Thursday, September 15, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua - Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum,

Dah hari ke15 kelahiran anakanda kedua baru ada chance nak coretkan di sini. Cepat atau lambat, wajib abadikan di sini buat kenangan 

31/08/2015
Merdeka Day ! Takde tanda tanda nak bersalin lagi walaupun EDD ialah 03/09. Masa Kasih dulu, aku bersalin satu minggu awal dari tarikh jangkaan. So hari cuti ni, husband melayan kehendak tekak wife yang sarat ni hehe. Puas hati sangat dapat lunch di kedai favourite di TTDI Jaya - siput sedut masak lemak pedas, ulam ulaman, ikan keli berlado, sambal belacan, pisang goreng dan terpaling special ; dessert bubur durian ah sedap gilers. Selepas tu selesaikan last postage sebelum cuti berehat, sempat makan Hokaido Cheesetart yang tersedap sekali dekat Aeon Shah Alam dan sempat juga ke PJ restock Lipcream. Pack habis aktiviti di hari cuti Merdeka 


Malamnya nak tidur, ada rasa sengal badan dan macam feel light contraction. Tapi aku dapat tidur lena malam tu maknanya bukan contraction la tu kalau tak mana mau lena kan.

01/09/2016
Bangun pagi, husband tanya OK tak. Dia taknak pergi kerja tapi aku suruh pergi jugak. Ada apa apa nanti aku msglah. Lagipun aku mintak tolong Ngah temankan haritu. Pukul 10 macam tu terasa sakit makin intense tapi masih bearable. Masih larat masak nasik dan gorengkan ayam untuk Kasih. Msg Ngah lagi suruh cepat datang sebab makin terasa pulak sakitnya. Ngah pulak bila dah sampai asyiklah tanya aku "Awak dah nak bersalin ke Yong?" "Awak sakit sangat dah ke?"  ni soalan favourite dia haritu sampai aku rasa nak telan dia pun ada haha. Yelah orang betul sakit ni tanya gitu pulak.


Mintak Ngah tolong masakkan maggi kari letak telur letak sawi sebab teringin sangat. Berapa kali entah berhenti makan sebab contraction datang. Pukul 12 aku msg husband suruh balik sekarang. Pasal makin tak boleh dibuat main sakit ni. Aku letak hot pack dekat belakang badan tiap masa. Memang membantu. Tapi masa ni jangan kau cakap apa apa masa aku sakit sebab sumpah sakit haha tak larat nak cakap apa pun. Yang Kasih masa ni sibuklah bawak segala story books dia mintak Mama cerita. Aku masih larat jadi aku layanlah tapi banyak iklan sebab selang dengan contraction haha. 

Aku install contraction count masa ni dah selang 5-7minit sakitnya. Memang nak tertonggeng dah masani tapi takde siapa perasan pun aku tengah tahan sakit gila time tu. Sebab..... aku konon konon practice hypnobirthing haha yang aku baaaaaaru Google pagi tu  kongsi sikit ek apa aku practice haritu walaupun aku bukan orangnya nak cakap pasal hypnobirthing ni (next baby kena ingat nak sign up !) Tapi berdasarkan bacaan aku, ini apa yang aku buat ;

1. Bila contraction datang, layan je. Jangan lawan. Jangan genggam tangan. Rileks. Let your body feel the pain haha. Aku siap pejam mata bayangkan laut, taman.. pokok pokok. Anything that make you feel happy and calm to divert the pain. Ini kena fokus. Kalau hilang fokus, surge datang je menggelupur.

2. Even when you are in the deep pain, cuba untuk SENYUM. Betul, it helps.

3. Amalkan doa Nabi Nuh ketika berada di dalam perut ikan paus ;
"Lailahailla anta subhanaka inni kuntuminazolimin" (ni Emak yang ajar)

4. Teknik pernafasan. Tarik nafas dalam dalam, hembuskan sikit sikit melalui mulut.

Okay, back to the story. Husband dah berbuih mulut ajak ke hospital tapi aku kata nanti, nanti. Nak pergi nanti kita bagitaulah. Aku ni kalau boleh malas nak berlama lama dekat hospital. Bagitau husband, mintak mintaklah sampai hospital nanti dah 7-8cm pastu boleh terus bersalin hehe. Solat Zohor dekat rumah dulu. Time sembahyang pun surge datang menyerang, memang tahan ajelah. Hampir pukul 2.15 dah masa kami keluar rumah nak ke hospital masani.

Dalam kereta, barulah surge datang tanpa belas kasihan uhuks. Sakit sampai rasa keras keras badan tahan. Dalam kereta susah nak fokus tips aku bagitau atas ni. Dan tak sangka pulak jalan jem okay nak ke hospital. Aku memang dah pesan siap dengan husband sebelum gerak tu, "Saya tengah sakit sangat tau. Tolong jangan cakap dengan saya melainkan saya cakap dulu ye" haha kemain pesanan, yelah ini pesanan base on pengalaman ok haha. Elok pulak jalan nak ke Hosp Sungai Buloh tu jammed. Traffic light banyak pulak tu. Haih. Tak ku sangka haha sebab biasanya dalam 15 minit je dari rumah. Sekali ada lah dekat setengah jam kot. 

Sampai hospital pukul 3. Husband dropkan betul betul depan pintu wad bersalin lepastu dia pergi cari parking. Aku memang nak turun pun tak larat masa tu, siap sempat layan surge sekali dua masa menunggu nak keluar tu haha. Surge hilang je laju laju aku turun pergi ke kaunter. Bagitau nurse aku dah rasa nak beranak sangat sangat ni. Nurse tanya anak keberapa, aku jawab kedua. Terus laju nurse tu ambil kerusi roda dan tolak aku untuk buat VE. Masa ni memang sakit gila, tak terfokus dah aku nak control pernafasan semua. Nurse buat VE, dah 10cm fully dilated haha tanjat gegirl tau. Kalutlah nurse tolong tukarkan baju hospital kemas segala handbag aku. Oh siap masa ni aku mintak tolong nurse panaskan hot pack aku tapi dia kata "Takpayah Puan. Puan dah nak bersalin ni. Cepat cepat salin baju" 

Dengan katil katil tu tolak ke LR, kelam kabotla Nurse prepare barang. Doktor pun kalut cucuk jarum drip sebab dah nak teran sangat ni. Sampai sakit tangan tempat cucuk tu sebab dekat dengan tulang. Tsk. 3 kali push baby pun keluar hehe. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Aku rasa bersyukur sangat semuanya memang sangat smooth. Thank you Allah. Rasa syukur sangat Allah permudahkan segalanya, tak terucap dek kata kata.

Oh aku sampai hospital pukul 3petang. 3.13 baby dah keluar. Ahaha punya pantas kalini husband tak sempat nak masuk. Tak surela dia rasa rugi tak dapat masuk ke dia rasa lega ahah 

Fresh from the womb hehe. Sedang skin to skin dengan baby for the first time. Ya Allah, mulut aku memang tak henti henti cakap Alhamdulillah masani. Terlalu pantas semuanya. Tak sangka dah bergelar mother of two :) Manisnya.

