Monday, August 31, 2009

Jom!

Selamat pagi semua.

Selamat Hari Merdeka yang ke-52.. weeewit!

Uii.. Seronoknya hari neh boleh sambung tidur lepas sahur dengan solat Subuh kan? Eceh, poyo je aku. Padahal hari-hari pun boleh buat macam tu. Haha.

Hari neh nak buat apa ye? Dah naik bosan lah hari-hari duduk rumah. Tapi kalau tak duduk rumah, nak duduk mana lagi T_T Hee, find a job.. A good job! Ya, betul! Pandai korang bagi cadangan untuk aku.. (Padahal sendiri yang mengutarakan cadangan begitu.. Haha)

Err.. Apakah yang aku nak tulis tadi sebenarnya?

Ohh.. Aku cuma nak ajak korang sambung tidur balik je. Jom!

ZzzzZzzZzz..

Eh!

Chop!!

Ada ke kawad merdeka tahun neh? Aku dah naik confuse ada ke tidak neh? Tapi, kawan aku cakap diorang join kawad tu, cumanya takde kawad lah.. Cuma perhimpunan aje. Due to H1N1 case lah neh..

Okay.

Jom.

Jom pergi mana?

Jom sambung tidur lah!!

ZzzZzzZzz..








Sunday, August 30, 2009

New Softlens

Lens cekelat aku dah expired T_T
Nak beli yang baru, macam tak berbaloi.. Sebab aku kan sekarang neh duk rumah je. Lens tu bukan pakai pun. Alih-alih kang, cukup 3 bulan kena buang.. Kan ke membazir namanya..

Lastly, aku buat keputusan nak beli lens biasa aje. Yang jernih.. Yang takde color. Sepasang RM20, pakai selama sebulan. Terlampau jernih lens neh sampai aku rasa ada kemungkinan kalau jatuh neh, menggagau nak cari balik. Haha.
Sumpah kekok pakai dia. Terasa muka lain macam je. Tu lah dia, dah hidup dengan lens cekelat selama lebih kurang 2 tahun. Haha. Sekali bila mata takde color, rasa macam lack of confident je.. Haha. Poyo jek ;p Tapi tak tipu aaa.. Memang betul rasa tak yakin je.Muka pakai normal lens. Aku je kot rasa lain macam. Orang lain tengok maybe biasa je. Tehehe. Itu mengada nama dia ;p









Anonymous

Hye!

Selamat hari minggu semua (:

Entry sebelum neh telah didraftkan atas sebab-sebab tertentu. Aku rasa ada orang yang tak senang tengok aku senang kot? Saje suka nak letakkan diri aku dalam tanda soal yang banyak. Saje nak bagi aku fikir banyak, aku taw aku takde kerja sekarang neh.. Tapi kau tak payahla nak buat aku banyak fikir lagi okeh?

Sebenarnya, aku tak suka menerima komen dari Anonymous. Kalaupun anda semua takde akaun Blogger, kan masih boleh letakkan nama.. So, lepas neh siapa yang takde akaun Blogger, tapi masih sudi nak memberi komen pada entry aku.. Aku harap dapatlah letakkan nama, okay? Tak susah kan (:

Okay. Tutup cerita.

Erm.. Khamis lepas aku pergi KL. Sorry ye pada yang tak sempat nak bagitaw tu.. Hee, sebab tujuan utama pergi KL pun bukan nak berpoya-poya. Jadi, rasanya kalau bagitaw pun tak sempat nak jumpa.. Sorry taw (:

Aku ada interview hari Jumaat kat Menara TA, bangunan betul-betul bertentangan dengan KLCC. Interview yang mengecewakan pun T_T Aku la yang salah tak tanya habis-habis masa company tu call suruh datang interview. Sudahnya, lepas dia briefing.. terus aku drop interview tu sebab tak berminat. Frust je sebab macam dah susah payah pergi T_T Aku dari pagi lagi bangun, susun-susun fail.. Lepas tu study sikit.. Lepas tu, siap-siap bagai.. Alih-alih begitu jadinya.. Sabar aje lah.Muka bersedia nak pergi interview. Haha. Masa kat rumah, bukan main nervous lagi. Dah sampai sana, dengar briefing bagai.. Boleh lepas tu aku drop interview tu kan?Muka nak pergi interview 2.

Sekali-sekala sidai muka. Huh.

Okay.

