Minggu lepas saya bercuti panjang. Err panjang sangat tu taklah pun, dari Khamis membawa ke Ahad je. Sebab adik ipar saya nak kahwin. Sekarang majlis dah selamat pun berjalan lancar, semuanya pun dah selesai. Lega rasa hati.
Majlis nikah berlangsung pada hari Jumaat selepas Asar dan keesokannya majlis sanding pula. Sepanjang buat persiapan majlis tu saya asyik terkenang-kenang waktu saya dan suami dulu pulak. Hihi. Tengok adik nikah, hish terus rasa nak nikah lagi sekali. Masih dengan lelaki yang sama yang saya cinta :)
Tapi..
Kalau mengenangkan bab persiapan, ya Allah taubat nak ingat balik. Penat lelah sangat rasanya time kenduri saya dulu. Err, saya pengantin jadi kurang sikit penat lelahnya. Hehe. Yang paling banyak bertungkus lumus of courselah mak ayah saya dan juga adik adik.
Bila tengok adik ipar buat kenduri kat dewan, ambil katering semua terasa macam senangnya majlis. Tak penat sangat. Rumah pun tak sepah sangat nak kemas. Pendek kata, majlis smooth aje. Senang. Semua terkawal. Waktu saya dulu, semuanya buat di rumah. Mak ayah saya berkeras nak masak sendiri juga. Gotong royong katanya. Lagipun sebenarnya awal-awal mak dah bahagikan tugas memasak pada saudara mara tapi nak jadi cerita nasib tak berapa baik masa tu, diorang jatuh sakit menjelang majlis. Makanya bertungkus lumus la kitorang satu family. Penat tak terkira. Saya yang pengantin pun tak cukup tidur. Pendek kata, memang kami satu family tak cukup tidur. Ayah saya kan, habis je kenduri hari tu, haaaaa tidur sampai ke esoknya. Haha. Penat sangat.
Jadi, mak ayah saya dan kami adik beradik pun dah cakap dah, lepas ni kalau nak buat kenduri lagi.. Kita ambil katering je. Cukuplah sekali masak sendiri. Sebab kadang-kadang kita harapkan bantuan orang adik beradik saudara mara kan, tapi semua tu belum tentu lagi :)
Banyak pengajaran dan pengalaman berharga yang saya dapat sepanjang persiapan majlis perkahwinan saya dulu. Dan saya akan pastikan semua kesilapan yang berlaku dulu takkan berlaku lagi.
Untuk adik ipar saya, selamat pengantin baru :)
Thursday, May 31, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Happy Convocation Day !
Beberapa minggu lepas, kami sekeluarga berkumpul di Sabak Bernam sebab adik saya yang nombor 3 ni ada majlis konvokesyen. Dari Shah Alam nak pergi Sabak Bernam ni dekat je rupanya. Ikut LATAR tu, tol baru RM4 je. 2 jam dah sampai hewhew.
Congratulation adikku !
Konvo nya hari Ahad, Sabtu petang dah gerak pergi Sabak Bernam dah. Tidur homestay sana, selesalah rumah dia. Lengkap dan boleh kata murah la jugak. So, pagi esoknya tu mak ayah pergi dulu sebab sesi pagi. Saya tak kuasa nak bangun pagi sangat, hehe. Eh, memang betul betul pagi ok. Pukul 6.45 dah keluar rumah T____T saya dengan suami datang lepas dah habis dah pun majlisnya. Datang beli bunga je :P
Adik saya ni nampak saya je terus cakap,
Yong, macam ni je awak pakai nak datang konvo aku ?? Selekeh betul. Teruklah awak ni.
Hahahaha, saya pakai palazzo dengan t shirt lusuh je. Pakai slipar. Muka tak make up. Cuaca panas lah, saya takde mood nak melawa lawa ni (alasan !) haha. Oh, sebut pasal melawa, pergi ofis pun dah tak make up sekarang. Senang cerita, malas.
5 orang perempuan. Adik lelaki saya tak join pulak sebab dia masih kat asrama. Tapi dia tu kalau mak ayah saya bagi green light ikut datang sini, confirm laju je nak ikut.
