Wednesday, March 30, 2011

How I spent my weekend

Salam.

Haiyak. Dah hari Rabu, baru nak update pasal weekend. Memang tertinggal keretapi sungguh :p

Aku terlampau busy lah kat office sekarang ni. Dan kadang-kadang menimbulkan marah bila tengah busy kejar dateline ni, masa ni lah jugak bos nak suruh check benda remeh temeh contohnya kenapa bil telefon tiba-tiba naik, suruh bayar bil letrik dia lah, suruh pergi bayar bil telefon dia lah. Naik angin aku dibuatnya. Tapi dah namanya dia tu bos kannnnn.

Oh, back to the title. Hehehe.

Sabtu malam hari tu, girlfriend datang ke rumah. Happy :D

Me and Teacher Najiha. Much love. Kalaulah you ada sekali babe, it would be perfect.

Teman Gg balik kampung dia kat Banting untuk hantar adik lelaki dia. Dan jumpa baby yang sungguh comel.

Baby Iman. Hehe. Nama nak sama cam nama ko lah Zatil oi.

Mula-mula takut nak pegang, nampak kecik sangat je si Iman ni. Tapi gagahkan diri sebab teringin :p Srious comel bikin gerammmm sangat.

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, March 29, 2011

Diet still on track

Salam.

In case ada yang tertanya (masalahnya ada ke. ahhaha), aku masih berdiet. Cuma lost track je. Malas dah nak bergambar ke apa. Tulis pun malas. Tapi weekend ritu ada ngelat-ngelat gak. Aku pergi makan char kuetiau kat Porntip. Sebab ko lah ni yang :p Cey, tu dia sendiri yang ponteng diet, pastu salahkan orang sebab suggestkan tempat makan best. Hahaha.

Ini menu hari tu. Hari bila aku tak ingat. Sabtu kot. Hari apa pun dah tak ingat. Adoi.

Breakfast,Nyums~ salad dan tuna. Sedap. Nak-nak pulak sebab salad tu rangup. Krukkkk krakk bila makan :D

Lunch & dinner,Ayam beli kat Carrefour. Eh, jangan ingat aku habiskan pulak. Hengat jin ke hape nak makan sekor ayam sorang :P

Sekian cerita diet hari Sabtu.

P/s Berat masih tak timbang. Macam busy benar bunyinya rasa nak sepak-sepak je kan :p I need to buy my own weight scale lah.

<--- Nang if you LIKE

My dream wedding ring

I've found it ;)

Hengat senang ke nak pilih cincin. Masalah membuat pilihan macam masa nak pilih cincin tunang hari tu berulang lagi. Haha. I know si dia stress dengan aku yang tak tau nak apa. Itu tak nak, ini taknak. Semua pun taknak, tak berkenan. Yang fancy ada bintang-bintang tu dia (dia merujuk penulis) berkenan pulak. Haip, nak kena sangat cik Izza ni kan.

Hai awak, menung panjang nampakkkk. Ingatkan siapa ni?

Lelaki ini lelaki paling penyabar pernah aku kenal. Paling cool. Paling tahan dengan perangai buruk tahap kelapan aku ni. Paling pemurah. Paling penyayang. Paling kelakar. Paling pandai menyakitkan hati :p Dan yang paling ku sayang. Wihihihi.

Terima kasih syg kerana masih bertahan dengan saya.

<--- Nang if you LIKE

Monday, March 28, 2011

Bela burung dalam blog ;)

Salam. Hello. Selamat hari Isnin !

Pagi ni ceria tak ? Saya tidur dah cukup tapi kurang bersemangatlah sebab rasa pening kepala :( Semalam dah tidur awal pun masih pening lagi :(

Okay !

Korang nampak tak ada burung biru di dalam blog ini. Wihihihihi. Comel tak? Cepat cakap comel! Kalau tak, taknak share macam mana nak buat :p

-Gambar credited to Cdiqlife-

Ini widget khas untuk pengguna twitter yang tegar.

First time nampak widget comel ni masa check featured post dekat Nuffnang, nampak entry Bielah ;) Ini entry yang dimaksudkan burung twitter sesat terbang dalam blog

Belajar cara nak install coding dia kat blog Cdiqlife. Terima kasih sebab berkongsi info ;)

So, uols kalau nak jugak widget ni, klik-klik aje lah link di atas.