Say Assalamualaikum to our second child, 

Name :Luth Daniyal bin Mohd Nazul Aziim. 
Date of birth : 01/09/2016 
Time of birth : 1513 
Weight : 2.99kg

Pengalaman Bersalin Anak Kedua - Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum,

Dah hari ke15 kelahiran anakanda kedua baru ada chance nak coretkan di sini. Cepat atau lambat, wajib abadikan di sini buat kenangan 

31/08/2015
Merdeka Day ! Takde tanda tanda nak bersalin lagi walaupun EDD ialah 03/09. Masa Kasih dulu, aku bersalin satu minggu awal dari tarikh jangkaan. So hari cuti ni, husband melayan kehendak tekak wife yang sarat ni hehe. Puas hati sangat dapat lunch di kedai favourite di TTDI Jaya - siput sedut masak lemak pedas, ulam ulaman, ikan keli berlado, sambal belacan, pisang goreng dan terpaling special ; dessert bubur durian ah sedap gilers. Selepas tu selesaikan last postage sebelum cuti berehat, sempat makan Hokaido Cheesetart yang tersedap sekali dekat Aeon Shah Alam dan sempat juga ke PJ restock Lipcream. Pack habis aktiviti di hari cuti Merdeka 


Malamnya nak tidur, ada rasa sengal badan dan macam feel light contraction. Tapi aku dapat tidur lena malam tu maknanya bukan contraction la tu kalau tak mana mau lena kan.

01/09/2016
Bangun pagi, husband tanya OK tak. Dia taknak pergi kerja tapi aku suruh pergi jugak. Ada apa apa nanti aku msglah. Lagipun aku mintak tolong Ngah temankan haritu. Pukul 10 macam tu terasa sakit makin intense tapi masih bearable. Masih larat masak nasik dan gorengkan ayam untuk Kasih. Msg Ngah lagi suruh cepat datang sebab makin terasa pulak sakitnya. Ngah pulak bila dah sampai asyiklah tanya aku "Awak dah nak bersalin ke Yong?" "Awak sakit sangat dah ke?"  ni soalan favourite dia haritu sampai aku rasa nak telan dia pun ada haha. Yelah orang betul sakit ni tanya gitu pulak.


Mintak Ngah tolong masakkan maggi kari letak telur letak sawi sebab teringin sangat. Berapa kali entah berhenti makan sebab contraction datang. Pukul 12 aku msg husband suruh balik sekarang. Pasal makin tak boleh dibuat main sakit ni. Aku letak hot pack dekat belakang badan tiap masa. Memang membantu. Tapi masa ni jangan kau cakap apa apa masa aku sakit sebab sumpah sakit haha tak larat nak cakap apa pun. Yang Kasih masa ni sibuklah bawak segala story books dia mintak Mama cerita. Aku masih larat jadi aku layanlah tapi banyak iklan sebab selang dengan contraction haha. 

Aku install contraction count masa ni dah selang 5-7minit sakitnya. Memang nak tertonggeng dah masani tapi takde siapa perasan pun aku tengah tahan sakit gila time tu. Sebab..... aku konon konon practice hypnobirthing haha yang aku baaaaaaru Google pagi tu  kongsi sikit ek apa aku practice haritu walaupun aku bukan orangnya nak cakap pasal hypnobirthing ni (next baby kena ingat nak sign up !) Tapi berdasarkan bacaan aku, ini apa yang aku buat ;

1. Bila contraction datang, layan je. Jangan lawan. Jangan genggam tangan. Rileks. Let your body feel the pain haha. Aku siap pejam mata bayangkan laut, taman.. pokok pokok. Anything that make you feel happy and calm to divert the pain. Ini kena fokus. Kalau hilang fokus, surge datang je menggelupur.

2. Even when you are in the deep pain, cuba untuk SENYUM. Betul, it helps.

3. Amalkan doa Nabi Nuh ketika berada di dalam perut ikan paus ;
"Lailahailla anta subhanaka inni kuntuminazolimin" (ni Emak yang ajar)

4. Teknik pernafasan. Tarik nafas dalam dalam, hembuskan sikit sikit melalui mulut.

Okay, back to the story. Husband dah berbuih mulut ajak ke hospital tapi aku kata nanti, nanti. Nak pergi nanti kita bagitaulah. Aku ni kalau boleh malas nak berlama lama dekat hospital. Bagitau husband, mintak mintaklah sampai hospital nanti dah 7-8cm pastu boleh terus bersalin hehe. Solat Zohor dekat rumah dulu. Time sembahyang pun surge datang menyerang, memang tahan ajelah. Hampir pukul 2.15 dah masa kami keluar rumah nak ke hospital masani.

Dalam kereta, barulah surge datang tanpa belas kasihan uhuks. Sakit sampai rasa keras keras badan tahan. Dalam kereta susah nak fokus tips aku bagitau atas ni. Dan tak sangka pulak jalan jem okay nak ke hospital. Aku memang dah pesan siap dengan husband sebelum gerak tu, "Saya tengah sakit sangat tau. Tolong jangan cakap dengan saya melainkan saya cakap dulu ye" haha kemain pesanan, yelah ini pesanan base on pengalaman ok haha. Elok pulak jalan nak ke Hosp Sungai Buloh tu jammed. Traffic light banyak pulak tu. Haih. Tak ku sangka haha sebab biasanya dalam 15 minit je dari rumah. Sekali ada lah dekat setengah jam kot. 

Sampai hospital pukul 3. Husband dropkan betul betul depan pintu wad bersalin lepastu dia pergi cari parking. Aku memang nak turun pun tak larat masa tu, siap sempat layan surge sekali dua masa menunggu nak keluar tu haha. Surge hilang je laju laju aku turun pergi ke kaunter. Bagitau nurse aku dah rasa nak beranak sangat sangat ni. Nurse tanya anak keberapa, aku jawab kedua. Terus laju nurse tu ambil kerusi roda dan tolak aku untuk buat VE. Masa ni memang sakit gila, tak terfokus dah aku nak control pernafasan semua. Nurse buat VE, dah 10cm fully dilated haha tanjat gegirl tau. Kalutlah nurse tolong tukarkan baju hospital kemas segala handbag aku. Oh siap masa ni aku mintak tolong nurse panaskan hot pack aku tapi dia kata "Takpayah Puan. Puan dah nak bersalin ni. Cepat cepat salin baju" 

Dengan katil katil tu tolak ke LR, kelam kabotla Nurse prepare barang. Doktor pun kalut cucuk jarum drip sebab dah nak teran sangat ni. Sampai sakit tangan tempat cucuk tu sebab dekat dengan tulang. Tsk. 3 kali push baby pun keluar hehe. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Aku rasa bersyukur sangat semuanya memang sangat smooth. Thank you Allah. Rasa syukur sangat Allah permudahkan segalanya, tak terucap dek kata kata.

Oh aku sampai hospital pukul 3petang. 3.13 baby dah keluar. Ahaha punya pantas kalini husband tak sempat nak masuk. Tak surela dia rasa rugi tak dapat masuk ke dia rasa lega ahah 

Fresh from the womb hehe. Sedang skin to skin dengan baby for the first time. Ya Allah, mulut aku memang tak henti henti cakap Alhamdulillah masani. Terlalu pantas semuanya. Tak sangka dah bergelar mother of two :) Manisnya.

Say Assalamualaikum to our second child, 

Name :Luth Daniyal bin Mohd Nazul Aziim. 
Date of birth : 01/09/2016 
Time of birth : 1513 
Weight : 2.99kg

Thursday, August 4, 2016

FREE POSTAGE Untuk Pembelian Lipcream dan BB Cushion Melalui Shopee

Assalamualaikum,

Hello you alls, seperti yang aku war warkan dalam entry sebelum ni, sekarang aku jadi agent Fame Cosmetics yang menjual dua produk :

Soft Matte Lipcream























BB Cushion

















So July hari tu Shopee ada buat promotion free postage. Masa aku register tu pulak dapat kod diskaun RM10 dari Shopee. So aku cari carilah barang apa nak dibeli, berminat nak beli buku untuk Kasih. Lepas tu jumpa seller jual preloved books. Condition cantik cantik lagi, comel menarik kira sesuai lah dengan umur Kasih ni. Satu RM5 je you alls. So, aku beli 5 terus. Ada satu tu RM3 je so total purchase RM23 lah. Dapat free postage lepastu guna kod diskaun RM10 lagi kesimpulannya cuma bayar RM13 untuk buku buku yang menarik ni. Best kan ?


