Monday, June 13, 2016

Kasih Demam

Assalamualaikum,

Dua hari lepas masa hantar Kasih ke taska, ada ternampak sorang budak berhingus je tau. Yang aku ni cepat sangat terdetik dalam hati, Kasih dah lama tak kena selsema ni kan padahal dulu kerap jugak kena batuk selsema tu. Terus esoknya Kasih selsema n batuk T________________T tulah Mama, terdetik dalam hati pun jangan benda benda yang tak elok ni huwaaa. Takpelah anggap ujian dari Allah.

Semalam sebelum tidur dah bagi makan ubat, lap lap badan dia. Jaga malam jugak beberapa kali check suhu dia alhamdulillah tak spike dan stabil je dalam 36-37 macam tu. Aku paranoid sebab Kasih mengadu mata dia sakit, dok gosok gosok je. Last time aku dapat detect simpton denggi tu sebab Kasih demam mengejut dan dia mengadu mata dia sakit la tu. Tapi kalini demam start dengan batuk selsema dulu so make sense jugaklah tapi aku still monitor lah. Pagi ni bangun check suhu dah ok, tak demam. Tanya mata sakit lagi tak pun cakap tak. Ikutkan hati rasa nak pergi hospital je malam tadi insist blood test. Eh paranoid sesangat lah aku ni sejak Kasih masuk ward hari tu. Tapi pagi ni bila check semuanya OK, aku pun hantarlah Kasih ke sekolah. Sampai sekolah dia request nak rehat sekejap dalam kereta. Badan macam dah dedar sikit. Bagi dia rehat sekejap lepas tu aku ajak dia masuk, masuk je terus pergi baring dekat toto dengan kawan kawan dia. Hmm nampak tak larat sangat pulak dah. Susah betul hati ni. Tinggalkan pesan dekat cikgu dia dan msg owner taska jugak tadi mintak tolong inform kalau ada apa apa. Dalam masa yang sama, aku berbelah bagi jugak. EL aku dekat ofis ni kan tinggal lagi 0.5 hari je lagi. Kalau aku amik EL lagi, terus nak bagi warning letter. Remember previous entry ? Ini menambahkan lagi stress aku tsk. Bila bagitau husband, dia cakap apa nak risau you kan dah tender. Memanglah sudah tapi aku nak kena hadap lagi duduk sini sampai bersalin karang. Malaslah nak create apa apa issue.

Ya Allah, berikan lah kesembuhan kepada anakku Kasih Safiyya :( bila jadi macamni buatkan hati bertambah geram dengan polisi mengarut company ni !


2 comments:

Dhiera nadhirah said...

izza betul sangat. kita memang betul-betul kena jaga cakap/ fikiran kita taw.

kita pun dah terkena. masa tu pagi tengah siap-siap nak pergi kerja. Sekali dengarlah budak nangis kuat. Dalam hati terdetik, siapalah yang menangis pagi-pagi ni.

masa tu anak kita tengah bertatih dekat tepi sofa. dan dan dia terjatuh lepas tu. bahaya betul taw.

nanonano said...

0.5 hr je lg?? adehhh..sabo je la
kasih demam lg ke tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...