Tuesday, June 30, 2009

budak-budak skrg

budak-budak sekarang..
adakah diorang memang makin biadap?
ke aku yang terlebih sensitif?

tadi, ada air tumpah dalam lab..
tah sapa bawak air pastu tumpahkan
pastu aku tanya lah kat class rep,

"neh air apa plak neh?"

"air mani, cikgu!"

boleh ke dia jawab gtu korang?
bolehhhhh????
dan dengan ringannya tangan aku terhinggap kat muka dia..
tapi tak kuat pun..
refleks la..
aku rasa mmg kurang ajar betul budak tu cakap dengan cikgu macam tu
budak form 1..

pastu ada lagi citer pasal dia neh
aku nampak dia tepi toilet
aku tegur lah suruh masuk kelas
sebab nanti cikgu subjek seterusnya tunggu plak diorang tak balik-balik dari makmal kan..
dia leh jawab,

"kejap lah cikgu, nak pancut dulu"

i was likeeeeeeee.... eee.. aku rasa nak sepak je ko neh lagi sekali taw tak!!

takde hormat langsung pada cikgu ke ye?
even cikgu muda, respect lah sikit
jangan ingat aku tak berani nak rotan korang ok..
saket sangat hati aku dibuat budak-budak neh..

nak menambahkan lagi masalah aku tadi,
ada pulak sorang budak kelas form 1 tu terkencing dalam kain..
adui, satu masalah pulak lagi
ke sana ke sini lah aku menguruskan budak tu..
dah macam apa je
nasib baik cikgu kelas dia ada ngajar dekat dengan makmal tu
berdua dengan cikgu tu lah duk uruskan budak tuh

and nasib baik lah contact time hari neh cancel
yeayy!! tu yang aku boleh balik awal tu hari neh
kalau tak, selagi lum pukul 4.30,
tak sampai rumah lagi rasanya neh ;p

chop!!
sapa cikgu-cikgu kat sini..
takde tips ke mau share dengan saya?
kelas 1C neh amat susah saya nak control..
taknak dengar cakap
bising, suruh salin nota taknak salin
nak kena duduk sebelah, cubit dia.. baru nak salin
tu pun cikgu gerak ke tempat lain, dia buat bising balik
satu kelas 34 orang..
semua ada peel masing-masing
dengan kelas saya yang lain, takde masalah macam neh pun
tapi dengan 1C neh, dari 1st week sampai sekarang..
saya masih tak dapat control mereka neh..
kalau masuk lab tuh, tak reti duduk diam
merayau sana, merayau sini
siap baring atas lantai nak salin nota
tapi itu takpelah, sebab duduk belakang tak nampak sangat skrin tu
tadi, masa next class saya nak masuk lab..
mereka bukak je pintu lab,
terus cakap pada saya,

"teacher, neh zoo ke apa?"

bayangkan betapa tak terkawalnya budak 1C neh
dah jenuh denda, suruh berdiri, rotan, cubit
semua taknak jalan..
sapa ada idea macam mana saya boleh control budak-budak neh
harap bermurah hati mau kongsi..
tQ (:
p/s taknak ada yang salah paham..
aku bukan suka-suka nak slap budak..
aku tak sengaja.. ):
lagipun aku rasa budak tu memang dah melampau..
and aku slap tak kuat pun..
harap tiada kontroversi ye..









Monday, June 29, 2009

sembunyi

today ke sekolah menjadi gadis berspecky
kenapa? mengapa?
kerana mataku bengkak..
kenapa mata bengkak?
entah.. lately neh jiwa selalu nah kacau..
sensitif tak pasal-pasal, ske je nak marah-marah
gila ke?

tension.. stress..
hari neh semua nak tegur,

"kenapa teacher pakai spec?"

ada yang kata ok,
ada yang kata tak cantiklah teacher pakai spec..

takpe, yang penting korang tak nampak mata aku yang bengkak itu.. (:

pagi tadi check jadual relief dan lega sebab tak kena..
kerana dengan mood yang mendung ini,
kalau boleh taknak ke mana-mana,
nak duk diam-diam aje..
ikutkan nak pergi sekolah pun taknak..
tapi mak tak bagi ponteng kerja ):

tp tadi..
tengah seronok layan feeling sorang-sorang dalam lab
ada budak india duk ketuk pintu
rupanya aku kena relief gak..
dahla tu, kena relief kelas peralihan pulak tuh
pengsan aku kejap 5 minit..

aduyai~
bebudak KP nya 8 orang je
tapi bising mengalahkan 20 orang..
tension.. tension

aku harapkan esok akan lebih baik dari hari ini..

amin.










