Monday, September 3, 2012

It's been a year..

Pejam celik pejam celik sudah setahun berlalu. Alhamdulillah, sudah setahun saya bergelar isteri kepada Mohd Nazul Aziim bin Idris, syukur Ya Allah.. Setahun yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan :) tipulah kalau takde gaduh kan heheh nak pulak saya ni kaki gaduh nak nak lagi baru je nak belajar hidup bersama kan, memang selalu sangat bertegang leher tapi tu semua adatlah kan. Thank you Allah for everything.


"My husband has made me laugh. Wiped my tears. Hugged me tight. Watched me succeed. Seen me fail. Cheered me on. Kept me going strong. My husband is a promise from God that I will have a friend forever"

Happy 1st anniversary sayang !


Saturday, September 1, 2012

Yan - Jeniang - Baling - Gerik

Masuk raya kedua barulah ada jugak sekeping dua gambar suami isteri ni ha. Itupun sedih je gambarnya tapi takpelah saya nak upload juga ;D


Suami saya, orang ajak bergambar elok elok kat dalam rumah duduk elok elok dekat sofa dia tak mahu. So duduk aje lah dekat kerusi malas luar rumah tu, kan dah nampak macam orang tua je hahah. Jadilah, this is the best raya picture of us T____________T


Aktiviti berjalan raya diteruskan lagi di hari raya kedua. Cumanya tak sepenat semalamnya, maybe dah cukup tidur kot saya ni :P ngahahahah tidur bukan main lama pun nak kata tak cukup tidur lagi kan, dasar kuat tidur betul. Entahlah, badan saya cepat penat lah sekarang ni *alasan*


Antara pemandangan biasa sepanjang perjalanan kami.

Singgah banyak juga tempat, maklumlah beraya kan. Lepas tu sampai satu masa, kami semua berpecah. Saya dan suami nak gerak pulang beraya di kampung saya pulak. Masing masing bawa haluan sendirilah lepas tu. 

Untungnya kampung saya dan suami ni satu jalan. Senang, kami nak balik ke Gerik ; rumah Opah. Jadi dari Jeniang, terus je cari jalan balik ke Gerik ikut highway Baling. Dekat je, dalam 2 jam. Takde tol lagi hihi.


First time lalu highway ni. Cantik sangat pemandangan, Subhanallah. Rasa macam berada di tempat yang tertinggi sekali, rasa macam dekat je dengan matahari tu. Memang jalan ni atas bukit kan, berbukit bukit lepas tu rasa lapanggggg je kereta tak banyak. 


Sampai pekan Gerik, ajak suami potong rambut dulu kemaskan apa yang patut. Hahah, yelah first time nak bawak suami pulang ke kampung ni haruslah kena yang terpaling kemas kan :P

Seronok balik kampung Gerik ni. Nostalgia. Rumah kampung bertiang yang kecil, tidur berhimpit beramai ramai memang membuatkan terkenang zaman kecik kecik dulu. Lepas tu adatlah bila lama tak jumpa sedara mara semua, sekali jumpa kecoh sangat sangat. Nak pulak makcik makcik saya semua kaki sembang, tak tahulah pukul berapa diorang masuk tidur malam tu hahah. Esok pagi paginya pulak lepas Subuh aje dah dengar diorang bersembang lagi -__-" tapi suasana meriah macam tu lah yang saya rindu, yang saya suka :') harapnya suami saya selesalah dengan keadaan di kampung, jangan serik lagi ye sayang. Tahun depan kita raya sana lagi heheh.



