Friday, August 19, 2011

Kad-kad

Saya dah dapat kad raya yang pertama untuk tahun ini. Hehe, rasanya satu-satunya kad raya yang dapat la kot. Siapa la lagi yang nak bagi kad raya kat saya ni kalau bukan boyfriend sendiri kan :)

Thanks syg !

Teringat masa kecik-kecik dulu kalau bagi kad raya, mesti siap nak pantun sekali kan ?

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.


Pecah kaca,
Pecah tong,
Sudah baca,
Harap gantung.


Heheheheheee. Comel kan ?

Kad jemputan kahwin pun saya dah pos. Siapa yang ada bagi alamat, Insya Allah 2-3 hari lagi sampai lah. Kira sekali harung dengan kad raya, aci tak? :p

Ada sapa-sapa yang nak kad lagi tak? Ada balance dalam 10 keping lagi ni. Yang lain-lain tu, kalau rasa nak datang, jemputlah ye. Tak ada kad pun tak apa, boleh datang.

Nanti saya buat entry khas untuk invitation ye.

<--- Nang if you LIKE

3 comments:

nanonano said...

yeay yeay yeayyy
sy tguuuuuuuuuuuuuu kad utk kenangan :)

pRincESs_N said...

nak kad!!

sabrina said...

insyallah kalo ada rezeki sab dengan aendraa datang kenduri izza..kalo x dpt dtg..kitorg doakan kebahagian dan kemurahan rezeki utk kamu berdua.semoga dpt lalui kehidupan bersama2x, dgn sepenuh hati. kena nekad hidup semati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...