Friday, October 5, 2012

Nasi Carrot / Nasi Lobak Merah

Hari ni ada mood nak masak. Rasanya dah seminggu ke dua minggu agaknya gantung kuali. Suami pun asyik manjakan sangat kan, asyik ajak makan luar je.. Manalah bini dia ni tak naik lemak, makin lama makin liat pulak nak ke dapur :)

Check apa yang ada dalam fridge, nak habiskan stok je. Malas nak singgah singgah kedai walaupun bawah ni aje kedainya heheh. Tengok cuma ada carrot sebatang dengan ayam, adalah dalam 3-4 ketul macam tu. Hmm, otak ligat fikir nak masak apa lah ni. Yang senang, tak leceh dan juga complete lauk dan sayurnya.

Ting ! Datang idea, mari cuba masak nasi carrot lah ! Google punya google, ambil idea sana sini sikit. Marilah kita masak guna apa yang ada.

Resepi Nasi Carrot

Bahan-bahan

2 cawan beras
1 cawan susu sejat
1 biji tomato *potong dadu
1 biji bawang merah *kisar halus
2 ulas bawang putih *kisar halus
2 inc halia *kisar halus
1 batang carrot (separuh diparut, separuh lagi diblend)
1 sb margerine
1 sb minyak sapi
1sb minyak masak
Rempah 4 sekawan

Cara-cara

1. Panaskan margerine, minyak sapi dan juga minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
2. Masukkan tomato dadu, kacau sehingga tomato layu sedikit. Masukkan air lobak dan juga susu sejat.
3. Kacau sehingga mendidih, masukkan beras. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah air jika perlu. Masak nasi seperti biasa.
4. Apabila nasi hampir masak, taburkan carrot parut.

Dan tadaaaa !


Dan jadi nasi carrot saya. Baunya sedap masa masak tu, yum yums !


Senang kerja, cuma masak satu lauk je. Hehe gandingkan dengan ayam masak merah. Itupun suami tanya, tak ada timun ke nak buat acar lah tu hehe sorrylah sayang, ni guna apa yang ada je. Lain kali kita makan yang lengkap punya ye ?

Sedaplah nasi carrot ni cuma lain kali saya nak cuba buat tak nak guna susu langsung. Nak cuba gunakan air sahaja sebab kalau letak susu ni makan banyak banyak rasa muak sikit kot. Rasanya untuk budak budak pun sesuai jugak kot nasi carrot ni.

Rujukan resepi dari sini :

2) Hairul

Terima kasih !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...