Okay, blog kembali boleh diakses oleh semua pihak. Aku boring update macam cakap dengan dinding pulak dah private neh. Ahahahaha. Takpe, siapa yang nak buat khianat dengan aku tu, Allah je yang balas. Buatla jahat dengan aku, esok esok orang buat jahat balik dengan korang.. Padan muka! Hehe.
So, alkisah hari minggu aku.. Hari minggu yang memenatkan okay. Tu yang pergi kerja hari ni pancit aje..
Sebelum tu, tak terlambat lagi kan nak wish to all!! Dah masuk tahun baru ni, harap harapnya siapa rasa perangai dia macam syaiton tahun lepas, bawak bawak la berubah. Siapa rasa tahun lepas tu suka sangat khianat kat orang, bawak bawak la berubah jugak. Siapa yang mulut macam longkang, bawak bawak la cuci sikit mulut tu. Jangan asyik mengata orang kak.. Tak baik :) Bukan cakap kat korang je ni, ingatan untuk aku jugak. Kang ada pulak yang cakap aku berlagak baik. Hahaha. Like I care? Eh, lagi satu kan.. kalau aku tak cari pasal dengan korang, tolong jangan cari pasal dengan aku boleh? Mintak tolong neh (dengan muka tersenyum manis) dan tolong jangan nak sound sound aku atas salah yang orang lain buat..
Okay, cukup ucapan ringkas di tahun baru. Aku ni bukan reti nak cakap sepatah dua kata. Kang konpom jadi berjela jela.
Jumaat yang lepas, bersamaan 1 January 2010.. Aku ada date! Dengan gadis gadis kesayangan. Err, kalau 17 tahun dah boleh panggil gadis kan? Ke kanak kanak lagi? Hahahahaha.Dua orang yang seng. Hihi. Sorang tamak, sorang lagi makan seciput.Kitorang keluar pergi IKEA. Jauh tuuuuuu dari rumah aku. Berpusing pusing tak sampai sampai, rupanya cik driver tersalah jalan ;p Nasib tak lepas sampai ke Johor ek.. Lagi satu kan, si budak Zaty tu dari Klang naik train sampai area rumah aku. Tabah kan? Sejam lebih tu dik dalam train. Pasni boleh suruh datang lagi ;D Aah, semua neh saya yang makan. Nyum~ nyum~Aksi bermanja harus ada. Lama tu ko tak jumpa..Budak bermuka kuning. Hihihi. Ada kat rumah aku weh katalog ni. Baru aku tau rupanya katalog ni tak boleh bawak balik. Entah sapa la tukang seludup tu.. Hehehe.
Kemudian, dari IKEA kitorang terkedek kedek menapak ke Cineleisure. Niat murni nak tengok wayang bersama sama okay. Tapi punyalah ramai pulak umat duk beratur. Batalkan niat nak tengok wayang.Pergi karaoke laaaaaaaaaaaagi best! Ahahaha. Tapi adalah orang tu, dia pilih lagu kan.. lepas tu kan, bila lagu tu keluar kan.. dia buat buat tataw.. kononnya entah sapa sapa la yang duk pilih lagu tu tadi kan. Nervous kot pestaim nak menyanyi sama ni. Hahaha.
Dia malu, lantak situ kan yang.. Kita steady je. Hakhak. Dangdut memang adalah terbaik.. "Berdegup jantungku mendengarkan namamu.. Ahh..Ahhh~"
Hahahahahahahhaa!!Gedik never end.
Seronok keluar dengan kamu dua orang neh. Letih kan hari tu. Padahal jalan area KL je. Itupun berapa kali seat driver bertukar tangan. Hahaha. Zaty, cepat la amik lesen.. lepas neh ko pulak jadi driver okay.. Lain kali datang lepak rumah saya lagi yer ;D
p/s siti bum bum, hehe.. kita dah open balik ni ha.. takmo ar nangis nangis ;p jemput baca ye. hehehe