Eh, tercerita pasal kedai orang lain pulak. Yang sebenarnya aku nak promote kedai sendiri kat Shopee ni haha. 

Ini link kedai,


Boleh klik link atas ni untuk pembelian ye. Lipcream harganya cuma RM29, BB Cushion RM55. Kalau beli melalui link atas ni lagi best, free shipping lagi untuk bulan ni. Kan dah jimat duit korang untuk bayar postage, kan ? Ulang suara, FREE POSTAGE UNTUK PEMBELIAN LIPCREAM DAN BB CUSHION MELALUI SHOPEE

Untuk korang yang berada berdekatan Subang Bestari, Kg Melayu Subang, Bukit Subang, Ara Damansara, Subang Airport.. bolehlah Whatsapp 0196683098 untuk COD ye. Kalau COD ni best jugak sebab korang boleh test dulu. Yes !! Tester disediakan ok ?

Kita tunggu awak Whatsapp, k ?
019.668.3098


Monday, July 18, 2016

Fame Cosmestics - Lipcream & BB Cushion

Assalamualaikum,

Nak war warkan ni, aku sekarang ada menjual make-up brand Fame Cosmetics. Ini produk local tau. Ada dua product je baru bawah brand ni iaitu Lipcream dan juga BB Cushion. Tak tipu memang best product ni, sebab aku sendiri pun pakai. Kalau pakai tak best, takkan la kita nak jual kan ;)



7 Warna menarik Lipcream :

- Candy
- Nude
- Desire
- Party
- Fuschia
- Gossip
- Violet

Lipcream ni memang best sebab textur dia masa mula mula apply tu creamy tapi takpe, korang biar je.. Beberapa minit gitu, dia akan kering menjadi matte gitu. Best tauuuuu, aku yang tak pakai lipstik pun dah pakai sekarang. Kemain hari hari bibir merah ke ofis hehe.


This is my favourite color - Gossip. Muka pun nampak flawless sikit dak hehe. Kesan pakai BB Cushion tu lah. 

BB Cushion pulak ada dua kod. Iaitu kod Natural & Fair. Senang takyah bebanyak sangat shade nanti korang jugak pening warna mana sesuai dengan tone kulit korang ;p
 


Untuk yang suka nak cuba dulu baru nak beli, ok don't worry sebab aku paham kehendak korang haha so aku dah sediakan tester OK ?


BB Cushion pun ada tester. Boleh cuba sampai tau warna apa nak ambil, ok ? Kalau nak cuba saja tak beli pun takpa aih. Takda paksaan dalam membeli ;)

COD Available untuk Subang Bestari and nearby area only. Other than that, please opt for postage ye sayang sayangku. Apa apa Whatsapp je la kita +6019-668 3098. Kita akan melayan setiap pertanyaan awak awak dengan kasih sayang ok ? Hihi.

Oh lupa nak bagitau harga.

Lipcream - RM29/pcs exc postage
BB Cushion - RM55/pcs exc postage

Thank youuuu.



Tuesday, July 12, 2016

Trend Blouse Muslimah Sempena Raya


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya diucapkan kepada korang semua, masih lagi mood raya kan ? Yelah baru 7 Syawal kan, of course masih lagi mood raya. Jemputan open house pun mesti bersusun sampai 30 Syawal kan ;D

Oh ye, sebut pasal open house.. Dah ada cukup baju raya nak cover jemputan ke nanti ? Tahun ni banyak trend baju raya terkini yang lebih moden dan menarik berbanding tahun-tahun yang lalu, kan ? Kalau sebelum ini pilihan para wanita hanya tertumpu kepada koleksi baju kurung dan jubah sebagai koleksi baju raya mereka, kini terdapat jenis-jenis pakaian Muslimah lain yang turut menjadi pilihan. Selain kaftan dan dress Muslimah, ramai wanita juga memilih koleksi blouse Muslimah sebagai pilihan utama mereka. Koleksi blouse yang dipadankan dengan pemakaian skirts potongan ala duyung atau mermaid cutting ini sesuai dipakai oleh wanita moden yang ingin tampil sedikit kelainan di pagi Raya. Jom kita lihat apakah trend blouse Muslimah yang paling popular sempena Raya 2016 ini;


Peplum Blouse

Jika dahulu kita pernah dikejutkan dengan kemunculan kurung peplum yang cukup popular dan menjadi fenomena, kini muncul pula rekaan peplum blouse yang juga tidak kurang hebatnya.



Lace Blouse

Begitu juga dengan trend baju kurung modern lace yang cukup popular pada dua tahun yang lepas. Raya 2016 menyaksikan kemunculan koleksi lace blouse yang menawan seperti berikut. 


Crop Blouse

Diinspirasi daripada rekaan crop top, para wanita juga boleh menggayakan koleksi crop blouse yang loose ini dengan padanan koleksi skirts untuk fesyen Raya kontemporari yang moden. 


Jacquard Blouse

Dan yang paling trending buat masa kini adalah koleksi jacquard blouse yang diperbuat daripada fabrik jacquard yang keras seperti berikut. 

So, dah tau berkenan yang mana ke ? Apa lagi, jom shopping di Zalora lah :)


Monday, July 4, 2016

Resepi Noxxa : Kari Kepala Ikan Sedap

Assalamualaikum,

Minggu lepas, aku berjaya masak kari kepala ikan yang menurut tekak aku dan suami, kiranya sedaplah AHAHA apani masuk bakul angkat sendiri woi. Aku mengakulah, aku memang tak berapa reti dan kurang keyakinan diri kalau nak memasak kari ni. Takut tak sedap. Takut ada terkurang itu ini. Berapa kali emak ayah ajar bila balik kampung, tetap jugak bila aku masak tak jadi sedap macam emak ayah masak huhu. Satu lagi faktor agaknya rumah aku ni tak banyak rempah rempah kot so kadang benda yang takde contoh macam biji sawi ke apake aku skip je. Kalini nak cuba masak kari kepala ikan jenahak yang emak bagi masa balik kampung haritu. Tawakal aje semoga sedap sebab yelah dah lah pakai ikan mahal kan HAHA.

Jom tengok rupa kari kepala ikan yang dah jadi :) Gembiranya bila makan rasa kena betul dengan tekak so aku nak simpan resepi ni kat sini. Bolehlah balik kampung nanti biar aku pulak yang masakkan kari ikan untuk emak ayah haha wah ini sudah over confident nama dia :P


Masak guna periuk Noxxa. Sekejap je ikan ni empuk dan masak tapi isi masih kenyal. Yummy~

Bawah ni resepi dia ye ;



Resepi kredit kepada : http://spicesjourney.blogspot.my/2012/10/petua-turun-temurun-kari-ikan-yang-sedap.html 

Satu kelainan dia ialah resepi ni gunakan beras yang disangai untuk pekatkan kuah kari. Serius resepi ni sedap, kari ni biarkan semalaman esoknya lagi sedap kan. Boleh buat cicah roti pulak kalau taknak makan dengan nasi okay lapar pulak bila cakap gini -____-
 

Friday, July 1, 2016

Check in Hospital Sg Buloh

Assalamualaikum,

Sabtu lepas (25/06), aku ada monthly check up dengan Dr Shikin dekat Klinik An Nisa. Memang aku buat monthly check up kat sini sebabnya Klinik Desa Subang tu terlalu penuh dan sibuk. Lagipun company aku tak terima time off (tak macam company yang aku kerja masa pregnantkan Kasih dulu). So nak jimat cuti dan masa, kita check up dekat private je lah.

