Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Homemade Butter Biscuit for Baby

Assalamualaikum,


Ni lah aktiviti kitorang laki bini semalam. Haha sampaikan dinner pukul 10.30 malam kihkih. Menguli tepung nak buat biskut Kasih punya pasal. Emak saya dah bising dah saya asyik masak dinner lewat. Dinner pukul 10 tu normal bagi kitorang. Emak cakap, "Asyik makan malam je, esok esok gemuk baru tahu" Hahaha emak saya memang comel *gelak tutup mulut*

Tengok orang lain buat biskut baby sendiri, saya pun teringin jugak nak buat. Tetibe je untuk anak jadi rajin kan. Saya buat adunan dia semalam, lepas tu bagi husband tekapkan sambil dia tengok TV. Thank you sayang for helping me. Bagi satu mangkuk kecik bubuh tepung dekat Kasih. Ha, main lah puas puas. Tapi tak jalan jugak, asyik nak kacau adunan dalam mangkuk besar tu je. Hehe.

Simple je resepi biskut ni. Saya google aje. Saya share dekat sini ye kot kot ada yang nak try jugak.

Biskut Butter Baby

Bahan bahan
150gm unsalted butter
5 biji kurma (dijadikan puree)
Esen vanila
2 cawan tepung atta / gandum
2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard

Cara cara
1. Pukul butter sampai kembang. Masukkan puree kurma dan esen vanila. Kacau rata
2. Ayak tepung ke dalam adunan butter. Uli sehingga membentuk doh.
3. Tekapkan bentuk yang korang suka. Bakar dalam oven dengan suhu 160 selama 15-20 minit (agak sendiri)

Kredit : http://lipslikesugar87.blogspot.com/2013/06/resipi-biskut-baby.html

Personal review, resepi ni tak manis. Hehee. Tapi yelah untuk baby, what do u expected kan. Dan biskut dia sangat rapuh. Melted in mouth and also in hand hahaha. Tak payah risau tercekik. Tapi Kasih suka makan, so OK la kot. Next time saya nak cuba resepi lain pulak yang tekstur dia lebih keras sikit je. Buat masa ni, sila habiskan biskut yang Mama dah buat tu dulu ye Kasih :P


OK Mama !!


Thursday, October 3, 2013

Nasi Ayam Simple dan Sedap !!


Kihkih, gemar benar memuji masakan sendiri awak ni ye ? Biarlahhhh. Lagipun benda bagus elok dikongsi kan ?

Sebelum ni saya biasa guna resepi nasi ayam ni --> RESEPI NASI AYAM SIMPLE

Tapi haritu saya jalan jalan tengok blog orang, saya jumpa resepi Kak Filla yang nampak senang je. Dan dikatakan sedap. So, saya nak cuba !


Saya copy paste dari blog Kak Filla,

NASI AYAM
3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan
lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin

(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia
1 kiub ayam
daun sup
daun bawang 
bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)


AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)


KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)


KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

-----------------------------------------------------------
The verdict ?

Sedap ! Terutamanya kuah lada tu memang best. So, korang bolehla cuba resepi ni pulak lepas ni :D


Tuesday, September 17, 2013

Sup Ayam Simple

..dan sedap !! 


Haha, boleh gitu ? Tak maluewww iyew tueww puji masakan sendiri hahaha.

Betul ni, ini cara saya masak sup yang cepat, mudah dan insya Allah sedap. Kisahnya semalam saya nak mengemas rumah, tapi perut dah lapar. Dan adik adik saya dah nak balik time tu. Nak masak apa dalam masa yang singkat, kan..

So, lets buat sup ayam cara saya :P



Bahan bahan

1/2 ekor ayam
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 biji bawang besar (belah 4 tak putus)
Sedikit halia (ketuk)
2 biji tomato (hiris kasar)
1 batang serai (ketuk)
Serbuk sup Adabi
Garam
Cili padi - kalau nak pedas

Caranya,

Lebur semua dalam periuk, biarkan merenihh dengan api kecil. Macam saya semalam, lama jugak kot renih sup ni. Agak agak koranglahh sampai dah dapat rasa yang diingini hehe.

