Sunday, January 17, 2010

Citer hari sabtu

Semalam mulanya adalah plan untuk duduk di rumah saja menyandang gelaran suri rumah sepenuh masa untuk satu hari. yer ar.. weekend lah waktu aku nak mengemas rumah, mengemop lantai (tapi tak penah buat lagi pun. miahaha), nak membasuh baju yang berbakul-bakul itu.. lagi satu yang paling penting, nak berehat ;D so aku selalunya adalah malas untuk keluar bila hujung minggu.

tapi semalam, aku menggagah dan menggigihkan diri untuk mandi (haha, mandi pun siap macam terpaksa ek?), iron baju, siap-siap lepas tu naik train pegi mid valley. ha, kan semalam dah ajak dah korang pegi mid, sapa suruh taknak ikut ;P

tujuan utama pegi mid valley ;

|
|
|
|
|
v

nak jumpa girlfriends masa join GEMS hari tu. lagipun cik ena tu susah nak cuti weekend, zoologist la katakan ;P semalam dia mc, dah ada chance tu.. mestilah nak meet up kan. so lepas maghrib semalam, gerak pegi mid untuk huha huhi dengan ena & asna..

sampai mid memang adalah kebulur okeh. I lapar nasi campur, pegi makan kat food court mid, I yang orang ulu mana neh, jakun sebab amik nasi + ayam potong kecik-kecik + sayur = rm8.60! pada saya itu adalah mahal. kalau setakat rm5-6 itu pada aku (aik, kejap aku, kejap saya, kejap I. haha. diam. terima je ok ;P) biasalah. tapi takpelah, sebab itu food court mid valley kot. sebelum neh pergi makan kat situ pun tak pernah amik nasi campur. okay, sekian citer nasi campur rm8.60 saya.

lepas makan, pusing-pusing dalam jusco kejap. lepas tu gerak pegi old town kerinchi. diorang neh ha nak lepak dengan sir. ada udang sebalik mi tu, nak mintak sir antarkan balik ;P oooo, datang pandai, balik tataw ek. hehehehe ;P tapi tak kesampaian hajat nak ajak diorang lepak umah aku, tak sempat semalam. hmm, next time ye syg! bukan jauh pun ;D
bebudak gems. dengan trainer gems. oh~ hari ni mereka duk berendam kat ulu yam tu. mesti seronok ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...