Happy trying !!

<--- Nang if you LIKE

Saturday, March 26, 2011

Manual VS Auto

Salam.

Asyik duk keluar entry pilihan macam ni pulak ye. Hari tu comparekan FB dan Twitter. Hari ni pasal jenis kereta pulak :P

Korang drive kereta apa ye? Maksud apa ni bukan brand dia ke hape. Tapi jenisnya la, auto ke manual. Kan dah terexplain panjang-panjang macam lah uols tak paham kan. Hik3

Manual

ataupun

Auto

Aku drive kereta manual. Ha, hebat tak? *angkat-angkat kening

Hahaha. Tatau, orang selalu fikir perempuan kalau bawak kereta manual macam cool. Yolah sangat korang tu T___T

Tapi aku pun kadang-kadang berasa cool macam nak cakap, Hey, bawak kereta manual lah baru mencabar. Hahahaha :P

Tapi itu dulu. Zaman kerja tak tempuh jammed. Zaman pergi kerja 10 minit je. Siap lunch hour sempat weh kalau aku nak balik rumah.

Zaman sekarang pergi kerja je dah ambil masa sejam. Kalau ada hal-hal polis yang tah pape suka sangat tutup-tutup jalan especially Dataran Merdeka tu, memang harus lah 2 jam kan. Dan mendatangkan marah terlampau di pagi hari.

Balik kerja pun sama, sejam atau lebih. Biasanya lebih. Sampai pernah sekali kaki kiri cramped masa dok tengah mengharung jammed tu. Ya Allah, sakit gila okay. Tapi nasib baik aku jenis yang boleh tahan sakit. Masih mampu lagi tekan clutch. Gila lah, esoknya terus pergi urut kaki :D

Kalau ada rezeki beli kereta lepas ni, definitely akan pilih yang auto punya. Tak sanggup lagi kakiku sakit :D

<--- Nang if you LIKE

Diet : Day 9

Salam.

Ikutkan malas nak update diet hari ke 9 ni. Haha. Sebab hancus, kantoi, rasa malas, rasa lapar, rasa nak makannnnn je semua ada dalam diri ini ! Hahahahantu betul lah !!

Breakfast ; 2 chicken slice with cheese + 1 bottle water

Lunch ; Fried foo chuk + 1 bottle water

Dinner ; Aku lenjan makan maggi kari + telur + cili api. Miahahaha. Teringin punya pasal, dah teringin tu makan je lah. Mana yang boleh tahan tu, tahan. Mana tak tahan tu, sesah aje lah.

Tapi 9 hari diet, dengan 8 hari tanpa nasi. Adalah satu pencapaian besar untuk diri aku yang dasar kuat makan ni :D Sebab tu lah pergi reward diri sendiri makan maggi T__________T Hahahaha. Baik punya cover line ek.

Apa-apalah, yang penting aku akan cuba bertahan berdiet selama yang mungkin. Tapi aku diet pun just untuk maintain macam ni je kot. Jap lagi tak tau pulak mana satu tiang lampu, mana satu aku. Hahah. Okay, tak lawak pun :P

Oh, satu lagi isu berkaitan diet ni. Kita pun tau kan lain orang, lain diet ni. Si A mungkin diet kalori, si B mungkin diet Atkins, si C mungkin diet nasi dan banyak lagi mungkinlah. Jadi yang penting kat sini kita ikut apa yang kita percaya, tapi jangan memperlekehkan pilihan orang lain. Belajar respect orang lain sikit ;)

Okay, goodluck semua tukang-tukang diet di luar sana !

<--- Nang if you LIKE

Friday, March 25, 2011

Diet : Day 8

Salam.

Ada orang yang dah boring tak baca update menu diet ni? Angkat tangan sikit nak tengok. Hehe. Takyah lah boring ek. Kan bagus aku share menu-menu diet ni. Kot sapa nak diet boleh lah amik idea nak makan apa kan kan kan? :P

Breakfast ;

2 bijik telur rebus + mayo + air satu botol

Jujurnya aku tak lalu makan telur rebus. Rasa terpaksa je telan. Haha. Next time aku akan buat telur setengah masak ataupun goreng je terus.