Sesambil tunggu sup siap tu, bolehla masak nasi, kemas rumah, mop lantai, lipat kain, jemur kain dan sebagainya.

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Simple


Yayy, manage to share recipe lagi di sini. Ingatkan bulan puasa ni takde peluang nak masak :P

Nak share resepi asam pedas simple ni. Sesuailah untuk beginner macam saya. Thanks Kak Ana for the recipe

Resepi Asam Pedas

Bahan bahan
2 potong ikan (saya taktahu apa nama ikan saya guna ni, ni emak yang kasi bekalan mentah hari tu :D)
4 ulas bawang putih *
2 biji bawang besar *
Halia *
Kunyit hidup *
Belacan *
20 tangkai cili kering (rebus dan tos biji) *
1 sb serbuk kari ikan
Daun kesum
Lada hitam
Terung atau bendi
Asam jawa
Garam dan gula

Kisar bahan bertanda *

Cara-cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali, minyak jangan sikit sangat. Banyak sikit tak apa tapi janganlah sampai bertakung minyak pulak, agak agaklah sesuai dengan bahan kisar tu. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan gula. Kacau di atas api sederhana sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa. Tahap kepekatan sila adjust sendiri mengikut selera masing masing.
4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam. Biarkan merenih, tak payah kacau sangat nanti ikan hancur.
5. Masukkan daun kesum dan juga lada hitam.
6. Last sekali, masukkan terung. Biarkan merenih sehingga terung dah empuk tu ok dah tu !

Sedappp tau slurp slurp kuah dia tu, terkagum kejap saya dengan hasilnya semalam muehehee :p

Selamat menjamu selera dengan asam pedas buatan rumah (homecooked) !


Monday, April 29, 2013

Siakap Stim Halia



Ini sebenarnya resepi yang simple dan mudah sangat, eh pernah ke saya buat resepi yang complicated kan uols haha ingat saya ni rajin sangat ke ? Tak payah update resepi pun tak apa sebenarnya tapi tak apalah sebab Mid dah mintak, maka saya dengan tak malunya nak kongsi cara saya buat siakap stim halia.

Siakap Stim Halia

Bahan-bahan

Ikan siakap (boleh tukar ikan lain juga, ikut suka)
Halia (saya letak baaaaaaaanyak sangat halia, dasar penggemar halia hihi)
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Sos tiram
Sayur-sayuran (lobak merah, tomato, brokoli etc)
Garam / kiub ikan bilis

Cara-caranya 

1. Panaskan periuk pengukus.
2. Lumurkan ikan dengan garam, lada hitam dan sos tiram.
3. Taburkan halia, bawang putih, bawang besar. Sebab ada lemon sikit kat rumah, saya pun gatal potong lemon sikit tabur sekali atas ikan :D kalau nak pedas, ketoklah cili api sikit.
4. Bila air di dalam periuk pengukus sudah mendidih, masukkan ikan.
5. Setelah ikan hampir masak (anggaran 15-20 minit), masukkan sayur-sayuran. Sedia untuk dihidang.


Sedap oh makan panas panas. Biasanya kalau saya buat ikan stim ni, memang dah prepare bahan-bahannya siap siap, bila dah betul betul nak makan baru masuk periuk pengukus. Tapi semenjak dah ada pemanggang ajaib ni, saya kukus ikan pun guna pemanggang ajaib. Haha ! Pelik tak ? Kukus guna pemanggang ? Cara yang saya buat (adik saya yang ajar sebenarnya :p), masukkan sedikit air dalam pemanggang tu. Nanti jadilah dia macam kukus. Betul, tak tipu !


Friday, April 19, 2013

Puding Roti Sos Kastard


Over rajin pulak iols dua tiga hari ni. Kalau laki ada tu, takde pulak nak masuk dapur kan. Ni dia takde pergi outstation rajin pulak berasapkan dapur tu ye :p tapi takpe, husband saya tak suka puding roti pun tapi semalam whatsapp gambar kat dia, teringin pulok mamat tu hahah :p

Ni kes Maya lah ni, makan puding roti tayang tayang kat auntie pulok. Terus auntie selongkar dapur, tengok tengok ada roti dah nak expired. Hah, dah molek sangatlah tu !


