Monday, February 20, 2012

Funfair


Siapa sini masa kecik kecik mak ayah dia suka bawak pergi funfair, angkat tangan !! *angkat :P

Seronok kan masa kecik kecik pergi funfair ni, rasa seronok habislah. Masuk rumah hantu yang setakat naik keretapi pendek tu satu round pun dah cukup puas rasanya. Lepas tu, mainan yang wajib naik adalah merry go round dan ferris wheel. 

Hari tu jalan jalan dekat area U5 ni, terjumpa funfair. Hari tu tuu lama dah, time CNY hari tu. Hehe. Merata-rata funfair naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kan *phew, bahasa :p

Saya bukan suka sangat pun funfair ni tapi suami ni ha, beriyer-iyer benar mengajak isterinya pergi. Karang tak teman karang, merajuk :P 

Hahahaha


Sebagai isteri yang baik lagi comel, temanlah jugak walaupun time ni mata dah ngantuk gila tau. Risiko betul keluar waktu macam ni. Bukan sebab apa, saya ni umpama bayi. Hahahaha. Kalau mengantuk mahupun lapar mahupun penat terlampau, pasti akan menjadi cranky >,<


Sekarang funfair memang dah mahal ye. Satu token tu rm2. Nak naik ferris wheel ni lagi, sorang 3 token = rm6. Serius mahal eh. Tapi dah nak jugak, bayar je lah.

Saya rasa funfair sekarang dah kurang keseronokan lah. Ke sebab saya dah dewasa maka saya berperasaan macam ni ? 

:P


Sunday, February 19, 2012

Papa John's Pizza

Adalah terpengaruh dengan kata-kata Farrah bahawa Papa John's pizza adalah memang sedap dah alang-alang ternampak tadi terus nak try. Hihi.



Yumss sedap ok ! Dough adalah sedap. Topping juga adalah tak kedekut. Harga adalah reasonable. Dua keping 9" pan pizza habis licin dimakan !!



My Favourite Spa

Entry melekat selama seminggu. Please scroll down for new entry.

Saya nak share pasal satu spa ni, memang tempat favourite saya. Namanya Amarylizz Pride Spa. Last saya pergi buat treatment dekat sana masa 1 Feb hari tu. Yelah, saya cuti.. Suami kerja. So nak buat apa duduk rumah sorang kan :p


Hari tu saya buat massage sejam dengan try new facial - hot stone diorang. Hot stone tu memang best. Treatment ni semua mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Saya mula-mula berkenalan dengan Amarylizz Spa ni masa 3-4 bulan sebelum kahwin. Yelah, orang nak kahwin sibuklah nak pergi spa bagai kan. Nak muluskan kulit, konon. Haha. Masa tu tengok dekat Milkadeal, ada offer spa ni. Murah memang murah. Boleh baca review deal tu dekat sini ---> MAD SPA REVIEW




Dan, saya juga ada membership dekat Amarylizz Spa. Dengan adanya member card ni, ada macam-macam benefit yang kita boleh dapat. Antaranya :

50% off all treatments on Members Day (Monday)
40% off facial treatments
30% off body treatments
50% off when you bring a friend or family member
20% off products purchase

Kalau untuk first time trial pun, 50% off for all treatments.

Pada pendapat saya, service dekat Amarylizz ni memang bagus. First time saya datang dulu, walaupun guna voucher diskaun tetapi layanan diorang tetap sama. Takdelah kalau guna voucher, layanan tu kurang ke apa. Sebab tu saya terus setia pergi ke sana je lepas tu :D

Untuk maklumat lanjut, korang boleh like Amalyrizz Pride Spa punya FB page. Diorang selalu buat promotion dekat situ.

Ataupun boleh call sana terus : 03-6142 2208

Address dia pulak : 41-1, Jalan Cecawi 6/1,
                   Seksyen 6, Persiaran Mahogani,
                   Kota Damansara, Petaling Jaya.

Kalau pergi sana, jangan lupa mention nama saya tau ! ;)


Friday, February 17, 2012

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Haha bukan saya yang bagi nama resepi ni tau. Siap ada ala Kenny Rogers gittew~


Ayam Panggang
Sumber : Potret Kasih

Bahan-bahan
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega



Cara-cara

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa  membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.





Thursday, February 16, 2012

Resepi Asam Pedas Ayam

First time cuba resepi asam pedas ayam ni. Tengok dekat blog CMG lah ni, selalu sangat dia buat asam pedas ayam kan. Katanya makanan orang Johor. Saya memang seumur hidup tak pernah jumpa makanan ni lagi. Hehe. Jom check resepi.


Asam Pedas Ayam
Resepi : Cik Mat Gebu

Bahan-bahan

1 ekor ayam, potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
1 biji nenas madu saiz sederhana, kupas dan hiris sederhana tebal
1 genggam daun kesom
2 batang serai, dititik
2 cawan jus asam jawa
3 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

*8 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 3 biji buah keras
* 3/4 inci kunyit hidup
* 1/2 inci belacan
* 3/4 camca teh lada hitam

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis serai sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi. Masukkan cili kisar, kacau dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga kecut sedikit. Tuang air secukupnya. Kacau dan apabila mendidih, masukkan daun kesom. Bila ayam 1/2 empuk, masukkan nenas dan jus asam jawa. Kacau sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga ayam empuk dan nenas menjadi lembut. Hidangkan panas-panas.

Pada pendapat saya, resepi ni memang sedap ! Sedap rupanya ayam bila kita buat asam pedas ni. Cumanya saya masak semalam takdelah sampai seekor, takkan seekor nak makan dua orang kot. Hehe pandai-pandailah adjust kuantiti dia kan. Lepas tu nenas saya tak masukkan, ganti dengan bendi dan tomato.


Wednesday, February 15, 2012

WW #11







P/s if you happened to be the owner of this car and would like the pictures to be remove, kindly email me.




Monday, February 13, 2012

Kegemaran


Sedang menunggu kek karamel masak.

Sedang test dua warna baru beli tadi. Biru dengan oren tu. Cari warna purple tak jumpa.

Sedang mengantuk sebenarnya.

Saya sangat suka buat kek, tapi tak suka makan. Lately ni sangat suka buat kek karamel ni sebab senang dan sedap.

Eh, kek dah masak !

Kbai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...