Sunday, January 31, 2010

hari neh hari ahad. hari yang sungguh lemau. bermalas-malas aje dari pagi sampai malam. neh kalau ukur muntut neh, mau bertambah kurang-kurang 2 inci. hahaha. TIDAKKKKKKK!!! (terus pergi buat aerobik selama 50 minit)

argh. malas betul. baju dah rendam dari pagi, sudahnya sampai ke malam masih macam tu lagi. duk la bermalas-malas depan tv sambil main the sims. hiks. saya masih tidak jemu dengan the sims 3 ;D

semalam kan, seronok betul berangan-angan menjadi mama dan papa. hik3. ye, saya gedik. lalala~ pergi survey baju baby, masuk kedai pun tengok barang baby aje. gedikkkkkk gila! tapi gedik bersebab ye, hihi. kitorang belikan gaun comel untuk isha. our niece ;P semalam pergi umah along, tengok baby. isha comel gila, geram. tapi baru acik izza (auww!) pegang kejap, dah nangis taw. nak amik gambar pun tak boleh. apatah lagi nak tengok dia pakai gaun comel kaler pink tu. kecewa saya. tapi budak kecik kan, manalah nak taw angin dia. baru 3 bulan je, tak sabar nak tunggu dia boleh lari-lari dengan cakap. weehu, dah berangan nak jalan-jalan bawak baby. lalalala~ ;P

haha. abaikan perenggan di atas kalau anda semua rasa saya terlebih excited :P

haih~ tadi sebelum menaip, macam banyak nor nak diceritakan. dah tekan keyboard, bantut sampai sini pulak. till then. bubye~

Friday, January 29, 2010

happy birthday adik ku sayang!

30 jan 2010. genap budak kecik neh berusia 20 tahun. haha. weh, dah 20-an weh. welcome, welcome~ :P

happy birthday weh. nanti aku bagi mcd kat awk ye. haha. hari tu I nak blanje, jual mahal sangat. gedik an.

aku sayang awk la budak kecik walaupun awak tu mulut suka nak jahat je. haha. dah la ske garang, ske marah je. cis betul. pastu gedik pulak tu. lempang baru taw. tapi takpe, aku tetap sayang jugak. hahaha.

selamat hari kelahiran yang ke-20. aku sayang awk. hihi.

Thursday, January 28, 2010

hati melompat-lompat

Saya sedang happy berbunga-bunga hati. hiks

first, malam neh dinner dengan kekasih hati kecintaan kesayangan saya.

second, berjaya makan cucuk-cucuk kat bandar tun hussein onn. zatil dear, teori you tak berapa mengena. diorang memang ada dekat situ hari-hari cuma hari tu takde sebab ada event. hati memang sangat gembira ;D thank you sayang. oh, btw. sangat lupa nak ambil gambar sebab hati melompat-lompat di dalam tadi. gila, benda kecik begini je dah buat aku happy hahaha. nama cucuk-cucuk tu, iman hot dip. err.. aku tak taw sama ada korang paham ke tak bila aku sebut cucuk-cucuk tu. tapi bendanya ialah macam steamboat ataupun satay celup. depan mcd tun hussein onn itu serious sedap. sila try.

third, hari neh telah menjadi seorang yang perajin. gegar dapur.hik hik.
kekasih hati sangat suka. ;D quote from facebook, i love to cook especially for the love one.. i love you sayang ;P bluweksss.

gdnite :)
genap seminggu tak update. nafsu hilang. huh.

macam dah lupa pulak cara nak tulis blog neh. camne ek? nak start dari mana pun macam tak taw. errr..