Sebelum ramai yang tanya.. Mehlah aku cerita apa yang jadi sebenarnya time nak interview tu. Hari Jumaat, jam 3 petang.. saya pemegang IC 861223-38-xxxx mempunyai temuduga di Menara TA One, bertentangan dengan KLCC kebanggaan negara. Jadi, pada pukul 12 tengah hari, dah siap-siap la gerak dari rumah sebab tak taw lagi tempat dia kat mana kan.. Sekian lama tak naik bus, tiba-tiba kena naik bus.. Aku rasa pelik. Haha. Nasib baik berjaya sampai kat stesen Asia Jaya tu dengan jayanya. Itupun lepas panik sekejap tak jumpa mana stesennya T_T Lepas tu, amik LRT pergi KLCC dan berjaya tiba di Menara TA pada jam 2.15 petang. Awal kan?

Okay lagi. >_<`'

Lepas tu, pergilah company tu. Aku ingatkan it is a on-job training, so sukarela lah mau join. Tapi rupanya kena pergi kursus untuk dapatkan cert dia dulu.. Err, aku yang dah salah faham lah neh? Kursus tu pulak aku tak berminat. Interpersonal skill.. kat Stamford College, PJ.. 9 pagi - 5 petang kelasnya. Okay, aku bukan nak pergi belajar balik. Kursus akan bermula pada hari Selasa neh. Elaun diberi RM500 sebulan untuk selesaikan kursus itu yang mengambil masa selama 2 bulan. Selepas 2 bulan, baru dia akan arrangekan interview untuk students dia, and the possibility to get the job is high (they said). Company tu dilantik oleh MOHR untuk train and recruit unemployed person lah. Selama 2 bulan kursus tu, the students will have the bond with the company, which means tidak boleh bekerja sepanjang tempoh itu. Sekiranya mendapat tawaran pekerjaan, kena tunggu sampai habis tempoh kursus. Err, memang lah bagus program neh.. Nak-nak pulak aku duk rumah bukan buat apa pun kan kan kan? Tapi, dah aku tak berminat dengan program tu buat masa sekarang. So, takkan nak paksa pulak kan (: Buat masa akan datang, tak taw lah pulak.. Hehe

So, itulah ceritanya.

Takpe, aku tak pergi interview. Tapi dapat jumpa orang-orang kesayangan. Ada bagusnya jugak tu. Tehehee










Thursday, August 27, 2009

K.Kangsar - Shah Alam

Hari hujan. Saya mengantuk. Zzzzz

Haha, teruk betul. Ada ke buat intro macam tu kan.. mematahkan semangat pembaca je ;p tehehe

Hari ini telah menyelesaikan kesemua perkara yang disenaraikan di dalam reminder. Yeay! Tapi..

Ada satu perkara yang tertinggal.Merasa korang tengok muka aku zaman sekolah. Form 3!

Renew lesen! Ngehehe. Benda penting pulak tu. Dan aku telah menyandang gelaran penjenayah jalan raya. Berkuat kuasa serta merta. Haha. Pejabat pos ramai sangat orang lah tadi!

Sekarang tengah packing barang. Tengah lipat-lipat baju. Hehe. Nak pergi mana sibuk sangat packing-packing neh??
Sayang, see u there. ;p Tehehee











Yang Mana Satu Yer?

Selamat pagi dunia!
Hehe.. Hari ini bangun sahur, yeah!
Hari ini bangun sahur, yeah lagi!
Sebab hari ini dah start puasa, yeah!

Okay, cukup beryeah yeah di pagi hari. Bawak bertenang. Haha

Hari ini banyak benda to settle down. Seperti yang telah saya listkan di dalam reminder di atas. Notice tak? Niat hati pukul 8 dah nak keluar rumah setelkan semua benda. Tapi saya dah mula menguap-nguap manja neh. Adeh~

Pembaca sekalian,
Baik hati tak hari ini? Nak mintak tolong neh. Jangan risau, bukan mintak tolong pasal kewangan ke apa, jangan risau okay. Haha. Tapi, nak mintak tolong bagi pendapat. Ataupun mungkin boleh cakap pendapat, tapi masih berciri kewangan. Please give me your 2 cents. Hehe

Neh ha! Nak tanya, aku patut print gambar manakah untuk dijadikan gambar passport? Walaupun gambar tu tidaklah berciri untuk passport sangat kan ;DIZZA A

atauIZZA B

Oh~ gambar B berciri fake sedikit iaitu kulit kelihatan seperti sedikit siang (read : cerah). Haha.