Then masa check up tu, semuanya okay. Berat turun 1 kg, aku muka happy sekali kena bebel dengan doktor hahaha. Dia cakap takpe ni bulan puasa saya pejam sebelah mata je ye tapi lepas raya pastikan berat back on track ye. Kemudian scan macam biasa. Sekali doktor tengok heartrate baby low. 98 je bacaan dia. Normal dalam 130 ke atas. Dia dah risau. Aku jangan cakaplah of course risau gila. Then check benda lain dulu, check balik heartrate, 118. Improve sikit. Lepas tu check 3rd time, turun balik ke 100. Ah sudah jantung aku jangan cakap lah masa ni, memang laju gila. Mulut pun tak terkeluar nak cakap apa. Kemudian doktor cakap, saya kena refer awak ke labour room ni. Biar diorang run CTG monitor apa semua dulu. Aku on the way nak balik kampung tau masa tu, singgah check up sekejap. Then cakap dengan doktor okaylah, on the way balik tu singgah Hospital Sg Buloh sekejap.

Sampai Hosp. Sg Buloh, terus pergi register dekat labour room. Awal awal dah dibagitahu yang ward penuh, memang kena tunggu dekat atas kerusi dulu sementara dapat katil. Aku try call hospital hospital lain yang berdekatan (Selayang & Shah Alam) pun penuh maka mak redha la. Janji nak check baby ok ke tidak kan. So run CTG petang tu dalam 20 minit, doktor bagitau heartrate dah normal balik around 130-140. Tapi tatapppp tak boleh pulang, kena masuk ward at least satu malam sebab nak monitor lagi. So cancel lah plan balik kampung :( Sedihnya tahun ni takde rezeki nak berbuka dan bersahur dengan mak ayah. First time sepanjang hidup ni first Ramadhan takde langsung sehari yang berbuka dan bersahur dengan mak ayah. Haih taip ni pun rasa sedih sungguh :( :( :( semoga Allah bagi rezeki panjangkan umur kami diberi kesihatan yang baik supaya Ramadhan tahun depan aku dapat peluang ni balik, amin.

So Sabtu malam tu tidur ward lah. Kasih mintak tolong Cikna jagakan. Rindu anak oi malam tu. Tak selesanya duduk masa tu sebab takde katil kan, nak baring rehat rehat pun tak dapat. So duduk je la atas kerusi haha. Lepas tu nasib baik husband aku temankan, so duduk je la dekat ruang menunggu tu takdelah bosan sangat. Malam tu husband nak tunggu situ tapi aku suruh dia balik. Oh, kebetulan malam tu tiba tiba ada katil yang kosong pulak, patient tu dah nak bersalin so aku dapatlah tidur atas katil malam tu dekat bilik transit. So aku suruhlah husband aku balik. Kesian dia nak tunggu kat kerusi tu nak buat apa kan. Baik balik tidur atas katil kat rumah lagi selesa. Dia dah lah puasa. Aku Sabtu tu tak puasa dah, doktor suruh berbuka sebab takut baby hypo. Aku pulak kadang tak sahur lah, maybe minum air tak cukuplah ke apa kan. Tengah malam tu pukul 3.45 pagi repeat CTG. Lama gila CTG kali ni dekat sejam kot. Mengantuk ya rabbi.

Esok pagi jumpa gynae, dia briefkan result semua nampak everything dah back to normal. Tapi dia cakap kalau aku masih risau, boleh stay dekat ward lagi diorang akan monitor. Aku dah tak larat duduk ward masa tu (padahal baru satu hari satu malam tu), so mintak discaj je lah dan monitor sendiri pergerakan baby. Sejak tu aku macam takut takut pulak nak puasa. So dari Sabtu - Selasa aku tak puasa. Baru je start puasa balik Rabu hari tu. Consult doktor memang dia pesan boleh cuba puasa tapi kalau rasa letih sangat lapar sangat dahaga sangat, berbuka je. Sahur wajib amik makanan berat (oat ke nasi etc) jangan makan kurma je. Kadang aku malas bangun, so minum air dan makan kurma je. Doktor cakap kalau macam tu tenaga memang ada tapi takut tak cukup zat. 

Tapi syukurlah sekarang dah ok. Baby's movement pun ok. Aktif. Sabtu haritu masa doktor cakap tu memang kebetulan aku tak rasa sangat baby gerak tau. Seram sejuk jangan cakaplah. Terbayang macam macam dalam kepala ni masa otw ke hospital. Syukur Allah permudahkan. Tapi kan aku seramla masuk area labour room tu awal awal huwaa tengok orang contraction semua mak takut la bila sampai masa nanti.. Kena kuatkan semangat ni uhukk.

Doakan semuanya selamat dah dipermudahkan ye :)
 

Thursday, June 23, 2016

Resepi Noxxa : Tomyam Putih

Assalamualaikum,

Poyo sangat kan hahaha asal masak guna Noxxa je nak update resepi :P

Tapi kalini takde ambil gambar la pulak. Tulis resepi untuk rujukan sendiri je lah aci jugak kan.

Resepi Tomyam Putih Noxxa

Bahan bahan
2 batang serai *ketuk
1 biji bawang holland *hiris kasar
3 biji bawang putih *ketuk
7 biji cili padi *ketuk
Daun limau purut
4 biji limau kasturi *diambil jusnya
1/4 ekor ayam dipotong kecil
2 biji tomato *potong 6
Sayuran yang sesuai (cendawan, kobis bunga, carrot etc)
Daun ketumbar

Cara cara
1. Onkan STIR FRY mode. Tekan ON > STIR FYR > ON lagi sekali. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang holland, bawang putih, cili padi, daun limau purut, serai sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan air anggaran 3 cawan (aku suka hirup kuah so biar banyak hehe tapi janganlah sampai cair pulak)
5. Masukkan jus limau kasturi. Kacau rata. Masukkan tomato & garam.
6. Offkan Noxxa. Tutup periuk, pusingkan tombol ke steam. Put on STEAM mode selama 3 minit.
7. Selepas 3 minit, release pressure. Lepas tu on balik STIR FRY mode. Masukkan segala sayuran.
8. Tunggu mendidih, taburkan daun ketumbar dan siap :)


Thursday, June 16, 2016

Resepi Noxxa : Nasi Daging dan Air Asam Utara

Assalamualaikum,

Nampak mak kutu Noxxa kita update resepi nasi daging Noxxa, terus kita pun rasa nak update ahaha. Kebetulan pulak baru 2 hari lepas rasmikan Noxxa kita dengan nasi daging ni. Gara gara bersepah resepi ni kat Facebook la mak terpengaruh. 


Presentation tak lawa tapi rasanya insya Allah sedap hehe. Aku punya benchmark tak susah. Suami makan bertambah tambah takde komplen tawar ke apa tu kira lulus dah la tu :)

Actually dah lama aim Noxxa ni tapi haritu nak join kutu diorang dah penuh sampai bulan Jan tahun depan baru sampai turn aku. Ko rasa nak tunggu ? Lama sangat mak tak mampu nak. Rezeki pulak entah macam mana ada extra Noxxa ni pulak so Ann offer lah hari tu siapa nak. Tanya dengan Ann dia kabo tak bertuan lagi so teruslah aku book :) baru minggu lepas ada masa pergi collect Noxxa ni kat rumah Ann. Rezeki jugak dapat beli dengan harga lama RM790 tapi dapat extra inner pot. Thank you Ann. 