(beberapa minit selepas itu..)






masih errr di sini ;P ahh.. buat lawak bodoh je la. tak suh gelak pun.

hari neh aku buat site audit. best sebab tak payah duk office. tak best sebab duduk office klien. haha. dua alasan yang macam kontra aje. habis tu ko nak duduk office sapa cik izza oi? ee.. kan best klo ada office sendiri ;D tadi audit satu company dekat mall. sempat lagi wehhhh jalan-jalan cuci mata kejap lunch hour tadi ;P alangkan tak berduit je, kalau tak.. macam-macam aku nak beli taw..

okay, habis citer hari neh. citer semalam pulak ek ;D

semalam kann.. pergi dating, hihi. biasala tu kan. aku neh teringin nak makan cucuk-cucuk (read ; satay celup) kat area bdr tun hussein onn tu.. ala, lori putih depan mcd tu. bebetul depan mcd. sebelah ice blended. wah, aku citer detail macam korang taw kan. hee.. mana la taw ada yang teringin jugak nak makan kan. masalahnya, bila aku pergi dengan officemate aku, lori putih tu elok je ada di tempat kejadian. neh dah dua kali pegi ngan boyfriend, jangankan batang hidung penjual cucuk-cucuk, bayang-bayang lori putih tu pun tak nampak. kecewa T___T

yang boyfriend lak, kesiankan girlfriend mengidam kan.. tiba-tiba ajak ronda shah alam. jauh tu. hihi. taw kenapa? sebab aku pernah bagitaw dia, aku nampak iklan kat lori putih tu, dia ada dibukak kat seksyen 7 dengan seksyen 13 jugak. tapi malangnya you all, memang bukan rezeki kitorang. harammm sampai sudah tak nampak. sampai dalam hati jadi panas lak, korang ni nak berniaga ke taknak.. aku gila teringin ni T_____T

eh, situ sedap taw. banyak jenis. dan setakat neh aku tak penah jumpa pulak benda-benda macam tu kat tempat lain. lain sikit cucuk-cucuk dia tu. nanti aku pegi lagi, aku amik gambar ek :D

p/s esok nak teruskan misi mencari cucuk-cucuk di bdr tun hussein onn lagi. kalau takde jugak, memang boikot taknak cari dah. bluwek!


Wednesday, January 20, 2010

ini rahsia kita ye

Hari neh saya telah menjadi budak perempuan nakal. bangun lambat, masuk office pukul 2 petang. told the boss that I got some problems ;P sorry bos, this is the first and the last I do it.
shhhhhhh~ it's our secret okeh!

Tuesday, January 19, 2010

malam neh aktiviti bersama housemates lagi ;D masa kat office lagi dapat msg nini ajak tengok wayang malam neh kat mid. i layan je.

mula-mula plannya malam neh nak masak, sebab teringin makan singgang ikan. oh~ sedap gilerrrrrr kalau singgang letak tempoyak =p~ tertelan-telan pulak air liur mengimagine neh. sapa tak makan tempoyak duk diam jauh-jauh sana. tau kah anda apa itu masakan singgang? kalau tak taw, esok-esok aku masak aku tunjuk ;P masakan paling senang dalam dunia. hihi

eh, terpanjang pulak mukadimah tu.

main point dia, malam neh kitorang pergi tgk "adnan sempit". ataupun boleh jugak panggil "adnan senget". hahaha. ain lah, bila aku cakap nak tengok citer adnan tu, konfiden aje dia cakap.. "ooooo, adnan senget tu ek". gila comel la ain neh buat kelakar macam tu ;P

apsal semua orang cakap citer neh sedap ha? aku nengok tak sedap punnnnnnnnnn. 2/5 stars only.

balik dari tengok wayang, terasa nak makan nasi pulak. cis betul lah selera makan sekarang. selera macam gergasi. cis lagi dan lagi! memandangkan nasi memang ada lebih masak pagi tadi konon-nak-buat-sushi-bawak-bekal-pegi-ofis, sudahnya tinggal harapan aje. tapi dah menyiapkan bekal untuk esok dengan jayanya. yattaaa~ ;D

p/s mr boyfriend merajuk sebab nak jumpa asyik aku cancelkan aje ;P sorry syg, esok malam I free. jum kita dinner sama yer? ^_^

