tak puas hati. Apesal kejadian kek karamel saya ni tak secantik dulu ? Ergh tang mana silapnya entah. Karamel tak licin, pecah-pecah tepi tu. Jauh beza dengan kek karamel yang pertama




Pandangan sisi lagi hazab uols.

Tapi saya harap rasa dia akan sama sedap seperti dulu !

:)


Kek karamel pertama yang menjadi kebanggaan saya, haha.

Ini adhoc punya projek ni. Dengan kek cuma satu warna je, sebabnya saya lupa nak beli pewarna. Merasalah situ kek kaler natural aje. Takde dah nak warna-warni. Eh suami tengok saya buat ni, dia duk hint-hint kena buat satu untuk dia jugak. Yelah, tengok isteri buat kek tapi tak dapat rasa.. Mengidam lettew~ Hahaha.

Projek hujung minggu ni macam banyak.

Nak buat pavlova, cream puff dan kek karamel (again). Hee, macam banyak kan. Yelah, rumah saya tengah penuh sekarang. Emak, ayah dan adik-adik semua ada. Meriah !!

Nak resepi kek karamel, klik sini --- > RESEPI KEK KARAMEL


<--- Nang if you LIKE

Monday, November 21, 2011

Resepi Cream Puff



Akhirnya..

Tercapai juga impian saya nak buat cream puff ni. Hihi. Walaupun rupa dia tak semenggah sangat, tapi super puas hati. Barang-barang murah je nak buat dia, senang pun senang. So takde reason awak-awak semua untuk tak buat.. Nak-nak lagi kalau suka makan cream puff tu. Memang elok sangat try resepi ni ;)

Cream puff

Bahan-bahan
100ml air
45g butter - suhu bilik, potong 1 cm
60g tepung gandum - ayak
2 biji telur

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul biar telur putih dan kuning bercampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga terbentuk doh. Kemudian, padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. (Kalau takde, boleh potong aje bucu plastik anggaran 1 cm). Pipekan ke atas dulang, tekan bahagian bertanduk supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selamat 25 minit.
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.


Cream Custard

Bahan-bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur size A
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul.
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Masak bancuhan ni atas api sederhana sehingga menjadi pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.
6. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Sumber resepi dari Mek Kuantan :D Cream puff dia buat nampak macam lagi gebu jeeeess. Takpe, weekend ni saya nak repeat lagi buat cream puff ni dengan Cik Nina pulak.

Oh untuk pengetahuan, 1 bancuhan cream custard ni boleh guna untuk 2 bancuhan doh dia tu ye :D

Tuesday, November 8, 2011

Bread Butter Pudding

Dari hari tu duk terliur, akhirnya dapat jugaaa saya buat bread butter pudding ni. Masa buat bread butter pudding ni kan, red velvet still dalam peti ais.. Belum berpotong pun lagi. Neh la dia, jenis suka membaking.. Makannya tidak. Masak banyak-banyak lepas tu paksa orang makan T_T

Heheeee.


Pagi sebelum balik KL sempat lagi kletung kletang kat dapur.


Nyums, tapi tak cukup garinglah. Lepas tu lembap sikit. Maybe sebab adik saya tertuang susu berlebihan dalam ni kot -_-"


Makan dengan cream sauce. Nyums. Resepi neh saya ambil dari Ayein ^_^

Tapi macam rasa telur dia kuat sangatlah. Ke saya yang terkurang letak esen vanilla.

Apapun, lepas sudah mengidam NAK BAKING bread butter pudding ni :p

<--- Nang if you LIKE

Monday, October 10, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)


Hai !

Hujung minggu yang sibuk bagi saya.. Balik kampung Jumaat lepas, baru je sampai KL malam tadi. Penat badan tak hilang lagi ni.. Hujung minggu hari tu saya jadi tokey kek. Gigih gila kerjanya nak membaking aje. Hahaha. Almaklumlah, walaupun dah ada oven kat rumah saya tu. Barang-barang keknya mana ada, loyangnya lagi, tepungnya lagi.. Lecehla, nak kena beli sikit-sikit. So, bila dah di rumah emak barang semua ada.. Lajulah sikit nak buat tu kan :)

Saya bercita-cita tinggi hari tu. Nak cuba buat kek velvet ombak beralun. Emak pulak mintak saya buatkan kek karamel. Adik pulak nak makan pavlova. Itu belum campur adik saya yang kecik tu mintak buatkan laksa sarawakkk.. Aaahhhhhh semput mak.

Tapi mana cukup masa nak buat tu semua. Saya cuma sempat baking kek velvet dengan kek karamel je. 