Kemain awak melentik lentik Nina ! Hahaha. Apesal entah diorang ni semua melawa sakan. Siap high heel bagai. Saya pulak dah malas nak fikir sangat. Err, takkan faktor usia kot -___-"
Godek punya godek takde pun gambar saya dengan suami. tsk. takpelah nanti kita ambil gambar berdua kita simpan banyak banyak ye sayang ;D
Untuk adik saya, tahniah lagi sekali !
Wednesday, May 23, 2012
Meowwww
Saya suka hari Rabu. Sebab hari Rabu boleh buat entry Wordless Wednesday.
Dan juga ada pasar malam ;D
Selamat hari Rabu !!
Thursday, May 17, 2012
Kejayaan Memasak Kari Ayam
.. di rumah mertua.
Saya nak cerita ni pengalaman pertama saya memasak di dapur mak mertua saya. First time ever ye. Biasanya tolong sikit-sikit aje, tolong potong-potong, basuh pinggan. Tak pernah pulak saya memasak kan.
Tapi hari tu takde orang kat rumah. Semuanya keluar ada urusan. Mama pun nak keluar. Saya yang ringan mulut pun tanya dekat mama, ma nak masak apa hari ni ? Sebab waktu tu dah pukul 10 lebih macam tu, mestilah dalam pukul 11 dah nak prepare lunch kan. Kot kot lah mama ada nak meninggalkan pesan ke apa.
Dan ye, teka mama jawab apa. Masak kari ayamlah.
Haha danggggg ! Nak taknak saya memberanikan diri ajelah masak kari ayam. Bukan saya tak pernah masak kari ayam, pernah. Tapi dekat rumah saya, yang tukang jamunya cumalah suami saya seorang yang tak cerewet tu :)
Saya sebenarnya panik juga, sebab err hello tak reti sangat masak kot. Tiba tiba nak memasak untuk seisi keluarga ? *pale
Jadi, untuk menguatkan keyakinan saya, saya pun call la emak ayah nak tanya macam mana nak masak kari ayam. Malangnya emak ayah saya terlalu busy di waktu itu saya pun tak sampai hati nak kacau dengan soalan remeh temeh ni. Sms la 3-4 orang kawan-kawan saya yang saya andaikan pandai memasak. Hampeh diorang ni, saya dah habis masak baru masing-masing nak reply msg :P internet pulak masa tu tengah down, kalau tak.. dapat juga saya google resepi kan ?
Takde pilihan.
Saya kumpulkan kekuatan dan keyakinan saya, sebab dah pernah buat sebelum ni kan.. Masuk ajelah dapur sambil membina keyakinan. Haha. Nasib Angah pun ada time tu, tolong saya cari mana rempah ratus mama ni semua. Thank you Angah.
Dah siap masak semua, suami saya balik. Saya tarik dia ke dapur lalu bisik, sayang.. tolong rasa kari ayam Za ni, ok tak ?
Dan bila semua orang pun dah balik rumah, ready for lunch. Saya lari naik atas menyembunyikan diri. Hahahaha. Takdelah, saya rehat rehat sekejap menenangkan perasaan nervous ni camnelah orang nak makan kari ayam aku niiii. Saya tengok semua orang makan berselera je :P dan licin. Hehe. Suami kata, dia terkejut sebab kari saya sedap. Cis. Ini pujian dalam perlian ke apa ? Dia cakap mula-mula tu nervous, so rasa sesudu je. Pastu rasa ok, barulah tambah lagi kuah. Sabar je lah. Patutlah selama ni saya masak kat rumah pun, saya tengok dia mesti ambil sesudu dulu, gaul dengan nasi, makan yang tu dulu baru tambah lagi. Takut keracunan makanan ke sayang ? Haha.
Dengan ini, saya andaikan kari ayam saya berjaya :) Malam ni nak masak kari ayam di rumah pula, suami saya request, hihi.

Wednesday, May 16, 2012
Resepi Asam Pedas Daging
Tadaaaaa !
Ena, datang mood rajin aku malam tadi. Berjaya jugak aku masakkan asam pedas daging ni ha :P
Saya kan, first time makan asam pedas daging ni masa pergi Melaka lama dulu dah. Lepas tu terus rasa eee sedapnya asam pedas daging ni, nak nak lagi kalau part daging tetel tu kan perghhh sedapnya. Yang berlemak memang sedap je :P
Jadinya hari tu nampak Yun share resepi asam pedas daging ni, dah alang-alang bahan memang ada kat rumah itulah jadi santapan dinner saya dan suami semalam. Saya ikut resepi Yun sebagai panduan tapi adalah tambah-tambah bahan sikit macam bendi, tomato, belacan. Lepas tu sebelum blend bahan-bahan tu saya bakar dulu ikut petua orang Melaka ni ha. Alhamdulillah menjadi, tapinya nak tunggu daging tu empuk ya rabbi punyalah berejam. Sahih kena masukkan pressure cooker dalam wishlist ni !