Terima kasih pada abang-abang tukang edit yang hebat dan baik hati tolong editkan gambar untuk saya. Hehe. Kipas sikit. Ngahaha ;p Gurau je okay

Nak taw sapa abang-abang tukang edit tu? Pergi lawat mereka okay. Terima kasih Abang Fairuz yang sweet. Terima kasih Abang Fifie yang manis (bukak website dia, ada gambar gadis berpakaian separuh terdedah dengan aksi menggoda sedang pegang sepanduk "under construction". Sheksi yu! Haha). Ngahaha. Kipas lagi. Cukup Izza cukup!

Eh!

Jangan lupa tujuan asal entry ini. Mintak pendapat ye. Terima kasih didahulukan (:









Wednesday, August 26, 2009

Buah melaka homemade

Sempena dengan entry kuih-muih tradisional Melayu, saya telah merajinkan diri masuk ke dapur dan membuat buah melaka. Tahu buah melaka tak? Ala... yang selalu masa kecik-kecik dulu, kita main teka-teki, buah apa yang kalau masak dia timbul? Heee.. tahu kan kan kan?

Hari neh mood aku ala-ala je. So, entry pun aku dah malas nak merepek sangat. Doh berwarna hijau ye. Bukan doh warna kuning, bukan jugak warna pink. Tapi adalah warna hijau. Macam mana untuk mendapatkan doh berwarna hijau neh? Tepung pulut + air suam + pewarna.Ini gula melaka. Mungkin sebab itu kita panggil buah tu buah melaka. Agaknyalah. Macam mana nak dapatkan gula melaka neh? Takpe, tak payah susah-susah start enjin kereta nak pergi Melaka. Korang pergi je kedai runcit di kampung korang, mintak gula melaka 3 keping. Mesti ada punya. Lepas tu, bawak balik rumah potong kecik-kecik. Okay?Lepas tu buat bulat-bulat. Letakkan gula melaka di dalam bulatan hijau tersebut. Kalau boleh, buatlah bulat yang comel sikit. Macam aku punya tu, gabak sangat. Hehe. Aku pun bukan reti sangat bukan, 1st time. Haha. Ha, berbalik pada teka-teki di atas. Buah apa yang kalau masak, dia timbul? Dekat sini lah jawapan dia. Dah habis buat bulat-bulat tu, masukkan dalam periuk yang berisi air. Pastikan periuk berisi air tu diletakkan di atas dapur gas ok. Kalau takat periuk berisi air, kau letak kat atas meja makan, sampai tahun depan pun tak masak ;D Kalau dah masak, nanti bebola hijau tu timbul. Kutip letak dalam pinggan okay.Last step, gaulkan dengan kelapa parut + garam. Eh, bukan letak kelapa parut, lepas tu letak garam. Mungkin patut tulis macam neh kot, Last step, gaulkan dengan (kelapa parut+garam). Kalau dalam matematik, yang dalam kurungan tu kena buat terlebih dahulu kan? Haha, apa benda yang aku cuba peningkan korang neh. Haip! Benda senang je kan.. Paham kan? Maafkan buah melaka aku yang macam tak berapa menarik tu. Yang penting, licin pinggan lepas tu. ;D









Tuesday, August 25, 2009

Hari yang ketiga

HAI! Selamat berbuka puasa di hari yang ketiga.. ;D

Tadi berbuka puasa dekat rumah opah aku. Rumah opah kat sebelah neh je ha. Jalan lenggang mak limah 3 minit dah sampai. Tehehee.. ;p Ada 3 family campur family aku. Ada family Pak Long dengan family Pak Tam. Paham-paham ajelah kalau dah ramai tu, lauk nya pun meriah. Tapi sebab aku terlupa nak bawak handset, jadinya tak dapat lah nak jamu mata korang hari ini. Hehe

Ada 3 main courses tadi, iaitu nasi (wajib ada tak kira berbuka menu apa sekalipun, memang tekak Melayu. Hehe), mi bandung dan juga mi laksa. Juadah sampingan lain pula ialah pengat pisang, kurma, pengat labu, buah oren, buah anggur dan lain-lain. Haha, dah malas nak ingat balik lauk apa tadi.

Aku cuma makan mi laksa je. Tapi dah makan sebanyak 2 pinggan! Oh, no! Jarang aku makan nak bertambah. Haha. Sedappppppppp~ Tahu tak apa itu mi laksa? Kalau kat Perak neh, mi laksa neh glamor kat kawasan Pantai Remis. Pak Long aku duduk Pantai Remis, so tadi diorang lah yang bawak mi laksa neh. Dah lah kuahnya kuah ketam! Waaa... Sedap!
Inilah contoh mi laksa. Terima kasih kepada Miss Google. Dan juga kredit diberikan kepada tuan punya gambar seperti yang tertera. Hehe

Korang makan apa?