Puding Roti

Bahan-bahan

8 keping roti
2 cawan fresh milk
2 biji telur
4 sb gula kastor
esen vanila
1 sb tepung jagung/tepung gandum

Cara-cara

1. Carikkan roti dan rendam dengan fresh milk selama 30 minit.
2. Masukkan semua bahan kecuali roti dan fresh milk ke dalam mixer. Putar sampai sebati. Saya guna whisk je. Hehe.
3. Campurkan adunan step 1 dan step 2. Kacau sebati.
4. Panaskan oven dengan suhu 170c selama 10 minit. Kemudian bakar puding roti selama 30 minit (bergantung pada oven masing masing)

Sos Kastard

1 tin susu cair
2 sb gula
2 sb tepung kastard

Panaskan bahan bahan di atas di dalam non stick pan sehingga likat. Tuang ke atas puding roti. Sejukkan sebelum dimakan.


Resepi rujuk dari sini -- Resepi puding roti




Friday, March 29, 2013

Tilapia Tiga Rasa

Dah lama tak post masak masak kat sini kan. Hehe. Nak nak lagi sekarang adik duduk dengan saya, selalu dia yang masak :p

Ni baru je masak hari tu. Simple recipe. Goreng ikan sampai garing. Ketepikan. Lepas tu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, serai, halia dan cili padi. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kalau pekat sangat, tambah air sikit. Perasakan. Dan tadaaaaaa, siap !



Friday, December 7, 2012

Resepi Ayam Masak Kicap

Takde idea nak merapu, marilah kita share resepi yang simple, senang, mudah dan yang penting, sedap ! Hihi. Untuk wanita berkerjaya memang sesuai sangatlah ni, sekejap je nak preparenya pun. Ni ayam masak kicap style saya. Ada yang jenis tumis rempah semua tu kan, ni versi simple je. 



Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan

Ayam *digoreng 1/2 masak dahulu
Bawang merah *tumbuk halus
Halia *tumbuk halus
Tomato
Bawang besar
Cili padi
Sos tiram
Kicap manis Cap Kipas Udang

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan juga kicap manis, kacau sehingga pekat. Kalau pekat sangat boleh tambahkan sikit air.
3. Masukkan cili padi, tomato dan bawang besar. Masukkan ayam. Kacau rata. Siap.

Hihik, simple sangat macam tak payah buh resepi pun semua orang dah tahu kan :p



Friday, November 30, 2012

Resepi Cencaru Sumbat

Dah lama saya tak masuk dapur. Penyakit malas masak menyerang kembali. Hahah. Bila time rajin tu, ambil ko hari hari masak. Hari hari lah jugak folder masakan dekat Facebook tu berupdate. Bila datang time tak masak tu, memang sungguh sungguh tak masak sampai berminggu heheh.

Saya baru perasan kebanyakan masakan saya cuba semuanya hasil dari carian google. Jarang nak kata ikut resepi mak ke apa. Bukan sebab apa, selalu jugak call emak tanya cara cara nak masak tu semua tapi emak tak bagi sukatan.Haha. Lepas tu, bahan bahan dia suka complicated. Macam guna rempah ni lah, halba lah apa lah. Dahlah saya ni baru je belajar pegang senduk kan :p Tapi sekarang dah reti sikit, bolehla korek resepi emak pulak lepas ni :)


Resepi Cencaru Sumbat
Sumber : Jaja

Bahan-bahan

Ikan cencaru *belah belakang
15 biji cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
2 sudu air pati asam jawa
sedikit gula dan garam
kunyit serbuk
Sedikit air
serbuk perisa
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1. Gaulkan ikan yang telah disiang dan dibelah belakang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

2. Kisar halus cili kering,bawang merah, bawang putih,belacan dan sedikit air ..

3. Tumis tanpa minyak semua bahan2 yang telah dikisar tadi dan tambahkan pati air asam jawa, gula, garam dan serbuk perisa.