Monday, January 18, 2010

weekend pun I bangun awal taw

Hari neh adalah hari ni dalam sejarah untuk saya. bangun awal pagi pada hari minggu, tak pernah-pernah dibuat. hihihi. pukul 8.30 okek sudah bangun. mula-mula alarm handset dah berbunyi lepas tu aku snooze kan beliau, memokak aje. sekali living alarm clock (read ; Nini) plak kejut. hihi. harus kena bangun dengan serta merta ;P

plan hari neh menonton wayang bersama housemates. fun ;D kitorang tengok citer "the spy next door". citer adalah best. bolehlah diratekan 3.5/5 stars. citer start pukul 11, 11.05 minit baru sampai. tiket memang dah beli awal-awal. hihi. seelok je masuk, memang citer baru start. nice ;D
Nini ; Kak Ipah ; Min ; saya

kak ipah bukan housemates saya, tapi kawan nini yang telah menjadi kawan saya dan beliau adalah sangat fun jugak. hihi.

oh~ tak citer lagi kenapa bangun awal. satu sebabnya memanglah sebab nak keluar kan. satu lagi, kitorang main masak-masak neh. hihi. i likeee~






TADAAAA!!
impress tak? impress tak?? hahaha. dasar mintak dipuji ;P homemade okay. bangga neh. ;P

tapi saya tukang susun dalam bekas je. hakhakhak. min yang chefnya. nini pulak pembantu chef ;P tapi at least dah taw dah macam mana nak buat sushi. yattaa yattaaaa~ ;D esok nak buat bawak bekal pergi ofis (fuh~fuh, mintak-mintak bangun awal esok pagi ;D)

p/s Cik rara, boleh tinggalkan url anda tak? your profile is not a sharing profile. tQ~ :)

Sunday, January 17, 2010

Citer hari sabtu

Semalam mulanya adalah plan untuk duduk di rumah saja menyandang gelaran suri rumah sepenuh masa untuk satu hari. yer ar.. weekend lah waktu aku nak mengemas rumah, mengemop lantai (tapi tak penah buat lagi pun. miahaha), nak membasuh baju yang berbakul-bakul itu.. lagi satu yang paling penting, nak berehat ;D so aku selalunya adalah malas untuk keluar bila hujung minggu.

tapi semalam, aku menggagah dan menggigihkan diri untuk mandi (haha, mandi pun siap macam terpaksa ek?), iron baju, siap-siap lepas tu naik train pegi mid valley. ha, kan semalam dah ajak dah korang pegi mid, sapa suruh taknak ikut ;P

tujuan utama pegi mid valley ;

|
|
|
|
|
v

nak jumpa girlfriends masa join GEMS hari tu. lagipun cik ena tu susah nak cuti weekend, zoologist la katakan ;P semalam dia mc, dah ada chance tu.. mestilah nak meet up kan. so lepas maghrib semalam, gerak pegi mid untuk huha huhi dengan ena & asna..

sampai mid memang adalah kebulur okeh. I lapar nasi campur, pegi makan kat food court mid, I yang orang ulu mana neh, jakun sebab amik nasi + ayam potong kecik-kecik + sayur = rm8.60! pada saya itu adalah mahal. kalau setakat rm5-6 itu pada aku (aik, kejap aku, kejap saya, kejap I. haha. diam. terima je ok ;P) biasalah. tapi takpelah, sebab itu food court mid valley kot. sebelum neh pergi makan kat situ pun tak pernah amik nasi campur. okay, sekian citer nasi campur rm8.60 saya.

lepas makan, pusing-pusing dalam jusco kejap. lepas tu gerak pegi old town kerinchi. diorang neh ha nak lepak dengan sir. ada udang sebalik mi tu, nak mintak sir antarkan balik ;P oooo, datang pandai, balik tataw ek. hehehehe ;P tapi tak kesampaian hajat nak ajak diorang lepak umah aku, tak sempat semalam. hmm, next time ye syg! bukan jauh pun ;D
bebudak gems. dengan trainer gems. oh~ hari ni mereka duk berendam kat ulu yam tu. mesti seronok ;P