P/S oh!! Dah hari ke4 ek hari neh? Haha
Kantoi tak pernah puasa lagi. Ngehehe. Tq Ida ;p









mari main teka-teka

ezaty: hahaha
ezaty: mybee
ezaty: lagi2..kuih ape lagii??
ezaty: hahahaa
ezaty: arini kite maen teka2 kuih
sweethOneY: hahaha.. kejap selak2 buku
ezaty: ckp je sume zati taw
ezaty: selepas di go0gle la
ezaty: ahhaha

Memandangkan budak-budak zaman sekarang dah ramai tak kenal nama kuih, jadi hari ini Cikgu Izza akan memberikan sedikit info berkenaan nama serta rupa kuih-kuih tradisional melayu. Haha

Lets start!

ezaty: kuih ape?
sweethOneY: kuih cara

ezaty: yg wane ijaw tue ea?

ezaty: dlm ade gula tueh k?

sweethOneY: aah.. ya betul!
Ye~ itu lah KUIH CARA ye anak-anak. Ada yang tak kenal?

Okay, move on.

ezaty: kaswi pe plak?
ezaty: kali ni tataw

ezaty: ahaha

sweethOneY: warne cekelat

sweethOneY: gaul ngan kelapa
INI KUIH KASWI

sweethOneY: ahh.. kuih lopes taw??
sweethOneY: hahaha

ezaty: jennifer lopes taw larhhh

ezaty: ahhhaha
INI KUIH LOPES

sweethOneY: puding sagu tau x?
ezaty: taw2

ezaty: letak klape jugak?

sweethOneY: sebut puding neh, dh teringat puding rotiiiiii

sweethOneY: hoiii

sweethOneY: mn de kelapa

sweethOneY: sagu mkn ngan air gula laaa

ezaty: bagi gmbarr!

NAH GAMBAR!!INILAH DIA PUDING SAGU YER~

sweethOneY: ok, cek mek molek. taw x?
ezaty: bukan name org?

ezaty: ahhaaha

ezaty: tataw

sweethOneY: bukan2

Okay. Ini nama dia CEK MEK MOLEK.

Sekian berita kuih-muih tradisional dibawakan kepada anda daripada saya. Hehe

Eh! Korang kenal tak kuih-muih di atas neh?

p/s I do not own any of those pictures. All credit goes to Miss Google ;D









Monday, August 24, 2009

Random facts about me.

1. Pertama sekali, saya bukan gadis pink. Haha

2. I get annoyed easily. Why aa?? Tapi no worries, saya cuma easily get annoyed dengan people yang saya tidak kenal atau tidak berapa dikenali. Dengan geng-geng keras, takde nya ;D

3. Saya adalah seorang yang garang. Fakta!

4. Tidak suka menerima panggilan atau msg selepas pukul 12.00 am. Itu adalah waktu tidur, tahukah? Walaupun kadang-kadang pukul 2-3 pagi masih berada di atas talian (online) tetapi sila maklum pukul 12 ke atas adalah waktu tidak sesuai untuk call rakan yang tidak berapa rapat. Kalau geng keras ke, kekasih ke lain cerita.. teehehehe

5. Lagi pasal telefon, tak suka orang main miskol tak tentu hala.. nak kena pijak? Haha. Nak-nak kalau miskol selepas pukul 12. Lagi best kalau time tu aku tengah tidur, lepas tu aku terjaga pasal kau miskol.. memang best!

6. Jarang keluar rumah. Biasa duduk dalam bilik memerap je. Haiyoh! Tak bagus kan.. Tapi ai takde kawan la dekat kawasan kejiranan sini T_T

7. Sejak balik dari Sarawak, tak pernah lagi pergi tengok wayang. Lagi satu cerita sedih T_T

8. Saya berada di dalam kategori gadis tinggi. Mempunyai ketinggian 164 cm. Err.. tinggi atau normalkah? Hehe..

9. Pernah bergelar cikgu selama 2 bulan (:

10. Tak dapat nak fikir lagi untuk fakta kesepuluh. Ada sapa-sapa nak tolong tambahkan bagi fakta yang kesepuluh ini?









Saturday, August 22, 2009

hari pertama

assalamualaikum wahai pembaca budiman (ecehhh..)
hihi, jawab salam dulu.. baru boleh teruskan pembacaan okek

korang bangun sahur tak neh pagi td? bangun tak??
aku tak!! haha.. apakah dengan bangganyaa T_T
tak bangga pun.. rasa rugi amat
terlepas sahur 1st Ramadhan ): walaupun kena tembak dek jepun kan.. kekeke

nak dengar cerita tak?
tadi kan.. aku on Yahoo Messenger (YM)
lepas tu, ada nick tidak dikenali menyapa diriku ini
lepas tu bercakap perkara tidak senonoh! apakahhh..
bulan puasa neh dia pulak yang jadi syaitonnnnn
setakat itu sahaja perbualan kami
tidak ada lanjutan okek
titik.

