Saturday, December 11, 2010

jumaat yang kalut !

pagi tadi bikin aku kalut tahu. tak pernah-pernah kejadian sebegini berlaku. haih.

bangun pagi, dengan perasaan malas tengok jam. sebab biasa tersedar pukul 6.30 pagi lepas solat sambung tidur sampai pukul 7.45 pagi. tiba-tiba di pagi yang mulia ini, tengok-tengok jam, 9.20 PAGI ! damn.

bangun tidur secara tak berapa melompat. sempat pikir kejap. hari ni hari apa ye? tengok kalender, hari jumaat. pikir lagi. eh, hari ni cuti ke ? apesal aku bangun lambat ? apesal ????!!! *dengan tindakan refleks terus text mr lee bagitahu masuk lambat.

ingatkan dah lambat tu reti lah cepat-cepat bersiap kan. oh tidak. tak reti ok. mandi siap syampu sambil berlalala lagi. hahahaha. adakah ini simpton pekerja yang akan berhenti dalam masa 2 minggu lagi ?

kesimpulannya, berjaya sampai ke pejabat pada pukul 10.05 pagi. takde punch card so punch card merah tiada. hihihi. one of the advantage :p

aku heran jugak apesal aku tak sedar alarm bunyi. sebab aku adalah jenis manusia yang cepat betul tersedar. aku syak la ni sebab aku ketakutan kegemukan malam tadi lantas telah lompat bintang sebanyak 40 kali. ceh. 40 kali je pun, bukan 400 kali kan. yang konon nak letih sangat sampai tidur tak sedarkan diri apesal ?

anyway, my boss was cool about it. hish, bukan sebab aku lompat bintang lepas tu terus tidur tak sedarkan diri dan bangun lambat. eh, tak salah paham ek ? penat je explain taw =.=" (tiru adik lelaki aku punya favourite sign. hahaha)

basically dekat ofis sekarang, aku cuma nak clearkan kerja-kerja aku yang masih pending. which is adalah dekat 5-6 file jugak to kick out from my table. bukan pending sebab aku ok. aku dah buat cepat-cepat dah kerja tu, dah tu clients lambat respon bla bla blaaa..

lepas tu dapat satu audit job baru. macam besar jugak. sebab dokumen dia banyak. 6 big boxes. pitam. kena setelkan dalam masa kurang 2 minggu. phewww~ dan bos aku dah tinggal pesan siap-siap, next monday ada new staff akan masuk.. aku kena guide dia. eh, lepas ni semua pekerja kat situ semua chinese lah.

tapi aku ada rasa sedih pulak sikit tadi bila lepas bos aku dah assignkan kerja tu, dia cakap ;

"this would be your last assignment here"

T______T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...