Sunday, August 30, 2009

Anonymous

Hye!

Selamat hari minggu semua (:

Entry sebelum neh telah didraftkan atas sebab-sebab tertentu. Aku rasa ada orang yang tak senang tengok aku senang kot? Saje suka nak letakkan diri aku dalam tanda soal yang banyak. Saje nak bagi aku fikir banyak, aku taw aku takde kerja sekarang neh.. Tapi kau tak payahla nak buat aku banyak fikir lagi okeh?

Sebenarnya, aku tak suka menerima komen dari Anonymous. Kalaupun anda semua takde akaun Blogger, kan masih boleh letakkan nama.. So, lepas neh siapa yang takde akaun Blogger, tapi masih sudi nak memberi komen pada entry aku.. Aku harap dapatlah letakkan nama, okay? Tak susah kan (:

Okay. Tutup cerita.

Erm.. Khamis lepas aku pergi KL. Sorry ye pada yang tak sempat nak bagitaw tu.. Hee, sebab tujuan utama pergi KL pun bukan nak berpoya-poya. Jadi, rasanya kalau bagitaw pun tak sempat nak jumpa.. Sorry taw (:

Aku ada interview hari Jumaat kat Menara TA, bangunan betul-betul bertentangan dengan KLCC. Interview yang mengecewakan pun T_T Aku la yang salah tak tanya habis-habis masa company tu call suruh datang interview. Sudahnya, lepas dia briefing.. terus aku drop interview tu sebab tak berminat. Frust je sebab macam dah susah payah pergi T_T Aku dari pagi lagi bangun, susun-susun fail.. Lepas tu study sikit.. Lepas tu, siap-siap bagai.. Alih-alih begitu jadinya.. Sabar aje lah.Muka bersedia nak pergi interview. Haha. Masa kat rumah, bukan main nervous lagi. Dah sampai sana, dengar briefing bagai.. Boleh lepas tu aku drop interview tu kan?Muka nak pergi interview 2.

Sekali-sekala sidai muka. Huh.

Okay.

Sebelum ramai yang tanya.. Mehlah aku cerita apa yang jadi sebenarnya time nak interview tu. Hari Jumaat, jam 3 petang.. saya pemegang IC 861223-38-xxxx mempunyai temuduga di Menara TA One, bertentangan dengan KLCC kebanggaan negara. Jadi, pada pukul 12 tengah hari, dah siap-siap la gerak dari rumah sebab tak taw lagi tempat dia kat mana kan.. Sekian lama tak naik bus, tiba-tiba kena naik bus.. Aku rasa pelik. Haha. Nasib baik berjaya sampai kat stesen Asia Jaya tu dengan jayanya. Itupun lepas panik sekejap tak jumpa mana stesennya T_T Lepas tu, amik LRT pergi KLCC dan berjaya tiba di Menara TA pada jam 2.15 petang. Awal kan?

Okay lagi. >_<`'

Lepas tu, pergilah company tu. Aku ingatkan it is a on-job training, so sukarela lah mau join. Tapi rupanya kena pergi kursus untuk dapatkan cert dia dulu.. Err, aku yang dah salah faham lah neh? Kursus tu pulak aku tak berminat. Interpersonal skill.. kat Stamford College, PJ.. 9 pagi - 5 petang kelasnya. Okay, aku bukan nak pergi belajar balik. Kursus akan bermula pada hari Selasa neh. Elaun diberi RM500 sebulan untuk selesaikan kursus itu yang mengambil masa selama 2 bulan. Selepas 2 bulan, baru dia akan arrangekan interview untuk students dia, and the possibility to get the job is high (they said). Company tu dilantik oleh MOHR untuk train and recruit unemployed person lah. Selama 2 bulan kursus tu, the students will have the bond with the company, which means tidak boleh bekerja sepanjang tempoh itu. Sekiranya mendapat tawaran pekerjaan, kena tunggu sampai habis tempoh kursus. Err, memang lah bagus program neh.. Nak-nak pulak aku duk rumah bukan buat apa pun kan kan kan? Tapi, dah aku tak berminat dengan program tu buat masa sekarang. So, takkan nak paksa pulak kan (: Buat masa akan datang, tak taw lah pulak.. Hehe

So, itulah ceritanya.

Takpe, aku tak pergi interview. Tapi dapat jumpa orang-orang kesayangan. Ada bagusnya jugak tu. Tehehee










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...