Friday, January 15, 2010

where is the fun

Morning~ hari ni rasa indah sekali ;D kerana telah tidur sampai terlebih cukup. bangun je tengok rumah dah sunyi. orang lain entah ke mana mana dah, aku masih bergulek gulek bersama Opai ;D

Ain ajak pegi Melaka hari neh. saja jalan jalan. berkobar kobar jugak neh sebab melaka kan pernah jadi tempat persinggahan suatu ketika dulu. haha. zaman matriks okay dengan Cik bakal jadi Puan Ayein neh.. ;D rindu ar zaman itu yang. lepas tu, fikirrrr punya fikiirrr.. sekarang adalah tengah bulan, dan baru mula kerja ini harap maklum saya memang sedikit miskin t____t

rasa macam bila mula kerja neh, tiba tiba menjadi anti sosial. lagi seronok duduk kat rumah dari keluar berhuha huhi. esok ada bbq dekat ulu yam. pun malas nak join. jauh ;P

I MISS THE FUN ACTUALLY t_______tthe girlfriends. jarang jumpa but the bond is very strong. love you guys. zatil still in UK, while gg dah start mengajar kat JB. macam tak percaya inilah girlfriends saya di zaman sekolah yang sama sama ponteng sekolah, ponteng prep lepas tu menyuruk dalam stor. haha. funny, i miss that moments ;D bila dikenang kenang balik perangai masa tu, sumpah memalukan diri sendiri aje, macam takda sapa ajar suruh buat perangai elok sikit. hihi. citer sikit je dahla, lebih lebih nanti I bukak entry baru ;Pgadis gambar kabur. hehe. sila maklum bahawa diri anda hanya kabur di dalam gambar tapi jelas di hati saya. ewahhh ;Pthe siblings. i miss them.
kami yang suka bergaduh masa kecik dulu siap kalau gaduh kan, suka main punggah almari baju orang. padan muka dia kena lipat balik semua kain lepas tu. haha. perangai yang tidak dapat dimaafkan.ini adik rajin mengekor muntut aku ke mana mana aje. pegi tidur umah kawan aku pun, rilek aje dia ikut. i like. hihi. kalau boring duduk rumah, keluar pegi cari laksa dengan ABC. pastu cari port best nak amik gambar. woh. indah~ tapi itu dulu la, masa cuti sem mereka. neh dah masuk sem, nak pulak semenjak mempunyai boyfriend sendiri neh, masih mahukah mereka menghabiskan masa bersama kakak kesayangan yang garang neh ;Poi nyna! aku jumpa gambar semasa awak sedikit kecik dari sekarang ;Prakan rakan di GEMS. masa yang best time neh ;D

okay, cukup mengimbas kenangan. jom pergi mid sekarang jugak!
tata

Thursday, January 14, 2010

Kita kawan kan?

Okay, jangan tegur lagi time! Hihihi. Sapa lagi suka tengok citer neh, angkat tangan! Aku bukan paham sangat citer ni pun, baru 3 kali tengok neh. Miahaha. Itupun sebab 2 minggu lepas kebetulan pergi makan time tu.. Tu yang terus rasa nak tengok tu. Haha, tiba tiba je explain, padahal takda sapa yang tanya pun ;P miahahahaha.

Hari neh ada citer best dengan tak best. biasalah, mana boleh asyik bagi best aje kan. ceh. Berita bestnya Ain, officemate aku dapat better job offer.. Aku tumpang happy masa dia bagitaw tadi, siap macam nak lompat lompat lagi sebab aku lak yang excited. Hee~ tapi yang sedihnya takde geng dah la lepas ni aku kat office. there will be less fun at work without Ain :( (wah, terharu Ain kalau baca I tulis macam neh ;p) nanti takde geng dah nak gossip waktu lunch hour. nanti dah takde sapa nak ngadu kat aku pasal boyfriend dia. baru je kerja ngan Ain ni sebulan, hee~ tapi macam ngam lepas tu attached pulak sebab kebetulan rumah kitorang dekat je.