4. Biarkan bahan2 kisar tadi tu masak sehingga betul2 kering dengan menggunakan api yang kecil.

5. Bila sudah kering, sejukkan seketika sebelum disumbatkan ke belakang ikan cencaru kita tadi..

6. Akhir sekali goreng ikan sehingga betul2 garing

* Elakkan menggoreng dengan minyak yang terlalu banyak sehingga meneggelamkan bahagian belahan ikan, kerana minyak yg banyak tu boleh menghangitkan sambal kita dibahagian dalam..




Wednesday, November 21, 2012

Resepi Tauhu Lembut Kukus

Pagi pagi ni, saya kongsi resepi.. Nak ? Resepi simple sangat pejam mata pun boleh buat tapi kalau tangan tersambar api, tak jamin lalala.

Tauhu lembut ni kegemaran saya dan suami. Walaupun tauhu takde rasa tapi tetap rasa sedap jugak. Ni tauhu yang dalam bekas tu, ada banyak je jual kat supermarket.


Resepi Tauhu Lembut Kukus

Bahan-bahan

1 bekas tauhu
Isi ayam/udang *potong kecil kecil
Bawang putih *cincang halus
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali non stick. Tumis bawang putih sehingga keperangan. Masukkan sedikit air dan juga isi ayam/udang. Kacau rata.
2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan juga garam. Sesuaikan rasa. Kalau nakkan kuah yang pekat, boleh bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan sekali ke dalam kuali. Ketepikan.
3. Sediakan periuk pengukus. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas tahan panas, kukus selama 5 minit.
4. Siramkan kuah tadi ke atas tauhu yang siap dikukus. Sedia untuk dimakan.

Ataupun, kalau cara yang lebih mudahnya lagi. Nak kukus tu, kau campur je semua bahan bahan di atas, masuk periuk pengukus. Siap, tak payah nak siram kuah lagi hihi. Ini cara kalau nak yang senanglah.



Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday


Sunday, November 4, 2012

Resepi Chicken Wrap

Husband saya memang suka dan rajin sangat buat benda ni. Sebab ianya mudah, senang, sedap dan juga mengenyangkan ! Ni sambil sambil tunggu bini dia masak la ni, lambat sangat masak perut pun dah lapar kan jadi cari snack la dulu. 

Chicken nugget wrap ni senang sangat, tapi ada yang tak tahu kan nak cari mana bahan bahan dia tu. Meh saya share cara buat chicken wrap ni.



Bahan bahan ; coleslaw, tortilla wrap, chicken nugget, sos cili. Oh sebelum tu tortilla wrap tu sila bakar sekejap dalam oven dahulu ye. Kalau tak bakar, grill atas pan pun boleh. Ikut suka selera sendiri.

Cara caranya,


Sapukan coleslaw kat tengah tengah wrap. Susunkan chicken nugget dan letakkan sos cili.


Lipat kemas kemas untuk mengelakkan isi dia terkeluar. Saya punya inti tu terlebih muatan jadinya terpaksa lock dia dengan lidi tu :D


Sedia untuk dimakan ! Haha senang kacang goreng sangat kan. Tak perlukan tunjuk ajar pun semua orang dah boleh buat kan.

Kalau nak buat toasted twister macam hari tu pun, lebih kurang je cara dia.


Cuma kalau nak buat toasted twister ni, tak perlu bakar dulu dia punya wrap tu. Saya buat susun semua bahan dia dulu (salad, telur, ayam, tomato, mayo, etc) lepas tu balut dengan aluminium foil, masukkan dalam oven. Ting, dah siap ! Senang sangat dan sedap ;)


Saya guna wrap yang ni. Beli kat Giant cuma dalam RM10 kot. Tak berapa ingat exact price. Ada macam macam flavour ni. Sekarang wrap ni dah jadi benda wajib restock setiap kali groceries shopping ;)


Friday, November 2, 2012

Congo Bars

First time heard of this lovely cookies di Twitter petang tadi. Ada rakan Twitter yang buat, saya tergoda lalu terus buat malam ni :D hehe benda senang bolehlah terus buat kan.


Resepi Congo Bars
By : Bakerella

2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened
1 lb. light brown sugar (Oh my and thank you!)
3 eggs
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips
1 cup chopped pecans (optional)
By mixer:
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.
By hand:
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 350 degrees for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.

