Saturday, January 9, 2010

Wakenababe!

Tergerak hati nak telefon rumah. Macam lama tak sembang dengan mak ayah aku. Last bercakap 4 hari yang lalu. Aku pun dail lah 05-776**** (hehe, sensored)

Lepas tu, satu suara kurang dikenali angkat. Aku macam dah.. Eh, suara siapa pulak neh. Sumpah tak dapat nak cam. Berfikir dengan panjangnya sehinggalah disedarkan oleh suara tersebut,

"Yer, nak cakap dengan siapa?"

Aku masih tergamam. Duk berfikir, aku salah dail nomborkah?

"Err.. saya nak cakap dengan ayah saya.." (suara macam kurang pasti nak cakap apa)

Suara tersebut gelak. Ahh, sudah~ aku salah dail kot ni. Salah rumah kot ni. Salah nombor kot ni.

Aku pun mengambil langkah selamat,

"Eh, takpelah. Saya rasa salah nombor kot"

Terus letak. Tengok nombor yang aku dail, betul.

Hmmmpphhh.. Berfikir dengan kuatnya. Siapa tu yang angkat? Kenapa orang lain angkat telefon rumah aku? Cross line kah? Sumpah sangat berfikir sampai telefon Mr. Bf mengadu.. "Za nak cakap dengan ayah, nape orang lain pulak yang angkat :("

Lepas tu makin difikir fikir, makin bukan bukan lah otak aku neh. Siap fikir lagi, ada orang masuk rumah aku kah. Tak sedap hati. Terus call handphone ayah. Masuk voice mail pulak dah. Telefon handphone mak pulak. Fuh~ Lega.. Call dijawab ;D

So, sembang punya sembang.. Tiba tiba bolehkah mak tanya,

"Eh, yong ke yang call tadi?"

I was likeeeeeeeeeee.. OMG! Malunya saya. Seronok ye mereka gelakkan saya tadi. Sampai sakit perut aku gelak dengan mak tadi. Cis cis cissss!!!

Apakah aku tak cam suara ayah. Ayah pulak dah cam suara aku, berlakon pulak beliau. Sumpah ayah comel gila kelakar. Tak tahu sampai tahun bila akan diungkit pasal ini. Malu T_____T Rindu sangat ayah saya. Sob3Rindu emak saya jugak.

Rindu rumah. Nak balik rumah :(

p/s rupanya kitorang adik beradik berebut line telefon rumah malam ni. Haha. Before aku call rumah, Ngah call dulu.. And then masa aku call tu, budak ni tengah cakap dengan ayah, patutlah masuk voice mail. Aku pulak pergi fikir bukan bukan. Hihihi.

14 comments:

nyna said...

hahahaha.
memalukan ok xkenal suare ayah.
patutlah ayah gelak tibe2 td.
tapi xtau pulak sebab ape.
miahahah.
silalah terima pasni 8 taon 8 bulan 8 hari awak jd bahan kat umah.
haha

2 ah.sehati sejiwa pulak kita arini.masing2 kol umah.tapi aku spesel sikit.ayah yang kol aku.
sah aku anak kesayangan.
lalala :D

nyna said...

weyh.serius aku anak kesayangan.
miahaha.

sweethOneY said...

malas layan. lalalaa

weh, siyes aku x kenal lagi. mcm lain gila. ayat x bleh blah betul "err.. saya nak ckp ngan ayah sy"

gagap2.. miahahaha

nyna said...

hahhahhhaha.
bajet gila sopan.
awaklah bahan untuk tahun 2010 nih.
hahahha
tahnih :)

sweethOneY said...

hahahaha. pastu dh ayah gelak2, takot2. trus ckp, sy rs sy salah nombor. hahahaha letak terusssss!!! malam yang memalukannn.. takpe. aku redha. haha. apakah aku yg terkena.. nape tidak org lain!

~dARlee zURiS~ said...

hahaaa...
geli perut aku

PinQib said...

hehe.
ak baca entry ni, tergelak sorang2
hehe.
adoi,
x sngka lak, diorang leh
wat lawk spastik,
malu siot.
hehe.. xpa la, kurang2 diorang x nyamar jd cina ke india ke apa..
hehe,.
alolo, manja. kita miss gakkkk parents kita

Shafie said...

time tu jgk la semua rindu ek..hehe.
tp bila tgk dialog yg izza tulis klaka jgk kalau pk :p

MiSZuE said...

best je kan leh gurau2 camtu :))))

:: p R i n c E s S _ N :: said...

huhu....lawak je apak ko..terserlah ko ikut muke apak ko wehh....anak apak ka..

nyna said...

haha.
tibe2 aku tingat dialog ayah.
"jgn buat ayah marah,nnti ayah nak marah je.sensitif nih"
miahaha.
suka no eh aku ngn dialog tu.
sampai kalo ayah marah aku otomatik tecakap dialog tu.
huhu.
ampunkan anakmu ini wahai ayahanda :)

sweethOneY said...

akak zuris - hehe.. baby rasa geli sekali tak?

pinqib - ehehe.. tu la dia. terkena sebijik dengan ayahanda sendiri

shafie - :D

zue - olor yang. ko rindu gak ek
:( takpe2.. ko leh gurau gtu ngan aku :) *hugs

ayein - yeke ikut muka apak aku? hehee.. anak apakkk

nyna - keji owh. dari ayah nk marah betul2 kang terus dia x jd marah.. jangan buat ayah marah. ayah x boleh start marah. ahahaha.. comel

Redbloodsnow said...

hahahaha...pandai ayah ko nyakat ko ek yang. sooo cuteee..hehe. Adehh..ttiba rindu arwah ayah aku lak :(


jeles tgk org still berayah :( :( :(

sweethOneY said...

olor2 yang.. takmo la sedih2 :(

takpe.. skrg dh ada dillah kan. kira tempat bermanja jugak tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...