Friday, July 29, 2011

Yeah yeahhhhhh ~

Hi !! Oh, saya adalah bersiaran dari rumah baru di Subang ♥ Rumah dah ada, perabut dah ada, dapur dah ada.. Hmm, housemate merangkap bedmate je tak ada lagi. Eh.

OK. First sekali, tajuk takde kena mengena :p

Nak share cerita hari tu Hari tu kan kan kan, kita kan balik kampung kita dengan En Tunang. Misi asal kita nak hantar kad kahwin pada ibu bapa untuk diorang edarkan kat kawan-kawan diorang. Sampai Kuala Kangsar dalam pukul 3, kita target lepas Maghrib nak gerak balik KL semula. Memang tak la kan :p esok pagi baru kita balik KL.

Saya tau mula-mula kan En Tunang berat hati je nak tidur rumah saya. Tapi saya tanya beliau dekat sepuluh kali, "Kita ni nak balik malam ni ke esok sayang?" sambil membagi muka kesian. Kah kahhh, lama-lama beliau fed up malas nak layan dah, lalu cakap "Ye syg, esok pagi ye."

Jom sayang jom, saya dah siap nak balik KL ni ;)

Sampai KL, singgah kedai perabut dulu nak arrange delivery.Camwhoring while En Tunang deal with them about the furniture. Settle di situ, straight away ke Cheras, packing barang ala kadar. Takat yang mana boleh angkut dengan Baby V tu. Kemudian terus ke Subang sana. Imagine eh, baru sampai dari Perak terus bergigih ni.. En Tunang saya memang lelaki gagah :D #tetibe

Amboi amboi anak dara sapa laaaaaa neh yang rajin sangat neh :p

Memang stok calon bini terbaik :p Nak tau kebenarannya, tanyalah dengan tunang saya. Hihik

Emak suruh ambil langsir kat rumah je, jadi tak payahlah kitorang nak beli langsir lagi kan. Malangnya cuma tingkap kat hall aje yang ngam dengan langsir ni. Jadilah ye, dari takde langsung kan.

Bekerjasama memasang langsir. Dan saya adalah banyak membebel je. Ahaks.

Dah hujung-hujung nyawa dah ni. Srious gila letih penat semua ada. Padahalnya, saya takde lah buat kerja banyak mana pun :p Dasar perempuan lembik kah. Ke dasar manja ? :p

Thanks En Tunang dan Kakngah sebab membantu saya hari tu !!!

<--- Nang if you LIKE

5 comments:

nyna said...

adakah cik dinky diyana jugak memakai baju saya?
ok save satu bilik untuk aku terima kasih kekeke

nanonano said...

Aku tumpang hepy :)

Anonymous. said...

baca pun dah dapat bayang keletihan itu hehe.

bestkan dah pindah masuk rumah kelamin (betul ke tak perkataan ini hehe) jangan lupa jemput kita ok! insya Allah kita datang, yang kat perak pun takpe boleh jalan-jalan :)

pRincESs_N said...

bestnyerr da masuk uma baru wehh...ko da kurus sesangat...jgn kurus lg..t x tantek...

Redbloodsnow said...

rasanya kan yunk. 1st time kot aku tgk ko in PINK. ko kelihatan sgtttt lah cantikkkk! bertuah iim :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...