Sunday, June 28, 2009

sorry

sorry semua..
tiba-tiba aje privatekan blog..
takde angin, takde ribut
alih-alih blog sudah tak boleh access..

hari tu blog aku prob..
aku tataw kenapa bila bukak,
dia pegi directed ke satu website neh
memang menyakitkan hati
yang pasti, ade kaitan dengan blog menjerit
sebab tu, aku terus buang semua coding yang ambil dari sana

rasanya dah okey kot skrg..

(:

lately neh, aku..
ermmmmm ):
letih, penat..
i feel like wanna shut down everything
and let go everything..
):

semalam kena pergi sekolah
ganti cuti raya..
tapi kelas sampai pukul 10 je
sebab lepas tu sign report card
nasib baik aku bukan form teacher,
so lepas pukul 10 free lah..
tapi kena pergi siapkan english module untuk students form 3
trial 10-15 ogos kan?
kalau tak silap aku lah..

selamat berhujung minggu semua.

tata.

Thursday, June 25, 2009

just woke up from my sleep..
aku yang lembik atau memang semua orang macam tu ye?
biasanya balik sekolah around 5 pm
terus lah tidur sampai waktu-waktu macam neh baru lah reti bangun
ops, jangan salah paham aku p langgar semua waktu semayang plak ye

im just too tired,
dan adakah betul aku makin kurus weh?
haha, perlu ke tanya gitu ek?
hihi, jangan jawab.. jangan jawab ;ptoday is busy..
masuk class pun tak mengajar
just bagi latihan kat students
lepas tu aku buat kerja aku
lepas tu jap lagi bincang latihan tu..
ada one class tu aku just bawak dorang pergi library aje..
sebab need to settle all my works first..
yang membuatkan aku busy sangat neh
pasalnya fail PLBS neh lah
nak kena update semua..
sebab pemantau nak datang check tomorrow..
PLBS tu fail untuk english oral test taw, jangan tataw lak ;p

erm, apa yang aku tulis dalam neh
cuma untuk kenangan aku saja..
untuk aku baca semula nanti
untuk aku taw apa yang pernah terjadi dalam hidup aku

jadi, harapnya tiada siapa mempertikaikan apa yang aku tulis
aku taw ini semua kerja aku
kerja seorang guru
and i'm not complaining..
again, i'm NOT complaining..

lagipun ini blog aku..
jadi undang-undangnya mengikut cara aku lah kan ;p
hihi

gdnite all.
dah lewat sangat neh
tata.









Wednesday, June 24, 2009

OMG!!

ee.. terkejut.. terkejut..
korang bace paper tak?
aku tak tengok berita malam tadi
tapi pagi neh sha msg aku bagitaw ada budak UKM meninggal
budak kolej aku lah pulak tu
jatuh dari tingkat 4..
kesiannya dia..
tangga kolej zaaba tu mmg bahaya pun
sebab tingkap dia teramat sangat la rendah
seriau la pulak bila pk
nasib baik dah tak duduk sana lagi!
apa pun alfatihah untuk beliau.. ):
sha kenal dia tu, aku tak kenal..
erm.. kesian kan, tapi dah ajal dia ):

Pelajar UKM mati jatuh kolej


ANAK panah menunjukkan tempat Siti Farihan ditemui mati di Kolej Kediaman Pendeta Za'ba di UKM, Bangi semalam.



Wan Siti Farihan


KAJANG - Seorang pelajar Ijazah Sarjana ditemui mati dalam keadaan mengiring di tempat letak kenderaan di Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dekat sini semalam.

Pelajar tersebut dipercayai terjatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, UKM pagi semalam.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, dari Kelantan yang merupakan penuntut semester satu jurusan Sains Kimia itu ditemui oleh seorang tukang sapu pada pukul 7 pagi.

Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dengan kemeja T dan memakai kain sarung.


DUA saudara Siti Farihan tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu mayatnya di Rumah Mayat HUKM semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, seorang tukang sapu yang kebetulan membersihkan kawasan itu ternampak mayat mangsa sebelum menghubungi polis.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari beranda bilik kolejnya di tingkat empat.

"Pemeriksaan fizikal mangsa ditemui ada kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

sumber : Kosmo! Online..









Tuesday, June 23, 2009

hari neh balik awal

yeay! hari neh dapat balik awal (:
2.40 tajam keluar dari pagar sekolah tadi..
sebab meeting hari neh cancel
yippieee!! seronok betul..
minggu lepas tiap-tiap hari almost 5 pm baru balik..

hari neh kelas plak 4 waktu je..
pastu tak dapat relief lak tuh..
lagi syorgaaa ku rasakan..

lama tak menulis blog kan..
nothing to tell..
takda cerita menarik pun.. (:

while waiting for my students to enter the ICT lab
hee.. hari neh kelas tough lah..
kelas 1C, ade beberapa orang budak kena bulu ayam dengan aku tadi
geram betul.. grrr!!
budak-budak neh semua kuat membodek taw
bodek la puas-puas..
satu sen pun cikgu tak bagi ;p

terhibur gak dengan gelagat bebudak neh taw..
aku boleh tahan lagi asalkan jangan kurang ajar..

seronok kan jadi budak-budak..
i mean dalam umur tadika gitu kan..
apa lah sangat dalam fikiran diorang kan..
kalau orang dewasa neh (bukan semua taw)
suka sangat berhasad dengki kat orang
suka sangat cari masalah dengan orang lain
orang duduk diam-diam, datang kacau..
agaknya bosan kot cuti takde apa nak buat ek?
hihihi
tapi kan korang,
memang betul kot.. ade jenis manusia macam tu kan?
jenis tak senang tengok orang lain happy
jenis rasa dia lah yang paling bagus sekali..
ish, memang ada taw spesis macam neh..
jangan korang tataw ;p
korang yang kawan-kawan aku neh tolong la jangan buat perangai memalukan diri macam tu yer?

ok.
tata all..










Saturday, June 20, 2009

saya memasak

pagi hari ini meninggalkan rumah pada pukul 9.20 pagi..
dan pulang pada pukul 12 tgh hari..
memandangkan hanya duduk berdua sahaja di rumah..
aku lah tu yang kena masak

harap cik nina tu,
baru goreng ikan sikit dah rasa cukup bangga..
haha ;p

betul tak apa aku cakap ni na oi?

disebabkan aku adalah pemalas
untuk lunch hanya masak buttered prawn..

simple dan sedap ;D
itu yang penting
leceh-leceh neh i malas lah..

nak resepi?

click aje lah label di bawah neh ye (:










saturday morning at school..

today is saturday..
i went to bed pretty late last night..
and have to wake up early this morning..
got meeting at school at 9 o'clock..
but..
it happened to be, aku tersedar pukul 8.50 pagi
haha
melompat turun dari katil..

kat rumah neh, aku tinggal berdua je dengan nina..
mak ayah aku pergi hantar adik aku sambung study kat perlis..
jadilah home alone ;p
hee.. tu yang bangun lambat tu..

mak aku dah call pukul 8..
tapi gatal p lelap balik kan..
nasib baik lah bukan formal meeting ;p
dahla bangun lambat
baju semua tak iron lagi..
aku ni ada masalah sikit lah kalau kena pergi sekolah bukan waktu sekolah
takde baju yang sesuai gitu..
duk cari blaus aku tadi tak jumpa
dahla dah lambat kan..
last-last sarung blaus mak aku.. haha
mmg besar, tapi sebab pakai dengan skinny cordroy + wedges..
takpelah, kita panggil itu gaya ye..
haha

rasanya macam lulus je baju ni nak pinjam pergi sekolah next time ;p

whatever ;p

tadi pergi sekolah sebab meeting untuk buat pmr modules..
for english subject..
sampai pukul 11 je (:
lepas tu pergi photostat essays for students lagi..
dengan contoh-contoh soalan..

seronok pulak buat kerja-kerja macam neh..
jangan terkejut kalau tiba-tiba aku amik KPLI..

