Friday, October 9, 2009

Home sweet home

Saya dah sampai rumah.

Berasa tidak sihat sekali. Batuk, saket tekak, saket kepala semua nak datang. Inilah nama dia badan ni terkejut, tiba tiba aje kena duduk dalam aircond 24 jam. Berhari hari tak berpeluh. At the end of the day, badan tak boleh terima kejutan begitu. Jadilah begini :( Hopefully minggu minggu seterusnya, badan dah jadi sihat dan kuat. Oh, kena beli milo la jawabnya ni ;p

Semalam tiba di rumah pada pukul 10 malam. Punyalah panjang perjalanan nak balik rumah dari Sungai Petani tu. Dari hotel tu kena pergi stesen bas Sg Petani dulu. Stesen bas yang macam bukan stesen bas. Sampai sampai je saya dan kawan buat muka pelik, ni stesen bas ke? Betul ke? Mana kaunter tiket?? Rupanya kaunter tiketnya satu aje. Untuk bas pergi ke Butterworth, RM4.

Lepas tu, menempuh perjalanan lebih kurang 40 minit dari SP ke Butterworth. Sampai Butterworth pukul 6.30 petang. Beli tiket ke Kuala Kangsar pada pukul 8.30 malam ; RM9.80. Nasib baik Ros ada, duduk la berbual dengan Ros.. Tapi bas dia pukul 7.30. Sejam yang berikutnya sementara menantikan pukul 8.30, saya duduk sorang sorang. Haha, macam sedih je. Cis.

Esok dah nak balik SP balik. Tak decide lagi nak balik pukul berapa. Ikutkan hati, nak balik malam je. Tapi of course lah mak ayah tak kasi, risau biarkan anak dara ni drive malam malam. Maybe petang petang sikit dalam kul 3-4 tu nak gerak dah la..

Jom berehat. Aku dah tak tahan asyik bersin ni :(


2 comments:

:: p R i n c E s S _ N :: said...

mkn obat cpt2 yunk....bli ubat bekalan kt sane...

Shafie said...

cpt sehat..
mkn ubt n rest =)

sempat lg gurau dctu..hehe
yeah sdp minum milo ni :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...