Ada lagi operasi mengupdate blog ye saya ni. Orang lain semua dah selamat sampai kampung, saya masih di KL lagi. Siap kerja lagi hari ni. Bukan apa, husband pun kerja juga. Jadi, malam ni lepas berbuka baru balik lah jawabnya. Saya tengok jalan jalan kat KL kebanyakannya semua dah clear. Lengang ! Harap harap semua orang dah selamat sampai kampung ye so malam ni highway taklah jammed sangat :P
Jom nak share resepi puding roti kukus ni. Senang sangat nak buatnya, sedap pun sedap. Manalah tahu kot nak jamu tetamu yang datang kan, express je buatnya ni :D
Resepi Puding Roti Kukus
Sumber : Dapur Malaysia
Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Operasi menenggelamkan roti, sebelum masuk periuk kukusan.
Tada ! Dah siap pun puding roti kukus saya. Makan macam ni pun sedap. Makan sejuk sejuk. Kalau rajin, buatlah kuah kastard dia sekali tapi sebab saya malas maka takda buat pun :D
Selamat bercuti korang !