Friday, December 31, 2010

bye bye 2010, welcome 2011

ha, betul-betul dah hujung tahun. baru lah nak update 2010 resolution punya result, sama ada tercapai ataupun tidak :)

belek-belek diary hari tu (oh yes, I still have diary. hihi). Sungguh tak percaya getting engaged was a part of my 2010 resolution. gatai sungguh naaaa time tu :p

alhamdulillah boleh dikatakan semua azam tu berjaya dilaksanakan dalam tahun 2010. kecuali yang dua terakhir tu, masih in progress. hehe.

so, 2011. diharapkan perkara yang baik-baik saja yang menanti, insya Allah.

bye-bye 2010. Many things happened this year. I hope more will come in 2011.

HAPPY NEW YEAR !!!!!

jumpa di anak dara kenit

CAKKKKKKKKKK !!!!!tengoklah siapa in the house. si anak dara kenit ni ha. kysha oi, comel benarrrrrr taw kamu ni. geram !! kecil comel je taw si budak ni. yelah, kalau tengok blog mommy dia. nampak dia ni macam besar. tapi rupanya share gen yang sama ngan mommy dia, kecik molekkkkk :Ddah la elok je tak meragam lak dia. first time jumpa aku, boleh diambil-ambil, didukung-dukung, dipeluk-peluk, dicium-cium. hihihihi. dia dah kenal ehemm.. auntie dia ni. ahahahhaha :p yelah. auntie lah. bukan kakak. umur dah nak masuk 25 (padahal baru beberapa hari lepas je masuk 24, ada hati nak mengaku 25 ek :p).me and mommy kysha. aku macam terlebih tinggi pulak di situ. hehe. sian lil kysha tersepit kat tengah-tengah. weh akak, sumpah aku geram ngan anak dara mu ni wehh. kalau aku ada anak bujang, leh bagi kawan-kawan. apakan daya, si bujang saya dah berumur 27 tahun. itu takleh share ngan orang =)) hahaha.

nanti kita jumpa lagi ye kysha :D


Thursday, December 30, 2010

yeay. keluar jugak. haha.

wow. 2010 hampir melabuhkan tirai. nothing much to share here. since I'm at home right now. hihi. so, esok cuti ka. kerja ka. takde efek pada diriku ini :p tibe-tibe je. hahah.

so, hari ini ada sedikit aktiviti. teman adik pergi beli phone. kalau kat ipoh ni, biasanya tempat nak cari phone dia adalah kat Greentown Mall.nina muka adalah happy dah dapat X5 dia tu. pink kaler lagi. zatil, aku berjaya menghasut suruh dia beli phone macam you tu. hihi. since I really want it, tapi aku baru je tukar phone.. so kena la hasut nina suruh amik. hihi.
ni foodcourt kat GM tu. sedikit nostalgik sebab inilah tempat yang suka sangat bersidai bila outing zaman sekolah dulu. hihi. btw, mi wantan yang sedap itu masih di tempat yang sama ye rupanya. di tempat yang sama seperti 10 tahun lepas :)aku tengah cari organizer (read: my wedding planner). tapi tengah dok cari-cari, teringat pulak scrap book yang duk dalam bonet for almost 3 bulan langsung tak berusik tu. konon beli hari tu nak buat planner untuk tunang hari tu. adoi, tak payah la berangan izza oi dok beli je kalau asyik kat situ berbulan-bulan T__T okay, esok pagi pergi amik itu scrap book dalam bonet kereta and start writing something okay !!!



Tuesday, December 28, 2010

congratulations fea !!

sabtu lepas, 25hb Disember tu Hari Krismas kan kan kan ?? haaa, apa yang korang tak tahu, 25hb tu jugak salah seorang gadis kesayangan dah bergelar isteri orang :)I'm ready to go to the wedding !!congrats fea dan man ! you look soooooooooooo beautiful in that dress fea. muah muah, love you !!