semalam kan, kitorang pergi pasar malam lepas kerja.. niatnya nak cari makanan tapi apsal tah tengok baju dah macam tengok ayam goreng je rupa dia.. Miahaha. sudahnya, aku ngan Ain beli baju sama, color jer lain. kalau Iim baca neh, confirm gelak. dah dapat bestpren baru di sini. hihihi. alaaa.. difikir fikir takde geng kat tempat kerja nanti yang demotivated aku neh. malas ah fikir dah.. :( Izza, jangan malas malas, kena kerja rajin rajin okay, aku ada impian dan cita cita aku sendiri :) lagipun, nak kumpul duit nak kawen. Hahahahahaha ;D

Hmm, sebut sebut pasal kawan neh.. aku ada satu persoalan lah. Adakah bila dalam berkawan, cuma satu pihak aje yang maintain the friendship? maksudnya kat sini, kawan yang sorang tu aje lah yang akan cuba keep in touch ; msg ke, YM ke, call ke whatever.. to make sure that they are still friends.. yang sorang tu pulak buat dunno aje.. kalau kawan dia contact, ada lah. kalau tak, they don't even bothered. perlu ke macam tu ye? kadang kadang kan, kita sibuk mencari kawan baru, sampai terlupa pada kawan lama.. yang dah bersama dengan kita dari dulu kan kan kan? ;P

Okay, mutiara kata untuk hari ini..

We can feel the true friendship in our hearts, no matter how long we are not contacting each other, no matter how many new friends that we got.. as long as we believe in it -Izzatul Azma-

Wah, kelas gitu.. siap ada mutiara kata. Hahahaha. Akhir kata, (siap akhir kata macam buat ucapan apa tah) friends forever.. I love you guys~ xOxO

Tuesday, January 12, 2010

Pesanan sebelum tidur. hihi

Lately neh, aku telah bertukar toink toink menjadi seorang yang jiwang arrr.. Mencik ah gini, but can't help it lah. Haha. Sekarang neh jiwa dipenuhi dengan bunga siap ada butterfly gitu. Haha. Over ;pNot much that I can give you darling, but I hope this little effort can put a smile on your face :)

Bluwek~ Jiwang karatzzzz.. ;p

Okay, cukup! Segmen jiwang tamat di sini.

Semalam kan aku penat gila ah rekod pukul 8.30 dah pengsan. Bangun nak lambat jugak tu, pukul 8 pagi. Hehehe. 12 jam tu tidur, rasa hari ni bertenaga je. Muahahaha. Biasanya pepetang tu aku dah mengantuk terkuap kuap, muka pun dah macam hape. Tapi tadi, wah.. toink toink bertukar menjadi pekerja berdedikasi gitu. Haha.

Aku baru tanam azam nak tidur pukul 8.30 jugak malam neh. Tapi tak jadi sebab ada dinner date. Hihi.

Okaylah, pesanan terakhir.. Sebelum tidur, jangan lupa gosok gigi, cuci muka.. Amik air semayang, dan kalau boleh maafkan kesalahan orang pada kita.. Aku pun tengah cuba la neh. Ingat senang ke woh nak lupakan salah orang pada kita. Salah kita pada orang memang la kejap je lupa. Hahaha.

Goodnite ^_^

Sunday, January 10, 2010

Kerana dia yang aku sayang..

Esok 11 hb January. We have been together for a year darling!

Congratulations!!

Aku sayang dia sangat sebab dia selalu sabar melayan kehendak dan perangai aku yang macam budak budak ni. Entah bila nak berubah. Tiap kali buat salah, tiap kali kata nak berubah. Tapi esok lusa buat salah lagi. Haiyoh~ tapi beliau sangat sabar menegur suruh ubah perangai. I've changed a lot because of him. Changed to be a better person. Thanx sayang!

Sayang, tahniah sebab tahan dengan I setahun ini. Hihi. Harap dapat bertahan sehingga akhir hayat. Aminnnn..

Aip~ jangan tanya soalan cepumas "Bila nak kawen.."

