Wednesday, August 26, 2009

Buah melaka homemade

Sempena dengan entry kuih-muih tradisional Melayu, saya telah merajinkan diri masuk ke dapur dan membuat buah melaka. Tahu buah melaka tak? Ala... yang selalu masa kecik-kecik dulu, kita main teka-teki, buah apa yang kalau masak dia timbul? Heee.. tahu kan kan kan?

Hari neh mood aku ala-ala je. So, entry pun aku dah malas nak merepek sangat. Doh berwarna hijau ye. Bukan doh warna kuning, bukan jugak warna pink. Tapi adalah warna hijau. Macam mana untuk mendapatkan doh berwarna hijau neh? Tepung pulut + air suam + pewarna.Ini gula melaka. Mungkin sebab itu kita panggil buah tu buah melaka. Agaknyalah. Macam mana nak dapatkan gula melaka neh? Takpe, tak payah susah-susah start enjin kereta nak pergi Melaka. Korang pergi je kedai runcit di kampung korang, mintak gula melaka 3 keping. Mesti ada punya. Lepas tu, bawak balik rumah potong kecik-kecik. Okay?Lepas tu buat bulat-bulat. Letakkan gula melaka di dalam bulatan hijau tersebut. Kalau boleh, buatlah bulat yang comel sikit. Macam aku punya tu, gabak sangat. Hehe. Aku pun bukan reti sangat bukan, 1st time. Haha. Ha, berbalik pada teka-teki di atas. Buah apa yang kalau masak, dia timbul? Dekat sini lah jawapan dia. Dah habis buat bulat-bulat tu, masukkan dalam periuk yang berisi air. Pastikan periuk berisi air tu diletakkan di atas dapur gas ok. Kalau takat periuk berisi air, kau letak kat atas meja makan, sampai tahun depan pun tak masak ;D Kalau dah masak, nanti bebola hijau tu timbul. Kutip letak dalam pinggan okay.Last step, gaulkan dengan kelapa parut + garam. Eh, bukan letak kelapa parut, lepas tu letak garam. Mungkin patut tulis macam neh kot, Last step, gaulkan dengan (kelapa parut+garam). Kalau dalam matematik, yang dalam kurungan tu kena buat terlebih dahulu kan? Haha, apa benda yang aku cuba peningkan korang neh. Haip! Benda senang je kan.. Paham kan? Maafkan buah melaka aku yang macam tak berapa menarik tu. Yang penting, licin pinggan lepas tu. ;D









14 comments:

ezaty said...

nape ta pena denga ek teka teki tue
haa!dlm banyak-banyak taik,taik ape boleh makan?
ahhaahha

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

huhuhu nk wat la sabtu neh hehehe sgt2 sedap d mkn bulan poser

nanonano said...

mil pun bt smlm,
tapaukan blk umah..
tp xtrusik pun,
kueh manis2 cmni na kureng sket,
huhu..
tp membuatnye aku ske,
nak2 tang gentel2 bulat2 tu..
:D

awat gune air suam yg??
ade pe2 tips kah??
sbb na klu bt gune air paip je ;p

Erina Asmawani said...

weee..ley cuba la sok..thnx 4 sharing the recipe izza..nyum2 (dah terasa kenyal2 manis dlam mulut ni)

~dARlee zURiS~ said...

kenapa buah melaka mesti warna ijau?
takleh warna lain ke?
merah ke...biru ke???
hmmm....=)

senang citer...digaul dengan kelapa yg telah digaul dengan garam
errr...paham tak?
negeggee...

blackskin said...

Ku panggil kuih ni onde2.
Dan gula melaka tu ku gelar sebagai "nise"( ni + se(sbtan se mcm sepak) )

Ku besar di kelantan. ;p

MuMMy 2 Haqq said...

waaahh..sedapnyeee...

ida sazarina said...

wah...sedap2...ni menu favo time puase kat umah..
tak kira, weekend ni balik nak wat gak..
kalo kat umah kiter xgune pewarne..
amek daun pandan blend n gune air tu..
lagi sedap n wangi...
hehehe~~ni petua jew k..
jgn marah ye??

Redbloodsnow said...

ooooo..baru lah aku taw name kuih tuh adalah buah melaka. mati² aku x taw name kuih tuh weh.yg aku taw...ngapppp ajo...kahkahkahkah

terer ko yang ^_^

sweethOneY said...

zaty - haha.. taik itik!!!!!!!

mama aqil - aah, sila buat. sangat senang :P

nano - aku pun x ske sgt.. bab membuatnya rajin.. hee.. masak apa2 pun bab masak rajin, bab makan tak laju sgt. tp kalau orang masak, lajuuuuu je ngap :P

entah, mak suh guna air suam.. ehhe.. maybe makin senang nk bancuh kot. neh tips : kalau nak buah melaka lembut, letak sket tepung beras

percuma punya tips tak payah bayar. haha

ena - ha.. buat taw ena. senang sesangat. hehe

blackskin - ooo.. taw2 onde2.. tapi tataw lak gula melaka org klntan panggil nise.. hehe..

mummy 2 haqq - aah, sedappp

ida - hee.. awk neh. takkan la share tips pun kita nak marah (: act masa buat tu dah dekat maghrib, takot nak kuar amik daun pandan.. hehehe.. tu yg guna pewarna. tp betul, guna daun pandan yang diblend lagi sedap.. sbb wangiiiiiii

zie - hee.. tere hapee.. sonang amat buat kuihnya. amik tepung uli2 ngan air. pastu letak gula melaka kt tgh2 tu, pastu rebus. pastu letak kelapa parut. hehe.. kan sonanggg je tu :D

sweethOneY said...

BLACKSKIN - baru teringat, SEpak pun ada dua sebutan.. hihi.. so SE yang mana ehhhh :P

:: p R i n c E s S _ N :: said...

huhuhu...wat die same cm wat puteri mandi...antara kuih y timbul gaks...

MiSZuE said...

ari tu sayep baru masak
heheh
tapi sayep masak lagi awal dari u
hahaha

Shafie said...

ok r tu 1st time kn :D
dpt rs best gak ni..bulat2..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...