ditemani gadis-gadis kesayangan juga :)plus they know fea too. dulu kan dua orang budak ni je yang rabun. sekarang aku pun dah join the club T__________T

eh. sebelum kitorang selamat sampai kat kenduri fea tu kan. dah terpegi kenduri orang lain yang sama tempat. lain blok je. siap dah parking dah jalan menuju khemah dah. tapi ragu-ragu sebab tak nampak pengantin pun. pastu banner ke hape ke hapah pun tak nampak. so macam betul ke ni kenduri sofia dan noriman ??? last-last tanya makcik penanggah tu. sekali dia sebut nama langsung tak dikenali daaa T_T terus kitorang marching menuju ke kereta balik. dengan perasaan segan dan harap-harap takde sapa perasan yang budak bertiga ni baru je masuk tempat kenduri, apesal dah kuar balik pulak T_T hahaha.jumpa aja cayang juga di sana. nemo, ko pergi tak ? tak terserempak pulak kan, kalau ko pergi la. hehe.

to fea and man, semoga berbahagia selamanya ♥


homemade kimbap

jumaat lepas, Gg datang rumah aku. dan beliau request kelas belajar membuat kimbap. hihi. so, lepas balik kerja hari jumaat tu, pergi amik Gg kat KL sentral, lepas tu terus pergi ampang. gigih tak gigihnya, jammed sangat lama okay ! naik tension pulak kepala otak aku memikirkan adakah lepas ni kehidupan aku hari-hari kena harung jammed ? oh tidak T___T

btw, untuk perkongsian maklumat, kalau korang rasa nak buat kimbap ni jugak.. barang-barang dia senang beli dekat ampang tu. dekat perkampungan korea tu. aku pernah pergi sekali dengan min dulu, dia pandai cakap korea. hehe. so bila pergi lain kali, just ikut apa yang beli dengan dia dulu la. tak berani nak memandai-mandai sendiri. tak tahu baca apa yang halal apa yang tidak.

hasil kelas kimbap selama lebih kurang 3 jam.ini adalah yang terpaling senang. ini memerlukan sedikit kemahiran dan kesabaran. jenuh jugak nak menggulung tu. tapi berkat usaha gigih kami berdua..dapat 5 bekas kimbap okay !!!! haaa.. salute tak ? haha. buat bekal ni balik kampung ni :p

p/s dapat hadiah hari jadi daripada mirah.thanks mirah ! coklat putih itu sedap.

Sunday, December 26, 2010

last day

24hb December 2010, last day aku kerja kat area cheras ni. start je tahun baru, tempat baru pulak. haiya. semalam kan, masa kemas-kemas barang, clearkan drawer, koyak mana kertas yang perlu (yang banyak conteng-conteng tah pape tu. hehe), susun-susun outstanding jobs. explain pada colleague mana kerja yang tak sempat aku nak siapkan, terpaksalah beliau take over plak. hehe. nasib lah ye, bukan aku tak berusaha. dah pending jugak nak buat macam mana :)

so semalam last day rasa semacam plak. masa kemas barang tu, rasa berat hati je. nak pulak masa nak keluar office tu, bos dengan bini dia sekali hantar sampai pintu. wish goodluck semua, siap cakap keep in touch, apa-apa boleh call je. haha. sebak sekejap di hati. gedik kan :p

pastu balik rumah, malam sebelum tidur asyik la terfikir-fikir.. macam mana la agaknya life aku lepas ni. busy ke. penat ke. rasa menyesal ke. haih, dah buat keputusan mana leh nyesal lagi :p budak ni kan, takut sangat kalau nak susah ek. yelah, tempat kerja lama dekat sangat dengan rumah, siap kadang-kadang lunch hour sempat balik rumah lagi. hehe. office baru nanti menjawablah. yang paling malas nak tempuh adalah jammed.

ya allah, kuatkan la hatiku ini. permudahkan segalanya untukku. amin..

btw, esok akan balik kampung selama seminggu. yeay. dah kerja ni, bila dapat cuti panjang seminggu ni pun dah kira besar rahmat dah ni kan :)


Thursday, December 23, 2010

cerita hari lahir

hari ini hari jadi aku. hari jadi yang gembira ♥ walaupun ada seorang dua yang bernama girlfriends tak wish, mungkin diorang lupa ataupun diorang busy kot. hehe. tapi takpe, aku rasa umur bila dah makin naik ni (cakap je la dah tua weh !), makin tak kisah kot.

tahun ni punya birthday for me almost perfect. dapat lunch treat daripada bos. hehe. dapat kek daripada encik tunang. dapat spend masa bersama. ayah pun tengah-tengah malam semalam lagi wish, "selamat hari lahir dari keluarga di kampung" agagagaga. comel betul ayahku. mmuah. sayang mak ayah !
24th birthday. orang lain dah nak masuk 25, dia baru nak masuk 24. hehe.eh. birthday girl lagi. haha. girl ke wehhh.kad kartun jiwang yang sungguh comelness. hadiah tahun ini.

thanx syg. saya suka sangattttttttttt. pandai abg pilih :)tunang saya yang sweet. hehe. sayang kamu.