Friday, August 31, 2012

Resepi Buttermilk Chicken

Nak share resepi senang simple mudah sangat ni. Gambar ni pun untuk Kak Intan Kekure dengan ucapan, dah jadi ke belum buttermilk chicken akak ? Heheh macam radio pulak nak buat ucapan bagai kan

Sebelum ni pernah buat juga tapi guna udang. Resepi tu boleh rujuk sini --> RESEPI UDANG MENTEGA 

Yang ini pulak saya C&P dari blog Yot, kredit pada kau sebab share resepi ni. Memang best, tak payah nak bebeli dah kan :P 


Resepi Ayam Buttermilk
Sumber : Yot Hayati

Bahan bahan:
Ayam (potong bahagian dada - potong kekecik)
Bawang merah 2 ulas (tumbuk)
Bawang putih 1 ulas (ketuk)
Butter (2 - 3 sudu)
Daun kari
Susu cair
Serbuk kari
Tepung  gandum
Tepung jagung
Cili api - potong serong

Cecara:
1 - Lumurkan ayam dengan serbuk kari lepas tu golekkan sama rata dalam tepung jagung + tepung gandum. Lepas tu goreng sampai masak.
2 - Panaskan kuali masukkan butter, kecikkan api biar butter cair. (jangan sampai butter hangus kalau tak jadilah kuah dia tu kaler macam saya punya hahah)
3 - Masukkan bawang merah dengan bawang putih
4 - Dah naik bau masukkan daun kari
5- Dah agak garing, masukkan susu segar. Agak pekat sangat tambah air pun takpe.
6 - Perasakan garam sikit.
7 - Bila dah mendidih tu masukkan ayam tadi. Biarkan sampai kuah butter tadi pekat sikit tapi jangan sampai kering tak berkuah langsung.



Thursday, August 30, 2012

Balik Kedah

Nak sambung kisah raya. Pengalaman pertama, kenalah rekodkan kan :D hari last puasa tu sahur di Kuala Kangsar, lepas tu dalam tengah hari terus gerak balik ke Sg Petani, Kedah. Berbuka dekat rumah makcik. Best sangat malam tu dah dapat makan lemang dengan rendang, puas makan ! Over kan, malam raya lagi dah beriyer makan lemang dan rendang. Lepas tu siap ada bihun sup lagi semua, ahh sengkak perut makan :D sampai hari ni tak berani naik timbang lagi hahah

Lepas tu malam tu jugak bertolak balik ke kampung area Yan rasanya. Saya pun tak berapa sure. Mama dengan baba duduk Serdang tapi adik beradik sedara mara ramai di sana sebab tu kami pun balik beraya sana. Ini kali kedua saya balik Kedah. Walaupun malam tu malam raya, tapi sebabkan penat sampai je saya pun terus masuk tidur tak join merewang masak pun -_-"

Pagi raya, bangun awal. Rasa pelik juga sedikit, ini kali pertama beraya jauh dengan mak ayah adik adik saya. Line dekat situ pulak kurang, berapa kali saya cuba call ayah asyik terputus je, sedih betul sobs. Pagi raya pakai jubah je, sesuai dengan suasana heheh saya tengok orang orang sini memang suka pakai jubah nasib baik saya memang dah plan bawak balik jubah. Pergi masjid, first time pergi solat raya yang dalam pukul 10 lebih baru habis. Kalau dekat kampung saya biasanya dalam pukul 9 macam tu orang dah balik masjid dah siap boleh bersalam salam, makan semua.

Balik dari masjid je terus pergi beraya rumah makcik makcik yang dekat situ jugak. Semua walking distance saja. Itulah kelam kabut tahun ni walaupun first time beraya dengan suami, tak ada pun gambar raya :( salam raya pun tidak :( ahh malaslah ingat nanti rasa ralat pulak kan T__T

Pendek kata raya first ni busy sungguh beraya dari pagi membawa ke malam. Penatnya rasa saya tak biasa beraya dari pagi sampai ke malam ni heheh pengalaman baru untuk saya. Memang penat sangat sangat tapi rasa puas dan seronok jumpa sedara mara belah suami. Masa ni lah baru nak berkenal kenal, waktu kenduri dulu manalah sempat sangat kan nak bertanya khabar ke apa walaupun saya ni bukanlah peramah orangnya heheh penyegan orang kata tak reti nak bersembang sangat.