ok, tukar topik!

korang dah fikir ke nak berbuka apa hari neh?
hihi, baru pukul 3 petang dah fikir nak berbuka apa kan..
eh.. tapi ok apa, kalau orang macam aku neh masuk dapur untuk memasak.. memang duduk 2-3 jam di dapur T_T

selamat berpuasa di hari pertama (:










Friday, August 21, 2009

selamat datang Ramadhan!

yeay yeay! esok puasa!!
(hihi, bukan selalu orang yeay yeay! esok raya ke?)

azam puasa tahun ni, nak puasa penuh..
eceh.. kirim salam lah dapat puasa penuh T_T
untung akak-akak yang preggy tu, kalau korang sehat-sehat aje.. baby tak meragam, merasa korang puasa penuh yeee ;D

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

kita neh kan suka menyalahkan syaitan kan kalau buat jahat.. tapi kalau kejahatan/kesilapan yang sama berulang jugak dalam bulan puasa neh, sapa nak jawab?? salah sapa? hihi.. salahkan nafsu kita sendiri..

semoga kita tidak mensia-siakan bulan Ramadhan neh..
dan semoga amalan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya

amin..

selamat menjalani ibadah berpuasa (:









Thursday, August 20, 2009

ais.. kacang..

ais.. ais kacang!
bila cuaca panas dan rasa dahaga
singgah di gerai, ais kacang diminta
susu dan jagung
kacang dan lengkong
air gula berwarna
campur semua
enak rasanya
kegemaran kita semua!!

HAHAHA
sapa taw lagu ini?
lagu belajar masa sekolah rendah dulu
tataw kenapa ingat sampai sekarang ^_^)"

orang lain makan ais kacang waktu cuaca panas
aku makan ais kacang waktu malam.. hihitempting tak?????
ais kacang seksyen 2 shah alam
heee.. ena, soey tak pergi fradoo.. ada sikit segan masa tu T_T
segan tak bertempat nama dia.. hihihi
next time pergi orang mesti tegur ena, okek? muka happy dapat makan ais kacang malam-malam
kekeke
time kaseh syg bawak sayep pergi makan ais kacang kat situ

love u









My Day With..

HIM..

hari khamis, lepas hantar aja dengan zue..
aku terus gerak ke shah alam..
aku stay rumah cousin aku kat kota kemuning
nak terus pergi rumah dia, awal lagi masa tuh..

lepas tu, ada orang nak temankan sayep makan.. suka, suka!!
hihihi

petang tu, sampai je rumah angah aku..
terus membuta tak hengat dunia, sampai maghrib orang kejut panggil makan baru reti nak bangun.. ngahaha.. adik cape lah ini!

so, esoknya.. dorang laki bini pergi kerja..
aku jadi guard duk umah.. hihi
lepas tu, petang aku pergi jumpa nina..
dah janji nak temankan adik aku yang sekor neh makan..
si tudung senget nina! hahaha..
kalau marah, cepat tua na..bandung cincau.. enak diminum di waktu tengah hari ;Dnasi goreng tomyam
specialnya ada siap letak satay satu cucuk kat setiap pinggan
oh, ni kedai kat area betul-betul depan pintu belakang uitm tuh
salma cafe namanya.. boleh cuba ye kawan-kawan.. saya suka cafe itu ;Dkakak yang baik hati nak belanja adik dia
lepas tu kan, sayangku join.. aku buli suh dia belanja.. kekeke ;p

lepas tu, parking kereta aku kat area rumah sewa adik aku
tukar naik kereta Mr. A, masuk-masuk kereta tengok ada neh kat passengger seat!!terjerit kejap sebab terkejut!!
heee.. me loikeeeee it so much!!