Ataupun versi yang dah ditranslate dekat blog Kak Ita Masam Manis :
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.



Ini sebelum dimasukkan ke dalam oven. Saya tak ada loyang yang nipis tu maka kita gunakah je lah apa yang ada kat rumah ye. Batter dia memang tekstur macam tu, bukan macam batter kek tu.


Masukkan dalam oven, lalu ditinggalkan selama 30 minit. Jadi, inilah hasil dia ! Rangup di luar, chewy di dalam ;)



Beginilah hasil akhirnya. I love it. Suami saya pun suka. Dah 4 ketul selamat dimakan pada malam ini saja. Senang sangat nak buat dia, tak sampai setengah jam pun nak sediakan batter dia tu. Cuma siapa tak suka manis bolehlah kurangkan sikit jumlah gula perang dia tu.

Selamat mencuba !


Monday, October 22, 2012

Resepi Mi Goreng Basah

Jeng jeng, saya dah pandai buat mi goreng basah ! Heheh itupun nak bangga kan, yelah orang ni kalau pertama kali buat, menjadi pulak tu.. Riak dan jakun dia lain macam sikit :p

Sebenarnya saya teringin sangat nak makan mi goreng basah tapi nak yang masak sendiri, tak mau makan kat kedai. Jadi inilah hasilnya ;


Resepi Mi Goreng Basah
Rujukan : tulip77@MyR

Bahan-bahan

1 peket mi (450gm)
Daging (rebus, air rebusan daging diketepikan)
Udang
Sotong
Sawi
Cili giling
Sos tiram
Sos tomato 
Sos cili
Kicap pekat
2 ulas bawang putih (ketuk)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili giling, agak-agak dalam 2-3 sudu besar tu. Biar sampai pecah minyak.
2. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika sehingga agak empuk.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Adjust rasa mengikut selera sendiri. Masukkan sedikit garam juga. Sikit je sebab mi biasanya memang dah sedia masin. Masukkan air rebusan daging.
4. Masukkan udang dan sotong. Kacau rata.
5. Setelah berpuas hati dengan rasa kuah, sila masukkan mi. Biarkan seketika bagi perencah tu meresap ke dalam mi. Kalau air dah kering, boleh tambahkan air lagi. Masukkan sawi, kacau seketika.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk cili jeruk ;

Cili hijau (potong serong)
Cuka
Garam & gula secukupnya

Campurkan bahan-bahan di atas di dalam satu bekas. Adjust rasanya. Ok, cili jeruk dah siap ;D


Jemput makan ! Husband suka sangat mi goreng basah ni, saya pun rasa happy sangat :) Salah satu sebab kenapa saya suka nak masak di rumah daripada makan luar adalah kerana respons dari suami. Biasanya waktu suami call saya petang petang, mesti akan tanya soalan ni ;

Sayang, malam ni kita nak makan apa ? Makan kat mana ?

Hari ni kita makan kat rumahlah, saya nak masak ;D

Yeaaay, bestnya sayang nak masak ! Tak sabar nak balik rumah cepat nak makan.




Hehe comel betul perangai, sayang dia banyak banyak !!


Monday, October 15, 2012

Resepi Nasi Ayam Simple

Dah beberapa hari saya asyik bertangguh nak buat nasi ayam minggu lepas. Nak buat, nak buat tapi belum sampai seru heheh. Akhirnya weekend lepas, dapat jugak saya menunaikan hasrat hati yang mengada ngada nak masak nasi ayam ni ;D kira masak special sikitlah untuk husband sebab dah penat beliau tolong saya kemas rumah minggu lepas keke nasi ayam tu kira special la ye kalau kat rumah saya ni :P suami sibuk mengelap, mengemop, mengemas rumah.. Saya pulak sibuk di dapur. Suami habis mengemas, rehat rehat sekejap, lunch pun dah siap dah boleh makan.