Takpelah, baru tahun pertama kan. Harapnya tahun tahun akan datang communication skill saya pun akan bertambah baik :P



Tuesday, August 28, 2012

Raya Yang Pertama Sebagai Isteri

Raya ini raya first kami sebagai suami isteri. Dah hampir setahun kahwin. Lagi beberapa hari genap setahun, lebih tepatnya. Sepatutnya kenalah teruja lebih kan, kata kali pertama. Heheh. Tapinya, takde pun perasaan teruja lebih tu sobs. Maksudnya sini takdelah saya nak bershopping sakan beli baju suami isteri sedondon bagai semua, beli itu ini semua. Kenapa ye T_T

Tapi, baju raya kami tetap sedondon heheh. Mana boleh tak sedondon kan. Alangkan nak keluar dating pun beriya nak sedondon, takkan lah raya tak pulak kan. Raya first kami pakai warna kelabu. Raya kedua pulak pakai purple. Raya ketiga pakai kuning. Ok, sampai raya ketiga je ada baju rayanya pun heheh. Tapi, satu masalah lain pulak, gambar raya takde ambil pun ! Sedih. Tsk. Dahlah tak ambil gambar raya, salam raya pun tidak. Kenapa entah pagi raya tu lupa nak salam siap siap sebelum pergi masjid. Balik masjid dah pukul 10 lebih, terus pergi beraya pulak bersambung sambung sampai ke malam. Sudahnya tak salam raya pun dengan semua orang.

Tahun ni first raya kami balik Kedah dulu. Kampung suami. Atuk nenek dah tak ada pun, tapi ramai sedara mara masih di sana, jadi balik sanalah. Saya ingatkan saya kena beraya di KL aje tahun ni baru balik Kuala Kangsar, baru ingat nak merasa pengalaman raya di bandar hahah. Kami balik Kuala Kangsar dulu Jumaat malam tu, singgah sahur semalam kat rumah saya dulu baru esoknya tu teruskan perjalanan ke Kedah. Jumaat malam tu, trafik sangat ok. Takde sangkut sangkut pun. Tapinya 5 jam baru kami sampai Kuala, sampai ayah saya dah naik risau. Tertidur tidur beliau menunggu anaknya ni sampai heheh. Bukan apa, suami rasa mengantuk, singgah rehat sekejap dekat Ladang Bikam. Mana tahu terlelap sampai sejam terus hahah. Selamat aje rasanya nak tidur kat situ, orang ramai. Lagipun Rela pun ada berjaga sama situ. Malam tu pun suami tak pecut bawak kereta, steady 80-100km/j je. Kalau tak, biasanya 160km/j mcm tu. Eh, tapi sebab bawak kereta slow and steady, percaya tak minyak hanya turun satu garis je. Jimat betul.

Esoknya tu, dalam tengah hari kami bertolak balik ke Kedah. Nantilah saya sambung taip cerita Kedah rasa dah panjang sangat pulak bila takde gambar ni heheh :P


Friday, August 17, 2012

Puding Roti Kukus

Ada lagi operasi mengupdate blog ye saya ni. Orang lain semua dah selamat sampai kampung, saya masih di KL lagi. Siap kerja lagi hari ni. Bukan apa, husband pun kerja juga. Jadi, malam ni lepas berbuka baru balik lah jawabnya. Saya tengok jalan jalan kat KL kebanyakannya semua dah clear. Lengang ! Harap harap semua orang dah selamat sampai kampung ye so malam ni highway taklah jammed sangat :P

Jom nak share resepi puding roti kukus ni. Senang sangat nak buatnya, sedap pun sedap. Manalah tahu kot nak jamu tetamu yang datang kan, express je buatnya ni :D

Resepi Puding Roti Kukus
Sumber : Dapur Malaysia

Bahan-bahan 

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Operasi menenggelamkan roti, sebelum masuk periuk kukusan.


