Friday, July 1, 2016

Check in Hospital Sg Buloh

Assalamualaikum,

Sabtu lepas (25/06), aku ada monthly check up dengan Dr Shikin dekat Klinik An Nisa. Memang aku buat monthly check up kat sini sebabnya Klinik Desa Subang tu terlalu penuh dan sibuk. Lagipun company aku tak terima time off (tak macam company yang aku kerja masa pregnantkan Kasih dulu). So nak jimat cuti dan masa, kita check up dekat private je lah.

Then masa check up tu, semuanya okay. Berat turun 1 kg, aku muka happy sekali kena bebel dengan doktor hahaha. Dia cakap takpe ni bulan puasa saya pejam sebelah mata je ye tapi lepas raya pastikan berat back on track ye. Kemudian scan macam biasa. Sekali doktor tengok heartrate baby low. 98 je bacaan dia. Normal dalam 130 ke atas. Dia dah risau. Aku jangan cakaplah of course risau gila. Then check benda lain dulu, check balik heartrate, 118. Improve sikit. Lepas tu check 3rd time, turun balik ke 100. Ah sudah jantung aku jangan cakap lah masa ni, memang laju gila. Mulut pun tak terkeluar nak cakap apa. Kemudian doktor cakap, saya kena refer awak ke labour room ni. Biar diorang run CTG monitor apa semua dulu. Aku on the way nak balik kampung tau masa tu, singgah check up sekejap. Then cakap dengan doktor okaylah, on the way balik tu singgah Hospital Sg Buloh sekejap.

Sampai Hosp. Sg Buloh, terus pergi register dekat labour room. Awal awal dah dibagitahu yang ward penuh, memang kena tunggu dekat atas kerusi dulu sementara dapat katil. Aku try call hospital hospital lain yang berdekatan (Selayang & Shah Alam) pun penuh maka mak redha la. Janji nak check baby ok ke tidak kan. So run CTG petang tu dalam 20 minit, doktor bagitau heartrate dah normal balik around 130-140. Tapi tatapppp tak boleh pulang, kena masuk ward at least satu malam sebab nak monitor lagi. So cancel lah plan balik kampung :( Sedihnya tahun ni takde rezeki nak berbuka dan bersahur dengan mak ayah. First time sepanjang hidup ni first Ramadhan takde langsung sehari yang berbuka dan bersahur dengan mak ayah. Haih taip ni pun rasa sedih sungguh :( :( :( semoga Allah bagi rezeki panjangkan umur kami diberi kesihatan yang baik supaya Ramadhan tahun depan aku dapat peluang ni balik, amin.

So Sabtu malam tu tidur ward lah. Kasih mintak tolong Cikna jagakan. Rindu anak oi malam tu. Tak selesanya duduk masa tu sebab takde katil kan, nak baring rehat rehat pun tak dapat. So duduk je la atas kerusi haha. Lepas tu nasib baik husband aku temankan, so duduk je la dekat ruang menunggu tu takdelah bosan sangat. Malam tu husband nak tunggu situ tapi aku suruh dia balik. Oh, kebetulan malam tu tiba tiba ada katil yang kosong pulak, patient tu dah nak bersalin so aku dapatlah tidur atas katil malam tu dekat bilik transit. So aku suruhlah husband aku balik. Kesian dia nak tunggu kat kerusi tu nak buat apa kan. Baik balik tidur atas katil kat rumah lagi selesa. Dia dah lah puasa. Aku Sabtu tu tak puasa dah, doktor suruh berbuka sebab takut baby hypo. Aku pulak kadang tak sahur lah, maybe minum air tak cukuplah ke apa kan. Tengah malam tu pukul 3.45 pagi repeat CTG. Lama gila CTG kali ni dekat sejam kot. Mengantuk ya rabbi.

Esok pagi jumpa gynae, dia briefkan result semua nampak everything dah back to normal. Tapi dia cakap kalau aku masih risau, boleh stay dekat ward lagi diorang akan monitor. Aku dah tak larat duduk ward masa tu (padahal baru satu hari satu malam tu), so mintak discaj je lah dan monitor sendiri pergerakan baby. Sejak tu aku macam takut takut pulak nak puasa. So dari Sabtu - Selasa aku tak puasa. Baru je start puasa balik Rabu hari tu. Consult doktor memang dia pesan boleh cuba puasa tapi kalau rasa letih sangat lapar sangat dahaga sangat, berbuka je. Sahur wajib amik makanan berat (oat ke nasi etc) jangan makan kurma je. Kadang aku malas bangun, so minum air dan makan kurma je. Doktor cakap kalau macam tu tenaga memang ada tapi takut tak cukup zat. 

Tapi syukurlah sekarang dah ok. Baby's movement pun ok. Aktif. Sabtu haritu masa doktor cakap tu memang kebetulan aku tak rasa sangat baby gerak tau. Seram sejuk jangan cakaplah. Terbayang macam macam dalam kepala ni masa otw ke hospital. Syukur Allah permudahkan. Tapi kan aku seramla masuk area labour room tu awal awal huwaa tengok orang contraction semua mak takut la bila sampai masa nanti.. Kena kuatkan semangat ni uhukk.

Doakan semuanya selamat dah dipermudahkan ye :)
 

1 comment:

nanonano said...

alhmdulillah
pandai baby main acah2 gtu ehh
bt saspen org jekk
balik esok xdan ke weh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...