It will be as soon as possible. Don't worry, once dah confirmed everything.. Aku letak kad kahwin aku kat sini. But for now, jangan tanya lagi ye. Hehe..

I love you so much.. and thanx for everything that you have done for me. I love you because of you.. Thanx God, I am very grateful You have given me this guy..

Saturday, January 9, 2010

Wakenababe!

Tergerak hati nak telefon rumah. Macam lama tak sembang dengan mak ayah aku. Last bercakap 4 hari yang lalu. Aku pun dail lah 05-776**** (hehe, sensored)

Lepas tu, satu suara kurang dikenali angkat. Aku macam dah.. Eh, suara siapa pulak neh. Sumpah tak dapat nak cam. Berfikir dengan panjangnya sehinggalah disedarkan oleh suara tersebut,

"Yer, nak cakap dengan siapa?"

Aku masih tergamam. Duk berfikir, aku salah dail nomborkah?

"Err.. saya nak cakap dengan ayah saya.." (suara macam kurang pasti nak cakap apa)

Suara tersebut gelak. Ahh, sudah~ aku salah dail kot ni. Salah rumah kot ni. Salah nombor kot ni.

Aku pun mengambil langkah selamat,

"Eh, takpelah. Saya rasa salah nombor kot"

Terus letak. Tengok nombor yang aku dail, betul.

Hmmmpphhh.. Berfikir dengan kuatnya. Siapa tu yang angkat? Kenapa orang lain angkat telefon rumah aku? Cross line kah? Sumpah sangat berfikir sampai telefon Mr. Bf mengadu.. "Za nak cakap dengan ayah, nape orang lain pulak yang angkat :("

Lepas tu makin difikir fikir, makin bukan bukan lah otak aku neh. Siap fikir lagi, ada orang masuk rumah aku kah. Tak sedap hati. Terus call handphone ayah. Masuk voice mail pulak dah. Telefon handphone mak pulak. Fuh~ Lega.. Call dijawab ;D

So, sembang punya sembang.. Tiba tiba bolehkah mak tanya,

"Eh, yong ke yang call tadi?"

I was likeeeeeeeeeee.. OMG! Malunya saya. Seronok ye mereka gelakkan saya tadi. Sampai sakit perut aku gelak dengan mak tadi. Cis cis cissss!!!

Apakah aku tak cam suara ayah. Ayah pulak dah cam suara aku, berlakon pulak beliau. Sumpah ayah comel gila kelakar. Tak tahu sampai tahun bila akan diungkit pasal ini. Malu T_____T Rindu sangat ayah saya. Sob3Rindu emak saya jugak.

Rindu rumah. Nak balik rumah :(

p/s rupanya kitorang adik beradik berebut line telefon rumah malam ni. Haha. Before aku call rumah, Ngah call dulu.. And then masa aku call tu, budak ni tengah cakap dengan ayah, patutlah masuk voice mail. Aku pulak pergi fikir bukan bukan. Hihihi.

Thursday, January 7, 2010

Eh, khamis dah ek hari neh? Wowwww weee~ esok Jumaat, lepas tu Sabtu, lepas tu Ahad.... Syorrrrgaaaa.. Tapi, lepas tu Isnin :(

Miahahaha. belum hape hape lagi dah membilang hari aku neh ;D

Kejap nak membilang hari dah berapa lama kije aku neh.. (sambil keluarkan jari jemari runcing nak membilang)

Ohh~ Dah 3 minggu rupanya.. Ke baru 3 minggu sepatutnya? Hihi.

Nak taw cerita tak? Tapi ni cerita basi la.. Hihi. Masa birthday hari tu kan, I sentap dengan Mr. Bf sebab beliau tak bagi saya cake. Sob3.. Beliau bagi coklat je. Aku macam biasalah, mengeluarkan perangai kebudak budakan ni. Merajuk koooo.. Hahahaha.

