Wednesday, March 23, 2011

Kisah bos

Salam.

Nak share satu cerita. Sabtu hari tu bos aku mintak aku siapkan satu report ni. Last minit punya, lagi setengah jam dia nak keluar pergi meeting baru nak cakap kan. Menggelabah la aku ni pun, buat kerja fokus gila. Memang kalau ada YM blink-blink oren tu aku buat tak nampak je dulu. Hahaha

Berkat kegigihan :p sempat siapkan. Lepas tu bos aku datang kat aku, genggam tangan dia rapat-rapat.. Pastu suh aku tadah tangan. Hengatkan hape, ghupenya nak bagi gula-gula! Haha, lawaks!

Bos bagi saya gula-gula seketul je sebab siapkan kerja cepat???????

:P

Bos aku ni memang camni perangai dia mengambil hati kekonon. Kalau pergi bank, pun sua sebijik dua kat pegawai kat kaunter tu. Hehe. Dah tahu sangat.

*************

Hmm, sebut cerita dengan bos ni. Hari tu ada manager meeting. So director dari semua negeri turun lah. Lepas tu ada sorang ni, director dari Penang. Awal-awal dulu suka sangat cakap kuat-kuat macamkan aku ni pekak. Haha. Bukan ngan aku je, ngan semua orang pun sama.

So, nak jadi cerita waktu meeting bulan lepas. Dia ring bell. Aku angkat interkom, tanya siapa, dia cakap something tapi aku tak dengar. So aku pun, "HAH?"

Sekali ko, dia jerit kat telinga aku, "Georgetownnnnnnnn!!!!"

Sebabkan dia Korean, english failed. So selalu ada miscommunication di situ. Haha.

Aku bengang lah kan, main jerit-jerit kat telinga pulak. Aku bukak pintu, terus masuk bilik aku. Tutup pintu rapat-rapat. Kuasa aku nak layan.

Alih-alih semalam datang, shake hands (no choice sebab semua orang kat situ dia salam, aku tak reti nak tolak), tiba-tiba dia boleh nak tarik aku. Nak peluk!! Eh, tak kira bos ke tidak. Aku tolak bahu dia pastu lari nyorok blakang Abg Zam, director kat Seremban. Terkejut gila aku kat situ tiba-tiba dia nak peluk. Gila kan orang tua ni. Pastu dia cakap, sekarang dia dengan aku dah close. Kot ye pun close, budaya Korean peluk-peluk.. tak nampakkah tudung di kepala ni. Haiya! Watchaaaaaa jap gi baru tahu!!!

Adoi. Cari pasal ok orang tua ni. Tak pepasal je. Tapi sejak dinner bersama hari tu, memang dia macam baik sikit ngan aku. Kalau call, mesti tanya how are you. Padahal dulu cakapnya menengking sesaje!

Eh, dinner bersama tu beramai-ramai lah maksudnya. Kalau berdua tu cari nahas!

<--- Nang if you LIKE

5 comments:

atty's said...

lor seketul je..suh belanje secret recepies ke..kek seketul.

Erina Asmawani said...

aaa...agak scary la boss kamu..tapi tula, xley nak marah dia gak kan sbb dia xtau adat & adab orang kita..tapi patutnya dia as a foreigner kenalah belajar kan..

izza explain la ngan dia pasal adab2 orang kita, mesti pasni ni dia x selamba badak2 nak peluk2 lagi kan..huhu

Redbloodsnow said...

hahaha..mmg lawak lah cara dia soh ko tadah tgn tu yang. gaya cam ayah nk bg anak dia gula² pastuh anak dia melompat keriangan bila taw itu gula²..haa gitu..hehe

chik star said...

haha bos mu ni bab yg bg gula gula tu comel la.

tp bab hug tu..
grrr !!!
kang kne watchaaa dengan boss lg 1 tuh kang sape nk jawab.
:D

nyna said...

haha ok bos awak sangat lawak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...