Eh panjang pulak mukadimah Noxxa dia tu.

Jom tengok resepi  ;

Nasi daging simple
Bahan bahan
Daging - direbus
Bawang merah - hiris 
Bawang putih - hiris
Halia - hiris
4 sekawan 
Susu cair
Tomato
Rempah kurma
Garam/gula secukup rasa
 
 Cara cara
1. Mula mula, rebus daging dalam Noxxa. Letak sikit halia. Aku agak agak je bahan dia, pepandai lah ye. Set High Pressure 20 minit. Tapi pakai periuk tekanan tinggi ni, safety first ok. Kena hati hati. Lepas dah habis HP 20 minit tu, make sure release dulu wap dia dengan pusingkan tombol dari pressure ke steam. Guna towel dapur yang lembap sebab panas ok ! Karang kalau wap tu terkena muka atau tangan korang, ha dahhh tak cantik :P lepas dah release wap dia baru lah buka penutup periuk ye.
2. Set aside air rebusan. Set Noxxa korang kepada Stir Fry mode. Tumiskan hirisan bawang merah, putih, halia dan 4 sekawan sampai naik bau. Dah naik bau, masukkan rempah kurma. Masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan beras yang dah dibasuh bersih (aku guna 3 pot masa ni). Gaul sebati.
4. Masukkan susu cair, tomato yang didadu, daging rebus yang dah dihiris nipis. Sukatan ikut pot, 3 pot beras = 3 pot air + 1 pot susu cair. Kacau sebati bagi rata.
5. Offkan STIR FRY mode. Tutup periuk Noxxa. Onkan HIGH PRESSURE mode. Set ikut pot beras. So aku masak 3 pot = 3 minit. 
6. Siap !

Air Asam Utara
Blend kasar cili padi + belacan + kerisik + air asam jawa + tomato (1 biji). Agak agaklah air asam dia tu jangan cair sangat. Masukkan dalam bekas. Lepas tu hiris bawang merah + tomato. Campurkan dalam kuah air asam tadi. Seimbangkan garam gula. Erm sedapppppp !

Jelatah Timun
Aku guna barang barang yang ada kat rumah je. Timun + Carrot + Cili padi + Cili merah + Bawang besar - hiris nipis semua ni. Gaulkan dengan garam, gula dan masukkan cuka. Sejukkan dalam fridge sebelum makan.

Okay sekian resepi. Mengah taipnya haha.


Monday, June 13, 2016

Kasih Demam

Assalamualaikum,

Dua hari lepas masa hantar Kasih ke taska, ada ternampak sorang budak berhingus je tau. Yang aku ni cepat sangat terdetik dalam hati, Kasih dah lama tak kena selsema ni kan padahal dulu kerap jugak kena batuk selsema tu. Terus esoknya Kasih selsema n batuk T________________T tulah Mama, terdetik dalam hati pun jangan benda benda yang tak elok ni huwaaa. Takpelah anggap ujian dari Allah.

Semalam sebelum tidur dah bagi makan ubat, lap lap badan dia. Jaga malam jugak beberapa kali check suhu dia alhamdulillah tak spike dan stabil je dalam 36-37 macam tu. Aku paranoid sebab Kasih mengadu mata dia sakit, dok gosok gosok je. Last time aku dapat detect simpton denggi tu sebab Kasih demam mengejut dan dia mengadu mata dia sakit la tu. Tapi kalini demam start dengan batuk selsema dulu so make sense jugaklah tapi aku still monitor lah. Pagi ni bangun check suhu dah ok, tak demam. Tanya mata sakit lagi tak pun cakap tak. Ikutkan hati rasa nak pergi hospital je malam tadi insist blood test. Eh paranoid sesangat lah aku ni sejak Kasih masuk ward hari tu. Tapi pagi ni bila check semuanya OK, aku pun hantarlah Kasih ke sekolah. Sampai sekolah dia request nak rehat sekejap dalam kereta. Badan macam dah dedar sikit. Bagi dia rehat sekejap lepas tu aku ajak dia masuk, masuk je terus pergi baring dekat toto dengan kawan kawan dia. Hmm nampak tak larat sangat pulak dah. Susah betul hati ni. Tinggalkan pesan dekat cikgu dia dan msg owner taska jugak tadi mintak tolong inform kalau ada apa apa. Dalam masa yang sama, aku berbelah bagi jugak. EL aku dekat ofis ni kan tinggal lagi 0.5 hari je lagi. Kalau aku amik EL lagi, terus nak bagi warning letter. Remember previous entry ? Ini menambahkan lagi stress aku tsk. Bila bagitau husband, dia cakap apa nak risau you kan dah tender. Memanglah sudah tapi aku nak kena hadap lagi duduk sini sampai bersalin karang. Malaslah nak create apa apa issue.

Ya Allah, berikan lah kesembuhan kepada anakku Kasih Safiyya :( bila jadi macamni buatkan hati bertambah geram dengan polisi mengarut company ni !


Tuesday, June 7, 2016

Warning Letter Implemented - Bye Bye KGW !

Assalamualaikum,

Susulan kes di bawah, boss aku bersama sama management office ni come out with another extreme plan. Unpaid leave lebih daripada 7 hari, akan dapat warning letter. Bahahahaha. Unpaid leave aku dah 6.5 hari, semuanya purely pasal Kasih sakit + warded. Siapa boleh guarantee dari sekarang sampai end of this year aku takkan ada apa apa kecemasan yang membuatkan aku terpaksa ambil EL a.k.a Unpaid leave tu ?

Ahh so bosan dengan politik ofis ni.

Jadinya dengan isu ini ditambah lagi banyak lagi isu lain yang aku malas nak sebutkan semuanya kat sini, aku telah pun resigned. Sebab sebab resigned ?

1. Malas nak layan drama drama kat ofis
2. Husband bagi green light duduk rumah jaga anak anak HAHA
3. Yes, bakal mempunyai anak anak :) I'm 7 months pregnant
4. Stress tak bagus untuk wanita mengandung

Husband kata duduklah rumah dulu rehat rehat kalau rasa nak kerja, pergi cari kerja tempat lain. Tak payah hadap dah kerja kat sini.

Love you, husband hehe.


Thursday, June 2, 2016

Unpaid Leave

Assalamualaikum,

Selama ni aku tak pernah share apa apa pasal workplace dekat tempat yang public macam ni (FB, Twitter, Insta etc). Tapi kalini aku rasa frust gila dengan boss ni, frust dengan management, frust dengan office, frust dengan semuanya lah ! I just need a medium to channel it out. 

Sejak beberapa bulan lepas, boss aku ni buat perubahan company policy. Kalau emergency leave dalam masa 24 jam, contoh besok nak cuti harini baru bagitau, ataupun hari ni tak datang kerja, pagi baru message bagitau EL, dia akan consider unpaid leave. Alasannya taknak orang sesuka hati ambil EL. Tapi logiknya takde orang suka suka hati nak EL lah. Mestilah ada solid reason ngeng ! Tapi takpe, okay fine. Kita ikutkan saje rentak dia. Normal kot bagi mak mak especially yang ada anak kecil ni untuk ambil EL kalau anak tak sihat ke apa. Yelah kat sini cuma Melayu ada yang beranak kecil. So mostly Melayu lah yang ada sehari dua ambil EL tapi semuanya solid reason kot. Bila kita bagitau bukan saje saje nak EL, tapi anak tak sihat. Oh laju je jawab, sini family first ! Jangan risau. Hmm yelah tu boss, watevaaaaaaaaaaaaaaaaa. Lagipun adakah EL tu begitu teruk ? Kita boleh plan ke apa nak jadi ? Bukannya EL tu sebab sesaje ponteng.