Tibe tibe esoknya pakcik tu telah membuat surprise bagi saya cake. Terharu mengalir air mata kasih T__T Haha, drama je lebih ;p
Motifnya di sini, sebenarnya aku nak bagitaw.. Aku sangat teringin nak makan Pecan Butterscotch lah sekarang. Sekarang jugak nak sangat sangat.. (terbayang bayang sudaaaa)

dah, habis update untuk hari ni. bosan je. tahniah sapa yang baca entry merepek ni sampai habis. anda memang tabah.

Tuesday, January 5, 2010

Dag Dig Dug~

Bubur ayam kasih sayang <3>


Teheheheee.. Niat memasak untuk kekasih hati yang tengah demam tu. Tapi dah kata demam kan, larat la sangat beliau nak datang sini kan.. Takpe kanda, percubaan pertama biar dinda dengan housemate dulu yang rasa.. Kalau sakit perut pun, bukan kanda yang sakit. Ahahahahaa ;p

Oiiii.. first time aku masak bubur ayam. Pastu berlagak lak tu tak bagi housemate aku join sama kat dapur, padahal malu takot tak jadi. Sekali kacang je rupanya. Sia sia aje aku cuak tadi. Hehehe.. Oh bubur ayam~ nasib baik kau tak malukan aku depan Nini.. (housemate aku lah!)

Sedap pulak tu aku masak. Miahahaha. Sapa chef pandai memasak kat sini duduk jauh jauh. Kang nampak sangat la saya ni melawat dapur sekali sekala aje. Hehehe.

To sayang, get well soon yer. Nanti I masakkan spaghetti meatball macam yang you request tu.. Love you~ (nampak tak ada cupid tengah tembak hati saya ni.. hahahahaha)

Monday, January 4, 2010

Gedik never end

Okay, blog kembali boleh diakses oleh semua pihak. Aku boring update macam cakap dengan dinding pulak dah private neh. Ahahahaha. Takpe, siapa yang nak buat khianat dengan aku tu, Allah je yang balas. Buatla jahat dengan aku, esok esok orang buat jahat balik dengan korang.. Padan muka! Hehe.

So, alkisah hari minggu aku.. Hari minggu yang memenatkan okay. Tu yang pergi kerja hari ni pancit aje..

Sebelum tu, tak terlambat lagi kan nak wish Happy New Year to all!! Dah masuk tahun baru ni, harap harapnya siapa rasa perangai dia macam syaiton tahun lepas, bawak bawak la berubah. Siapa rasa tahun lepas tu suka sangat khianat kat orang, bawak bawak la berubah jugak. Siapa yang mulut macam longkang, bawak bawak la cuci sikit mulut tu. Jangan asyik mengata orang kak.. Tak baik :) Bukan cakap kat korang je ni, ingatan untuk aku jugak. Kang ada pulak yang cakap aku berlagak baik. Hahaha. Like I care? Eh, lagi satu kan.. kalau aku tak cari pasal dengan korang, tolong jangan cari pasal dengan aku boleh? Mintak tolong neh (dengan muka tersenyum manis) dan tolong jangan nak sound sound aku atas salah yang orang lain buat..

Okay, cukup ucapan ringkas di tahun baru. Aku ni bukan reti nak cakap sepatah dua kata. Kang konpom jadi berjela jela.

Jumaat yang lepas, bersamaan 1 January 2010.. Aku ada date! Dengan gadis gadis kesayangan. Err, kalau 17 tahun dah boleh panggil gadis kan? Ke kanak kanak lagi? Hahahahaha.Dua orang yang seng. Hihi. Sorang tamak, sorang lagi makan seciput.Kitorang keluar pergi IKEA. Jauh tuuuuuu dari rumah aku. Berpusing pusing tak sampai sampai, rupanya cik driver tersalah jalan ;p Nasib tak lepas sampai ke Johor ek.. Lagi satu kan, si budak Zaty tu dari Klang naik train sampai area rumah aku. Tabah kan? Sejam lebih tu dik dalam train. Pasni boleh suruh datang lagi ;D Aah, semua neh saya yang makan. Nyum~ nyum~Aksi bermanja harus ada. Lama tu ko tak jumpa..Budak bermuka kuning. Hihihi. Ada kat rumah aku weh katalog ni. Baru aku tau rupanya katalog ni tak boleh bawak balik. Entah sapa la tukang seludup tu.. Hehehe.

