Thursday, June 2, 2016

Unpaid Leave

Assalamualaikum,

Selama ni aku tak pernah share apa apa pasal workplace dekat tempat yang public macam ni (FB, Twitter, Insta etc). Tapi kalini aku rasa frust gila dengan boss ni, frust dengan management, frust dengan office, frust dengan semuanya lah ! I just need a medium to channel it out. 

Sejak beberapa bulan lepas, boss aku ni buat perubahan company policy. Kalau emergency leave dalam masa 24 jam, contoh besok nak cuti harini baru bagitau, ataupun hari ni tak datang kerja, pagi baru message bagitau EL, dia akan consider unpaid leave. Alasannya taknak orang sesuka hati ambil EL. Tapi logiknya takde orang suka suka hati nak EL lah. Mestilah ada solid reason ngeng ! Tapi takpe, okay fine. Kita ikutkan saje rentak dia. Normal kot bagi mak mak especially yang ada anak kecil ni untuk ambil EL kalau anak tak sihat ke apa. Yelah kat sini cuma Melayu ada yang beranak kecil. So mostly Melayu lah yang ada sehari dua ambil EL tapi semuanya solid reason kot. Bila kita bagitau bukan saje saje nak EL, tapi anak tak sihat. Oh laju je jawab, sini family first ! Jangan risau. Hmm yelah tu boss, watevaaaaaaaaaaaaaaaaa. Lagipun adakah EL tu begitu teruk ? Kita boleh plan ke apa nak jadi ? Bukannya EL tu sebab sesaje ponteng.

Anyway, yang trigger my anger & frustration adalah.. 


Bulan 5 kan Kasih masuk ward sebab denggi. Of course lah aku ambil EL. Aku tau ke Kasih nak sakit ? Aku tau ke Kasih nak kena denggi ? Aku tau ke Kasih nak kena warded ? Aku boleh plan ke ? 5.5 hari kesemuanya hari yang aku jaga Kasih dekat ward semuanya dikira unpaid leave. Boleh bayar instalment Vios sebulan. Yang geramnya, annual leave aku berbaki 10 hari lagi. Takde sikit rasa consideration ke, kalau nak sangat tolak gaji aku, 2 hari unpaid leave, selebihnya tolak annual leave ke kan. Nak ikutkan sangat company policy yang baru tu. Bukannya benda tak boleh bawak berbincang. Bila kita bagitau EL, sibuk nakkan reason la apa. Bila bagitau reason pun sama je. 5.5 hari ok, sampai hati dia. Kalau aku saje saje ponteng tu lainlah. Lain macam perangai boss ni sekarang. Tawar hati betul dibuatnya. Kalau staff Cina tu yang mana masih study tu, bila nak exam dapat pulak study leave 3 hari okay. Racist racist racist racist

Sign to change to a better workplace kot ?

PS sorry too much negative vibes in this entry !!




4 comments:

zazahashim said...

KALAU AKU PUN NANGES WEH..GILA LA..ADA CINO MMG GNIE..MABUK TODI..HUHU

Hayati M Y said...

Kalau dah ada bosss macmtu baik akak senyap2 cari keje lain je kak. dah dapat benti je bagi notis 24jam. tp pastikan benti lepas dapat gaji la hahahhahahahahahahahahahhahahaha. oops over lak gelak. hurm... susah kan nak kje bila da ada anak ni.. huwaaaa

nanonano said...

eeee sakit hati gak baca
g lah cari keje kt lain lak
company melayu ade brani? ekekeke.

Hayati Suhari said...

Hummm sian nya ko za.
Aku rasa slow2 cari tempat lain lah.
Bukti semua pun ada kot anak warded.
Bukan suka suka nak EL ke ape benda.
Officemate pun pernah kena sebab dia cam khamis jumaat amik cuti pastu next isnin tak sihat, so amik MC. Boleh pulak boss kata kena bgtau dulu ke cemana tah MC tu. Namanya pun MC. Bukanlah boleh nak main plan plan bila nak MC.
Tak paham betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...