Eh, sebut pasal kemas rumah ni.. Korang kemas rumah hari hari ni ? Saya tak dapat nak cari masa lah nak kemas hari hari. Itupun kalau rajin, saya sapu rumah lah hari hari. Nak mengemop ke apa tu, semua tunggu hujung minggu. Mendobi pun sama, hujung minggu lah baru buat semua. Kagum tengok orang yang bekerja, ada anak lagi tapi masih ada masa nak masak dan kemas rumah hari hari. Harap harap nanti saya pun ada tenaga yang sama macam mereka ;D

Ni kali kedua saya masak nasi ayam untuk suami. Berani nak cakap ni, jauh lebih baaaaaaaaaik dari segi rasa dan rupa kalau nak banding dengan kali pertama masak nasi ayam dulu :P

Jom tengok !


Nom nom, nampak sedap tak ? 

Resepi Nasi Ayam Simple
By : City@myR

Bahan-bahan

a) Untuk perapan ayam
1 ekor ayam
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
2 ulas bawang putih *tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa (lebihkan gula untuk rasa lebih sedap)

b) Bahan untuk sup
2 ulas bawang putih *ketuk
1 batang serai *ketuk
1 inci halia *ketuk
1 sup bunjut

c) Bahan untuk cili
3 biji tomato masak
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
Cili api *terpulang berapa banyak ikut sendiri punya citarasa nak pedas mana
Garam & gula secukup rasa
Cuka makan *just untuk bagi boleh blend je

d) Untuk nasi
1 ulas bawang putih *tumbuk halus
1 biji bawang merah *tumbuk halus
Hirisan halia
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Daun pandan
Garam secukupnya

Cara-cara

1. Rebus ayam dengan air yang banyak (sebab nak ambil stok untuk masak nasi nanti). Masukkan serai, halia dan bawang putih (rujuk bahan sup). Biarkan sehingga ayam empuk.
2. Selepas ayam dah masak, toskan dan perap dengan bahan perapan selama 30 minit. Masukkan sup bunjut ke dalam sup tadi, perasakan dengan garam. Biarkan mereneh seketika. Ok, sup dah siap. Boleh ketepikan. (Nota: jangan gaul dengan tangan bahan perapan ayam tu, gunakan sudu sebab nanti bahan perapan tu nak tapis untuk dibuat sos kicap)
3. Untuk nasi, saya panaskan marjerin dan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan merah. Masukkan beras. Masukkan hirisan halia dan sedikit kunyit (cukup setakat nak bagi kuning je). Masukkan air rebusan ayam secukupnya, letak garam sedikit. Masak nasi seperti biasa. Kalau suka, boleh simpulkan daun pandan untuk bagi wangi. (saya terus tumis dalam rice cooker je, hehe)
4. Untuk cili, blend semua bahan. Jangan letak air dah sebab tomato dan cuka tu dah cukup, takut sos cili terlampau cair pulak nanti. Ok cili dah siap.
5. Untuk sos kicap, tapis bahan perapan ayam tadi. Kalau terlampau pekat, boleh masukkan sedikit sup untuk cairkan dia. Perasakan.
6. Hidangkan bersama salad, timun dan tomato. 


Yay, nasi ayam dah siap !


Thanks City@myR sebab share resepi nasi ayam yang simple dan sedap ni. 



Monday, October 8, 2012

Cucur Nasi Ikan Bilis

Lebihan nasi, biasanya korang buat apa ? Kalau macam saya ni, tak lain tak bukan memang setiap kali jawapannya mesti nasi goreng. Sampai dah jemu, asyik asyik buat nasi goreng je. Bosan ah, mari cari alternatif lain pula. 

Tak sangka rupanya lebihan nasi ni boleh buat cucur ye korang ! Tahu tak ? Saya baru tahu ni -__-"


Cucur nasi ikan bilis dan sambal ayam untuk breakfast di hari minggu hari tu :)


Resepi Cucur Nasi Ikan Bilis
CnP dari : Kak Yatie

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...


Cucur nasi ikan bilis ni serius tak tipu adalah sedap. Suami saya pun suka siap kata lain kali bolehla masak nasi lebih buat cucur nasi lagi -__-" hahah. Dan lagi best sebab dia lembut je walaupun dah sejuk. Dan juga mengenyangkan, mana taknya.. Nasi kan hehe. 