;p








Wednesday, June 17, 2009

im getting busier..
today kelas adalah pack
dan sangat saket jantung tengok budak-budak yang taknak dengar cakap neh
yang letihnya, satu nak tenangkan kelas
kedua, nak mengajar dan pastikan mereka bagi tumpuan
god, i found it damn hard ):
dan tiba-tiba saya rasa saya seorang guru yang bosan

huh ):

i dont think that i've much time for blogging these days..
balik kerja, dah petang..
penat.. aku lagi suka rehat dari mengadap blog..
and i sleep early every nite..
because i have to wake up real early..

how r u guys?
im so sorry that i seems dont hv much time to visit ur blog back..
whoever leave ur signs of presence here,
at my cbox and comment,
thanx so much..
no worries.. i'll definitely visit ur blog..
some day (:
weekends perhaps (:

hari ni balik lambat juga
supposely ada kokurikulum..
which is i've to handle puteri islam..
tapi tadi tak sempat nak masuk kelas tu pun
sebab got meeting with the english panel..
ceh, macam busy sangat aje bunyinya
but im a coordinator for form 3..
which is.. memang busy lah kot
sana sini nak push budak pmr neh
yang cemerlang biar terus cemerlang
yang potensi lulus, nak push bagi lulus..

hee.. that's it..
bila cikgu mula membebel
im sorry these 'cikgu things' always be here..
tapi nak buat macam mana,
that's what im doing now..
just bear with it people (:

i love u guys
have a good day (:










Tuesday, June 16, 2009

semalam.. 1st day selepas bercuti 2 minggu..
confirm lah berat montot kan
hihi
itu aku lah, kalau orang lain..
maybe bersemangat nak bertugas kembali kot ;p

kelas adalah tidak pack
sukaaaaa ;D
semalam jadual aku..

8.20 - 9.00 - English 3D
10.20 - 11.00 - relief
12.00 - 1.20 - English 1PD

bagi markah kat bebudak
and then buat revision..
this time, aku rasa senang sikit nak handle kelas 3D neh
takde la pening sangat..
tataw lah esok-esok macam mana pulak..

teringat pulak zaman sekolah dulu
bila bukak sekolah, kan cikgu suka suruh buat esei
"aktiviti cuti sekolah saya.."

hihi

kan?


restoran gelas besar

sapa-sapa yang duk area ipoh..
or datang ipoh..
meh sini meh nak promote satu kedai makan neh
pada aku best lah..
sedap + murah (:

muka orang yang kelaparankitorang amik set untuk 5 orang

5 pinggan nasi putih
satu jug air tembikai
tomyam campur
udang goreng tepung
siakap tiga rasa
kailan ikan masin
sotong masak sambal
lala masam manis
sambal belacan

only costs us rm48
worth it rite?arun thai @ restoran gelas besar
adik aku cakap gambar neh dah macam orang takde rumah
sedih T__________T
hahaha

sapa-sapa mau try,
sila boleh terjah (:
dekat area lost world.. (:










Monday, June 15, 2009

spageti cincai.. heehe

mood memasak sudah mari.
1st entry memasak semenjak aku berada di rumah neh, kan?

malam sabtu yang lepas,
saya telah merajinkan diri untuk masuk ke dapur
adik saya telah membuat permintaan untuk makan spageti
sebagai kakak yang baik, ikutkan aje lah selagi boleh (:okey. this is spageti cincai
i dont know how to classified this meal.
to call it spag bolognese or spag seafood ;p
so, jadilah namanya spageti cincai (:

walaupun cara membuat spageti tersangat la senangnya
nak share jugak ngan korang!
nak jugak! nakkkk!! ;p
hihi
cikgu kan tugasnya mengajar.. ahaha

yer, saya poyo
sila lempang diriku ini laju-laju ;p

spageti cik izza

spageti
sos spageti (e.g : prego, kimball)
carrot
sosej
ayam
daging cincang
cili kering yang dikisar
bawang besar
minyak jagung
capsicum
sotong, udang (suka hati lah korang nak campak pe pun dalam kuah spag korang ;p)