Lunch ;

Ikan keli sambal + sayur kobis + air satu botol

Pastu pukul 4 rasa lapar, makan chicken slice sekeping :D

Dinner ;

Telur dadar bungkus. Ini sedap. Nyumsss~

Nak buat senang sangat. Goreng telur dadar 2 bijik. Sapu nipis tuna mayonis. Inti dia tu, potong salad halus-halus, potong dadu chicken slice lepastu gaulkan dengan sos lada hitam + sos cili. Bungkuskan. Siap! :D

<--- Nang if you LIKE

Pengalaman detox menggunakan katil

Salam.

Pagi ni nak cerita sikit pasal produk kesihatan yang dijual oleh syarikat aku kerja ni. Bukan nak iklankan ke apa. Bukan aku dapat apa pun kalau iklankan produk ni. Hehe.

Tapi, nak berkongsi maklumat. Boleh kan pinjam masa awak-awak semua kejap? :D

Ini produk kami. Katil kesihatan.

Oh btw, nama company ni Ceragem Malaysia Sdn Bhd

Aku nak kongsi pengalaman aku guna katil ni sebenarnya. Katil ni ada sebuah kat office. Tu yang kalau kat aku tweet cakap nak tidur tu, ni lah tempat dia. Hehehe.

First time aku guna hari tu, malam tu terus sakit perut gila. Asyik ke toilet berulang-ulang. Aku ingatkan aku salah makan. Dah lah asyik cirbir je. Hahaha, tak senonoh. I know :P

Lepas dah hampir seminggu, hari-hari aku berkeadaan macam tu. Cirbir, dalam sehari 4-5 kali ke toilet. Pukul 4 pagi terjaga cari toilet. Last-last aku tanya colleagues aku, kenapa ek macam tu. Aku bagitau lah benda tu jadi lepas aku guna katil tu.

Lepas tu dorang bagitau aku yang tu reaksi penyembuhan. Sebab aku ni ada masalah susah nak ke toilet sebelum ni. 3 hari sekali pun belum tentu. Seksa ok. Sekali lepas guna ni, amik kooo. Dia cuci usus aku cukup-cukup. Tak pasal-pasal detox kan. Hehe.

Sampai sekarang dah 3 minggu rasanya. Still lagi ke toilet, tapi dah kurang. Takdelah kerap macam dulu. Lega jugak akhirnya dah normal, hari-hari ke toilet. Yeay! Hahaha.

Katil ni memang macam ni fungsi dia. Maksudnya dia keluarkan dulu toksin ke apa dari badan barulah kita akan lebih sihat kan.

Aku nak suruh korang pun experience benda ni jugak. Free je untuk guna. Boleh pergi ke centre-centre untuk guna. Jangan risau, memang completely free dan takkan ada salesperson paksa/tanya korang untuk beli produk ni. Siapa berminat, bolehla pergi check dekat website company untuk tengok lokasi centre di mana ye. Jaga tubuh badan kita ni elok-elok ;)

P/s Kebetulan sangat aku TERdetox sebelum aku start diet. Jadi lebih efektif. Kalau nak diet sebenarnya, elok kita detox dulu. Cuci usus dulu barulah lebih berkesan kan.

<--- Nang if you LIKE

Thursday, March 24, 2011

Diet : Day 7

Salam.

Hari ke 7 yang tak begitu sukses. Walaupun begitu happy jugak sebab entry sebelum ni. Hehehe. Okay, fine. Aku perasan lebih :P

Breakfast,1/4 tuna = 2 carbs

Ayam brand tuna ni carbs dia rendah. Boleh makan. Yang brand lain aku tengok semua tinggi-tinggi belaka.

Lunch,
Kantoi hokeh. Tapi makan suku dah loya. Sebab berminyak. Ataupun maybe perut dah biasa makan lauk je? Haha. Itu gedik. Frust dengan suku kuetiau yang dimakan, perut masih lapar. Order dua bijik telur setengah masak. Lagi sodap.

Dinner,Chicken chop. Fries dan sos tu menu terlarang tu sebenarnya.