Saya share resepi Yun kat sini ye, mekaseh Yun.
Resepi Asam Pedas Daging
By : Yun Nasir
Bahan-bahan:
- setengah kilo daging lembu fresh...campur lah dgn tetel nya sket utk hasil berlemak dan lebih sedap
- 2 senduk cili kering (dah blend)
- bawang merah diblend (biasa guna sebijik bwg besar je)
- stgh cwn air asam jawa
- sebatang serai (di titik)
- seinci halia
- sedikit lengkuas (di titik)
- daun limau purut
- garam secukup rasa
- air
- sesenduk minyak masak utk menumis
Cara-cara memasaknya:
1. panaskan minyak
2. tumis bwg merah, halia dan cili kering yg telah di blend. tumis sampai garing & naik bau
3. masuk kan daging dan kacau rata
4. tuang air asam jawa. kemudian disusuli dgn air biasa. tenggelamkan daging
5. masak dgn api sederhana. kacau sekali sekala. sampai daging empuk. jika perlu tambah air lagi
6. sekiranya terlalu berminyak, cedok keluar minyak berlebihan
7. apabila gulai dh menggelegak, masuk kan serai dan lengkuas
8. masuk kan garam ikut kesesuaian rasa
9. akhir sekali masuk kan daun limau purut

Tuesday, May 15, 2012
Happy Birthday my Baby V !
12 Mei 2011 - 12 Mei 2012
Genap setahun Baby V dengan saya, yayyyyy ! Masih mampu nak bayar ansuran bulanan, masih mampu hantar servis walaupun selalu merungut kenapakah mahal servis kat Toyota T_T, dan paling penting masih mampu untuk renew roadtax dan insuransnya. Alhamdulillah.
Bulan ni betullah, bulan Baby V menghabiskan duit saya. Dengan nak servisnya, nak renew roadtax dan insurans lagi.. Saya renew roadtax dan insurans guna Myeg je. Senang dan memudahkan sangat. Terutama untuk orang pemalas nak beratur dekat Pejabat Pos macam saya ni. Hehe. Jimat masa pun ye.
Siapa ada pengalaman renew insurans dengan Myeg ? Best kan. Senang sangat proses dia, cuma tinggalkan contact no, nanti diorang akan call kita. So akan bagilah details semua. Diorang akan isikan form, lepas tu bagi kita quotation. Kita buat bayaran, tunggu aje roadtax baru sampai depan pintu rumah ;D Saya hari tu lagilah kagum, saya bayar pagi dalam pukul 9 lebih. Lunch hour despatch Myeg dah sampai. Ek ehhhh magic betul diorang ni, servis sangat pantas. Diorang pun offer delivery waktu malam tau, after office hour. Sebab roadtax suami saya hari tu dia hantar ke rumah pukul 9 malam.
Terasa sungguh dewasa betul renew roadtax dan insurans guna duit sendiri ni. Hehe. Dah 26 pun kan, memang selayaknya lah kau rasa dewasa :P

Friday, May 11, 2012
Mi Bandung Muar
Hailaa mi bandung saya ni, entah layak dipanggil mi bandung ke tidak. Apsal ke cair benar kuahnya tu ? Saya syak saya terlebih letak air ataupun terkurang letak perencah. Haha. Ateeee masak pakai perencah je pun, tang mana silap taktahulah. Tapi rasanya dah OK !
Lepas tu telur pun tak berapa menjadi. Haha, hancur ! Patutnya nak bagi dia bulat molek je ala ala setengah masak tu wuiiii sedapnya. Tapi takpelah, ni pun dah kira ok dah bagi tekak saya dengan suami. Cuma lain kali saya akan cuba lagi, ada beberapa tips dah saya dapat pasal nak pekatkan kuah ni, thank you !