Tuesday, December 21, 2010

blogging world

In blogging area, there's a very thin line between sharing and showing off :)


Monday, December 20, 2010

kenduri kendara

berhujung minggu di kuala kangsar. dah lama tak balik rumah. dapat balik 2 hari 2 malam pun jadi la T___T minggu depan boleh balik seminggu pulak. yeay yeay ♥

oh ye. sabtu lepas ada kenduri kat rumah paktam aku. anak bujang dia nak bersunat. eh, mind you. bila aku sebut anak bujang tu jangan la bayangkan umur 14 tahun ke 15 tahun. pitammmmm. anak bujang dia umur darjah berapa ek. kih kih kih. den lupa. tapi sekolah rendah la.

meriah eh kenduri-kenduri zaman sekarang ni. kenduri berkhatan pun siap ada khatam quran, bunga telur, goodie bag semua sekali. siap ada gerai rojak lagi ! siap ada sorang sedara aku tu, anak dia nak berkhatan hujung bulan ni kot, ada kad jemputan lagi. memang begitukah sekarang ? kalah kenduri tunang saya taw T___T

banyak gambar nak kongsi taw. tapi adik aku ni pemalas nak transfer gambar pastu emel kat aku. padahal aku taw dia pemalas bukan sebab apa, sebab dia rindu boyfriend dia kena masuk hutan. agagagaga. kan nina kannnnn :p sabar-sabar la ye, rindu-rindu tu kan best :p
izzatul azma is wearing her mom's baju kurung. selongkar beg emak cari baju kurung beliau di masa muda dahulu. hihi. emak pasti berbesar hati tengok anak dara dia pakai baju beliau masa muda dahulu kan. harap-harap ada anak nanti, anak akan teringin untuk pakai baju saya pulak nanti :p

ada gambar full tapi dalam d40 si budak pemalas nak emel tu. haha. takpe, nanti aku upload. sebab nak sangat tunjuk kat korang ni, bergaya dengan baju emak. hehe. sexcited sakan. btw, adik aku tu pun pernah pakai baju ni.bab selongkar-selongkar baju pastu amik gambar, boleh serahkan pada kami ! :Dadik bongsu ni pun kan tengok kakak-kakak dia sibuk nak pakai baju ibu, dia pun nak join sama. tak sedar diri umur baru 11 tahun. hahaha. dah makin bulat la awk ni dik. sila diet ok.adakah muka kami macam muka photostat ? orang asyikla kata "ni ke yang bertunang hari tu?" kat nina ni ha. rasa nak angkat tangan cakap, "saya ! saya yang tunang hari tu !" hahahahah. ngah, kitorang cuba tiru gaya awk amik gambar :p kalau awk tak percaya awk suka amik gambar macam ni, awk tny mirah. haha.

selamat memulakan minggu yang baru semua !!


Sunday, December 19, 2010

ini cubaan

test.. Test.

Morning semua. Pagi ni terbangun awal sbb en tunang call tp bila aku angkat tak cakap plak. Pastu putus. Pastu aku call balik tak angkat. Pastu aku tak boleh nak sambung tidur dah di pagi ahad yang sejuk ni T_T

Semalam hari yang super duper penat. Tapi itu tunggu gambar nanti aku cerita taw. Taknak taw pun nak cerita jugak :p

P/s ini cubaan mengupdate using the phone. Adalah menyeksakan okay.


Saturday, December 18, 2010

I am a NOOBberry

"What berry are you?" is brought to you by Digi. Answer all the fun quiz and discover what berry are you. Also, stand a chance to win limited edition BlackBerry exclusively from Digi ;)

I have played the game and I am... *drum roll pleaseee

Agagagaga. Noob dikatanya aku ! haha. tapi betul lah kan as I dont own any berry right now. Torch pleaseee. haha. ada hati la. tapi sayang duit :p

So, find out what's your berry and feel free to share it here ;)

WHAT BERRY ARE YOU ?

p/s this post was inspired by this post -> I Am A KEPOHberry! Haha hihi. yunk. sangat kena jawapan kuiz ni dengan ko :p


