Monday, October 5, 2009

First day..


Hari pertama join GEMS.. Waktu tidur dan bangun pagi perlu diselaraskan kembali. Tidur before 12 am, wake up 6.15 am.. Hihi. Tapi tu semalam la.. hari ni amik ko tidur pukul 7.15 baru aku bangun.. Sangat best tarik comforterrr, sambung tidur ;DDah bosan bagi gambar berwarna, mehla korang tengok pulak gambar tadek kaler ni. Haha.

Kat hotel ni kan, lepas makan.. Makan.. Lepas tu makan lagi. Dan makan lagi. Sebab takot gemuk, aku tak guna lif kat sini, panjat tangga tiap hari. Tapi 2 tingkat je ;D Hehe. Tapi ada 4 tangga okay. Pastu, aku cuba elakkan minum ais dengan air manis. Haha, perlu ke aku bagitaw korang semua ni?

Aktiviti hari pertama, induksi. Praktis lagu tema GEMS, rancak lagu dia. Macam nak goyang goyang tangan je nyanyi ;D. Lepas tu explain pasal GEMS, pasal keselamatan kat hotel ni. Bla bla bla dan bla bla blaaa.. Lepas tu semua 211 orang peserta dibagikan kepada 7 kumpulan. Kumpulan ni macam syarikat sendiri la. Macam macam aktiviti lah kena buat bersama sepanjang 2.5 months ni. Takat ni blum ada projek apa apa lagi. Hihi

Lepas tu, petangnya kena amik English Cambridge Test. 100 soalan, jawab dalam masa satu jam. Tak sempat jawab 20 soalan terakhir t_t. Redha. Huhu.

Malam pulak duduk dalam kumpulan syarikat sendiri. Ice breaking. Kenal kenal ahli kumpulan.So far, semuanya okay aje :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...