Menghabiskan hari hari biasa di hospital. Demam Kasih memang on off, setiap 4 jam nurse akan datang monitor check suhu. tekanan darah semua. Boleh nampaklah well taken care dekat Tropicana ni. First day dekat wad, Kasih masih selera makan. Makan bubur sambil cakap mmmm sedapnya. Masuk second and third day, dia dah refused nak makan dan minum. Lemah je masa ni. Sedih betul tengok. Bibir dia kering sangat sampai berdarah. Hidung pun macam ada luka sikit, doktor suruh monitor in case ada bleeding ke apa kena cepat cepat inform. Platlet makin lama makin drop sampai satu hari tu blood test drop ke 88, darah pulak jadi makin pekat, risau sangat dibuatnya kitorang suami isteri. Google lah macam macam. Cadangan paling popular dan sinonim dengan denggi ni rasanya semua tahu kot, jus betik dan sup ketam. Walaupun dah tau mesti susah nak paksa Kasih minum jus betik tapi tetap husband usahakan cari. Penyudahnya minum seteguk je haha. Tahu je lah bukan senang nak paksa budak makan dan minum. Lepastu mintak tolong Cingah masakkan sup ketam, syukur selera pulak tu Kasih makan 3 mangkuk kecil mi wantan dengan sup ketam, OK ? Happy gila tengok anak dah selera makan masa ni. Seronok sangat :)
Oh satu lagi nak share, kalau denggi ni doktor akan sukat input dengan output dia. Apa yang Kasih makan minum kencing berak muntah semua kena rekod. Sebabkan Kasih kena drip haritu, so pakaikan pampers je sepanjang dekat hospital. Nanti jadi satu kerja pulak nak bukak tutup drip tu takut line jadi bengkak. Itupun line dekat kaki dia tahan 3 hari je. Lepas tu terpaksa buat line baru dekat tangan sebab dah bengkak. Aku doa banyak banyak janganlah line dekat tangan dia pun rosak jugak nanti kena cucuk lagi pulak :( haih sedihnya kalau dok ingat balik kenangan dekat hospital ni. Mana tahan tengok anak yang aktif tiba tiba lemah je, diam je. Masa ni la memang insaf habis.. taubat taknak marah marah Kasih dah. Tapi lepas tu terlepas jugak haha well kita ni manusia yang lemah. Tapi ni bila scroll balik gambar gambar dengan Kasih masa dekat hospital, sayu betul rasa. Kalau boleh taknak la hadap lagi moment gitu. Aku tidur sekatil share dengan Kasih. Ada baby cot tapi dia nak kepit bawah ketiak Mama jugak. Tidur dengan budak ni lain macam kan. Dia yang paling kecik, tapi dia lah yang paling banyak makan ruang. Sabar je lah. Sakit sakit pinggang aku berhimpit dengan Kasih. Padahal besar kot katil, muat je tidur dua orang tapi dia suka menghimpit. Nasib baik lah katil tu ada penghadang kalau tak lama dah Mama jatuh ke bawah Kasih oiii.
Kasih masuk ward Jumaat malam. Sabtu husband kerja, balik kerja datang hospital terus. Ahad stay hospital. Isnin dengan Selasa aku cuti, Rabu Khamis husband pulak cuti. Tapi tulah Rabu tu Kasih cranky sangat nak Mama je memang taklah aku nak tinggalkan dia. Kerja boleh tunggu, anak sakit perlukan perhatian. So Rabu tu aku dengan husband sama sama tunggu dia lah. Since line dah tukar dari kaki ke tangan, masa ni bila bukak kejap kejap drip tu bolehlah bawak dia turun bawah ambil angin sekejap dekat playground. Kan dua hari Kasih kena drip melalui kaki, so kena pakai ankle guard kan bila first time nak jalan kesian sangat tengok. Macam kena pegang dia dulu slow slow baru boleh lepas. Yelah dua hari kaki tak bergerak kot, kena tahan dengan ankle guard tu je. Ada hikmahnya tukar line drip dari kaki ke tangan kan. Walaupun jeritan dia tuuuuuuuu...
Happy lah sikit dia bila dapat turun main lepas ambil darah hehe.
Cikgu Za owner taska Kasih pun ada datang melawat. Siap bawak belon, bawak alat tulis semua bagi Kasih seronok :) Terima kasih Kza..
Ini bacaan platlet dia untuk 7 hari di hospital
06/05/2016 - 248
07/05/2016 - 203
08/05/2016 - 162
09/05/2016 - 133
10/05/2016 - 88
11/05/2016 - 110
12/05/2016 - 126
Syukur hari ke 6 tu dah naik balik bacaan dia. Aku baru tahu yang denggi ni ada fasa dia. Mula mula akan demam dulu. On off dan masa ni doktor/nurse akan monitor tahap demam dia. Kalau suhu naik diorang akan bagi makan ubat. Semuanya mesti under control sebab paracetamol yang berlebihan masa demam denggi boleh lead to bleeding. Denggi ni yang paling takut adalah terkena Denggi Shock Syndrome yang mana boleh membawa kepada kematian nauzubillah. Memang tak lena tidur aku selagi keadaan Kasih tak stabil hari tu. Sebab doktor pun tak boleh nak tentukan Kasih kena denggi yang mana, cuma kena monitor dan tengok trend dia macam mana. So dalam 2-3 hari akan demam dulu, selepas tu demam akan hilang dan masa demam dah hilang ni lah denggi di tahap kritikal. Critical phase orang kata. Masa ni memang kena monitor kalau ada bleeding atau apa apa semua kena inform doktor cepat cepat. Then 2-3 hari lepas tu pulak ruam merah akan naik dan biasanya lepas tu platlet akan mula menaik balik. So haritu 12/05 doktor tengok platlet dia dah mulai naik, so doktor bagi discharge lah walaupun masih belum dalam range yang sepatutnya.
Khamis discharged, Sabtu kena follow up lagi. Kasih memang trauma lah, mana taknya hari hari kena cucuk kan. Tengok muka Dr Yeu Sabtu haritu pun dah takut dia huhu. Kesian tengoknya. Sampai sekarang dekat rumah pun tiba tiba nanti dia cucuk Mama dengan pensel lepas tu bila Mama marah, dia jawab,
Dr Kasih cucuk Mama je. Mama jangan nangis ye, sikit jeeee.. Tahan sikit yeeee (exactly ayat yang Mama guna nak pujuk dia masa dia kena cucuk hari hari tu)
T____________________T
I love you Kasih ! Stay healthy please, love you so much :-*
PS : Lama gila nak siapkan entry ni taip je stop taip je stop huhu..