Thursday, December 16, 2010

nyum ~

malam ni takde mood nak bertung tang tung tang kat dapur. lagipun ada rasa nak makan bubur ayam campur dengan pekasam. uih. bunyi macam sedap.

bukak peti ais tengok-tengok ikan pekasam tu dah tak elok. sobs T_T

jadi tukar plan A. haha. sebenarnya ini lah plan asal. plan B adalah nak makan dengan pekasam. plan A adalah nak makan dengan ikan bilis. tapi tiba-tiba je plan B terbuat dulu kan. tak dapat pekasam, ikan bilis pun jadila :pgoreng rangup krupp kruppppyummy !

perut kenyang suka hati :)


Wednesday, December 15, 2010

orang pakai dress, dia pun nakkkkk jugak

hai ! *sambil memberi senyuman pondan

haha. first time pakai dress ni setelah dah berapa bulan duduk diam je dalam beg balik kampung sebab berazam taknak pakai dia sebab rasa dia buruk tapi tiba-tiba nampak adik pakai jadi keyakinan diri pun datang, lalu mencuba menyarung dress oren ini di badan. *fuh, senapas !

taknak cakap banyak lah. memang nak tunjuk orang jakun baru pertama kali pakai dress ni je :pada okay ?


Monday, December 13, 2010

happy birthday

dah dekat sangat nak masuk hari baru, baru la nak buat ucapan hari jadi kan. 13hb december, dua orang adik berkongsi tarikh lahir yang sama. sorang adik kandung, sorang lagi di luar kandungan. agagagaga ;p

so happy birthday to my sister,oh, sempena menyambut birthday beliau. semalam aku belanja makan dominos.pizza baru. sebab aku suka dominos ? sebab topping yang tidak kedekut. tapi ada jugak yang tak suka. sebab tak ada soup of the day :(

and also happy birthday to you, budak baru lepas SPM
wish both of you happiness in life and afterlife :)


Saturday, December 11, 2010

this is all about food



makan. makan. makan.

pastu gomok bising. pastu kang mula la nak lompat bintang pat ploh kali sebelum tidur. pastu kang mula la tak sedar alarm berbunyi. pastu terus lambat masuk office. eh. cakap pasal sapa tah. hahahahaha.

ey korang. taw tak bosan gilo dok rumah sorang-sorang. harap-harap dapat new housemates yang okay nanti. tak yah nak best sangat pun takpe lah, janji leh berkawan ngan orang. hahaha. so lunch untuk orang kesunyian ni hari ni, nasi goes with..
sunny side up + kicap manis cap kipas udang. nyum !sup sawi + cendawan.

jadi lah kan :p sok-sok dah kahwin boleh ke laki aku terima masakan (layak ke panggil masakan weh!) gni eh ? yang, boleh ke yang kalau ada hari-hari yang pemalas masak gini je ? hehehehe

btw, semalam adalah pergi dating. yeay. kitorang dah jarang jumpa taw sekarang. sob sobs. dia busy. sob sobs. weekend kenalah cari aktiviti sendiri supaya tak meroyan di kemudian hari. hahahaha.

tengok narnia semalam. best jugak walaupun aku tak tengok narnia 2. nak kena cari ni sebab aku sumpah confused siapa itu prince caspian. apa kaitan dia dengan adik beradik tu. and mana peter and susan ha ? tolongg tolonggg peminat tegar narnia sila explain kepada daku.after the movie session, we had our mcd session ♥

sila tahu prosperity is back ! eh, ke korang dah tahu aku yang baru tahu selasa hari tu ? hahahaha. but, I'm not her big fan (read : her merujuk kepada prosperity. haha. sukak2 aku bagi sex ; saje taknak sebut melayu punya. miahahahhaha)

kitorang kan suka bertekak benda bukan-bukan. hahahaha. semalam uji kepintaran sains, pastu dah bergaduh bentuk kromosom sebenarnya X bersambung ke tidak. haha. nasib baik la ada wifi kat situ, masing-masing tak puas hati cepat-cepat google :pok. ini kromosom. hahaha. credit to here

you make me very happy syg and thanx for that ♥

happy weekend semua !

p/s instead of dating, akan berhujung minggu di rumah adik minggu ini. yeay. leh tumpang basuh baju kat sana. hahahaha.


jumaat yang kalut !