Kek velvet ni sedap, tak muak makan. Malangnya, ombak beralun saya tak berapa nak menjadi. Bukan yang pakar katanya. Tapi sekejapan je dah licin kek ni, maknanya apa tu kawan-kawan ? Ye betul, sedap. Kahkah masuk lif tekan sendiri :p Trylah buat ye, best !

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Sumber : K.Fida MYR

Bahan-bahan
5 biji telur A - yang sejuk dari peti ais
1 cawan gula halus 
2 cawan tepung gandum (ayak)
1sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
150 gm susu cair
100 gm mentega cair
Pewarna
Serbuk koko @ milo

Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Loyang dialas dan digris sekeliling.
2. Campurkan semua bahan kecuali mentega dan pewarna. Pukul sehingga kembang.


3. Masukkan mentega cair dan kaup balikkan sehingga rata.
4. Bahagikan adunan dan letakkan pewarna.


5. Ratakan adunan bewarna pertama di dalam loyang. Ayakkan serbuk koko menutupi lapisan pertama tadi.
6. Tindihkan adunan bewarna kedua di atas lapisan pertama tadi. Ayakkan serbuk koko. Kemudian lapiskan adunan bewarna yang terakhir.
7. Tutup loyang menggunakan aluminium foil. Kukus selama 45 minit.
8. Setelah masak, bukak aluminum foil dan biarkan selama 5 minit.
9. Telangkupkan kek dan sejukkan kek.
10. Bila kek benar-benar sejuk, bolehlah dipotong dan disajikan.


Inilah rupa kek saya yang tak semegah tu. Tak menjadi sangat ombaknya. Hahaha. Yang penting rasa dia kan uols (pujuk diri sendiri). Nanti nak cuba lagi lah ! :)

P/s Ko boleh saya bagi resepi sebelum ni tertinggal nak letak gula halus !! Huahuahuaha mintak hampun siapa yang dah try resepi tertinggal gula sebelum ni.. Kak Emy, saya tak boleh access blog lah sbb blog akak private. Nape tak jadi ye ? Sebab takde gula ke *muka risau

<--- Nang if you LIKE

Thursday, July 7, 2011

Light Cheese Cake

Err, share resepi lagi boleh ? ;)

Ini buat hari tu untuk adik bagi officemate dia. Katanya,

"Yong, awak kena tolong aku buat kek tau !"

Sudahnya, saya sorang je mengulit kek di dapur. Hehe, takpe.. Saya bukan kisah pun, I really have passion in baking ❤Hari ni kita belajar buat light cheese cake ye. Saya punya kek ni belum dimasak lagi, lepas keluar dari oven lupa pulak nak ambil gambarnya.

Light Cheese Cake
Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.

2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)

3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan

4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)

8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Untuk yang tak berapa pasti lagi cara nak buat dia, boleh rujuk sini -> Tutorial bergambar light cheese cake

Try la ye ! Saya rasa kek saya tak berapa nak gebu, ada la tu salah kat mana-mana tu. Tapi officemates adik semua puji sedap, hik hik :p Nanti nak try lagi sekali lah resepi ni untuk hasil yang lebih memuaskan ;)

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, July 6, 2011

Cara-cara Membuat Kek Karamel


Okay, masa untuk berkongsi resepi ;)

Resepi : Kek Karamel
Sumber : Pn Nano

Bahan (A) - step 1
2 sudu besar gula (untuk buat gula hangus)
- masukkan gula dalam loyang, kacau sampai hancur dan jadi perang. Kalau rasa likat, boleh tambah air (kena sentiasa kacau, dah hancur jadi gula hangus.. Boleh la tutup api ye)

Bahan (B) - step 2
1/2 tin susu cair F&N (saya ganti dengan brand lain)
70 gm gula kastor *saya buat 40gm
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
-kacau adunan B dengan perlahan jangan sampai berbuih kemudian tapiskan masuk adunan ke dalam loyang yang dah ada gula hangus tadi

Bahan (c) - step 3 : Lapisan Kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor *saya buat 40gm
3 biji kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
-pukul semua bahan (C) dan ketepikan

Bahan (D) - step 4 : meringue
6 biji putih telur
70 gm gula kastor *saya buat 50gm 
-pukul putih telur dulu sampai berbuih, lepas tu masukkan gula kastor dan putar dengan kelajuan paling tinggi sampai mencapai "soft peak". "Soft peak" ni di mana bila kita terbalikkan bekas berisi meringue tadi, ianya tak tumpah sebab dah kental

Cara-cara :

