2 hari berturut turut, balik bilik after midnight.
Penat. Mengantuk. Tapi enjoy je ;P. Melainkan semalam aku dah longlai gila rasa nak tidur je atas meja kat office tu. Ye, kelas tu adalah office ye. Office company kitorang ;P
Semalam balik lambat sebab siapkan project planning untuk Family Day. Dalam masa lebih kurang 24 jam, berjaya siapkan proposal. Hebat tak? Hahaha. Oi, kitorang dah penat buat sampai malam taw, korbankan waktu tidur.. sila cakap hebat okay ;P.
Best jugak blajar project planning ni kan? Salah satu interesting activity yang trainer tu buat semalam suruh kitorang lukis smiley represent our company members.Makhluk kuning. Macam budak budak. Hahahaha~Ngantuk gila sumpah tak tahan rasa macam nak baring kat situ jugak.
Tapi berbaloi jugak la stay up, sebab dapat group kitorang dapat best presenter ;P. Minggu ni terasa kejap pulak nak sampai Khamis. Yeay :)