Anyway, yang trigger my anger & frustration adalah.. 


Bulan 5 kan Kasih masuk ward sebab denggi. Of course lah aku ambil EL. Aku tau ke Kasih nak sakit ? Aku tau ke Kasih nak kena denggi ? Aku tau ke Kasih nak kena warded ? Aku boleh plan ke ? 5.5 hari kesemuanya hari yang aku jaga Kasih dekat ward semuanya dikira unpaid leave. Boleh bayar instalment Vios sebulan. Yang geramnya, annual leave aku berbaki 10 hari lagi. Takde sikit rasa consideration ke, kalau nak sangat tolak gaji aku, 2 hari unpaid leave, selebihnya tolak annual leave ke kan. Nak ikutkan sangat company policy yang baru tu. Bukannya benda tak boleh bawak berbincang. Bila kita bagitau EL, sibuk nakkan reason la apa. Bila bagitau reason pun sama je. 5.5 hari ok, sampai hati dia. Kalau aku saje saje ponteng tu lainlah. Lain macam perangai boss ni sekarang. Tawar hati betul dibuatnya. Kalau staff Cina tu yang mana masih study tu, bila nak exam dapat pulak study leave 3 hari okay. Racist racist racist racist

Sign to change to a better workplace kot ?

PS sorry too much negative vibes in this entry !!




Monday, May 30, 2016

Pengalaman Masuk Hospital - Part II

07/05/2016 - 12/05/2016

Menghabiskan hari hari biasa di hospital. Demam Kasih memang on off, setiap 4 jam nurse akan datang monitor check suhu. tekanan darah semua. Boleh nampaklah well taken care dekat Tropicana ni. First day dekat wad, Kasih masih selera makan. Makan bubur sambil cakap mmmm sedapnya. Masuk second and third day, dia dah refused nak makan dan minum. Lemah je masa ni. Sedih betul tengok. Bibir dia kering sangat sampai berdarah. Hidung pun macam ada luka sikit, doktor suruh monitor in case ada bleeding ke apa kena cepat cepat inform. Platlet makin lama makin drop sampai satu hari tu blood test drop ke 88, darah pulak jadi makin pekat, risau sangat dibuatnya kitorang suami isteri. Google lah macam macam. Cadangan paling popular dan sinonim dengan denggi ni rasanya semua tahu kot, jus betik dan sup ketam. Walaupun dah tau mesti susah nak paksa Kasih minum jus betik tapi tetap husband usahakan cari. Penyudahnya minum seteguk je haha. Tahu je lah bukan senang nak paksa budak makan dan minum. Lepastu mintak tolong Cingah masakkan sup ketam, syukur selera pulak tu Kasih makan 3 mangkuk kecil mi wantan dengan sup ketam, OK ? Happy gila tengok anak dah selera makan masa ni. Seronok sangat :)


Oh satu lagi nak share, kalau denggi ni doktor akan sukat input dengan output dia. Apa yang Kasih makan minum kencing berak muntah semua kena rekod. Sebabkan Kasih kena drip haritu, so pakaikan pampers je sepanjang dekat hospital. Nanti jadi satu kerja pulak nak bukak tutup drip tu takut line jadi bengkak. Itupun line dekat kaki dia tahan 3 hari je. Lepas tu terpaksa buat line baru dekat tangan sebab dah bengkak. Aku doa banyak banyak janganlah line dekat tangan dia pun rosak jugak nanti kena cucuk lagi pulak :( haih sedihnya kalau dok ingat balik kenangan dekat hospital ni. Mana tahan tengok anak yang aktif tiba tiba lemah je, diam je. Masa ni la memang insaf habis.. taubat taknak marah marah Kasih dah. Tapi lepas tu terlepas jugak haha well kita ni manusia yang lemah. Tapi ni bila scroll balik gambar gambar dengan Kasih masa dekat hospital, sayu betul rasa. Kalau boleh taknak la hadap lagi moment gitu. Aku tidur sekatil share dengan Kasih. Ada baby cot tapi dia nak kepit bawah ketiak Mama jugak. Tidur dengan budak ni lain macam kan. Dia yang paling kecik, tapi dia lah yang paling banyak makan ruang. Sabar je lah. Sakit sakit pinggang aku berhimpit dengan Kasih. Padahal besar kot katil, muat je tidur dua orang tapi dia suka menghimpit. Nasib baik lah katil tu ada penghadang kalau tak lama dah Mama jatuh ke bawah Kasih oiii.

Kasih masuk ward Jumaat malam. Sabtu husband kerja, balik kerja datang hospital terus. Ahad stay hospital. Isnin dengan Selasa aku cuti, Rabu Khamis husband pulak cuti. Tapi tulah Rabu tu Kasih cranky sangat nak Mama je memang taklah aku nak tinggalkan dia. Kerja boleh tunggu, anak sakit perlukan perhatian. So Rabu tu aku dengan husband sama sama tunggu dia lah. Since line dah tukar dari kaki ke tangan, masa ni bila bukak kejap kejap drip tu bolehlah bawak dia turun bawah ambil angin sekejap dekat playground. Kan dua hari Kasih kena drip melalui kaki, so kena pakai ankle guard kan bila first time nak jalan kesian sangat tengok. Macam kena pegang dia dulu slow slow baru boleh lepas. Yelah dua hari kaki tak bergerak kot, kena tahan dengan ankle guard tu je. Ada hikmahnya tukar line drip dari kaki ke tangan kan. Walaupun jeritan dia tuuuuuuuu...


Happy lah sikit dia bila dapat turun main lepas ambil darah hehe.

Cikgu Za owner taska Kasih pun ada datang melawat. Siap bawak belon, bawak alat tulis semua bagi Kasih seronok :) Terima kasih Kza..




Ini bacaan platlet dia untuk 7 hari di hospital

06/05/2016 - 248
07/05/2016 - 203
08/05/2016 - 162
09/05/2016 - 133
10/05/2016 - 88
11/05/2016 - 110
12/05/2016 - 126

Syukur hari ke 6 tu dah naik balik bacaan dia. Aku baru tahu yang denggi ni ada fasa dia. Mula mula akan demam dulu. On off dan masa ni doktor/nurse akan monitor tahap demam dia. Kalau suhu naik diorang akan bagi makan ubat. Semuanya mesti under control sebab paracetamol yang berlebihan masa demam denggi boleh lead to bleeding. Denggi ni yang paling takut adalah terkena Denggi Shock Syndrome yang mana boleh membawa kepada kematian nauzubillah. Memang tak lena tidur aku selagi keadaan Kasih tak stabil hari tu. Sebab doktor pun tak boleh nak tentukan Kasih kena denggi yang mana, cuma kena monitor dan tengok trend dia macam mana. So dalam 2-3 hari akan demam dulu, selepas tu demam akan hilang dan masa demam dah hilang ni lah denggi di tahap kritikal. Critical phase orang kata. Masa ni memang kena monitor kalau ada bleeding atau apa apa semua kena inform doktor cepat cepat. Then 2-3 hari lepas tu pulak ruam merah akan naik dan biasanya lepas tu platlet akan mula menaik balik. So haritu 12/05 doktor tengok platlet dia dah mulai naik, so doktor bagi discharge lah walaupun masih belum dalam range yang sepatutnya.