Siapa-siapa nak diet, janganlah tiru cara aku yang kurang berdisiplin ni. Pasal penurunan berat badan, aku tak pasti sebab aku tak timbang lagi. Selanjutnya pasal Atkins diet, nanti aku rajin dan ada masa.. Aku buat ye :D

<--- Nang if you LIKE

Facebook VS Twitter

Salam. Hola semua ;)

Kebanyakan kita kat sini mesti paling kurang pun ada Facebook kan. Lepas tu bila pergi events mana-mana ke, tak payah amik contact number dah. Bagi nama ataupun emel dekat Facebook je kan.

Events pulak sekarang ni memang ramai dah gunakan Facebook sebagai salah satu medium jemputan. Kahwin ke, majlis cukur jambul ke, birthday ke.. Makin senang kan hidup? :D

My Facebook.

But it is no longer active. Bukanlah aku deactivate dia. Tapi dah lama tak berupdate di sana. Biasanya aku gunakan FB hanya untuk Ping! entry blog. Selain dari tu yilekkkk!

Reason kenapa aku makin jarang on FB sebab FB ni makin lembap lah loading dia sekarang. Bikin pc gua hangggg je. Tatau lah ini masalah semua orang ataupun aku je kan :D

So, now sangat aktif di twitter.

Follow izzatulazma on Twitter

Lets on twitter pulak uols. Dah kalau jadi follower tu, sila la sapa saya sikit. Hehe. Janganlah keras kejung je kat situ sampai sudah. Boleh kita berkenal-kenalan kan ;)

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, March 23, 2011

Downsize me

Salam.

Yeay, hari ni rasa happy yippie~yippie!!

Sebab ada orang dah cakap saya dah kurus. Lalala (bersiul riang)

Walaupun tak timbang berat lagi kan, dah gembira dulu. Over kan. Hehe.

Sedikit nasihat ; ambil tahu dulu pasal Atkins diet barulah nak hentam dia ke apa. Hehe

Aku tengok cermin rasa diri dah kurus sikit. Mahaplah kalau uols rasa aku ni perasan syiok sendiri sorang-sorang je. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Hehehe.

P/s @Lilred, itulah baju putih stripe oren pakai dengan tudung ungu. Senonoh tak? Hahahaha.

<--- Nang if you LIKE

Kisah bos

Salam.

Nak share satu cerita. Sabtu hari tu bos aku mintak aku siapkan satu report ni. Last minit punya, lagi setengah jam dia nak keluar pergi meeting baru nak cakap kan. Menggelabah la aku ni pun, buat kerja fokus gila. Memang kalau ada YM blink-blink oren tu aku buat tak nampak je dulu. Hahaha

Berkat kegigihan :p sempat siapkan. Lepas tu bos aku datang kat aku, genggam tangan dia rapat-rapat.. Pastu suh aku tadah tangan. Hengatkan hape, ghupenya nak bagi gula-gula! Haha, lawaks!

Bos bagi saya gula-gula seketul je sebab siapkan kerja cepat???????

:P

Bos aku ni memang camni perangai dia mengambil hati kekonon. Kalau pergi bank, pun sua sebijik dua kat pegawai kat kaunter tu. Hehe. Dah tahu sangat.

*************

Hmm, sebut cerita dengan bos ni. Hari tu ada manager meeting. So director dari semua negeri turun lah. Lepas tu ada sorang ni, director dari Penang. Awal-awal dulu suka sangat cakap kuat-kuat macamkan aku ni pekak. Haha. Bukan ngan aku je, ngan semua orang pun sama.

So, nak jadi cerita waktu meeting bulan lepas. Dia ring bell. Aku angkat interkom, tanya siapa, dia cakap something tapi aku tak dengar. So aku pun, "HAH?"

Sekali ko, dia jerit kat telinga aku, "Georgetownnnnnnnn!!!!"

Sebabkan dia Korean, english failed. So selalu ada miscommunication di situ. Haha.

Aku bengang lah kan, main jerit-jerit kat telinga pulak. Aku bukak pintu, terus masuk bilik aku. Tutup pintu rapat-rapat. Kuasa aku nak layan.

