Tuesday, August 25, 2009

Hari yang ketiga

HAI! Selamat berbuka puasa di hari yang ketiga.. ;D

Tadi berbuka puasa dekat rumah opah aku. Rumah opah kat sebelah neh je ha. Jalan lenggang mak limah 3 minit dah sampai. Tehehee.. ;p Ada 3 family campur family aku. Ada family Pak Long dengan family Pak Tam. Paham-paham ajelah kalau dah ramai tu, lauk nya pun meriah. Tapi sebab aku terlupa nak bawak handset, jadinya tak dapat lah nak jamu mata korang hari ini. Hehe

Ada 3 main courses tadi, iaitu nasi (wajib ada tak kira berbuka menu apa sekalipun, memang tekak Melayu. Hehe), mi bandung dan juga mi laksa. Juadah sampingan lain pula ialah pengat pisang, kurma, pengat labu, buah oren, buah anggur dan lain-lain. Haha, dah malas nak ingat balik lauk apa tadi.

Aku cuma makan mi laksa je. Tapi dah makan sebanyak 2 pinggan! Oh, no! Jarang aku makan nak bertambah. Haha. Sedappppppppp~ Tahu tak apa itu mi laksa? Kalau kat Perak neh, mi laksa neh glamor kat kawasan Pantai Remis. Pak Long aku duduk Pantai Remis, so tadi diorang lah yang bawak mi laksa neh. Dah lah kuahnya kuah ketam! Waaa... Sedap!
Inilah contoh mi laksa. Terima kasih kepada Miss Google. Dan juga kredit diberikan kepada tuan punya gambar seperti yang tertera. Hehe

Korang makan apa?

P/S oh!! Dah hari ke4 ek hari neh? Haha
Kantoi tak pernah puasa lagi. Ngehehe. Tq Ida ;p









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...