thanx ^_^










Wednesday, August 19, 2009

bermesra dengan kucing

lupakan cerita memasak, sambung cerita perjalanan di KL ;p

kan kitorang malam slumber party tu sangat sakan berborak
pukul 5 pagi kot baru tidur.. gila weng pale otak bangun esoknya
yang budak kecik tu, mementang ibunya kasi relief.. tak payah pergi sekolah, memang betul-betul dia balun tidur lambat.. tapi kan.. dia tu kan.. banyak senyap je time orang citer hantu tu.. takotlah tu! ;p kekekeke

bangun pagi pukul 9.. mengantuk tak hengat punya
tapi gagahkan diri jugak bangun
nasib baik zue yang drive ke KJ untuk hantar aja
tapi lepas tu aku kena paksa drive pulak
dah macam jauh sangat je perjalanan, dok tukar-tukar driver ;p

umah zaty neh kan.. ada banyak kucing
ada satu.. dua.. tiga.. empat! ha.. ada EMPAT ekor semuanya!
dahla gemok, muka sepesen lak tu semua.. hahahasi gemok kiki!

biasanya aku tak suka kucing, tapi yang ini comel
jadi anda diterima untuk dipegang.. (haha, macamlah kucing nak sangat ko pegang ;p)ini sapatah namanya... sedap aje ko landing kat betul-betul jalan nak ke dapur..
sikit je lagi aku nak terpijak.. hahaha
tapi kira okeylah sebab aku perasan kehadiran di putih neh, aja pulak sampai sudah dia tak perasan.. dok ulang alik pergi dapur 3-4 kali tak perasan meow2 neh landing kat pintu dapur tu.. nasib tak terpijak kan aja.. kalau tak, menjawablah meow2 neh terberak kena pijak.. hahahaini pun sapatah nama dia.. chiki? kichi? entah! korang p tanya tuan dia sendiri :Di know u love me.. hahahaneh tah penjenayah mana neh.. ;p
awak tak perasan kita sebab awak perasan awak cantik

time kaceh yer budak kecik..
thanx kat ibu ko jugak pasal menerima kami.. hahaha
dah takot je ibu ko tak kasik kawan ngan kitorang pasal menyebabkan ko ponteng sekolah ;p
psst.. ibu ko cantik lah.. sporting lak tu.. hihi, puji takde makna taw









My First Chicken Soup..

good afternoon!!
lama takde entry masak-memasak kann?? :D

untuk lunch hari neh, saya Chef Izzatul (dan-dan nama ada chef.. hahaha) telah memasak..cendawan bersama sos tiram

dan juga menu ini yang telah membuatkan lubang idung kembang-kembang.. hahahahasup ayam yang lazaaaatttt!!

haha.. jakunnya saya!
Chef Izza, sejak bila anda menjadi Chef neh? Kenapa begitu teruja apabila berjaya memasak sup ayam??

hahahaha ;p
first time lah masak sup ayam!
dah puas berlagak di Facebook tadi, datang berlagak di Blogspot pulak.. hehe

yer.. pada otai-otai memasak tu..
janganlah duk cebik bibir pulak tengok saya yang excited sakan kerana berjaya memasak sup ayam ini.. kira kejayaan yang besar taw ;p

I quoted Zaty's words :

ezaty: hahahaha
ezaty
: tue baru leyh wat sup ayam tuee

ezaty
: da belagakkk smcam

ezaty
: ahahahha


;p itu ayat-ayat orang pendengki yer kawan-kawan
not good okeyy.. hahahaha

jangan marah aa zaty, nanti kena jual ;p










the day I come..

okey, dah update pasal graduation day
jum kita amik gear reverse pulak sekarang neh ;p
nak cerita dari hari rabu..

aku bertolak ke KL pada hari rabu
pukul 11 pagi dari sini..
ALONE! haih, first time drive sorang-sorang pergi jauh taw..
beranikan diri aje :D
berani tak saya? hehe

mengantuk jugak sebenarnya masa on the way tu
sebabnya malam sebelum tu aku tak boleh tidur
itu lah dia, bila orang dah biasa tidur lambat.. sekali mata tu kena paksa tidur awal, menjawab la aku bergolek-golek atas katil tu sampai pukul 3 baru lelap T_T

aku stop kat dua hentian.. hentian tapah dengan rawang..
bukan lah letih sangat.. tapi nak kena refill nescafe.. haha
3 tin nescafe yer aku togok sepanjang perjalanan tu.. dasar penagih nescafe :D
lagipun bosan sangat lah drive sorang

pendekkan cerita, sampai bangi around 3 pm..
kesian makcik tu berjanggut menunggu aku.. haha
sorry yer makcik, i tak pakar jalan-jalan kat KL neh..
tu yang entah ke mana-mana aje aku pergi tu :D
pastu kidnap zue bawak pergi UKM, aku nak pergi amik jubah
nasib baik orang tak ramai.. ada la seketui dua aje
lepas tu, kitorang pergi makan kat old town.. sayep rindu old town bangi!!