Sila cuba ye sebab memang best ! ;)



Friday, October 5, 2012

Nasi Carrot / Nasi Lobak Merah

Hari ni ada mood nak masak. Rasanya dah seminggu ke dua minggu agaknya gantung kuali. Suami pun asyik manjakan sangat kan, asyik ajak makan luar je.. Manalah bini dia ni tak naik lemak, makin lama makin liat pulak nak ke dapur :)

Check apa yang ada dalam fridge, nak habiskan stok je. Malas nak singgah singgah kedai walaupun bawah ni aje kedainya heheh. Tengok cuma ada carrot sebatang dengan ayam, adalah dalam 3-4 ketul macam tu. Hmm, otak ligat fikir nak masak apa lah ni. Yang senang, tak leceh dan juga complete lauk dan sayurnya.

Ting ! Datang idea, mari cuba masak nasi carrot lah ! Google punya google, ambil idea sana sini sikit. Marilah kita masak guna apa yang ada.

Resepi Nasi Carrot

Bahan-bahan

2 cawan beras
1 cawan susu sejat
1 biji tomato *potong dadu
1 biji bawang merah *kisar halus
2 ulas bawang putih *kisar halus
2 inc halia *kisar halus
1 batang carrot (separuh diparut, separuh lagi diblend)
1 sb margerine
1 sb minyak sapi
1sb minyak masak
Rempah 4 sekawan

Cara-cara

1. Panaskan margerine, minyak sapi dan juga minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
2. Masukkan tomato dadu, kacau sehingga tomato layu sedikit. Masukkan air lobak dan juga susu sejat.
3. Kacau sehingga mendidih, masukkan beras. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah air jika perlu. Masak nasi seperti biasa.
4. Apabila nasi hampir masak, taburkan carrot parut.

Dan tadaaaa !


Dan jadi nasi carrot saya. Baunya sedap masa masak tu, yum yums !


Senang kerja, cuma masak satu lauk je. Hehe gandingkan dengan ayam masak merah. Itupun suami tanya, tak ada timun ke nak buat acar lah tu hehe sorrylah sayang, ni guna apa yang ada je. Lain kali kita makan yang lengkap punya ye ?

Sedaplah nasi carrot ni cuma lain kali saya nak cuba buat tak nak guna susu langsung. Nak cuba gunakan air sahaja sebab kalau letak susu ni makan banyak banyak rasa muak sikit kot. Rasanya untuk budak budak pun sesuai jugak kot nasi carrot ni.

Rujukan resepi dari sini :

2) Hairul

Terima kasih !


Wednesday, September 19, 2012

Caramel Cake

Ohoi, minggu lepas saja dah 3 bijik kek karamel saya buat. Sebijik buat untuk bawa ke open house. Sebijik lagi buat sebab nak bawak balik kampung, adik saya lah dok rikues nak kek karamel. Lepas tu bijak pandai on the way balik kampung baru teringat ek ehh kek karamel kitew dalam peti ais lupa nak amik -____-"

Maka, dekat rumah kenalah buat sebiji lagi. Haha kenyang makan kek aje kan. Kek karamel ni best, ehh ni fakta semua orang dah tau kot. Sebabnya rasa dia macam aiskrim, nyaman gila makan sejuk sejuk di musim panas ni fuhh (kalau makan sambil pejam pejam mata mesti lagi terasa nikmat dia -_-) lagi satu, saya suka bereksperimen dengan warna warna dia tu. Heheh syok je tengok belang dia menjadi. Tapi itu bila time rajinlah kan, time malas sendiri faham lah. Curah je terus semua, takde masa nak buat lapis lapis ni hahah.


Rekod kek terbanyak sekali pernah saya buat sampai dah hafal resepi. Tapi frust jugak bila adakalanya kek failed, tak menjadi. Kadang kadang meringue tak menjadi, kadang karamel tak cantik. Tu gambar last sekali tu contoh karamel tak menjadi sangat lah tu pasaipa tah pewarna dia mencemarkan karamel tu, cis ! Tapi takpe, practice make perfect :p

Eh melalut panjang lah saya ni. Sebenarnya saya nak share kek karamel yang adik adik saya buat ni. Pertama kali diorang buat. Berdasarkan resepi ni lah --> RESEPI KEK KARAMEL


Kagum jugak saya mentengok hasil dia. Fuiyo, karamel cantik. Lapisan pun cantik. Nampak yummy je kan, ini simpan dalam fridge semalaman bagi betul betul sejuk lepas tu baru makan di tengah hari rembang, memang satu nikmat dunia ! Hihi.

