Monday, March 21, 2011

Diet : Day 4

Salam.

Dimaklumkan berita buruk, diet di hari keempat saya. Resultnya HANCUSSS!!!

Breakfast je yang ok,

Telur setengah masak + cheese + air masak satu botol

Lepas tu, agenda semalam pergi kenduri cukur jambul anak kawan Iim.

Sangat comel buaian baby ni :)

Okay, nak cerita ni macam mana boleh kantoi. Biasanya kalau kawan en tunang yang ni buat majlis makan-makan, akan buat kat rumah dia which is area Sg Buloh. Lepas tu semangat lah pergi rumah dia kan, pukul 2.30 kot dah time tu. Perut menggelegak dah. Sekali bila sampai rumah dia, tengok berkunci okeh. Hahaha

Rupanya kenduri kat rumah mak mertua dia kat Batu Caves. Berkejar lah ke sana pulak kan. Aku dah diam je, kerana perutku terlampau lapar. Karang banyak cakap kang, banyak tenaga pulak guna :P

Sebab en tunang risau je tengok aku macam orang lapar sesangat sampai bad mood, dia pergi singgah kedai mamak belikan aku ayam goreng. Hahahaha. Buruk perangai okeh cik Izza ni. Nasib baik dapat kekasih yang baik hati :D

Jadinya pepaham la bila perut dah lapar gila mendidih, sampai sana pulak. Niatnya memang nak makan lauk je. Tapi.. bukak bekas nasi tu, nampak nasi putih berasap-asap.. fuhhhhhhh. Tergodaaaaaaaaaa!! Rasa macam sedappppppppp sangat. En tunang dah ingatkan aku dah, jangan. Pergi makan lauk je. Tak payah makan nasi. Tapi emo, cakap en tunang tak kasik aku makan! Hahah. Ye, perangai memang buruk. Kalau dah lapar tu, perangai menjadi bertambah buruk :P

So, kesimpulannya lunch semalam makan nasi. Tsk.. Hancus rekod aku 3 hari tak amik nasi T____T

Sebabkan lunch dah kantoi, dinner aku bantai mi goreng daging. Lantakkkkkk!

Tapi, hari ni chayok-chayokkk. Start balik diet :)


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...