dalam pukul 4 lebih, gerak pergi klang..
nak jumpa budak kecik tu ha
nasib baik aku suh dia pergi kelas biology petang tu
pastu nasib baik gak ibu dia tak kasi ponteng sekolah hari rabu tu
kalau tak, sia-sia je ko ponteng dik.. akak sampai petang gak
hahaha ^_^

sampai je kat esso bukit raja tu
pindahkan budak tu dari keta ibu dia ke keta kakak-kakak tiri neh..
hahaha.. aku dah kata dah mesti dia pemalu mula-mula
dok senyap je kat backseat tuh..
ingatkan buat apa.. rupanya dok main menatang rubic tu.. hohoho

lepas tu, terus gerak ke stesen komuter klang
tunggu cik adik yang putih melepak neh ha..
nasib baik akak tak pengsan aje kat situ
kemain lama ko bersiap dik oi! haha

lama gila kan kita tunggu dia neh..
dari pukul 6 lebih sampai 8 lebih.. nangissss T_T
hahaha
sempat la pergi makan roti canai dulu kat mamak depan KTM tuh

pastu plan asal kitorang nak pergi makan seafood kat port klang
ingatkan orang tu taw lah jalan.. rupanya dia dok sesatkan kitorang lagi ada!
haha.. isk, apalah budak kapar neh!
orang nak pergi makan seafood, dia bawak p pelabuhan kargo lak..
dahla jalan gelap gulita.. trailer semua stok laju-laju...
sian gf aku, sebab dia yang drive.. aku sudah flat
aku tidur aje.. hahaha.. sorry ye sayang..
mood aku dah nak terbang aje masa tu..
mintak hampun je i senyap je masa tu.. srious tak larat gila ):

final solution, kitorang pergi makan tah kat restoran mana kat area situaku yang dah lembik.. ngan akak si mata bulat :P
eh, time neh kelakar ok..
semua orang kan dah tahap kebulur..
so, bila makanan dah sampai.. serbu lah kan!!
pastu dah baca bismillah neh..
nak pegang lah sudu kat tangan kanan, garpu kat tangan kiri kan..
alih-alih, boleh tak dua-dua tu GARPU!!
senak pewot aku kejap di tempat kejadian..!!
waiter tu pun time aku panggil suh tukar, dok tahan gelak
nak gelak tu, gelak aje lah!! hahaha :Psiti hajar dan siti ezaty..
eh, silap.. silap!!

siti hajar dan ezaty
weh, dik.. apatah nama ko neh.. ada nur ke nurul ke tak ek?

masa makan tu, ada la dua tiga kali ibu dengan abah zaty neh call
risau lah tuh orang culik anak diorang dah pukul 10 lebih tak hantar-hantar balik lagi.. hehe

sudahnya, malam tu kitorang tidur rumah zaty je
haha
aku malas nak ulang banyak-banyak kali dialog yang zaty cakap kat ibu dia.. :P
zaty senget!!segan siotttt masa nak masuk rumah..
tapi buat muka tak malu je :P

so malam tu, we are having a slumber party!!
party lah sangat kan.. ;p
gambar kabur sebegini lebih baik tak payah letak kan..
tapi suka hati lah, nak letak jugak!
kalau rasa semak, cuba lah delete!! hahaha

dalam penat-penat tuh, dok layan berborak
aku rasa pukul 5 pagi baru tidur kot
malam tu kitorang bukak sesi cerita hantu
hahaha.. kan dah ada benda pelik yang jadi!
sampai aja nak pergi toilet yang depan bilik pun nak berteman.. yang aku lak tak berani ditinggalkan dalam bilik dengan akak aku yang pelik tu!!

nasib baik kita dah salam balik pastu kan yang.. hehe

waaaaaaaa!! panjangnya entry neh..
letih tak agak-agak mata korang yang membace neh? ^_^











Tuesday, August 18, 2009

happy graduation day ^_^

selamat petang readers!

