Monday, March 22, 2010

ruang yang kosong sudah terisi..

wah tajuk, very the classic gitu. hihihihi.

nak share dengan korang neh..keadaan bilik 2 minggu yang lepas..keadaan bilik yang terbaru :D boleh dikatakan ini first time belanja beli perabot guna duit gaji. wahh, tersangatlah kedekut dan sayangkan duit weh. dah kerja baru ko reti nak appreciate duit kan. kalau tak tu, belanja suka suka hati je. dengan ini, tanpa segan silu saya nak mengaku yang sekarang neh saya sememangnya seorang yang kedekut T_T demi masa depanku.. ecehhhh ;p

abaikan cadar yang tidak match itu. itu adalah cadar pinjam dari adikku ini.

eh, perasan tak sesuatu kat kepala katil tu? ish, kalau tak perasan tu.. something wrong with your eyes baby. hihihi. cantik tak? cantik takkkk??? puji ah, penat woh I tertonggeng tonggeng menampal benda itu ;pwalaupun ianya senget benget, itu adalah hasil usaha sendiri. first time nak tampal tampal, nervous oh. hahaha. poyo ah kau nak nervous semata mata nak tampal wall sticker ;p acah je lah korang, tapi tak sesenang yang disangkakan lah. pada mulanya aje, lepas tu senang je. rasa tak kena, cabut aje betulkan balik. nice ah? nak beli jugak tak? tapi janganlah beli sama macam saya, nanti kita boria pulak. hahahhaa.

check this website out -> http://www.irkoreadeco.com/


Friday, March 19, 2010

macam macam ada

Peliknya aku neh, weekend awal je tidur. cuba kalau hari kerja tu, pukul 1 - 2 pagi baru reti nak lelap mata neh. hep! nak kena mata neh. dah ngantuk neh, tapi menunggu pukul 12 tengah malam. nak telefon my daddy, esok birthday encik bapa yang tercinta :)

(entry disambung selepas 2 hari terperap di dalam drafts, walaupun cuma 3-4 baris.. sangat berkira untuk memulakan entry baru. ahaha)

berlumba lumba dengan gadis pink sapa wish birthday ayah dulu dalam blog. ternyata awak menang tanpa bertanding na. hahaha. kerana aku punya connection neh, siput babi patah kaki pun boleh menang lagi (eh, sejak bilakah siput babi ada kaki neh?)

20 march, ayahanda kesayangan telah menyambut hari kelahiran yang ke 50 :) kak doakan ayah sentiasa sehat, takde sakit sakit kaki lagi, jaga makan minum, dan semua yang baik baik aje lah. yang buruk buruk kita tak mau. hihihi. sayang ayah secara banyak :)

weekend neh adalah weekend yang best. thank you to mr aziim. hiks. tak pergi tengok hot balloon pun, jadi adik beradik tak payah nak jeles. sbb aku tak pergi pun. haha. lagipun tengah hujan dengan lebat, dan takde air di rumah ini! grr~ rumah siapakah yang sudi bagi aku menumpang mandi neh?

p/s entry rojak gila. tak dapat nak kenalpasti apa tajuk utama. tapi kejap, sebab aku macam baik.. meh sini aku bagi kesimpulan utama dia.

# happy birthday untuk ayah saya :)
# weekend ini best.
# tak pergi hot balloon pun
# rumah aku takde air.

sekian. selamat hari minggu semua. dan selamat bekerja kembali esok hari :D

Thursday, March 18, 2010

❤❤❤


lama tadek tayang muka besar besar macam neh kan? ergh~ masalah dark circle yang ketara.

eh, hai semua! buat apa tu tak tidur lagi? esok keja kan? hihi, I pun keja. don't wolly. nasib kita sama. bukannya on leave ke hape. ahaha. tak pasal pasal ;p

hari ini seronok ❤
balik kerja dating dengan kekasih hati. hihi. hari hari dengar pun dating kan. maknanya hari hari pun seronok ❤ hiks
kitorang pergi alamanda tadi. berbulan tak jejak alamanda. lepas tu tengok wayang. citer under the mountain kot. boleh tahan lah. rate 3/5 stars :) citer tu macam mengarut ngarut je. tapi standard la ek, citer omputih neh mengarut pun akak layannnnn je kannnn.
lama sungguh tak bergedik amik gambar syok sendiri macam neh. oh btw, tadi kan.. pergi alamanda kan, sempat beli wall sticker kat tempat ko beli tu ayein. nanti aku tempek. malam neh penat sangat, tak larat nak mendeco bilik. hihi. tak sabar nya nak balik kerja esok. hahaha. pergi kerja pun belum, ko dah berangan nak balik kannnnn

semenjak dua menjak neh, kerja adalah penat. asyik kena keluar je. esok pun kena buat site audit. tapi best jugak keluar, takdelah terperam dalam office je. hihi :)

to incik kesayangan, thanx cause always make me happy and happier :) i ❤ you so much

past is past. lets forget the past and appreciate what we have today to have a better future. betul tak kawan kawan?

ok, dah ngantuk. tak larat lagi nak membebel kat korang. selamat malam.