Eh sapa tak try buat lagi kek ni, buatlah ek. Senang je. Yang first time buat pun confirm menjadi ;)


Thursday, September 13, 2012

Resepi Kari Ayam

Saya belajar masak kari selepas kahwin. Eh, sebenarnya saya belajar masak pun selepas kahwin jugak. Hehe sebelum kahwin pemalas gila ni nak tolong emak kat dapur, I'm sorry Emak :(

Nak share cara simple saya buat kari. Kalau rasa suka yang simple simple, bolehlah cuba. Kalau jenis yang nak lengkap semua rempah ratus, jintan segala itu memang tak ada kat sini. Saya ni jenis kalau masakan tu banyak sangat rempah ratus herba pakai ni, terus jadi malas nak masak. Sebabnya barang barang tu semua takde, spice racks saya ni tak lengkap langsung T___T



Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan

Ayam
Rempah 3 serangkai (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
Bawang putih *hiris
Bawang besar *potong dadu
Halia *hiris
Kentang
Daun kari
Serbuk kari ayam & daging (bancuh dengan air panas jadikan pes)
Santan @ susu cair 
Air asam jawa

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan juga rempah sehingga harum. 
2. Masukkan pes kari ayam & daging. Biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau sehingga ayam sedikit layu.
4. Masukkan santan ataupun susu cair. Biasanya saya lebih suka guna susu cair. Masukkan juga kentang.
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Tunggu sehingga kentang dan ayam empuk.
6. Masukkan air asam jawa, taburkan daun kari. Perasakan dengan garam.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Kalau suka, bolehlah masukkan tomato ataupun bendi ke dalam kari ayam anda ^_^



Tahukah anda, kari sedap dimakan bersama sambal belacan dan juga ikan kering ? Itu memang terbaik rasa dia, yums sedapnya.

Saya kan jujurnya tak pandai sangat masak. Masak ikut anak tekak sendiri dan suami je. Tak yakin langsung kalau nak masak untuk orang lain tu. So janganlah expect macam saya ni reti sangat masak ke apa. Share resepi pun just untuk suka suka saja. Senang saya nak refer balik nanti heheh ingat saya hafal sangat ke resepi resepi ni semua ? Mana yang biasa sangat buat macam sambal tu memanglah dah hafal kan.

Masakan ni kan subjektif. Ada yang sedap pada tekak kita, tak sedap pada tekak orang. Ada yang orang suka, kita pulak tak suka. Terpulang pada selera masing masing. Macam saya, saya memang jenis yang kurang masin dan kurang manis. Tapi rasanya suami dah boleh menerima kot cara masakan saya, jarang pulak beliau complaint heheh ke suami jaga hati saya je ni ? Tapi tengok beliau makan bertambah tambah pun dah buat hati senang. Masakan saya untuk gembirakan hati suami je, orang lain tak suka tu tak apalah kan :P janji jangan sakit perut dahla hahah.






Tuesday, September 4, 2012

Resepi Garlic Bread

Semalam pergi topup barang dapur, nampak french loaf ni. Lepas tu, teringat hari tu adik saya upload gambar garlic bread dengan mushroom soup dekat FB amboi kemain dia. Takpe, saya pun boleh buat lalala tapi instant punyalah hahah yang adik hari tu memang dia buat sendiri. Adik saya pandai buat roti dan bun tau ! :)

So semalam beli french loaf tu, lepas tu beli mushroom soup Campbell. Balik tinggal nak siapkan spread dia je lepas tu bakar dalam oven, soup tu pulak keluarkan dari tin renihkan je la atas api kan hihik. 



Resepi Garlic Bread
Sumber : Fendi @ MyR

Bahan-bahan

roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya

Cara-cara

1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.

2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.

3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.

4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C


Om nom nom nommmm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...