pagi tadi bikin aku kalut tahu. tak pernah-pernah kejadian sebegini berlaku. haih.

bangun pagi, dengan perasaan malas tengok jam. sebab biasa tersedar pukul 6.30 pagi lepas solat sambung tidur sampai pukul 7.45 pagi. tiba-tiba di pagi yang mulia ini, tengok-tengok jam, 9.20 PAGI ! damn.

bangun tidur secara tak berapa melompat. sempat pikir kejap. hari ni hari apa ye? tengok kalender, hari jumaat. pikir lagi. eh, hari ni cuti ke ? apesal aku bangun lambat ? apesal ????!!! *dengan tindakan refleks terus text mr lee bagitahu masuk lambat.

ingatkan dah lambat tu reti lah cepat-cepat bersiap kan. oh tidak. tak reti ok. mandi siap syampu sambil berlalala lagi. hahahaha. adakah ini simpton pekerja yang akan berhenti dalam masa 2 minggu lagi ?

kesimpulannya, berjaya sampai ke pejabat pada pukul 10.05 pagi. takde punch card so punch card merah tiada. hihihi. one of the advantage :p

aku heran jugak apesal aku tak sedar alarm bunyi. sebab aku adalah jenis manusia yang cepat betul tersedar. aku syak la ni sebab aku ketakutan kegemukan malam tadi lantas telah lompat bintang sebanyak 40 kali. ceh. 40 kali je pun, bukan 400 kali kan. yang konon nak letih sangat sampai tidur tak sedarkan diri apesal ?

anyway, my boss was cool about it. hish, bukan sebab aku lompat bintang lepas tu terus tidur tak sedarkan diri dan bangun lambat. eh, tak salah paham ek ? penat je explain taw =.=" (tiru adik lelaki aku punya favourite sign. hahaha)

basically dekat ofis sekarang, aku cuma nak clearkan kerja-kerja aku yang masih pending. which is adalah dekat 5-6 file jugak to kick out from my table. bukan pending sebab aku ok. aku dah buat cepat-cepat dah kerja tu, dah tu clients lambat respon bla bla blaaa..

lepas tu dapat satu audit job baru. macam besar jugak. sebab dokumen dia banyak. 6 big boxes. pitam. kena setelkan dalam masa kurang 2 minggu. phewww~ dan bos aku dah tinggal pesan siap-siap, next monday ada new staff akan masuk.. aku kena guide dia. eh, lepas ni semua pekerja kat situ semua chinese lah.

tapi aku ada rasa sedih pulak sikit tadi bila lepas bos aku dah assignkan kerja tu, dia cakap ;

"this would be your last assignment here"

T______T

Thursday, December 9, 2010

housemate WANTED

kenal ini siapa ? siapa tak kenal tu memangla dia. tipu tu. hehe.

siapa nak jadi rakan serumah aku :p sebab ada bilik kosong kat rumah ni, dan taknak lah bayar berdua je. another housemate tiba-tiba aje hari ni nak pindah, hari ni jugak baru nak cakap.

dan worst thing, nini jugak nak pindah bulan 2. lagipun nini selalu outstation, jarang ada kat rumah. so kesimpulan di sini ;

ada dua bilik kosong. satu boleh masuk bulan januari, satu lagi bulan februari.

lokasi rumah di area bandar tasik selatan. assessable to many places and malls. siapa berminat, boleh contact aku.

p/s to be honest, I don't think this is going to work. haha. tapi takpe, kita mencuba :)

Tuesday, December 7, 2010

my birthday girl

Salam Maal Hijrah 1432.

Today is December 7, 2010. Besides Maal Hijrah celebration, I have another thing to celebrate.
my beloved girlfriend's birthday. Actually we did have an advance celebration last sunday. Didn't expect to meet again today. until she asked me, "hey, how many days you are not dating your fiance?" ala, rileks laa.. kite cool kan sayang, takyah dating hari-hari kan sayang. hehe.so today we headed to Times Square. we have detox massage appointment there. eh, syiok tahu detox massage ni. i think the unique part of the massage is they are using bath sand instead of sauna room to make you sweating. boleh la korang pergi cuba lain kali, kat Bella Luna, tingkat 8.

eh. nak share info. kitorang buat massage dekat Bella Luna ni under Groupsmore deal. best taw website ni. dah banyak kali aku promote kannn. korang taknak dengar kan :p lain kali ada masa tengok-tengokla kat situ. manyak untung woh. don't worry. this is just a harmless information sharing. I'm not earning anything from that.
Lately, we have spent quite a time together. harap-harap girlfriend tidak diposting ke negeri lain i.e Perlis. huwaa. hell no. jauh okay. siapa lagi nak jadi peneman aku nanti :(dear zatil ;

Happy 24th birthday babe !

may happiness will be yours forever.