- panaskan minyak, tumis bawang sampai naik bau
- masukkan cili, biar sampai pecah minyak
- masukkan sos spageti dan daging cincang
- masukkan ayam + carrot (sbb neh kan lambat sikit masaknya)
- tambah air ikut suka hati masing-masing nak pekat mana
- masukkan black pepper + garam + gula
-campak segala bahan-bahan lain tu

ok, dah siap.. hihi
tu cara orang pemalas ye korang
iaitu main campak-campak and hentam saje









Sunday, June 14, 2009

cuti sekolah dah habis );

okey.
cuti sekolah dah habis.
cikgu terasa sangat berat montot untuk memulakan tugas kembali.

adesssss.
sleep early izza.
cause u need to wake up real early tomorrow morning.

gdnite all.










jumpa pengantin baru

sambungan cerita aktiviti khamis lepas
sekarang neh agak lembap sikit lah mau update blog
entah busy buat ape lah kan ;p

kitorang pergi 3 malls kat ipoh tu
1st destination, JJ.. lepas tu ke Ipoh Parade then pergi Greentown Mall
pergi GM tu dah ujung-ujung..
sebab kawan aku nak beli kain kat Nagoya..
neh kat dalam surau kat GM
teringat kenangan zaman sekolah dulu
fly lepas tu tukar baju kat surau neh
sudahnya aku tertinggal baju sekolah aku kat sini ;D

hehe..

teka aku terjumpa siapa kat GM?akak pengantin baru!!duk bersoksek sok sek.. hihihi
kusyuk ai mendengar cerita akak zuris neh ;p

tak sempat nak lepak lama
sebab tak plan pun nak jumpa

akak, kita neh dah dekat..
bila-bila pun leh roger kan (;










Saturday, June 13, 2009

retail therapy

hari khamis yang lepas,
aku telah melepaskan kempunan bershopping ;p
hee.. i loikeeee!!

dah berapa bulan tak menghabiskan duit
pergi berlima..
dengan adik dua orang, and girlfren dua orang
so total campur dengan aku adalah lima oranghee.. suka bagitaw benda yang tak perlu kan ;p

sekarang dah la tengah sale kan..
tapi aku takdelah shopping sampai tahap lupa diri tak bergaji lagi
hihihihi ;psikit aje kan..

p/s entry adalah ditaip secara express
kerana malam ini mahu overnite di rumah kakyong
saya sudah terlambat ini..

tata all










Friday, June 12, 2009

ngah, happy birthday!!

12th June 2009,
genap 21 tahun umur adikku ini..

ngah, happy birthday!!
wish u happiness always k

jangan kisahkan nak pergi dating je..
ish3 ;p

tu otak ligat carik idea lah tu camne nak pergi jumpa mr K
ahahaha ;p
ini birthday cake beliau tahun ini
bebudak office beliau yang celebrate

celebrate dengan family belum lagi
ngah neh tengah praktikal kat ipoh sekarang
tu tadi gigih send gambar kat aku ;p
ahaha

comel-comel je cupcakes tu ngah..love u always (:












main-main di pantai sepat

last destination sebelum pulang ke perak

PANTAI SEPAT!!
dasat tak dasat pergi pantai pakai baju kurung? ;D
jom jom..
dah tak sabar nak main air ;D
jauh gak laut neh dari pantainya..aku seorang yang excited ;p
get ready nak main conteng-contengtulis apa lah tu..ish, tersalah tulis pulak
padam-padam (gosok pasir dengan tapak kasut)okey, sambung tulis..hee.. tulis nama kitorang aje (;dengan tulis nama blog kesayangan ini (;best lah pantai neh
tiba-tiba berangan..
kan best kalau dapat buat beach wedding ;D
hehephotographer merangkap mamarazi (;










majlis bertandang

sorry semalam tak sempat nak update
duk keluar bershopping sehari suntuk ;D
hee..

tak larat dah nak mengadap cerita wedding yer? ;p
okey, ini masa hari ahad..
majlis di rumah pengantin lelaki pulak
na dengan husband dia neh satu kampung
so rumah adalah dekat saje (;
na lawa betul pakai purple neh..
suka tengok (;last picture with the couple..saya dan nono