Tuesday, March 16, 2010

jum ukur jalan di KL

hari neh pergi keja macam pemalas sangat je. ditambah lagi dengan penat semalam tak hilang lagi. semalam aku on leave. cikgu najiha is in KL now ❤ and staying at my home. so, aku adalah amik cuti lah untuk bersama beliau ;D tapi cuti cuti pun, akak kena buat keja okay. masa aku mintak cuti jumaat hari tuh, bos aku tanya ada nak keluar ke hari isnin. dia mintak tolong submit dokumen kat KL sentral nun. sian gg meneman aku buat keja kejap. ahahaha. thank you babe

semalam janji nak jumpa gg kat kl sentral. she's arrived from ipoh dalam pukul 1 lebih kot. maaflah membuatkan anda menunggu lama incik gg. I ingat you sampai lambat lagi. hehe. parked my car at bandar tasik selatan station. amik train ke KL sentral. sudahnya kat mana tah, train tu stucked adalah dalam 10 minit. blergh~ dalam hati asyik mengomel je, why is the world yang aku tiba tiba nak naik train hari neh? ingatkan nak cepat, malas nak drive nanti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. ahahaha. sekali, hambek ko. dari nak cepat jadi lambat.

dahlah sampai lambat, pastu heret pulak cikgu tu pegi plaza sentral. mensubmit dokumen. di dalam hujan. ahaha. I owed you baby, tapi dah bayar balik kan. I teman you shopping kan. hihihi. so, dari KL sentral.. kitorang ke masjid jamek. gg nak tampal batu manik manik kat baju dia. aku pulak baru semalam taw kewujudan tempat itu. nampak nah tak suka berjalan area sana. tempat itu best, agak agak baju kurung tu dah nampak lama, bosan je pakai.. bawak pegi situ, kasik tampal itu batu bagi meriah itu baju. ahaha.

best ye rupanya area masjid jamek tu. barang best best. murah, boleh tawar menawar. jakun sebentar. tapi aku neh tak berapa suka kawasan yang crowded sangat. ikut mood jugak la. jalan jalan kat situ, terjumpa menda alah kaler pink yang diidamkan budak kecik sorang neh ha. aku neh selalula menjadi kakak yang baik, memang baik lah. untung heh korang ada aku sebagai kakak. hahaha. upah mariiiiiiiii!!crocs di masjid jamek ;p nasib aku tak fancy kasut mcdonald neh. kalau tak, borialah kita. hik

okay, mari teruskan perjalanan. dari masjid jamek, we all naik train ke lrt bandar tasik selatan. amik kereta wehhhhh. tak sanggup dah aku kulur kilir naik train. ingatkan menyenangkan, tapi sebab dah lama tak naik, i felt dizzy pulak.

jauh lah perjalanan kitorang semalam. dari tasik selatan, patah balik ke KL sentral, amik beg gg. lepas tu pergi mid. jalan dalam jusco aje dah bape lama. cikgu tu over, sekali turun KL.. sampai 4 pasang diborongnya kasut. aku sendiri tak pernah ada rekod macam tu. hehe. gg, best kan? lama tak buat girl's things like this. tapi tu la, sebab dah lama tak buat la.. kaki aku mensakitkan diri dengan melampau. balik umah je semalam, mandi terus pengsan sampai ke pagi ❤

sekian cerita hari cutiku. letih. malam neh kena tidur awal.

gudnite :)

Saturday, March 13, 2010

kota lampu

waaaaaaaaaaaarrghhh, ngantuk! tidur kul 4 pagi semalam, gara gara tengok citer killer instict. hihi. best. :) bangun lambat pun still badan penat, terlebih tidur la kot ;p

minggu neh boleh dikatakan minggu yang rajin melayan kehendak adik adik. budak sakit gigi neh nak makan bubur ayam. aku yang macam baik hati pun layan je la. untung heh ada kakak neh? aku nak kakakkkk jugak!!!!!