Khamis discharged, Sabtu kena follow up lagi. Kasih memang trauma lah, mana taknya hari hari kena cucuk kan. Tengok muka Dr Yeu Sabtu haritu pun dah takut dia huhu. Kesian tengoknya. Sampai sekarang dekat rumah pun tiba tiba nanti dia cucuk Mama dengan pensel lepas tu bila Mama marah, dia jawab,

Dr Kasih cucuk Mama je. Mama jangan nangis ye, sikit jeeee.. Tahan sikit yeeee (exactly ayat yang Mama guna nak pujuk dia masa dia kena cucuk hari hari tu)

T____________________T


I love you Kasih ! Stay healthy please, love you so much :-*

PS : Lama gila nak siapkan entry ni taip je stop taip je stop huhu..


Friday, May 20, 2016

7 Hari Check In Hospital - Pengalaman Pertama

Assalamualaikum,

Minggu lepas baru je berkesudahan episod kitorang anak beranak berkampung di hospital. Kasih tak sihat.

Petang Khamis tu (05/05/2016), Cikgu dah message dalam pukul 5 macam tu bagitau Kasih demam panas tiba tiba. Bangun tidur je terus demam. Aku pun terus siap siap dari office nak jemput Kasih. Masa sampai taska tu, dia tengah tidur. Memang nampak lemah je dan badan panas sungguh. Balik rumah, check suhu 39c. Ya Allah aku dah la seram kalau anak demam panas ni. Cepat cepat masuk ubat bontot (PCM) sambil jerlum badan dia semua. Lepas tu taknak makan dan minum. Bagi minum susu je lepas tu muntah. Aku ni bukan jenis sakit sikit terus nak bawak ke doktor apalagi kalau demam. Aku akan cuba sejukkan suhu badan dia dulu, monitor apa yang boleh kat rumah dulu lah. Masa jerlum badan Kasih tu sampai gigil gigil dia. Memang seram sejuk rasanya masa tu takutnya kalau kena fit. Dari petang membawak ke pukul 11 malam macam tu memang aku asyik jerlum badan dia, peluk dia teman dia je lah. Kasih pun nampak letih je tertidur. Oh lepas tu bila minum susu asyik muntah pulak dia. Sampai kali ketiga muntah lepas tu tengok Kasih lemah semacam je, aku tak boleh tahan dah. Jom kita pergi hospital !

Terus je pergi ke Tropicana Medical Centre paling dekat dengan rumah. Lagipun plannya nak warded sebenarnya sebab lain macamlah demam dia aku tengok kali ni. Lagipun demam tiba tiba aje ni aku risau. Macam takde sebab tetiba demam. Sampai hospital, doktor check semua. Doktor bagi Voren. Lepas tu rest dekat emergency room sampai suhu turun, sampai dia nak minum air semua dan sampai dia kencing. Sebab bayangkan dari pukul 6 petang sampai tengah malam pukul 1 pagi macam tu dia tak kencing. Risau gila. Aku paksa jugak dia masuk toilet dan kencing, psiko dia bagitau kalau nak balik rumah kena kencing. Syukurlah dengar kata, boleh kencing jugak akhirnya. Lepas doktor observe, doktor cakap takde apa yang membimbangkan so kitorang pun baliklah. Tak jadi warded. Malam tu tidur tak lena pun kejap kejap bangun check suhu tapi suhu stabil sampai pagi sebab Voren tu kesannya tahan 8 jam. So 6 pagi aku check suhu 36c, okay lagi. Pukul 7 pagi aku check lagi dah 39c ! 

06/05/2016
Aku plan nak pergi kerja hari ni, so mintak tolong adik jagakan Kasih. Lagipun pagi tu check suhu Kasih macam okay kan. Tapi bila pukul 7 check tu suhu spike aku risaulah pulak. Boleh ke Cingah handle ni. Aku plak boleh ke nak tinggalkan Kasih ni. Hati ni masa tu tak fikir dah hal kerja tapi dalam pada tu bersiap jugaklah. Bila Cingah sampai, Kasih clingy. Taknak dengan Cingah. Menangis nangis nak Mama jugak. Of course Mama tak sampai hati, lantak p la kerja kat office tu. Anak lagi penting. So seharian teman Kasih. Memang clingy habis, nak makan pun tak sempat. Harini dah takde muntah muntah dah. Lega sikit. Tapi suhu asyik spike je dan Kasih asyik mengadu mata dia sakit. Sampai jadi bengkak la mata dia tu sebab berair je. Aku masa dia start sakit mata siang tu, hati aku dah terdetik macam denggi ni. Google segala info pasal tanda tanda denggi. Tanya kakak ofis pasal simpton denggi sebab akak ni pernah kena. Makin google makin takut sebab denggi ni kan bahaya. Paksa husband balik rumah cepat. Nak bawak ke hospital lagi sekali.

Husband balik je. Terus shoot ke Tropicana lagi. Doktor yang sama attend semalam. Doktor tengok dia lemah je lepas tu doktor kata I suggest we keep her here. Then doktor bagitau nak buat blood test dengan buat line drip. Aduh. Terobek robek hati ni tau tak. Sedih sangat. Doktor cuba nak buat line drip dekat tangan tapi tak jumpa urat. Kesiannya dengar Kasih menangis sambil cakap sakit :( tak sampai hati sangat tapi aku kuatkan hati cakap ini untuk kebaikan Kasih. Untuk bagi dia sihat. So lepas tak berjaya ambil dekat tangan, doktor cuba dekat kaki. Sekali lagi nak kena hadap Kasih menjerit sakit sakit :( :( :( tak boleh nak ingatlah, sedih.


Kesian kan. Memang nampak muka tak sihatnya :( Allahu tak sanggup diulang balik la saat ni. Ini first time Kasih tak sihat sampai masuk hospital. Masa ni dah bertenang sikit sebab upah dia gula gula sebab kesian kena cucuk. Mama bagi kelonggaran sikitlah sebab memang broken heart sungguh tengok Kasih macamni :(

Result blood test keluar tak lama tu, positif denggi. Betullah instinct Mama tu :( Tunggu sekejap je dekat emergency tu lepas tu bilik pun dah ready kat atas. Masa ni syukur sangat ada ambil insurans untuk Kasih. Insurans pun entitled single room. Dan ada rezeki dapat single room, masa husband setelkan deposit tu semua single room penuh tau. Yang ada shared 4 beds je tapi rezeki tiba tiba ada satu kosong. Dapatlah husband pun berkampung sekali. Kalau tak, Mama jelah yang teman Kasih tidur.

Platlet darah - 248

Cerita hari hari seterusnya bersambung...



Wednesday, April 13, 2016

0320750000 / 0327874200 / 0320366888 / 0327263500 - Panggilan Hantu

Tak tahulah kenapa lately handphone aku dibanjiri dengan call hantu ni. Imagine ye satu hari tu dari pagi sampai ke malam.. Ulang suara, MALAM ye.. asyik dapat call dari nombor nombor ni. Aku memang biasa tak angkat nombor tak kenal ni tapi since kita pun tengah cari kerja baru, kot kot lah itu potential employers kenn so kita angkatlah. Ada yang call dari Prudential lah, Bonuslink la, Unifi la, semuanya dengan satu niat. Telemarketing ! Jual insurans lah, suruh upgrade service itu ini eh bahaya tau telemarketing ni. Once kita ter iyer kan apa dia cakap, hah terus activate je kau punya polisi tu. Macam husband aku kena dengan RHB dulu lah. By phone je pun, tau tau je tetiap bulan kena deduct duit insurans. Tak pepasal je. Masalahnya diorang ni boleh tahan kebal and persistent, keep on calling, tak give up okeh walaupun aku dah masukkan nombor ni semua dalam auto reject call. Sampai ke hari ni masih dapat notification call dari these numbers. Dekat 2 minggu dah okay dihantui panggilan ni. Hari first tu masa aku belum set block call lagi, sampai ke malam 9 lebih macam tu pun masih call. Aku tak angkat lah tapi rimas tahu, rimas ! Macam mana lah personal information boleh leak macam ni. Provider manalah yang share information ni. Geram betul.