Tada ! Dah siap pun puding roti kukus saya. Makan macam ni pun sedap. Makan sejuk sejuk. Kalau rajin, buatlah kuah kastard dia sekali tapi sebab saya malas maka takda buat pun :D


Selamat bercuti korang !


Tuesday, August 14, 2012

Minggu Terakhir

Eeee bestnya minggu ni dah raya !! Dah mula dengar lagu lagu raya dimainkan dekat radio. Tersenyum sorang dengar lagu raya time time macam ni. Feel dia dah datanggggg hihik. Tapi lagu raya lama lama jugak yang best kan..

Weekend lepas busy gila. Duduk rumah aje pun tapi sebabkan kontraktor datang repair paip, letihnya rasa mengadap rumah berhabuk berpasir tu hah. Dua hari punya kerja. Sampai ke waktu berbuka pun masih buat kerja lagi diorang ni rasa nak halau balik je suruh sambung esok pulak hahah. Dahlah Sabtu hari tu girlfriend saya datang rumah, saya ni punyalah bersemangat waja nak memasak dalam kepala ni plan macam macam dah nak masak special. Yelah, first time nak masak untuk kawan saya ni. Waktu zaman muda remaja dulu, waktu jadi cikgu sekejap dulu, balik sekolah je saya suka singgah rumah dia dulu... Dia ni duduk sorang je masa tu, so saje suka singgah. Melepak, singgah makan heheh childhood bestfriend ni lama gila kawan dari tadika kot :)

Tapi terlupa pulak yang orang dok merepair paip, mestilah dia tutup paip utama kan. Jadinya rumah mana ada air grrrr penat je semangat semangat fikir nak masak apa. Haha sudahnya berbuka makan tembikai dengan air mangga je. Pasalnya kontraktor masih kat rumah. Lepastu suruh diorang sudahkan kerja cepat cepat sebab kitorang nak keluar pulak kan, penyudahnya makan kat luar je lah. Hehe sorry Kakyong, langkah kiri nampaknya tak dapat nak merasa masakan kita :P

Tahun ni first nak beraya sebagai suami isteri. Tahun depan belum tentu masih berdua lagi kan heheh patutnya excited lebih tapi entahlah.. Saya excited tapi takde rasa nak pergi shopping pulak. Kuih raya pun takde nak buat, tak kuasa. Cuma tempah tart nenas je eeee tak sabarnya nak pergi ambil malam karang dah terasa rasa tart nenas yang sedap tu mencair dalam mulut ni hihi tu bukan kuih raya kan nama dia :P Tahun ni insya Allah balik beraya di kampung suami dulu, lepas tu baru balik rumah saya. Saya tak kisah sangat, janji dapat juga berkumpul adik beradik semua. Cuma sedih jugaklah sikit bila terasa macam alaaa malam raya tak dapat nak tukar langsir, tak dapat nak basuh longkang tak dapat nak letak kuih dalam balang tak dapat buat itu tak dapat buat ini dengan adik adik walhal kalau ada kat rumah belum tentu lagi saya buat heheh :P

Cuti raya lama jugak, seminggu ! Yay, bukan selalu amik cuti lama ni. Tapi saya agak seriau mengenangkan bagaimana lah keadaan highway Jumaat malam tu nanti. Highway PLUS ke utara trafik dia memang agak menakutkan sikit. Perjalanan 3 jam boleh jadi 8 jam. Tak tipuu huwaa bezanya tahun ni ada suami yang tolong drive hehe tapi kalau saya kesian kita gilir gilir lah ye sayang ? Harap harap nanti ada belas kesianlah :P

Dah taktahu dah nak update apa, oh cuma nak bagitau saya teringin nak makan puding roti kukus lah nak buatlah berbuka nanti kalau jadi saya share di sini. Bye !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...