semalam bersamaan dengan 16hb ogos 2009, saya telah menerima ijazah yang pertama.. weeewitttttt <:-P

tak berapa ada feeling sangat
tapi bila dah naik pentas, jadi excited semacam pulak
haha, langsung jadinya gambar aku terima scroll tersengih-sengih
#$%^T%$^

aku punya konvokesyen sidang petang
bermula pada pukul 1.30 petang
bukan main jammed lagi.. grrr..
panas okek! sampai pun on time kan
ingatkan aku paling lambat, rupanya sha lagi lambat dari aku ;p
hehehe, kelam kabut kejap di depan pintu masuk :D

tak sempat nak snap gambar pun sebelum masuk ke dewan
dahla aku tinggalkan segala khazanah handset dan purse pada ibunda..
sebab nanti kat dalam tu, pikir takde sapa nak tolong tengokkan masa naik pentas
sekali dia ada bagi paper bag rupanya.. kira boleh la kalau nak simpan barang dalam tu

majlis berlangsung dari pukul 1.30 petang - 5.00 petang
tepat-tepat pukul 5 habis.. pandai budget masa ;p
hehehe

masa di dalam dewan dihabiskan dengan update cerita hot ;p
lepas tu duk bergosip.. hahahaha

tiba-tiba aku jadi malas nak cerita lagi panjang.
haha, boleh tak nak stop sini aje?

gambar pun ada bape kerat je
banyak pada mereka, tunggu diorang upload dulu baru aku boleh cilok ;p
sekarang neh tengok lah apa yang ada dulu yer.. ^_^
mak dan ayah..
terima kasih sebab jaga kak dengan penuh kasih syg.. tak pernah hampakan permintaan kak, jarang apa aku nak aku tak dapat.. sayang mak ayah sangat-sangat..

I'm so proud masa turun dari pentas tu, pandang mak ayah aku.. diorang duk lambai-lambai dari atas.. serius rasa nak menangis masa tu T_T haha.. diam! jangan ejek aku!! :Pmy family
ramai kan adik beradik aku ^_^
nampak je ramai, tapi rumah ni sunyi je
mana taknya, yang lain semua duk hostel..
yang ada kat rumah arip dengan aliya aje..sha dan niza
crowded sangat, tak sempat nak bergambar dengan sakan
dah tu, elok lak hari baru lepas hujan
jalan sikit heels aku terbenam.. sudahnya heels aku dah bertukar menjadi kaler coklat..
ayein, tak sempat nak amik gambar ngan ko pun T_Tngan mr opai ^_-
hehehehe
ini last pic masa keesokan harinya, masa nak pulangkan jubah..
sebab tu tengok dah pakai seluar, tudung pun kaler lain ;pserius dah kepenatan masa neh..
fikir nak balik, nak cari katil je.. nak ZzZzzzz..











I arrived!!


hye semua! (:
sudah selamat tiba di rumah pada pukul 10.30 malam tadi
kepenatan sangat hari ini..

jom tidur semua, nakkk??
apa?? tanak lagi?!! kenapa?
dah duk tenyeh-tenyeh mata pun degil lagi takmo tidur neh ek ;p

nite all.

^_^









Wednesday, August 12, 2009


YEAYYYYY!!!!

;D













ta-ta

hye semua, selamat pagi.
saya dah siap-siap nak gerak ke bangi neh
masih sempat lagi membuat entry neh kan.. haha

doakan saya selamat sampai okeh.

oh, ye! hihi.. saya pergi UKM lah
nak amik jubah, lepas tu trus stay shah alam sampai graduation day.

tata










Tuesday, August 11, 2009

i tell you..

how to make a simple bread pudding...

1. sebuku roti direndam bersama satu tin susu krimer sejat (contoh ; F&N)
4-5 sudu brown sugar
4 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

semua bahan neh dikacau sebatineh apa dia pulak neh?
bahan dalam gambarajah 1 sila campurkan bahan dalam gambarajah 2
lepas tu campurkan bahan penyeri puding (contohnya ; ceri, kismis, kepingan badam, choc chips etc)
gaulkan sebatiinilah rupa dia bila kita dah bakar di dalam oven yang bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit..
eh, korang taw sendiri lah kan...
bahan-bahan kat atas tu, bila dah gaul sebati semua
amik lah loyang, lepas tu sapulah butter sikit supaya dia tak melekat
lepas tu masukkan la bancuhan tadi macam nehbila dah habis ko bakar semua..

try serve macam nehpuding roti + ice cream
layannnnn wa cakappp lu

aku belajar makan gini dekat blog peej lah neh
hehe.. resepi pun dah dia bagi kat blog dia, ikut sajeee
ada tambah-tambah pun sikit je..

tenkiu babe atas resepi ko neh ^_^


yang korang readers aku neh,
paham tak apa yang teacher izza terangkan di atas?
sebarang pertanyaan dibuka di kotak komen
haha.. bajet chef hebat la tuh.. PANGGG!!

selamat mencuba.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...