Friday, March 25, 2011

Pengalaman detox menggunakan katil

Salam.

Pagi ni nak cerita sikit pasal produk kesihatan yang dijual oleh syarikat aku kerja ni. Bukan nak iklankan ke apa. Bukan aku dapat apa pun kalau iklankan produk ni. Hehe.

Tapi, nak berkongsi maklumat. Boleh kan pinjam masa awak-awak semua kejap? :D

Ini produk kami. Katil kesihatan.

Oh btw, nama company ni Ceragem Malaysia Sdn Bhd

Aku nak kongsi pengalaman aku guna katil ni sebenarnya. Katil ni ada sebuah kat office. Tu yang kalau kat aku tweet cakap nak tidur tu, ni lah tempat dia. Hehehe.

First time aku guna hari tu, malam tu terus sakit perut gila. Asyik ke toilet berulang-ulang. Aku ingatkan aku salah makan. Dah lah asyik cirbir je. Hahaha, tak senonoh. I know :P

Lepas dah hampir seminggu, hari-hari aku berkeadaan macam tu. Cirbir, dalam sehari 4-5 kali ke toilet. Pukul 4 pagi terjaga cari toilet. Last-last aku tanya colleagues aku, kenapa ek macam tu. Aku bagitau lah benda tu jadi lepas aku guna katil tu.

Lepas tu dorang bagitau aku yang tu reaksi penyembuhan. Sebab aku ni ada masalah susah nak ke toilet sebelum ni. 3 hari sekali pun belum tentu. Seksa ok. Sekali lepas guna ni, amik kooo. Dia cuci usus aku cukup-cukup. Tak pasal-pasal detox kan. Hehe.

Sampai sekarang dah 3 minggu rasanya. Still lagi ke toilet, tapi dah kurang. Takdelah kerap macam dulu. Lega jugak akhirnya dah normal, hari-hari ke toilet. Yeay! Hahaha.

Katil ni memang macam ni fungsi dia. Maksudnya dia keluarkan dulu toksin ke apa dari badan barulah kita akan lebih sihat kan.

Aku nak suruh korang pun experience benda ni jugak. Free je untuk guna. Boleh pergi ke centre-centre untuk guna. Jangan risau, memang completely free dan takkan ada salesperson paksa/tanya korang untuk beli produk ni. Siapa berminat, bolehla pergi check dekat website company untuk tengok lokasi centre di mana ye. Jaga tubuh badan kita ni elok-elok ;)

P/s Kebetulan sangat aku TERdetox sebelum aku start diet. Jadi lebih efektif. Kalau nak diet sebenarnya, elok kita detox dulu. Cuci usus dulu barulah lebih berkesan kan.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...