Alih-alih semalam datang, shake hands (no choice sebab semua orang kat situ dia salam, aku tak reti nak tolak), tiba-tiba dia boleh nak tarik aku. Nak peluk!! Eh, tak kira bos ke tidak. Aku tolak bahu dia pastu lari nyorok blakang Abg Zam, director kat Seremban. Terkejut gila aku kat situ tiba-tiba dia nak peluk. Gila kan orang tua ni. Pastu dia cakap, sekarang dia dengan aku dah close. Kot ye pun close, budaya Korean peluk-peluk.. tak nampakkah tudung di kepala ni. Haiya! Watchaaaaaa jap gi baru tahu!!!

Adoi. Cari pasal ok orang tua ni. Tak pepasal je. Tapi sejak dinner bersama hari tu, memang dia macam baik sikit ngan aku. Kalau call, mesti tanya how are you. Padahal dulu cakapnya menengking sesaje!

Eh, dinner bersama tu beramai-ramai lah maksudnya. Kalau berdua tu cari nahas!

<--- Nang if you LIKE

Diet : Day 6

Salam.

Sorrylah merasa korang hari-hari dok ngadap menu apa aku makan je kan. Memanglah takat benda makan je kan, kadang-kadang berulang. Tapi aku just nak ada rekod pemakanan aku. Sila bersabar ye. Sambil-sambil tu kalau ada cerita lain, aku update jugak pasal lain eh.

So, macam tak percaya tiba-tiba je dah sampai hari ke6. Apsal rasa dah lama gila diet ni? Haha. Tu dia, penantian satu penyeksaan :p Tapi nak kata ini 6 hari yang berjaya tak jugak, kan dah cakap hujung minggu hari tu kantoi nasi T____T

Breakfast,
Scrambled egg + mayo with salad. Yummeyhhhh!!

Yes, boring taw hari-hari dok ngadap telur je. Memang banyak lagi benda lain boleh makan, tapi untuk breakfast memang aku prefer telur je sebab paling sonang kan. Hengat aku ada masa sangat nak bangun awal-awal weekdays untuk prepare breakfast? Ini pun sekarang bangun jam 6 pagi. Cecepat siap, sambil siap rebus telur ke apa ke. Hentam je, janji perut terisi.

Lunch,
Dinner,Dinner was made by none other than, yours truly. Hehehe.

Daging beli yang dah potong siap kat Carrefour, marinate pastu bakar dia. Hias-hias sikit dengan salad kasik nampak cantekkk :p Asyik dok ngunyah salad je semalam. Breakfast sulam ngan salad, dinner pun sama.

Rasa tak sabar nak timbang berat weekend ni. Harap-harap paling kurang pun tolongla turun 1 kg :D

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, March 22, 2011

S Spa

Salam.

Iklan datang lagi. Hehehe.

MAD of the day ;

RM48 instead of RM290 for Signature Purifying Facial + Aromatherapy Body Massage + Rose Salt Body Scrub + Steam Bath + Foot Spa for 2.5 Hours at S Spa, Mont Kiara [83% OFF]

Darling, lets go together?? It's been a long time since our last visit to spa right?

Di mana?

Di S Spa, Mont Kiara ye kawan-kawan.

Klik sini untuk membeli voucher ini. Cepat, tinggal 4 hari saja untuk anda beli voucher ni. Karang kalau dah expired, gua tak jamin :p (ceh, ajak orang pergi spa, tapi cakap gua-gua. hahaha. poyo!)

P/s picture courtesy to kampungboycitygal.com

<--- Nang if you LIKE

Diet : Day 5

Salam.

Alhamdulillah hari ni everything back on track walaupun aku ada macam ngelat jugak sikit. Haha. Apa daa. Pendiet tak tegar lah aku ni :p

Breakfast, tak sempat nak buat. Pergi cari benda makan kat 7e, jumpa ini je yang best

Carbs = 2g

Lunch,

Makcik kedai tu dah risau tengok aku tak makan nasik. Padahal I steady je ni makcik. Don't worry, tak makan nasik tak bermakna tak kenyang kan.

Dinner,

Ngelat. Teringin karipap. Beli karipap sardin kat Esso, layan dengan cappucino. Nikmatnya dapat merasa air manis semalam. Ngahahahha. Macam ni punya gaya diet, boleh ke berat aku turun ni. Haih.

