Saturday, July 9, 2011

Bubur Nasi Pekasam

Hi, hari yang sedikit tegang kan hari ni. Saya kerja pula tu, sangat gigih ok ke ofis ikut jalan jauh sebab jalan dekat dah dilencongkan. Takpelah, bukan itu yang nak saya kongsi di sini. Isu sensitif ni saya malas nak sebut :p

Nak tunjuk dinner malam ni ;

Bubur kosong. Rebus je beras dengan air yang banyak, letak halia, bawang putih, bawah merah, fishball, kiub ayam dan garam secukup rasa. Dah siap taburkan serbuk lada hitam.

Lauknya ; Ini yang best ni. Siapa tak reti makan ikan pekasam dia memang rugi lah :p Goreng ikan pekasam ni lah terpaling senang sekali dalam dunia. Goreng je pekasam tu, angkat letak dalam pinggan. Lepas tu gorenglah bawang besar dan cili. Siap.

Bila disatukan, jadilah macam ni. Jemput makan ye :)

<--- Nang if you LIKE

5 comments:

pRincESs_N said...

ikan pekasam ni rase die cmne? teringin nk rs...naseb x mengndung...

nanonano said...

adoi..mmg nmpak sedap,
tp mslhnye aku xpenah mkn ikan pekasam
cmne rase
mcm xboley terima tekak je :p

De' Nurul said...

benda yang simple macam ni la lagi buat tekak kecur okeh. aritu mak buat ikan pekasam masa balik kampung, so tapau la tiga empat ekor. oh heaven!

Zumie said...

terliur..nak buat la nanti...

Redbloodsnow said...

gluppp..melior aku tgk yang. aku suka bubur....nangis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...