Saturday, August 11, 2012

Resepi Bihun Sup Sedap

Serius resepi ni memang sedap ! Dahlah sedap, nak buatnya pun sap sap soi siap aje. Seronok saya prepare untuk berbuka semalam tak rasa penat sangat :D

Dah jemu pulak makan nasi, itu yang fikir alternatif lain. Mulanya nak buat kuetiau kungfu tapi fikir fikir kalau bihun sup boleh repeat makan banyak kali heheh dasar kuat makan !

Ini first time saya masak bihun sup. Err, sebenarnya memang banyak masakan saya baru pertama kali cuba. Bukan apa, sebelum kahwin mana masuk dapur sangat. Dah kahwin barulah terhegeh hegeh belajar dengan emak macam mana nak masak :P takpelah, better late than never kennn



Ready to eat !

Ok, jom tengok resepi.


Resepi Bihun Sup
Olahan dari : ayu898@myresepi

Bahan-bahan

Bihun (direndam dengan air panas)
4 ketul ayam - bahagian dada
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Rempah sup
Rempah kurma
Kobis dipotong halus
1/4 kiub ayam
Garam secukup rasa

Bahan bertanda * ditumbuk halus

Bahan hiasan
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Fishcake
Pak choy

Cara-cara

1. Tumis bahan tumbuk bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
2. Setelah naik bau, masukkan ayam dan biarkan seketika sehingga ayam sedikit kecut.
3. Masukkan air secukupnya.
4. Setelah menggelegak, masukkan rempah sup mengikut kepekatan yang disukai. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
5. Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam. Biarkan sup mereneh.
6. Setelah ayam kelihatan masak, keluarkan dan carik-carikkan isinya. Ok, sup dah siap ! (boleh masukkan sayur kalau nak, saya nak habiskan stok kobis jadi humban kobis sekali dalam tu hehe)

Untuk bahan hiasan, macam biasalah. Goreng fishcake lepas tu potong macam biasa. Celur pakchoy. Potong daun sup dan daun bawang.

Ok siap selamat menikmati bihun sup homemade yang sedap :P




3 comments:

nanonano said...

dh lama xbt bihun sup,
mcm nak buat gak, tp takot mncari nasi gak lps tu, huhu

Rumah Kuning said...

sedapppp...bihun sup boleh ulang2 mkn sbb tak muak. kalau tambah udang lg sedap.

radz kaber said...

tak pernah masak mee hoon sup... nak cuba nie.. nmpk mudah jk

www.mnmforlife.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...