Monday, August 24, 2009
Random facts about me.
2. I get annoyed easily. Why aa?? Tapi no worries, saya cuma easily get annoyed dengan people yang saya tidak kenal atau tidak berapa dikenali. Dengan geng-geng keras, takde nya ;D
3. Saya adalah seorang yang garang. Fakta!
4. Tidak suka menerima panggilan atau msg selepas pukul 12.00 am. Itu adalah waktu tidur, tahukah? Walaupun kadang-kadang pukul 2-3 pagi masih berada di atas talian (online) tetapi sila maklum pukul 12 ke atas adalah waktu tidak sesuai untuk call rakan yang tidak berapa rapat. Kalau geng keras ke, kekasih ke lain cerita.. teehehehe
5. Lagi pasal telefon, tak suka orang main miskol tak tentu hala.. nak kena pijak? Haha. Nak-nak kalau miskol selepas pukul 12. Lagi best kalau time tu aku tengah tidur, lepas tu aku terjaga pasal kau miskol.. memang best!
6. Jarang keluar rumah. Biasa duduk dalam bilik memerap je. Haiyoh! Tak bagus kan.. Tapi ai takde kawan la dekat kawasan kejiranan sini T_T
7. Sejak balik dari Sarawak, tak pernah lagi pergi tengok wayang. Lagi satu cerita sedih T_T
8. Saya berada di dalam kategori gadis tinggi. Mempunyai ketinggian 164 cm. Err.. tinggi atau normalkah? Hehe..
9. Pernah bergelar cikgu selama 2 bulan (:
10. Tak dapat nak fikir lagi untuk fakta kesepuluh. Ada sapa-sapa nak tolong tambahkan bagi fakta yang kesepuluh ini?