I'll pray that you will meet you mr right and will never ever suffered like today again. never ever.

may your fate not so twisted anymore after this. hehe.

oh. and did I tell you how much i love you ? i heart you ♥ thanx for always be at my side all this while.



Saturday, December 4, 2010

caca marba

okay. minyak naik harga LAGI. last time aku checked harga minyak, RM 1.80 per liter. tak sedar pun bila masa naik ke RM 1.85 :p tup-tup naik lagiiiiiii.

dah tu, bila harga minyak naik. barang-barang lain pun standby lah kan nak naik harga. ke dah naik ? aku bukan amik tahu sangat hal gini pun sebenarnya :p

TAPI,

gaji tak naik. claims untuk travelling pun maintains 0.50 per km. tak balik modal kot. buat penat lagi ada. luckily this is the last month I'm doing it. hehe. sorry pei ling, after this you have to continue it. which is jadi runner, pergi sana sini. bayar cukai clients, buat company incorporation.

aku rasa small audit firm memang tak hire runner kot kan. ko lah staff, ko lah jugak runner, ko lah jugak typist. eh, multi tasking okay. which is kalau tengok dari sudut positif, it is good sebab belajar banyak benda. tapi yang tensionnya bila setengah hari dah kat luar ofis, balik ofis nak buat kerja lagi. pastu bos tanya progress. adeh.

eh. tadi citer minyak. tiba-tiba masuk cite ofis :pand, I'm glad I have my girl here to keep me accompany ;) you know, girls stuff ; things that cannot be done with your fiance. hehe. shopping, spa, saloon, manicure, pedicure, facial. oh, I'm loving it ! so babe, see u soon ♥

and to syg, congrats syg. I know you've worked so hard for our future. to make sure we can get married on time as planned :p so dear, keep up your hard works, and I ♥ you the most..

haaaa, amik ko. dari cerita minyak ke cite ofis ke cite girlfriend ke cite cinta. caca merba habis :p

happy weekend you all.


Thursday, December 2, 2010

happy convocation day kakngah !


ada orang menanti kite update tak ? :p

busy betul bercuti selama 4 hari. termasuk weekend lah. cut it short, motif bercuti kerana adik konvo selasa lalu ♥ tahniah ngah !kita lebihkan gambar la ek entry kali ni. hihi. korang pun kalau tulis banyak-banyak, bukan baca sangat kan :pkakngah konvo sesi pagi. so kena berada di tempat kejadian pukul 7 pagi. memang tak lah kan aku bangun awal sangat di hari cuti :p so emak ayah pergi dulu. lagipun boleh masuk dua orang je kan dalam hall.sampai dah dekat waktu tengah hari. hihi. tu pun ngah tak keluar dewan lagi. oh, lagi satu. uitm ni kan dewannya jauh ke dalam. jadi kena lah parking kat kawasan disediakan lepas tu beramai-ramai naik bas yang disediakan. haha. menguji kesabaran ok.inilah satu-satunya adik lelaki aku. yang degil dan suka menyakat. tak cukup mengusik kakak-kakak, emak pun diusiknya. kalau kecik, dah lama aku rotan. hahahahanah, bunga untuk awak ngah :)tapi kan yang buat emak ayah frust sikit sebab tak dapat masuk main hall. jadinya masuk dewan pun, dapat tengok skrin je. uitm memang begitukah ? siapa datang dulu dia dapat masuk main hall ? bukan memang setiap student akan dapat 2 pass ke ? eh, aku tak tahu. hihi.gadis pashmina :p

sian adik aku yang sorang tu tak dapat join kakngah konvo. sebabnya a day before dia dah start praktikal. kat shah alam jugak. takpelah mirah, tahun depan ngah konvo lagi. hehe. takpun, nina konvo nanti dapat pergi jugak. awk konvo nanti lagi lah best :Demak ayah happy

sayang emak ayah sangat-sangat !!

fuh. bercinta gila nak update. dengan malasnya. dengan internet slownya. -yours truly

:p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...