semalam pegi shah alam. melawat ngah dengan nyna. ahaks, macam dekat hostel zaman sekolah pulak datang melawat ;p dah macam gathering apa je. aku of course la dengan incik boifren. ngah pun nak ajak boifren dia join. nyna je ala ala sedih la konon sorang sorang. ahahaha. pastu dah amik nyna kat uitm, tunggu ngah dengan boifren dia sampai kat kfc seksyen 7. sekali boifren dia pemalu takmo datang lak. boifren nyna lak berani datang. miahahaha. ops, luqman baca blog aku ke na? hihi. takpe ngah, aku kan ada menemankan awak ^_^

lepas tu for the first time, kitorang pergi i-city. jakun kejap di situ. waaahhhh. kagum. kagum. kagum. sakit mata dengan lampu. ahahaha.mula mula blur apakah itu I-city. apa tu? nama bangunan ke? nama tempat ke? bukan. bukan. bukan tak taw kewujudan i-city sebagai tempat melepak. tapi tak taw apa yang ada di sana? itu yang saya pergi chekidauttttt. ahahahahajakun ah. masing masing tak plan nak pergi i-city pun. nyna harap je ada camera besar gabak, bawaknya idak. kalau tak selalu tu, usung je ke mana mana. ahaha, yer nyna, aku paham kamera tu mida pinjam ;p bluwek. digicam aku time tu jugak lah nak habis battery. nasib baik lah ada i-phone incik boifren, walaupun gambar ala ala mensedihkan sebab phone tu takde flash. ahahahahhaha. janji ado, tak gitu? ;pmain nyuruk nyuruk kat christmas tree ❤nyna dan akim. muka akim blur sebab tak boleh tayang boifren orang kat blog kita woh. hahaha. pergi check blog nyna sendiri ;psi solo pada malam itu. hik. tapi malam tu je. tapi aku kakak yang baik lah, mana membiarkan adik keseorangan ;p

okay, itu je update. kesimpulan aku, lain kali kalau pergi i-city.. bawak camera best best, barulah masyuk. hiks. sapa tak pergi lagi, boleh pergi. mesti kagum dengan lampu lampu. ahahaa.

p/s mirah jangan nak jealous. awak kan jauh. lain kali awk dtg KL, aku bawak la jalan jalan hokay? ^_^

Friday, March 12, 2010

makin hari, makin suka tidur lambat, makin suka bangun lambat, pergi ofis pun asyik lambat 5 minit. tapi balik lambat 15 minit. fair ah kann?? ;p

tadi pegi tesco dengan nini. restock barang dapur. dengan beli rak. yeay! dapur dah ada rak. takdelah barang barang tu bersepah merempat je atas lantai tu ;p beli yang pasang siap je. tinggal cantum cantum pastu skrukan. itu pun makan masaaaaa weh~ aiyo.

hmm, lately neh aku sangat jarang berblog. ataupun mengonlinekan diri. YM pun sangat la jarang available. selalu invi je. sorry ya pada kawan kawan. sumpah tak lupa kamu semua. cuma penat n takde masa sangat je.

oklah, time for me to sleep. gdnite you all.

Wednesday, March 10, 2010

kenapa saya tak nak jadi cikgu?

Mak saya asyik suruh saya apply KPLI lah, DPLI lah. adoiyai~ masa mak cakap, I iyerkan je lah. tapi, buat masa neh.. rasanya taknak lah. sebab sebab saya taknak jadi cikgu..

1. teaching is just not my passion

aku sungguh takde minat nak jadi cikgu. ingat jadi cikgu neh senang ke? goyang kaki je ke? balik keja awal lepas tu kat rumah rileks? oh no no noooooo.. banyak lagi kerja yang orang lain tak nampak. kena study untuk next class, kena prepare latihan nak bagi anak murid, kena prepare lesson plans and bla bla bla.. dan aku rasa hanya orang yang minat sahaja boleh buat. anyway, pada pandangan aku.. nak buat apa apa pun, memang minat adalah penting.

2. tak pandai mengajar

aku neh bukan reti nak ajar orang. kalau ajar kawan kawan tu boleh lah jugak. neh nak ajar anak orang, siap ada exam. tanggungjawab tu besar. rasanya tak berani nak amik risiko tu.

3. tak sabar

aku neh dah la tak sabar. cepat marah. cepat naik angin. tak boleh tahan dengan budak budak yang macam #@^%$*. kang ada masuk paper pulak, budak patah gigi ditampar guru. hihihi. (exaggerated sahaja, jangan jadikan isu pulak)

4. tak boleh tahan dengan anak murid yang kurang ajar

ini adalah benda yang paling tak boleh nak tahan. dah nasib aku dulu dapat mengajar kelas semua hujung hujung kot. kalau dah sedar diri tu tak berapa pandai, cuba lah dengar sikit cikgu nak ajar apa. ini tak, cikgu mengajar kat depan. dia bukak kelas lain kat belakang. lepas tu kuat melawan, kurang ajar, biadap dan sebagainya. erghh~ kenapalah aku mempunyai anak murid yang macam tu dulu? takde sekor pun anak murid yang boleh aku bangga nak ngaku, "oh, saya ngajar dia neh dulu" ahahahahha. merasa jadi cikgu pun 2 bulan je banyak cakap pulak aku neh, bluwek ;p cikgu cikgu di luar jangan marah ye.. ini pendapat peribadi je.