<--- Nang if you LIKE

Dia kata macam ni, korang rasa ?

Salam.

En tunang kata aku dah kurus sikit. Boleh percaya cakap dia tak ek?

Suka amik gambar masa aku tak ready kan.

Lepas tu masa kita dah pose cecantik, dia takmau layan snap pulak!

Sejak kerja Sabtu ni, masa sangat terbatas. Penat. Baru je nak rest, tiba-tiba dah masuk minggu baru T_T

Btw, kitorang pergi tengok Rango hari tu. Pendapat kami, cerita ni sangat bosan dan lembap. Tak seperti digambarkan masa gazette dia :(

<--- Nang if you LIKE

Monday, March 21, 2011

Diet : Day 4

Salam.

Dimaklumkan berita buruk, diet di hari keempat saya. Resultnya HANCUSSS!!!

Breakfast je yang ok,

Telur setengah masak + cheese + air masak satu botol

Lepas tu, agenda semalam pergi kenduri cukur jambul anak kawan Iim.

Sangat comel buaian baby ni :)

Okay, nak cerita ni macam mana boleh kantoi. Biasanya kalau kawan en tunang yang ni buat majlis makan-makan, akan buat kat rumah dia which is area Sg Buloh. Lepas tu semangat lah pergi rumah dia kan, pukul 2.30 kot dah time tu. Perut menggelegak dah. Sekali bila sampai rumah dia, tengok berkunci okeh. Hahaha

Rupanya kenduri kat rumah mak mertua dia kat Batu Caves. Berkejar lah ke sana pulak kan. Aku dah diam je, kerana perutku terlampau lapar. Karang banyak cakap kang, banyak tenaga pulak guna :P

Sebab en tunang risau je tengok aku macam orang lapar sesangat sampai bad mood, dia pergi singgah kedai mamak belikan aku ayam goreng. Hahahaha. Buruk perangai okeh cik Izza ni. Nasib baik dapat kekasih yang baik hati :D

Jadinya pepaham la bila perut dah lapar gila mendidih, sampai sana pulak. Niatnya memang nak makan lauk je. Tapi.. bukak bekas nasi tu, nampak nasi putih berasap-asap.. fuhhhhhhh. Tergodaaaaaaaaaa!! Rasa macam sedappppppppp sangat. En tunang dah ingatkan aku dah, jangan. Pergi makan lauk je. Tak payah makan nasi. Tapi emo, cakap en tunang tak kasik aku makan! Hahah. Ye, perangai memang buruk. Kalau dah lapar tu, perangai menjadi bertambah buruk :P

So, kesimpulannya lunch semalam makan nasi. Tsk.. Hancus rekod aku 3 hari tak amik nasi T____T

Sebabkan lunch dah kantoi, dinner aku bantai mi goreng daging. Lantakkkkkk!

Tapi, hari ni chayok-chayokkk. Start balik diet :)


<--- Nang if you LIKE

Sunday, March 20, 2011

Diet : Day 3

Salam.

Memandangkan aku sekarang konon-konon ON DIET kan. Maka, hari-harilah akan aku update food diary aku. Aku malas nak buat satu blog lain untuk diet ni, maka semua aku sumbat sekali kat blog lah ye. Okay kan? Tak rasa semak kan?

Hari ketiga, breakfast telur setengah masak 2 bijik + air masak separuh botol
Telur setengah masak menjadi. Yippie!! Itupun dah nak jadi telur rebus dah dia. Ish.

Lunch,
Rendang paru + bayam + tofu + air suam segelas (Haha, segelas je. tapi balik office teguk air banyak-banyak gak taw)

Dinner, Telur dadar 2 bijik + sup brokoli + air masak satu botol

Actually nak makan ikan untuk dinner tapi aku pemalas nak singgah kedai beli barang basah. So, balun je lah apa yang ada kat rumah kan.

Nota : Aku buat diet Atkins. So mungkin menu aku adalah tak sama macam menu orang lain yang diet ikut cara lain tu. Nanti ada masa, aku story lebih banyak pasal Atkins ni ye. Sekarang ni, dua blog ni lah jadi rujukan aku. @Kakty dengan @Dzul. Bolehla klik-klik sana dulu ye.



<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...