Monday, July 4, 2011

Melawat Adik di Hostel :p

Sabtu lepas, emak suruh pergi tengok adik saya kat hostel. Hostel dia kat Gerik. Konon nak pergi awal pagi, tup-tup dekat pukul 4 baru gerak. Hihihi. Dah la jauh Gerik tu, 2 jam jugak lah. Tambah dengan hujan lagi, jalan bengkang bengkok lagi. Cobaan betul. Ini first time saya pergi hostel adik pun.

Banyak gambar nak dilambakkan ni tau :p

Inilah budak yang dilawat, satu-satunya adik lelaki saya. Makin hitam dah dia, haha.

Kitorang pergi 5 beranak hari tu. Emak, saya, Nyna, Mirah dengan Adik Lya. Phew~ saya rasa jauh betul la Gerik tu, lenguh driving. Dah nak masuk ke jalan ke Kelantan dah nun pun.

Adik Lya yang pantang tengok orang bergambar, dia pun nak jugekkk ~ :p

Trio. Adik beradik ramai perempuan ni meriah tau :) Sembang macamkan ramai sangat padahal kitorang-kitorang je yang ada.

Kesian Arip, kitorang takdelah bawakkan dia bekal apa sangat. Yang ada, sushi, kek karamel dengan kek pisang je pun. Jadilah ye dik, itupun kakak-kakaknya menyental sama. Macamkan kat rumah tadi tak makan kan, hihihi. Sebabnya jauh sangat, dari kenyang dah jadi lapar balik :p

Btw, dekat pekan Gerik kan ada satu gerai ni.. Dia punya roti john sedap. Selama ni Emak dengan Ayah kalau pergi Gerik, mesti singgah beli, asyik duk dengar cerita je kan. Kali ni barulah saya dapat merasa, memang best. So kalau ada orang Gerik tu, bolehla pergi cuba :p

Ok, bai.

<--- Nang if you LIKE

2 comments:

nanonano said...

tu la..awal2 tgk gmbar tu, mcm nmpak kek keramel jek, hehe

pRincESs_N said...

wah..aku x pnah lg smpai ke grik sane dek non...dgr pon cm jaoh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...