1. Campurkan adunan C & D, kaup balik sampai sebati
2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna
3. Tuang secara berselang-seli ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
4. Bakar dalam masa sejam dengan suhu 160c dengan menggunakan kaedah double boiling
5. Bila dah masak, biarkan kek sejuk dan turun dengan sendirinya baru terbalikkan dia. Lepas tu simpan dalam peti ais. Paling best makan kek ni masa dia sejuk :D

Nota 1 : untuk buat meringue, pastikan bekas tu takde setitik pun air dan kuning telur yang sesat. Kalau tak, meringue boleh rosak. Untuk first timer, mungkin mencabar sikit nak buat. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan :)

Nota 2 : Untuk buat corak tu, tuangkan adunan kat tengah-tengah loyang (guna senduk tuang sikit-sikit ye, jangan pergi tuang semua sekali harung pulak. Tuang sikit-sikit tu kalau rajin dan nak kek cantik lah). Contoh ye, ada 3 warna. Merah, kuning dan hijau. Mula-mula adunan merah tu kat tengah-tengah loyang. Lepas tu amik adunan kuning pulak, tuang kat tengah-tengah jugak. Lepas tu amik hijau, lepas tu selang-selikan balik. Paham kan ?

Nota 3 : Kaedah double boiling di mana loyang tadi dilapis dalam loyang lain yang lebih besar yang berisi air. Err, faham kan ?

Nota 4 : Semua penerangan details adalah untuk membantu orang yang baru berjinak-jinak nak buat kek :) Yang dah otai, dah pakar duduk tepi diam-diam pun boleh :p

Happy baking ye !

P/s yang merah bold tu saya dah try kurangkan sukatan gula dia, ternyata lagi sedap untuk siapa yang tak suka manis. Kalau nak try, mbe boleh guna resepi asal dulu lepas tu pandai-pandai la sesuaikan sukatan gula dia ikut tekak korang bila nak buat second time pulak.


<--- Nang if you LIKE

Tuesday, September 8, 2009

Homemade Oreo Cheesecake

Aktiviti duduk saja kat rumah neh, rajin pulak dah nak masuk dapur. Habislah pipiku, makin kembung la dia! Gulpppp~
Korang kenal ini apa? Takpe, tak kenal takpe. Aku tak marah pun. Hihi. Ini nama dia oreo cheesecake sebelum disejukkan (chill) di dalam fridge.. Sebut betul-betul, Oreo Cheesecake. Homemade. Ye, betul.. HOMEMADE! First attempt to bake (if we can call it bake, because it is a non baked cake ;D) make oreo cheesecake. Cuba kira dalam perenggan pertama neh saja, dah berapa kali sebut oreo cheesecake (sebut lagi..)

Seperti dah disebukan di atas, this is a non baked cheesecake. We call it chill cheesecake. Paham tak bila dia kata chill itu? Hihi. Maksudnya kita cuma beat the ingredients, pour it on the base, and chill it in the fridge. Done! Yeah.. Done, 3 simple steps :D
Pemandangan oreo cheesecake dari sebuah helicopter. (Err, maksudnya pandangan dari atas. Saje buat lawak tak kelakar.)

Sumpah rupa cheesecake aku mengerikan. Sebab aku tak sabar-sabar baru letak dia 2 jam dalam fridge, dah menggelupur nak potong, texture dia belum firm sangat time tu. Tapi, pedulikan. Sumpah juga rasa dia boleh tahan. Err, tak berani nak sumpah cakap sedap sangat. Haha. Tapi, sedap lah. Tak tipu. Bulan puasa tak baik menipu owh. Kalau bulan tak puasa pun sama, tak baik jugak menipu kan.

Okay, sekarang aku sedang buat muka tak malu. Sebab walaupun taw keadaan fizikal kek yang mengerikan, masih sanggup tebalkan muka upload jugak. Syabas betehh!
Mengerikan bukan? Haha. Dah warning awal-awal kan. Jadi, korang sepatutnya tidak meletakkan high expectation pada oreo cheesecake saya yang pertama ini. Hihi. Sapatah yang meletakkan high expectation, pandai-pandai aje aku neh. Memang suka memandai-mandai. Haha. Dan bila mood tengah baik, memang suka merepek-repek serta memanjangkan ayat serta tulis benda-benda yang tak payah tulis, lepas tu paksa korang bace. Hihi. Korang still baca ke neh? Good job! Tehehee

Jom jom tengok oreo cheesecake yang sudah dipotong. Jom jom!!
Disebabkan aku vain gila dengan menda alah neh, izinkan aku letak satu pic lagi. Walaupun aku taw korang kutuk rupa kek aku tidak menggiurkan. Janji aku puas hati. Lalalalui~
Okay. Show tamat.

p/s Oreo Cheesecake sudah tinggal separuh di dalam fridge. Apakah maknanya itu? Lalalalui~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...