5. anak murid gatal/cikgu pun sama gatal

ini pun satu sebab nape aku taknak jadi cikgu. anak murid yang gatal, pakai tudung terselak sikit nampak leher pun dah jadi isu. padahal TER. tu pasal aku kalau pergi sekolah, aku pin tudung tu kat tengah tengah. budak budak tengah nak naik neh bukan boleh, jakun semacam. ah, cikgu gatal pun satu hal. dah jadi laki orang pun, lagi mau cakap bukan bukan. walaupun betul cikgu pun manusia, tapi aku macam susah nak terima sikit lah cikgu cikgu yang corrupted. sekali lagi tumpang lalu cikgu cikgu sekalian.. ;p




err.. cukuplah senaraikan lima sebab je dulu. lebih lebih kang kena taji lak. macam bagus je pulak ek. hik. harap mak saya faham kenapa tak mau apply tu semua. lagipun saya ada passion saya sendiri, ada aim sendiri. tapi yang tak tahan tu, mak cakap.. "dah tanak jadi cikgu, pergi sambung belajar." aiyo, tension lah saya macam ni mak. memanglah betul saya nak amik prof exam nanti, tapi tak berani lagi nak janji dengan mak bila nak buatnya. takpe, yang penting.. aku taw aku buat apa pun mak ayah tetap sokong asalkan benda tu benda yang elok :)

p/s aku sangat kagum dengan cikgu cikgu di luar neh. hebatlah korang neh taw. especially cikgu najiha neh ha. hihi. tak caya pulak partner in crime fly malam malam kat sekolah dulu dah jadi cikgu. hahaha. pasni kang, cikgu dayah pulak keluar. lepas tu kang, teacher zatil. hihi, cepat balik malaysia babe. biarlah orang orang yang layak je jadi cikgu, I neh tak mampu.. ;p

Thursday, March 4, 2010

i'm loving it

hai!

balik dari office semalam, tengok kereta mr boyfriend kat tempat biasa aku park kereta aku :)
mati enjin kereta, lompat masuk kereta incik boyfriend. hik. nak pergi beli barang sket, lepas tu nak dinner sama.. tengah tengah berbual tu.. tiba tiba..

dia : yang, tolong amik kad kahwin azhar dalam dashboard tu jap
saya : dia kahwin sabtu neh kan?
dia : aah..

saya pun bukaklah dashboard kereta dia sambil tangan pegang gula gula mentos.

bukak je, ternganga mulut. terjerit sekejap di tempat kejadian. sambil pukul pukul bahu dia, auw auwww.. hahahaha. gula gula mentos pun siap terlepas dari tangan. sebab apa? sebab nampak satu objek merah menyala dalam dashboard tu :)thank you syg. i love surprise :)

p/s double happiness sebab dah dapat anak sedara hari neh. nano junior dah keluar. happy gila!!

Tuesday, March 2, 2010

senyum :)

hati manyak senang, gaji dah masuk. hahaha. cuba kalau gaji tak masuk lagi, sumpah moncong je sampai tengah malam neh, taknak cakap dengan sapa sapa. hiks.

hati pun manyak senang dah setelkan semua bil telefon, broadband, duit umah, duit utang adik. hahaha. apa neh, memalukan utang ngan adik ;p semuanya sekarang di hujung jari kan. dok golek golek kat atas katil je dah setel bil. makin pemalas lah aku jawabnya. takpe, itu kan kemudahan kan kawan kawan :D

tapi yang membuatkan hati aku sakit neh, time nak bayar bil broadband neh. line lembap cam kura kura. sumpah lembap nak mampos nak loading page pun. asyik asyik server not found. lempang nak? kot wifi free macam kat UKM dulu yerlah.. kot lembap pun aku tak boleh nak mokak mokak, dah benda free kan.. ini aku bayar.. tsk. celcom, plis. kasihanilah customer anda.

ke connection aku je yang buat hal? korang punya okay tak??? tujuan bertanya hanya kepada pengguna celcom broadband :P tQ~ hik

other than that, apa lagi aku nak membebel ye. oh ye! minggu depan ada hot balloons kat putrajaya kan?? jom jom jom pegi ramai ramai :D

tata you all. gdnite.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...