Friday, June 22, 2012

Resepi Bihun Goreng Singapore / Putih

Hari tu masa potluck, saya masak bihun goreng Singapore. Sungguh tak confident rasanya nak bagi orang lain makan hasil masakan saya -_- taaaaapi salah sorang tukang merasa masakan saya dah mintak resepi la, kwang kwang :P

Hehe itu bukanlah maknanya sedap sangat kot, biasalah isteri isteri yang baru belajar masuk dapur lepas berkahwin, share resepi tu kan perkara biasa :) so ni resepi dia ye Asna. Tapi gambar takde, hari tu kelam kelibut masak tak teringat nak amik gambar pun.

Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan

1 peket bihun - rendamkan selama lebih kurang 2-3 jam
2 sb udang kering *kisar
5 ulas bawang putih *kisar
2 sb lada hitam *kisar
3 sb lada sulah / putih *kisar
Satu mangkuk isi ayam
Satu mangkuk fishcake
Carrot - parut halus
Kobis - hiris halus
Sedikit kiub ayam *kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan isi ayam, fishcake. Kacau rata.
2. Masukkan sayuran dan juga sedikit air. Masukkan bihun. Goreng sehingga bihun lembut.
3. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

Senang sangat kan ? Selamat mencuba ye ;)

P/s kuantiti lada hitam boleh disesuaikan mengikut selera masing masing.





4 comments:

asna cute said...

ooo ada udang keringggg. ok ok thank youu! esok pg insyaAllah aku nk buat. hari nie xsempat dah~

farrah said...

bihun singapore memang sedappppppp!!!

meera rais said...

kalau xletak udang kering pun xpe kan?

sweethOneY said...

Meera - boleh juga. Udang kering tu penambah rasa je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...