Kemudian, dari IKEA kitorang terkedek kedek menapak ke Cineleisure. Niat murni nak tengok wayang bersama sama okay. Tapi punyalah ramai pulak umat duk beratur. Batalkan niat nak tengok wayang.Pergi karaoke laaaaaaaaaaaagi best! Ahahaha. Tapi adalah orang tu, dia pilih lagu kan.. lepas tu kan, bila lagu tu keluar kan.. dia buat buat tataw.. kononnya entah sapa sapa la yang duk pilih lagu tu tadi kan. Nervous kot pestaim nak menyanyi sama ni. Hahaha.

Dia malu, lantak situ kan yang.. Kita steady je. Hakhak. Dangdut memang adalah terbaik.. "Berdegup jantungku mendengarkan namamu.. Ahh..Ahhh~"

Hahahahahahahhaa!!Gedik never end.

Seronok keluar dengan kamu dua orang neh. Letih kan hari tu. Padahal jalan area KL je. Itupun berapa kali seat driver bertukar tangan. Hahaha. Zaty, cepat la amik lesen.. lepas neh ko pulak jadi driver okay.. Lain kali datang lepak rumah saya lagi yer ;D

p/s siti bum bum, hehe.. kita dah open balik ni ha.. takmo ar nangis nangis ;p jemput baca ye. hehehe

Sunday, January 3, 2010

Lovely Sunday

It's a lovely Sunday today :)

The first Sunday for this year.. and it's going so well.. Hihihi. Kalau dah berdating tu, semuanya elok aje kan ;p

Semalam tidur lambat, jadi hari ni pun bangun of course la tak berapa nak awal kan.. Mr. Bf pun adalah bijak, dah on the way baru nak call saya.. Padahal rumah kitorang sekangkang gajah aje. Merasa menunggu aku sejam. Mintak mahap ye sedara. Hihi. Love you~Dia, saya sayang. Tak peduli orang kata apa pun.. :)

Mula mula kitorang ke Low Yatt. Konon nak naik monorail. First time neh nak berdating naik public transport. Sudahnya beliau tengok aku dok bermake up dalam kereta (kan aku bangun lambat, walaupun dah lambat sejam.. masih tak sempat tu nak bermake up kat atas. hahaha), beliau pun kata, "Takpe ke ni sayang naik monorail? Kang cair make up. Kita naik kereta aje la"

Oh~ lovely ;p Hehehe.

Lepas dah setel hal dekat Low Yatt, kitorang pun bergerak untuk pergi tengok wayang.. Tengok Avatar. Gila best okay. Tak terasa 2 jam setengah tu. Dari 5 bintang, aku kasik 5 bintang setengah! Hihi. Sumpah best ;D Ohh~ sapa yang tak tengok lagi tu.. it's highly recommended to watch Avatar 3D. Berbaloi baloi~ Hihi.

Lagi satu,
dengan ini saya mengumumkan..Kelahiran Celcom broadband saya! Hihi

:)

Saturday, January 2, 2010

Helo semua..

Happy New Year!! ;D Seronoknya memaklumkan setakat ini hanya ada lebih kurang 10 orang pembaca ekslusif di blog ini. Hihihi. Boleh kita update dengan lebih bebas kan. Tanpa perlu nak risau orang nak curi gambar ke. Lagipun aku nak elakkan rasa sakit hati dengan orang yang memberi komen dengan niat memang untuk menyakitkan hati aku.

So, apa azam baru untuk tahun ni yer.. Hmm.. Setakat ni yang dah dirancang..

*Find a better job. Tapi dah cukup syukur jugak dengan kerja sekarang ni. I like it <3

*Beli e72

*Repaint ACS 3500

*Saving at least RM200 sebulan

erm, tu je dulu kot yang aku ingat sekarang. nanti update lagi. nunite~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...