3 hari kat kuantan tak terasa langsung..
cepat sangat la pulak masa berlalu..
hari ahad tu dah nak balik..

habis majlis na, kitorang gerak balik
ingatkan terus balik rumah..
sebab nak kemas-kemas barang, nak balik perak malam tu

tapi sempat lagi melencong ke tempat lain (;










Thursday, June 11, 2009

teluk chempedak

sibuk dengan wedding matters,
nak pergi berjalan-jalan kena pandai curi masa
so, lepas habis je majlis hari sabtu tu
rehat-rehat kejap.. sempat lah melelapkan mata sehingga maghrib
hihi
lepas maghrib terus siap-siap
pergi ke teluk chempedak
seronoklah pulak layan feeling tepi pantai malam-malam gini
saya memang cintakan pantai (;walau apa pun yang terjadi,
kita tak boleh tunjukkan pada orang lain yang kita neh lemah
betul tak?
so, kena selalu senyum (;saya dan nor
syg, dah setahun kita kenal kan?
last saya jumpa nor dengan na adalah bulan 7 tahun lepas
and after a year tak berjumpa, akhirnya berjumpa lagi pada tahun ni (:
adikku melayan feeling tepi pantai
bajet kalau encik L ada seronoklah tu? haha ;p
bluwek!

diorang berdua neh berat montot sungguh
aku ajak berjalan-jalan tepi pantai
haram sekor pun taknak
sudahnya jalan la sorang-sorang ;pish! macam budak kecik ;p
lalalalui~

seronok pergi duduk tepi pantai waktu malam
bulan dah la bulat dan terang (;

dalam pukul 12 lebih gerak balik ke rumah..



Wednesday, June 10, 2009

bersanding

na punya majlis bersanding serba serbi ijau
buah untuk hantaran pun dia letak epal ijau semata
hihi..

eh korang, gambar kecik sangat eh?
nak jimatkan ruang punya pasal,
ter'resize' yang paling kecik punyaa..
nak pegi betulkan balik semua,
nek kejung lah tangan aku nanti..

so, lets layan..
pengantin yang cantik (;menyambut ketibaan pengantin lelaki
psst.. noticed tak siapa di sebelah kiri sekali tu? hihimasa ni kecoh sikit
sebab tak taw pengantin perempuan duk belah kiri or kanan
mula-mula makcik tu kata kiri
lepas tu kanan plak..
ikutkan aje lah

ha, nak berpayung neh pun bukan main susah lagi
sebab halaman rumah penuh dengan khemah
nasib baik payung tak tersangkut kat tiang khemah ^_^panas okey..pembawa hantaran dari pihak lelaki
temanya pink + hijauhantaran dari belah lelaki
tak perasan lah pulak ada berapa dulangwaktu bersanding
eksyen je kipas tu
sebab kalau kipas bebetul kang
ada yang terpatah kipas tu nanti
berat lah kipas pengantin tuh..pengapit lelaki yang __________ (sila isikan tempat kosong)waktu tepung tawar
makcik-makcik neh merenjis banyak sangat
sampai kuning-kuning tangan pengantinlap peluh sikit
walaupun tepi tu ada kipas..
tetap gak berpeluh dengan hebatnyakantoi pulak duk lap muka sendiri
hihikat meja makan
aku dah makan before na bersanding
so perut adalah penuh
rugi rugi ;p
kerja aku adalah tolong mencedok lauk untuk mereka
nafsu nak merasa lauk langsung takde

dah habis aktiviti makan semua neh
acara bergambar secara sakan pulak
aku dah malas la pulak nak asingkan dalam entry lain
sekali kan aje lah dalam neh yer?the other mempelai
itu abg na yang bernama man
majlis disekalikan tapi mereka neh takde bersanding
cuma makan sekali aje (:mas kahwin..
the family
semuanya boria serba hijauon the bed (ehem, ehem ;p)nana duk jeling apa tuh?
hihiantara mereka telah halal (:
waktu neh kelakar
orang suh eksyen buat gaya gitu jek
alih-alih pengantin laki pergi ciom pipi pengantin perempuan

;p

done (;









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...