Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya diucapkan kepada korang semua, masih lagi
mood raya kan ? Yelah baru 7 Syawal kan, of course masih lagi mood raya.
Jemputan open house pun mesti bersusun sampai 30 Syawal kan ;D
Oh ye, sebut pasal open house.. Dah ada cukup baju raya nak
cover jemputan ke nanti ? Tahun ni banyak trend baju raya terkini yang lebih
moden dan menarik berbanding tahun-tahun yang lalu, kan ? Kalau sebelum ini
pilihan para wanita hanya tertumpu kepada koleksi baju kurung dan jubah sebagai
koleksi baju raya mereka, kini terdapat jenis-jenis pakaian Muslimah lain yang
turut menjadi pilihan. Selain kaftan dan dress Muslimah, ramai wanita juga
memilih koleksi blouse Muslimah sebagai pilihan utama mereka. Koleksi blouse
yang dipadankan dengan pemakaian skirts potongan ala duyung atau mermaid
cutting ini sesuai dipakai oleh wanita moden yang ingin tampil sedikit kelainan
di pagi Raya. Jom kita lihat apakah trend blouse Muslimah yang paling popular sempena Raya
2016 ini;
Peplum Blouse
Jika dahulu kita pernah dikejutkan dengan kemunculan kurung
peplum yang cukup popular dan menjadi fenomena, kini muncul pula rekaan peplum
blouse yang juga tidak kurang hebatnya.
Lace Blouse
Begitu juga dengan trend baju kurung modern lace yang cukup
popular pada dua tahun yang lepas. Raya 2016 menyaksikan kemunculan koleksi
lace blouse yang menawan seperti berikut.
Crop Blouse
Diinspirasi daripada rekaan crop top, para wanita juga boleh
menggayakan koleksi crop blouse yang loose ini dengan padanan koleksi skirts
untuk fesyen Raya kontemporari yang moden.
Jacquard Blouse
Dan yang paling trending buat masa kini adalah koleksi
jacquard blouse yang diperbuat daripada fabrik jacquard yang keras seperti
berikut.
So, dah tau berkenan yang mana ke ? Apa lagi, jom shopping di
Zalora lah :)