Kental dan tak berputus asa kan. In fact, pagi ni pun aku masih terima notification call ni. Boleh report ke mana mana ke ek ? Gangguan betul lah.


Monday, March 28, 2016

Final Entry - Lang Tengah Island

08032016

Nampak sangat malasnya combine je dua hari :P tapi bukan malas cerita dia kat sini tapi sebab ceritanya sama aje. Hehe. Second day patut trip ke Perhentian tapi kitorang bangun lambat so terlepas trip, boleh ? Tu lahhhhhhhhhh patutnya sebelum tidur masa dinner tu check next day punya schedule dulu. Ini tak memasing confident pagi tu check general schedule, ohhh snorkeling trip ada pagi dengan petang. Kita pergi petang lah. Haha taktau pulak yang petang tu trip g Redang, kitorang kan dah pergi semalam T__T


Ralat jugak rasanya terlepas trip tu sebab Perhentian ada 3 snorkeling spot dengan tengok penyu !! Dan ini trip yang paling mahal sekali dalam pakej tu. Haih haih ok tak guna mengenang nasib kata kitorang. So hari tu chilling saje dekat resort. Rehat rehat tepi pantai yang panas terik. Mak dok tepi baca novel, ayah je temankan anak main pasir dan pantai. Haha. Penat main pantai, naik pergi mandi kolam pulak. Lepas tu balik bilik, tengok movie. Lepas tu lunch, lepas tu tidurr. Lepastu pergi pantai balik, then ke kolam balik.. Memang rileks je lah. Nak pergi spa tapi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, aku tak dapat buat spa treatment tu. Frankly, pinggang dah sakit masa tu. Effect naik speed boat la kot. Bumpy kan. Lenguh betul rasanya itu salah satu sebab jugak kenapa kitorang skip snorkeling trip pagi tu.


Ni dah pukul 5 lebih tau tapi teriknya ya ampunnnnnn aku tak tahan. Rindu pulak tengok gambar ni. Seronoknya berehat rehat :) tengok pantai dia tu, macam takde orang kan ? Kan dah kata pulau ni kecik dan private. Seronoklah. At least kitorang suka lah ;D

09032016

Harini trip ke sekitar Lang Tengah je. Pergi dua spot je. Satu spot tu tempat tak berapa cantik compared to Redang. Tapi yang spot betul betul depan resort tu cantik. Ada blue coral. Dengan ikan nemo dan husband nampak baby shark ! Mak tak nampak. Kasih as usual join jugak trip ni turun bawah sampai sejuk sejuk badan haha. 

Hari ni jugak kira hari terakhir dekat pulau la sebab the next day dah nak check out dan meninggalkan pulau pukul 8.30 pagi. Memang pulun sungguh Kasih main laut dengan mandi kolam hehe. Oh anyway tiap tiap malam resort ada buat night tour untuk tengok blue sands. Blue sands ni menurut kata guide tu, sejenis insect yang sangat sangat sangat halus dan bila dia mating, dia akan keluarkan cahaya biru. 2 malam sebelum tu kitorang tak join sebab malas pastu sekali tu pulak Kasih dah tidur. Tidur awal dia kat sana. Apa taknya, penat main air kan hehe.





Nampak jeti ni ? Tepi jetty tu banyak sangat ikan, boleh duduk atas tu bagi ikan makan roti tapi kena be careful la. Air kat sini dalam. Pantai kat sini tak macam PD ke atau pantai pantai lain sekitar Pantai Barat ni. Pantai sini agak landai kan. Kalau kat sana jenis curam. Yang boleh jejak kaki pendek sangat jarak dia lepas tu terus 3m-5m dalamnya. So kena awasi anak anak. Jetty tu dahla takde rail tepi tu. Gayat jugak sebenarnya sebab takut terjatuh haha. Bawahnya dahla dalam kan. Anyway hujung jetty tu la tempat kita turun kalau nak snorkeling depan resort. Tapi kitorang tak pernah pun pergi snorkeling sendiri. Join trip yang resort buat je sebab ada life guard :P Petang petang tengok ramailah foreigner pergi snorkeling sini. Pastu duduk dekat jetty layan sunset sementara tunggu dinner, oh indahhhh :) :) :)

10032016


Check out time. Pukul 7.45 macam tu dah keluar dari bilik sebab nak breakfast sementara tunggu boat pukul 8.30 pagi. Overall, aku simpulkan percutian di Lang Tengah ni sangat best. Chill & rileks. Sunyi & privacy sangat. Jenis bilik tu kalau korang ambil yang pool access pun best jugak. Bukak pintu je terus jumpa kolam hehe. Nak share gambar Kasih mandi kolam tapi itulah dia nyaaaa gambar dalam hard disk dah :P Kalau tanya aku, recommended untuk bercuti di sini kalau bukan waktu peak season. Sebab staffs sini kata kalau waktu peak season visitors boleh mencecah 200 orang dan waktu makan sangat crowded.. penuh cafe. Resort ni tutup bulan November sampai March untuk beri laluan kepada monsoon hehe. So plan your journey ok. So far masa kitorang pergi ni, keadaan laut ok tak bergelora sangat walaupun orang cakap monsoon baru habis, laut berbahaya semua hati ni memang risau jugak sebelum pergi tapi alhamdulillah semuanya selamat :)

In term of resort, aku prefer resort ni sebab ikut rate dekat Tripsadvisor. Tak sure dah mention ke belum sebelum ni, pulau ni cuma ada 4 resort so terpulang koranglah nak pilih yang mana. Sebelah Summerbay ni ada Sari Pacifica Resort, sempat jugak aku pergi melawat sana satu hari tu mencari spa & saloon sebab Summerbay takde spa. So korang boleh pergi buat spa treatment dekat sana jugak. Lagi dua resort tu dekat the other side of the island (jetty lain) so takdela nak buat lawatan ke apa ke sana hehe. Food wise, for me foods dia memang varieties dan banyak choices. Nasi dengan mi wajib ada setiap kali makan. Cumanya lauk lauknya ke arah Chinese dish sebab memang dorang fokus ke arah tu kot. Tapi aku ok je, suka je makan lauk chinese ni. Banyak halia sedap ! Kalau pergi nak rileks rileks je bolehla kot ambil pakej bilik dengan breakfast aje. Tapi kalau nak buat snorkeling or diving semua tu, better ambil package. Lagipun makan dah include semua, tak payah nak pening pening lagi. Bukannya ada pilihan lain nak makan pun dekat situ hehe. Cuma ada cafe tu dan mamak kecik yang bukak di waktu malam aje. Kalau nak bayar asing tiap kali waktu makan, memang pricey rasanya. So itu ajelah tips dan cerita yang dapat aku kongsi untuk vacation kali ni :) 

Next entry, sambung cerita last day di Kuala Terengganu before depart to Subang and back to reality. Hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...