Monday, October 15, 2012

Resepi Nasi Ayam Simple

Dah beberapa hari saya asyik bertangguh nak buat nasi ayam minggu lepas. Nak buat, nak buat tapi belum sampai seru heheh. Akhirnya weekend lepas, dapat jugak saya menunaikan hasrat hati yang mengada ngada nak masak nasi ayam ni ;D kira masak special sikitlah untuk husband sebab dah penat beliau tolong saya kemas rumah minggu lepas keke nasi ayam tu kira special la ye kalau kat rumah saya ni :P suami sibuk mengelap, mengemop, mengemas rumah.. Saya pulak sibuk di dapur. Suami habis mengemas, rehat rehat sekejap, lunch pun dah siap dah boleh makan.

Eh, sebut pasal kemas rumah ni.. Korang kemas rumah hari hari ni ? Saya tak dapat nak cari masa lah nak kemas hari hari. Itupun kalau rajin, saya sapu rumah lah hari hari. Nak mengemop ke apa tu, semua tunggu hujung minggu. Mendobi pun sama, hujung minggu lah baru buat semua. Kagum tengok orang yang bekerja, ada anak lagi tapi masih ada masa nak masak dan kemas rumah hari hari. Harap harap nanti saya pun ada tenaga yang sama macam mereka ;D

Ni kali kedua saya masak nasi ayam untuk suami. Berani nak cakap ni, jauh lebih baaaaaaaaaik dari segi rasa dan rupa kalau nak banding dengan kali pertama masak nasi ayam dulu :P

Jom tengok !


Nom nom, nampak sedap tak ? 

Resepi Nasi Ayam Simple
By : City@myR

Bahan-bahan

a) Untuk perapan ayam
1 ekor ayam
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
2 ulas bawang putih *tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa (lebihkan gula untuk rasa lebih sedap)

b) Bahan untuk sup
2 ulas bawang putih *ketuk
1 batang serai *ketuk
1 inci halia *ketuk
1 sup bunjut

c) Bahan untuk cili
3 biji tomato masak
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
Cili api *terpulang berapa banyak ikut sendiri punya citarasa nak pedas mana
Garam & gula secukup rasa
Cuka makan *just untuk bagi boleh blend je

d) Untuk nasi
1 ulas bawang putih *tumbuk halus
1 biji bawang merah *tumbuk halus
Hirisan halia
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Daun pandan
Garam secukupnya

Cara-cara

1. Rebus ayam dengan air yang banyak (sebab nak ambil stok untuk masak nasi nanti). Masukkan serai, halia dan bawang putih (rujuk bahan sup). Biarkan sehingga ayam empuk.
2. Selepas ayam dah masak, toskan dan perap dengan bahan perapan selama 30 minit. Masukkan sup bunjut ke dalam sup tadi, perasakan dengan garam. Biarkan mereneh seketika. Ok, sup dah siap. Boleh ketepikan. (Nota: jangan gaul dengan tangan bahan perapan ayam tu, gunakan sudu sebab nanti bahan perapan tu nak tapis untuk dibuat sos kicap)
3. Untuk nasi, saya panaskan marjerin dan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan merah. Masukkan beras. Masukkan hirisan halia dan sedikit kunyit (cukup setakat nak bagi kuning je). Masukkan air rebusan ayam secukupnya, letak garam sedikit. Masak nasi seperti biasa. Kalau suka, boleh simpulkan daun pandan untuk bagi wangi. (saya terus tumis dalam rice cooker je, hehe)
4. Untuk cili, blend semua bahan. Jangan letak air dah sebab tomato dan cuka tu dah cukup, takut sos cili terlampau cair pulak nanti. Ok cili dah siap.
5. Untuk sos kicap, tapis bahan perapan ayam tadi. Kalau terlampau pekat, boleh masukkan sedikit sup untuk cairkan dia. Perasakan.
6. Hidangkan bersama salad, timun dan tomato. 


Yay, nasi ayam dah siap !


Thanks City@myR sebab share resepi nasi ayam yang simple dan sedap ni. 



8 comments:

Amie said...

Aduhai... nak kemas hari2 memang tak larat! Bila kita bekerja, anak2 ke sekolah... rumah bagaikan sarang persinggahan, keluar sebelum matahari terbit, balik pula sebelah petang hu huhuuu... kemas rumah besar-besaran hanya dijalankan masa cuti, itupun gotong-royog anak beranak!

Wah... kali kedua buat nasi ayam semakin menjadik, kali ketiga nanti memang dapat A++++

mama sara nur said...

assalam izza
menu nasi ayam mudah sb tak payah fikir lauk byk jenis, ada ayam, sayur dan sup emmm sedap sungguh layan nasi ni kan

psst raya haji blk mana?

Ietams said...

Sedapnya..
Tp kan za.. Ayam tu digoreng ke di panggang?

sweethOneY said...

Kak Amie - tu lah kak, saya duk berdua ni pun tak larat nak mengemas heheh padahal bukan nk buat apa sangat pun takat duk dua orang tu kan.

Hehe rasa2 pasni dah boleh dah buat nasi ayam dengan konpiden :D

Mama Sara Nur - hehe ni kira menu sekali harung la ni takyah nak fikir dah nak sayur apa semua kan :P raya haji raya umah MIL kt KL ni je :)

Kak Zulie - Saya goreng kak, tapi panggang pun boleyyy kalau nak kurangkan kalori :P

~daRLee ZuRiS~ said...

nie mesti masterchef punya pasal.ramai pakat buat nasi ayam.hihii

Hanani said...

nak try resepi izza la..copy ye..

nawal said...

nak share resipi..nak try..mcm seng je..coz bru 1x buat nasi aym

Bita said...

Assalamualaikum.

saya dah cuba resipi nasi ayam awak ni. sedap. terima kasih atas ilmu yang dikongsi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...