Wednesday, November 21, 2012

Resepi Tauhu Lembut Kukus

Pagi pagi ni, saya kongsi resepi.. Nak ? Resepi simple sangat pejam mata pun boleh buat tapi kalau tangan tersambar api, tak jamin lalala.

Tauhu lembut ni kegemaran saya dan suami. Walaupun tauhu takde rasa tapi tetap rasa sedap jugak. Ni tauhu yang dalam bekas tu, ada banyak je jual kat supermarket.


Resepi Tauhu Lembut Kukus

Bahan-bahan

1 bekas tauhu
Isi ayam/udang *potong kecil kecil
Bawang putih *cincang halus
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali non stick. Tumis bawang putih sehingga keperangan. Masukkan sedikit air dan juga isi ayam/udang. Kacau rata.
2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan juga garam. Sesuaikan rasa. Kalau nakkan kuah yang pekat, boleh bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan sekali ke dalam kuali. Ketepikan.
3. Sediakan periuk pengukus. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas tahan panas, kukus selama 5 minit.
4. Siramkan kuah tadi ke atas tauhu yang siap dikukus. Sedia untuk dimakan.

Ataupun, kalau cara yang lebih mudahnya lagi. Nak kukus tu, kau campur je semua bahan bahan di atas, masuk periuk pengukus. Siap, tak payah nak siram kuah lagi hihi. Ini cara kalau nak yang senanglah.



2 comments:

nanonano said...

aku dh ushar tauhu ni smlm
tp tragak2 nk ambik
sbb mcm byk je sketul tu
agak2 klu aku gune sparuh, sparuh lg simpan dlm peti tahan lama x??

Hasnah said...

ala2 tauhu yg Chicken rice shop jual tue ek? sedapppppnya! tp klu tukar ke tauhu bulat2 boleh x? tauhu petak nie cik abg xmkn sgt. dia suka tauhu bulat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...