Thursday, May 10, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Khas Untuk Bacaan Suami
Kebelakangan ni badan saya cepat penat. Kenapa entah, makin tua ke apa. Haha. Lepas Isyak je mesti nak tidur. Itu kalau balik kerja, baring-baring confirm memang boleh terlelap teruslah. Nak kata kerja kat ofis banyak sangat, tak juga. Sedang-sedang aje. Mungkin penat asyik duduk agaknya ke taktaulah kan.
Dan suami saya sangat memahami. Semalam saya dah siap keluarkan bahan-bahan nak masak, tapi sudahnya rasa penat tak larat pulak. Ajak suami makan dekat luar je lah. Suami saya tak pernah merungut selama ni kalau saya malas memasak. Kadang bila datang angin malas tu, straight seminggu saya gantung kuali pun pernah.
So semalam pergi makan bubur nasi, suami risau tak kenyang jadi bungkuskan nasi goreng pulak lepas tu. Balik rumah, saya terus terlelap. Suami kejut dalam pukul 11 lebih suruh makan nasi goreng. Saya bangun, pergi hall baring-baring terlelap balik. Tak lama lepas tu suami kejut suruh makan jugak. Saya bangun makan. Saya jenguk dapur saya, dah berkemas. Kuali, periuk, sampah semua dah dikemaskan. Saya tengok mesin basuh saya pun dah kosong, suami dah tolong jemurkan baju. Ya Allah, rasa nak menangis T_______T (tapi lepas tu sambung tidur balik :P)
Banyak lagilah pengorbanan yang dah dia buat untuk saya. Belum campur lagi kesabaran dia melayan perangai saya yang macam budak tak matang ni. Serius, hanya orang yang tabah dan sabar je boleh tahan dengan perangai sebenar saya. Saya bersyukur dikurniakan suami yang macam ni, terima kasih Ya Allah..
Syg, walaupun I suka marah-marah kan.. Tu bukan sebab I tak sayang tau. Itu tandanya I sayanglah, baru lah I suka marah-marah walaupun benda kecik pun semua nak marah. See, betapa sayangnya I dekat you ok.. Benda kecik pun nak ambil kisah kan :p
Suami, I love you.
Monday, May 7, 2012
Tarikh Hari Ibu 2012
Saya ni setiap tahun mestilah lupa bila Hari Ibu. Asyiklah lupa, lupa, lupa. Setiap tahun pun kena google tarikh hari ibu ________ (isikan mengikut tahun)
Jadi, tahun ni saya taknak lupa lagi. Dan berharap supaya tidak akan lupa lagi pada tahun-tahun yang akan datang, insya Allah.
Untuk pengetahuan semua, tarikh Hari Ibu adalah berbeza mengikut negara dan tahun.
Bagi negara Malaysia, kita akan menyambut Hari Ibu pada Ahad kedua setiap bulan Mei. So pastilah tarikh tu akan berubah-ubah mengikut tahun kan. Dalam kes ni, pada tahun 2012 kita akan menyambut Hari Ibu pada 13 Mei 2012.
Phew~ saya harap saya tak terkeliru lagi tahun depan. Nak belikan hadiah apa ye untuk emak tahun ni ?

Sayang emak saya !!!
Tuesday, May 1, 2012
Senandung Malam, Bagan Lalang
Kitorang kalau nak makan seafood best dan murah, memang selalunya akan pergi Bagan Lalang. Kedai yang setia dikunjungi dari dulu lagi semestinya Senandung Malam, betul-betul sebelah padang tu. Dekat je dengan GoldCoast tu. Ada yang recommended HM Bagan tapi tak berkesempatan lagi nak try situ. Lagipun ikut piawai tekak saya, kat Senandung Malam ni memang dah lulus pun :)
Makanan untuk 4 orang termasuk dua ekor hantu raya belaan. Hahaha.
Cencaru bakar, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, pepahat masak sweet sour, kailan ikan masin dan juga tomyam campur.
Ikan fresh, sedap. Ikan bakar dia wajib cuba tau, sebab sedapnya laaa pencicah dia tu ! Sotong goreng tepung pun, terbaik ! Kalau kat KL ni, mana dapat sotong goreng tepung macam ni. Kalau order sotong goreng tepung, mesti dapat cucur sotong -____________-"
Sedap dan murah sini. Semuanya campur air cuma RM75.
Tummy happy, kami pun happy !!
Subscribe to:
Posts (Atom)